R’AN tersenyum
ketika melangkah masuk ke kedai buku di Dalkeith Road. Setiap kali dia ke sini
pasti bibirnya akan tersenyum, nama kedai makan di sebelah The Bookworm ini
sentiasa membuatkan gadis itu ketawa.
‘Jade
Place’ nama kedai makan cina yang terletak di bandar Edinburgh ini membuatkan
dia sentiasa tersenyum lebih-lebih lagi jika dia ke sini bersama budak bertiga
itu. “Jade.. Jade” dia menggeleng kepala.
Bagi
R’an kedai yang bernama The Bookworm adalah kedai kegemarannya. Andaikata dia
menghantar Chip dan Ajin ke kampus menggunakan kereta, pasti kedai ini akan
menjadi persinggahannya. Kedai buku yang menjual buku-buku terpakai dan
buku-buku baru yang sentiasa membuatkan dirinya gembira malahan Mr.Peter yang
peramah itu membuatkan dia tidak berasa kekok untuk melepak di sana.
Sedang
melangkah masuk, tiba-tiba bahu R’an belanggaran dengan seorang gadis yang berwajah
Pan Asia yang kebetulan sedang melangkah sedang keluar. “Sorry” R’an berkata perlahan sambil membantu gadis itu mengutip
buku-buku yang bertaburan di atas lantai.
“No, I am sorry” gadis itu menggari
kepala sambil berdiri dengan beberapa helaian kertas di tangan.
“This
is yours” R’an menghulurkan buku-buku di tangan kepada gadis yang berambut
lurus itu.
“Thank
you” gadis itu menundukkan kepala, mengisyaratkan tanda terima kasih.
“Wew..
lawanya” R’an berkata perlahan sebaik sahaja matanya terlihat lukisan di tangan
gadis itu.
“Terima
kasih” gadis itu menjawab sepontan.
“Errkk..
Malaysia?” R’an menyoal. Gadis itu mengangguk kepala.
“Saya
R’an” dia memperkenalkan diri.
“Yujeen”
gadis berambut lurus itu memperkenalkan diri.
“R’an,
belajar disini?” Yujeen menyoal.
R’an
mengangguk kepala, “Napier.”
“Waaa..
sama lah. Saya pun Napier” Yujeen membalas teruja.
“Bagusnya.
Emmm awak seorang sahaja?” R’an bertanya. Gadis itu mengangguk laju.
“Nak
join saya? Saya pun seorang.” R’an mempelawa.
“Bagusnya,
lagi pun saya bosan juga berseorangan.” Gadis itu tersenyum sehingga kelihatan
gigi siungnya.
“Okey,
tapi kejap boleh tak? Saya nak grab one
or two novels” R’an mengenyit mata. Yujeen ketawa kecil sambil mengangguk
kepala.
*******************
AJIN menarik muka
masam, geram sungguh hati dia bila R’an menggeleng kepala apabila dia syorkan
R’an untuk keluar bersama dia.
“Kenapa
tak boleh?” dia bertanya pada R’an yang sedang memotong daun saderi dan lobak
merah.
“Sebab
Yang dah janji dengan Yujeen” R’an menjawab sambil teruskan memotong saderi dan
lobak merah.
“Eeyyyy..
siapa si Yujeen ini?” Ajin menyoal geram.
“Emm..
Yujeen kawan Yang, dia belajar di Napier” R’an membalas sambil menuang minyak zaitun
ke dalam periuk.
“Habis
kenapa dia nak datang sini?” jejaka itu sandar di kerusi sambil membawa lutut
ke dada.
“Sebab
Yang nak kenalkan dia dengan korang semua, lagi pun dia budak Malaysia.” R’an
yang sedang menumis bawang, bawang putih, saderi dan lobak merah menjawab
sebelum berpaling sesaat untuk melihat wajah masam Ajin.
“Eeeeyyy..
tak suka lah, orang baru nak ajak Yang keluar” Ajin yang tidak puas hati itu bersuara.
