Wednesday, September 30, 2015

Graviti 11

R’AN tersenyum ketika melangkah masuk ke kedai buku di Dalkeith Road. Setiap kali dia ke sini pasti bibirnya akan tersenyum, nama kedai makan di sebelah The Bookworm ini sentiasa membuatkan gadis itu ketawa.
            ‘Jade Place’ nama kedai makan cina yang terletak di bandar Edinburgh ini membuatkan dia sentiasa tersenyum lebih-lebih lagi jika dia ke sini bersama budak bertiga itu. “Jade.. Jade” dia menggeleng kepala.
            Bagi R’an kedai yang bernama The Bookworm adalah kedai kegemarannya. Andaikata dia menghantar Chip dan Ajin ke kampus menggunakan kereta, pasti kedai ini akan menjadi persinggahannya. Kedai buku yang menjual buku-buku terpakai dan buku-buku baru yang sentiasa membuatkan dirinya gembira malahan Mr.Peter yang peramah itu membuatkan dia tidak berasa kekok untuk melepak di sana.
            Sedang melangkah masuk, tiba-tiba bahu R’an belanggaran dengan seorang gadis yang berwajah Pan Asia yang kebetulan sedang melangkah sedang keluar. “Sorry” R’an berkata perlahan sambil membantu gadis itu mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai.
            “No, I am sorry” gadis itu menggari kepala sambil berdiri dengan beberapa helaian kertas di tangan.
            “This is yours” R’an menghulurkan buku-buku di tangan kepada gadis yang berambut lurus itu.
            “Thank you” gadis itu menundukkan kepala, mengisyaratkan tanda terima kasih.
            “Wew.. lawanya” R’an berkata perlahan sebaik sahaja matanya terlihat lukisan di tangan gadis itu.
            “Terima kasih” gadis itu menjawab sepontan.
            “Errkk.. Malaysia?” R’an menyoal. Gadis itu mengangguk kepala.
            “Saya R’an” dia memperkenalkan diri.
            “Yujeen” gadis berambut lurus itu memperkenalkan diri.
            “R’an, belajar disini?” Yujeen menyoal.
            R’an mengangguk kepala, “Napier.”
            “Waaa.. sama lah. Saya pun Napier” Yujeen membalas teruja.
            “Bagusnya. Emmm awak seorang sahaja?” R’an bertanya. Gadis itu mengangguk laju.
            “Nak join saya? Saya pun seorang.” R’an mempelawa.
            “Bagusnya, lagi pun saya bosan juga berseorangan.” Gadis itu tersenyum sehingga kelihatan gigi siungnya.
            “Okey, tapi kejap boleh tak? Saya nak grab one or two novels” R’an mengenyit mata. Yujeen ketawa kecil sambil mengangguk kepala.
*******************
AJIN menarik muka masam, geram sungguh hati dia bila R’an menggeleng kepala apabila dia syorkan R’an untuk keluar bersama dia.
            “Kenapa tak boleh?” dia bertanya pada R’an yang sedang memotong daun saderi dan lobak merah.
            “Sebab Yang dah janji dengan Yujeen” R’an menjawab sambil teruskan memotong saderi dan lobak merah.
            “Eeyyyy.. siapa si Yujeen ini?” Ajin menyoal geram.
            “Emm.. Yujeen kawan Yang, dia belajar di Napier”  R’an membalas sambil menuang minyak zaitun ke dalam periuk.
            “Habis kenapa dia nak datang sini?” jejaka itu sandar di kerusi sambil membawa lutut ke dada.
            “Sebab Yang nak kenalkan dia dengan korang semua, lagi pun dia budak Malaysia.” R’an yang sedang menumis bawang, bawang putih, saderi dan lobak merah menjawab sebelum berpaling sesaat untuk melihat wajah masam Ajin.
            “Eeeeyyy.. tak suka lah, orang baru nak ajak Yang keluar” Ajin yang tidak puas hati itu bersuara.