“Okey,
macam ini.. lepas Yujeen balik, Yang teman Ajin. Boleh?” R’an yang sedang
mengambil tin yang berisi tomato plum bertanya. Ajin terus mengangguk kepala
sambil menarik senyuman.
“Kau
nak pergi mana? Dari tadi tak senang si Yang nak masak” Burn menyoal dari
belakang.
“Dating” Ajin berkata sepatah. Burn
menggeleng kepala.
“Yujeen
tu siapa Yang?” Burn menyoal R’an yang sedang menuang stok sayuran ke dalam
periuk.
“Yujeen
pelajar Napier, Yang jumpa dia di The Bookworm semalam. Budak Malaysia, she look nice, so Yang ajak dia makan
sini hari ini” R’an yang sedang menghadap Ajin dan Burn menjawab.
“Bagus
lah, at least nanti bila Ajin dan Chip busy, Yang ada kawan” Burn mengangguk
kepala.
“Jade
kan ada” Ajin membalas.
“Jade
lagi busy dari kita Ajin ooiii” Chip yang sedang melangkah ke dapur menyampuk.
“Huh
!! semua nak menangkan si Yujeen tu.” Ajin menarik muka.
“Haha..
kau cemburu ke?” Burn memeluk bahu Ajin.
“Tak
lah, cuma aku geram. Aku terpaksa tunda date
aku dengan si Yang.” Ajin membalas dalam nada sebal. Kata-kata Ajin membuatkan
Chip dan Burn ketawa.
“Yang
masak apa?” Chip menyoal setelah berhenti ketawa.
“Pipe rigate pasta with tomato sauce and
baked salmon” R’an membalas sambil menjungkit kening.
“Yesss..
extra cheese okey” tiba-tiba Ajin
menyampuk, Burn di sebelah mula ketawa kembali.
“Aiikk
tadi masam muka, bila dengar pasta dengan baked
salmon terus bercahaya muka dia” Chip mengusik sambil meneguk air sejuk.
“Biar
lah” Ajin mencemik geram.
R’an
menabur sedikit garam dan lada hitam ke atas isi ikan salmon, kemudian dia
meletakkan isi ikan itu ke atas periuk leper yang telah diletakkan mentega,
setelah isi ikan itu berubah warna menjadi jingga muda, gadis itu mengangkat
keluar kepingan ikan salmon itu. Daun rosmery yang telah digaul bersama
beberapa sudu madu itu di sapu ke atas kulit ikan salmon sebelum di letakkan di
dalam oven.
R’an
membuka paip air and mencuci tangan sebelum berpusing menghadap budak bertiga
yang sedang duduk di meja makan. “ Siapa nak kek?” dia menyoal sambil melangkah
ke peti ais.
“Me” Ajin mengangkat tangan, Burn
menggeleng kepala.
“Asal
makan dia yang paling laju” Chip berdiri untuk mengambil pinggan bersaiz kecil
dari kabinet.
“Aku
tengah merajuk, biarlah aku nak manja” Ajin membalas. R’an menyembunyikan
senyuman yang terbit di hujung bibir. Dia tahu kalau hendak memujuk Ajin,
sogokkan dengan kek cokelat dengan ais krim pisang homemade yang dibuat sendiri.
Sedang
mereka berempat makan kek sambil usik mengusik kedengaran bunyi loceng pintu di
bunyikan. Chip berhenti menyuap sebelum berdiri dan melangkah ke pintu utama.
Setelah beberapa minit jejaka itu kembali ke dapur bersama seorang gadis yang
bertoncang dua.
“Hey..”
R’an menyapa sambil menolak kerusi ke belakang. Dia melangkah ke arah Yujeen
sebelum memeluk gadis itu.
“Chip,
Yujeen” dia memperkenalkan Yujeen pada Chip.
“Itu
Burn.” R’an menunding jari pada Burn yang sedang melambai.
“Ini
Ajin.” R’an memperkenalkan Ajin. Ajin yang baru mengangkat kepala terus terkaku
melihat gadis di hadapan R’an. Ntah bagaimana sudunya tiba-tiba telepas dari
tangannya.
“Wey
Ajin” Burn menendang kaki Ajin di bawah meja.
“Ahh..
kenapa?” Ajin menggaru kepala.
“Itu..
Yang, kenalkan kawan dia.” Burn menjuihkan bibir pada R’an yang Yujeen.
“Hai”
Ajin berdehem sambil mengangkat tangan kiri tatkala tangan kanannya mencapai
sudu R’an sebelum menyambung menyuap kek cokelat di pinggan.
************************
YUJEEN menggeleng
kepala sambil menyuap pasta yang bercampur dengan sos tomato serta ikan salmon
bakar ke dalam mulut. “Sedap.. sangat sedap” dia memuji masakan R’an.
“Ala,
benda senang Jeen” R’an membalas. Ajin yang sedang duduk di tepi R’an menampar
paha R’an.
“Kenapa?”
R’an menyoal perlahan.
“Aku
tak suka kau panggil dia Jeen, Jin dan sebunyi dengan tu” Ajin berkata
perlahan. R’an mengerut dahi tanda tidak faham.
“Sebab
aku A.J.I.N” dia menambah geram. R’an terus tersedak gara-gara menahan ketawa.
“Jeen,
belajar course ap..” Burn terus berhenti apabila Ajin berdiri. Burn memandang
Ajin yang sedang memandang wajah Yujeen.
“Jangan
panggil dia Jeen, Jin atau apa-apa yang sebunyi dengan tu. Aku tak suka” Ajin
melangkah keluar dari ruangan makan.
“Errk..”
Yujeen meletakkan sudu, Burn terkaku sesaat, Chip menggeleng kepala dan R’an
terus ketawa.
“Pehal
dengan dia?” Burn menyoal R’an yang sedang ketawa.
“Dia
… dia cemburu. Dia rasa tergugat sebab nama dia kan Ajin” R’an sambung ketawa,
Burn menggeleng kepala manakala Yujeen kelihatan terpinga-pinga.
“Yujeen,
is it okey for us to call you Yujeen?” Chip menyoal gadis yang sedang duduk di
hadapannya.
Yujeen
mengangguk kepala, “Yujeen Fareera, you guys can even call me Fareera” Yujeen
memberi cadangan setelah dia mula faham apa yang sedang berlaku.
“Yujeen
will do.” Chip menghadiakan senyuman pada gadis Pan Asia itu. R’an menolak
kerusi dan melangkah ke ruang tamu. Ajin yang sedang duduk di sofa di pandang
sebelum dia melangklah dan duduk di sebelah jejaka itu.
“We
will call her Yujeen. Jin is only for Ajin. Okey?” R’an memujuk Ajin.
“Okey”
Ajin memeluk bahu R’an.
“Nak
cerita tak kenapa asyik sentap hari ini? Moody macam orang datang bulan” R’an
menyoal Ajin.
“I
miss mama, I miss mama’s nasi biryani. Ingat nak bawa Yang pergi beli ayam dan
masak nasi biryani.” Ajin bersuara dalam nada sedih.
“Emm..
esok Yang masakkan okey?” R’an memujuk Ajin. Ajin mengangguk kepala.
“Jom
makan. Yang lapar” R’an menarik lembut tangan Ajin. Kedua-dua mereka melangkah
masuk ke ruang dapur. Yujeen yang sedang menyuap pasta yang berbaki di pinggan
memandang Ajin yang duduk di sebelah R’an.
“Eeyy..
macam budak-budak” Yujeen mencebik bibir sambil mengomel dalam hati melihat
perangai manja Ajin dalam hati.
“Assalamualaikum” kedengaran orang
memberi salam dan sesaat kemudian kedengaran bunyi loceng pintu berbunyi. Burn
yang sedang duduk di tepi Yujeen terus berdiri dan melangkah ke arah pintu,
manakala R’an pula berdiri dan melangkah ke arah kabinet.
“Yang,
Jade” Burn bersuara sambil melangkah masuk ke dapur bersama Jade.