            “Okey, macam ini.. lepas Yujeen balik, Yang teman Ajin. Boleh?” R’an yang sedang mengambil tin yang berisi tomato plum bertanya. Ajin terus mengangguk kepala sambil menarik senyuman.
            “Kau nak pergi mana? Dari tadi tak senang si Yang nak masak” Burn menyoal dari belakang.
            “Dating” Ajin berkata sepatah. Burn menggeleng kepala.
            “Yujeen tu siapa Yang?” Burn menyoal R’an yang sedang menuang stok sayuran ke dalam periuk.
            “Yujeen pelajar Napier, Yang jumpa dia di The Bookworm semalam. Budak Malaysia, she look nice, so Yang ajak dia makan sini hari ini” R’an yang sedang menghadap Ajin dan Burn menjawab.
            “Bagus lah, at least nanti bila Ajin dan Chip busy, Yang ada kawan” Burn mengangguk kepala.
            “Jade kan ada” Ajin membalas.
            “Jade lagi busy dari kita Ajin ooiii” Chip yang sedang melangkah ke dapur menyampuk.
            “Huh !! semua nak menangkan si Yujeen tu.” Ajin menarik muka.
            “Haha.. kau cemburu ke?” Burn memeluk bahu Ajin.
            “Tak lah, cuma aku geram. Aku terpaksa tunda date aku dengan si Yang.” Ajin membalas dalam nada sebal. Kata-kata Ajin membuatkan Chip dan Burn ketawa.
            “Yang masak apa?” Chip menyoal setelah berhenti ketawa.
            “Pipe rigate pasta with tomato sauce and baked salmon” R’an membalas sambil menjungkit kening.
            “Yesss.. extra cheese okey” tiba-tiba Ajin menyampuk, Burn di sebelah mula ketawa kembali.
            “Aiikk tadi masam muka, bila dengar pasta dengan baked salmon terus bercahaya muka dia” Chip mengusik sambil meneguk air sejuk.
            “Biar lah” Ajin mencemik geram.
            R’an menabur sedikit garam dan lada hitam ke atas isi ikan salmon, kemudian dia meletakkan isi ikan itu ke atas periuk leper yang telah diletakkan mentega, setelah isi ikan itu berubah warna menjadi jingga muda, gadis itu mengangkat keluar kepingan ikan salmon itu. Daun rosmery yang telah digaul bersama beberapa sudu madu itu di sapu ke atas kulit ikan salmon sebelum di letakkan di dalam oven.
            R’an membuka paip air and mencuci tangan sebelum berpusing menghadap budak bertiga yang sedang duduk di meja makan. “ Siapa nak kek?” dia menyoal sambil melangkah ke peti ais.
            “Me” Ajin mengangkat tangan, Burn menggeleng kepala.
            “Asal makan dia yang paling laju” Chip berdiri untuk mengambil pinggan bersaiz kecil dari kabinet.
            “Aku tengah merajuk, biarlah aku nak manja” Ajin membalas. R’an menyembunyikan senyuman yang terbit di hujung bibir. Dia tahu kalau hendak memujuk Ajin, sogokkan dengan kek cokelat dengan ais krim pisang homemade yang dibuat sendiri.
            Sedang mereka berempat makan kek sambil usik mengusik kedengaran bunyi loceng pintu di bunyikan. Chip berhenti menyuap sebelum berdiri dan melangkah ke pintu utama. Setelah beberapa minit jejaka itu kembali ke dapur bersama seorang gadis yang bertoncang dua.
            “Hey..” R’an menyapa sambil menolak kerusi ke belakang. Dia melangkah ke arah Yujeen sebelum memeluk gadis itu.
            “Chip, Yujeen” dia memperkenalkan Yujeen pada Chip.
            “Itu Burn.” R’an menunding jari pada Burn yang sedang melambai.
            “Ini Ajin.” R’an memperkenalkan Ajin. Ajin yang baru mengangkat kepala terus terkaku melihat gadis di hadapan R’an. Ntah bagaimana sudunya tiba-tiba telepas dari tangannya.
            “Wey Ajin” Burn menendang kaki Ajin di bawah meja.
            “Ahh.. kenapa?” Ajin menggaru kepala.
            “Itu.. Yang, kenalkan kawan dia.” Burn menjuihkan bibir pada R’an yang Yujeen.
            “Hai” Ajin berdehem sambil mengangkat tangan kiri tatkala tangan kanannya mencapai sudu R’an sebelum menyambung menyuap kek cokelat di pinggan.
************************
YUJEEN menggeleng kepala sambil menyuap pasta yang bercampur dengan sos tomato serta ikan salmon bakar ke dalam mulut. “Sedap.. sangat sedap” dia memuji masakan R’an.
            “Ala, benda senang Jeen” R’an membalas. Ajin yang sedang duduk di tepi R’an menampar paha R’an.
            “Kenapa?” R’an menyoal perlahan.
            “Aku tak suka kau panggil dia Jeen, Jin dan sebunyi dengan tu” Ajin berkata perlahan. R’an mengerut dahi tanda tidak faham.
            “Sebab aku A.J.I.N” dia menambah geram. R’an terus tersedak gara-gara menahan ketawa.
            “Jeen, belajar course ap..” Burn terus berhenti apabila Ajin berdiri. Burn memandang Ajin yang sedang memandang wajah Yujeen.
            “Jangan panggil dia Jeen, Jin atau apa-apa yang sebunyi dengan tu. Aku tak suka” Ajin melangkah keluar dari ruangan makan.
            “Errk..” Yujeen meletakkan sudu, Burn terkaku sesaat, Chip menggeleng kepala dan R’an terus ketawa.
            “Pehal dengan dia?” Burn menyoal R’an yang sedang ketawa.
            “Dia … dia cemburu. Dia rasa tergugat sebab nama dia kan Ajin” R’an sambung ketawa, Burn menggeleng kepala manakala Yujeen kelihatan terpinga-pinga.
            “Yujeen, is it okey for us to call you Yujeen?” Chip menyoal gadis yang sedang duduk di hadapannya.
            Yujeen mengangguk kepala, “Yujeen Fareera, you guys can even call me Fareera” Yujeen memberi cadangan setelah dia mula faham apa yang sedang berlaku.
            “Yujeen will do.” Chip menghadiakan senyuman pada gadis Pan Asia itu. R’an menolak kerusi dan melangkah ke ruang tamu. Ajin yang sedang duduk di sofa di pandang sebelum dia melangklah dan duduk di sebelah jejaka itu.
            “We will call her Yujeen. Jin is only for Ajin. Okey?” R’an memujuk Ajin.
            “Okey” Ajin memeluk bahu R’an.
            “Nak cerita tak kenapa asyik sentap hari ini? Moody macam orang datang bulan” R’an menyoal Ajin.
            “I miss mama, I miss mama’s nasi biryani. Ingat nak bawa Yang pergi beli ayam dan masak nasi biryani.” Ajin bersuara dalam nada sedih.
            “Emm.. esok Yang masakkan okey?” R’an memujuk Ajin. Ajin mengangguk kepala.
            “Jom makan. Yang lapar” R’an menarik lembut tangan Ajin. Kedua-dua mereka melangkah masuk ke ruang dapur. Yujeen yang sedang menyuap pasta yang berbaki di pinggan memandang Ajin yang duduk di sebelah R’an.
            “Eeyy.. macam budak-budak” Yujeen mencebik bibir sambil mengomel dalam hati melihat perangai manja Ajin dalam hati.
            “Assalamualaikum” kedengaran orang memberi salam dan sesaat kemudian kedengaran bunyi loceng pintu berbunyi. Burn yang sedang duduk di tepi Yujeen terus berdiri dan melangkah ke arah pintu, manakala R’an pula berdiri dan melangkah ke arah kabinet.
            “Yang, Jade” Burn bersuara sambil melangkah masuk ke dapur bersama Jade.
            “Jade, Yujeen. Yujeen ini Jade” R’an memperkenalkan Yujeen dan Jade pada satu sama lain. “Duduk lah” R’an mempelawa Jade duduk. Jade terus melangkah ke tempat duduk R’an lalu dia terus duduk. Pinggan yang berisi pasta dan ikan salmon bakar terus di suap ke dalam mulut.