“Jade,
Yujeen. Yujeen ini Jade” R’an memperkenalkan Yujeen dan Jade pada satu sama
lain. “Duduk lah” R’an mempelawa Jade duduk. Jade terus melangkah ke tempat
duduk R’an lalu dia terus duduk. Pinggan yang berisi pasta dan ikan salmon
bakar terus di suap ke dalam mulut.
“Sedap
lah Yang.” Jade memuji. Ajin di sebelah mencemik geram.
Kaki
Jade di bawah meja di tendang, “Yang punya lah” dia menjeling geram.
Jade
ketawa sebelum menyambung suapan kedua. “Tak apa, dia tak kisah” Jade
menjawab dalam sisa ketawa. Chip menggeleng kepala.
“Nah”
R’an meletakkan bekas berisi pasta dan ikan salmon bakar di atas meja. Jade
menjungkit kening.
“Bekal
makan untuk malam ini” R’an membalas. Jade mengangguk kepala.
“Malam
ini ada round ke?” Ajin bertanya.
Jade mengangguk kepala sambil menyuap pasta ke mulut.
“Malam
ini sampai pagi.” Jade menjawab. “Yang, kopi boleh?” Jade mengalihkan pandangan
pada R’an yang sedang duduk di paha Ajin.
R’an
mengangguk dan terus dia membancuh kopi mocha untuk Jade. “Siapa nak?” dia
bertanya.
“Semua”
Chip menjawab bagi pihak yang lain.
“Yujeen?”
Jade bertanya. Gadis itu mengangguk kepala.
“Untuk
Yujeen sekali” kedengaran Chip membuat penambahan pesanan air kepada R’an.
“Yang”
Jade memanggil.
“Emm”
“Ada
lagi pasta?”Jade bertanya.
“Ada.
Kenapa?”
“Tambahkan”
Jade menghulurkan pinggan yang hanya tinggal ikan salmon bakar. R’an mengambil
pinggan dari tangan Jade dan terus disendukkan saki baki pasta yang masih
tinggal dalam periuk.
“Terima
kasih” Jade ucapkan sambil tangannya mengambil pinggan yang dihulurkan oleh
R’an. Setelah menjamu beberapa suap pasta, dia menolak pinggan ke tepi. Yujeen
yang sedang duduk bertentangan dengan Jade memerhatikan perbuatan Jade.
“Nah”
R’an meletakkan mug berisi kopi mocha di atas meja. Jade berdiri dan menolak
kerusi ke belakang, mug di meja di ambil sebelum dia melangkah ke ruang tamu.
“Makan dulu” dia bersuara sebelum
melangkah ke depan.
“Who is that?” Yujeen menyoal.
“Someone who is going to be part of the
family” Burn menjawab sambil tersenyum.
“He is family” Chip menarik senyuman.
R’an mengangguk kepala.
“Jade,
emmm.. macam pernah dengar lah nama dia” Yujeen berkata sambil menggaru dagu.
“Haaa.. Jade Place” Yujeen menjerit kecil. R’an mengangguk dan kelima mereka di
meja makan ketawa apabila terbanyangkan Jade Place.
Jade yang sedang menonton tv di ruang tamu menarik
senyuman, bukan kali pertama dia di kaitkan dengan Jade Place kedai makan Cina
yang terletak di Dalkeith Road.
R’an melangkah ke ruang tamu dengan beg kertas.
Bekas yang berisi pasta dan termos yang berisi kopi mocha tersusun kemas di
dalam beg kertas tersebut. ‘Nah” R’an menghulurkan beg itu pada Jade.
“Sweet of you” Jade menghadiahkan R’an yang membuatkan dada gadis itu bermain lagu
rock.
“Kerja elok-elok” R’an memesan pada Jade yang
sedang berdiri di muka pintu. Jade mengangguk kepala.
“Te Amor” Jade berkata
sambil menarik senyuman musang siguntang.
“Je t’aime” R’an membalas dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.
“Haiiilaaa pencuri kelas satu” Jade berbisik
sendirian sambil melangkah menuju ke keretanya dia mengangkat beg kertas di
tangan sambil menggeleng kepala.
“Umi.. Jade nak nikah cepat” dia bersuara dengan
nada yang kuat.
***********************