            “Sedap lah Yang.” Jade memuji. Ajin di sebelah mencemik geram.
            Kaki Jade di bawah meja di tendang, “Yang punya lah” dia menjeling geram.
            Jade ketawa sebelum menyambung suapan kedua. “Tak apa, dia tak kisah” Jade menjawab dalam sisa ketawa. Chip menggeleng kepala.
            “Nah” R’an meletakkan bekas berisi pasta dan ikan salmon bakar di atas meja. Jade menjungkit kening.
            “Bekal makan untuk malam ini” R’an membalas. Jade mengangguk kepala.
            “Malam ini ada round ke?” Ajin bertanya. Jade mengangguk kepala sambil menyuap pasta ke mulut.
            “Malam ini sampai pagi.” Jade menjawab. “Yang, kopi boleh?” Jade mengalihkan pandangan pada R’an yang sedang duduk di paha Ajin.
            R’an mengangguk dan terus dia membancuh kopi mocha untuk Jade. “Siapa nak?” dia bertanya.
            “Semua” Chip menjawab bagi pihak yang lain.
            “Yujeen?” Jade bertanya. Gadis itu mengangguk kepala.
            “Untuk Yujeen sekali” kedengaran Chip membuat penambahan pesanan air kepada R’an.
            “Yang” Jade memanggil.
            “Emm”
            “Ada lagi pasta?”Jade bertanya.
            “Ada. Kenapa?”
            “Tambahkan” Jade menghulurkan pinggan yang hanya tinggal ikan salmon bakar. R’an mengambil pinggan dari tangan Jade dan terus disendukkan saki baki pasta yang masih tinggal dalam periuk.
            “Terima kasih” Jade ucapkan sambil tangannya mengambil pinggan yang dihulurkan oleh R’an. Setelah menjamu beberapa suap pasta, dia menolak pinggan ke tepi. Yujeen yang sedang duduk bertentangan dengan Jade memerhatikan perbuatan Jade.
            “Nah” R’an meletakkan mug berisi kopi mocha di atas meja. Jade berdiri dan menolak kerusi ke belakang, mug di meja di ambil sebelum dia melangkah ke ruang tamu.
            “Makan dulu” dia bersuara sebelum melangkah ke depan.
            “Who is that?” Yujeen menyoal.
            “Someone who is going to be part of the family” Burn menjawab sambil tersenyum.
            “He is family” Chip menarik senyuman. R’an mengangguk kepala.
            “Jade, emmm.. macam pernah dengar lah nama dia” Yujeen berkata sambil menggaru dagu. “Haaa.. Jade Place” Yujeen menjerit kecil. R’an mengangguk dan kelima mereka di meja makan ketawa apabila terbanyangkan Jade Place.
Jade yang sedang menonton tv di ruang tamu menarik senyuman, bukan kali pertama dia di kaitkan dengan Jade Place kedai makan Cina yang terletak di Dalkeith Road.
R’an melangkah ke ruang tamu dengan beg kertas. Bekas yang berisi pasta dan termos yang berisi kopi mocha tersusun kemas di dalam beg kertas tersebut. ‘Nah” R’an menghulurkan beg itu pada Jade.
“Sweet of you” Jade menghadiahkan R’an yang membuatkan dada gadis itu bermain lagu rock.
“Kerja elok-elok” R’an memesan pada Jade yang sedang berdiri di muka pintu. Jade mengangguk kepala.
“Te Amor” Jade berkata sambil menarik senyuman musang siguntang.
“Je t’aime” R’an membalas dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.
“Haiiilaaa pencuri kelas satu” Jade berbisik sendirian sambil melangkah menuju ke keretanya dia mengangkat beg kertas di tangan sambil menggeleng kepala.
“Umi.. Jade nak nikah cepat” dia bersuara dengan nada yang kuat.

***********************

1 comment:

MaY_LiN said...

rajin nye r'an masak
��