Monday, August 29, 2016

Missing Chapter 01


AZIZUL memeluk tubuhnya, melawan kedinginan angin sejuk yang bertiup sambil melangkah laju menuju ke ward kecemasan. Azizul mengibas kepingan salji yang mula melekat di rambutnya. “Adid ini kan, pada masa inilah dia boleh tinggal pager aku dalam kereta” dia mengomel sambil menggosok tapak tangannya. Azizul yang berdiri di hadapan pintu masuk ward kecemasan mengecilkan matanya apabila dia melihat seorang gadis yang berambut perang yang memakai baju gaun berwarna merah dengan kot berwarna hitam sedang duduk di bangku yang terletak bertentangan dengan ward kecemasan Royal Infirmary of Edinburgh yang merupakan tempat pelajar perubatan dari University of Edinburgh membuat latihan klinikal akhir tahun mereka.
            Azizul mengerutkan dahinya apabila gadis yang berambut kerinting separas bahu itu sedang menghembus asap rokok sambil melihat salji yang sedang turun mencium lantai bumi. Dari jauh Azizul melihat gadis itu sedang batuk setiap kali dia menyedut rokoknya, gadis itu memejam mata bagaikan menahan perit di dada.
            Azizul merenung lama gadis yang sedang menghisap rokok itu, perlahan tanpa dia sedar kakinya mula melangkah ke arah gadis itu. Azizul menarik mafela yang terlilit di lehernya dan dia menghulurkan pada gadis itu.
            “For you” dia berkata tanpa mengerdipkan matanya. Gadis yang sedang memegang rokok di tangan itu memandang Azizul dengan satu pandangan hening. Azizul menjungkit kening sambil tangannya masih menghulurkan mafela miliknya.
            “Thank you” gadis itu ucap lambat-lambat sambil mengambil mafela yang dihulurkan oleh Azizul.
            “Jijo” Azizul memperkenalkan diri.
            “Jay” gadis itu membalas sambil menghisap rokok di jari, mafela yang dihulurkan oleh Azizul di letakkan di atas paha, dia memejam mata sambil menyandarkan kepalanya pada bangku kayu yang sedang di duduk.
Azizul yang sedang berdiri di hadapan gadis itu mula menilik gadis dalam diam. Gigi gadis itu yang tersusun cantik, matanya yang besar dan berbulu mata lentik itu menarik perhatian mata Azizul, lagi-lagi warna matanya yang berwarna hijau keemasan itu. Juntaian rambut kerinting yang terjuntai di dahi gadis itu membuatkan Azizul memandang gadis di hadapannya tanpa berkedip.
            Tiba-tiba Azizul menarik rokok yang masih menyala di hujung jari Jay yang sedang memejamkan mata. Jay tersentak, dia memandang tajam wajah Azizul yang sedang berdiri di hadapannya. “Hospital,” Azizul berkata sambil menjuihkan bibir pada papan tanda yang terletak di belakang gadis itu.
Jay mengetap bibir menahan rasa geram yang mula bertandang di hatinya. Dari jauh Azizul melihat sebuah ambulans yang sedang memasuki kawasan ward kecemasan, tanpa membuang masa dia berpusing dan berlari masuk ke hospital.
Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu masuk ward kecemasan Azizul berpaling untuk melihat Jay yang sedang menarik kotak rokok dari kot hitamnya. Azizul menggeleng kepala, dia melepaskan sebuah keluhan kecil sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.  
Jejaka berkot putih itu mengeluarkan gula-gula yang terletak di dalam kocek seluarnya, “cantik tapi sayang merokok” dia mengomel sendirian sebelum melangkah masuk ke ward kecemasan di mana dia bertugas pada hari ini.
            “Apa yang kau bebel?” Adid yang sedang duduk di hadapan timbunan fail bertanya. Azizul menggeleng kepala, sambil menarik kerusi kosong yang terletak di hadapan Adid. Entah kenapa wajah gadis yang bermata hijau keemasan itu bermain di mindanya.
            “Ahhh.. jangan menipu” Adid menugkas, Azizul ketawa kecil bersama gelengan di kepalanya. Adid menjungkit bahu, dia tahu kalau sudah disoal lebih dari sekali dan gelengan juga dihadiakan oleh Azizul maka tidak mungkin jejaka itu akan memberikan sebarang jawapan.
            Azizul menarik sebuah fail yang terletak di hadapan Adid, “Leukemia” dia menyebut perlahan sambil membaca perkataan di hadapan fail.
            Adid menjungkit kening, Azizul mengangkat fail di tangan. “Oooo…” Azizul membulatkan mulut.
            “Budak baya-baya kita, leukemia tahap 3.” Adid berkata sambil meneruskan membaca fail-fail  di atas meja. Azizul mengangguk kepala.
            “Tadi baru dia datang, kasihan aku tengok dia.” Adid menjawab sambil menyelak kertas di dalam fail yang sedang dibaca. “Bila dia dapat tahu yang dia ada leukemia, kaku terus badan dia, terkejut sampai tak bergerak. Dia tak boleh terima yang dia sakit...” Adid menyambung tanpa mengangkat kepala.
            Azizul menendang kaki Adid, “sesiapa sahaja yang berada di tempat dia akan buat reaksi yang sama. Tak akan dia orang nak melompat-lompat sambil menari zapin bila dapat tahu yang dia ada penyakit leukemia,” Azizul mencemik.
            “Eyyy...aku cuma bagitahu apa yang aku nampak jer,” Adid mencelah. “Tapi kan Jijo, rugi betul aku tadi, sebab aku hanya nampak belakang badan dia jer,” Adid menarik muka.
            “Buruk kau buat muka macam tu! Macam itik” Azizul berkata sambil ketawa.
            Adid meletakkan pen yang dipegang di atas meja, “tapi serius Jijo, aku kasihan sungguh dengan dia, masuk kali ini dah tiga kali aku nampak dia kat sini. Setiap kali tu juga aku nampak Dr. Jas cuba tenangkan dia.” Adid menutup fail di tangan.
            “Haiiiiilaaa, setiap kali dia datang consult dengan Dr.Jas, tiap kali itu aku tak berkesempatan untuk tengok wajah dia.” Adid mengeluh, Azizul yang duduk bertentangan dengannya menggelengkan kepala.
            “ Tapi dari gaya Derick nganga tadi, aku rasa mesti budak itu lawa” Adid berkata dalam nada cemburu, dia meletakkan pen yang dipegang di atas meja sambil memandang Azizul yang mengalihkan perhatian kepada fail di tangan.
            “Kenapa kau tak pernah tengok muka dia?” Azizul menjungkit kening.
            “Sebab setiap kali dia jumpa dengan Dr. Jas, aku mesti tengah layan pesakit.” Adid mengetap bibir.
            Azizul menarik nafas, dia memandang wajah Adid, “masih baru lagi ea?” dia menyoal.
            Adid mengangguk kepala, “masih baru… baru tiga minggu dia di diagnos leukemia.” Adid membalas.
            Azizul membaca fail di tangan, ‘Asim Jayyana’ nama pesakit di yang ditulis itu menarik perhatiannya. ‘Pejuang Kekuatan’ Azizul menyebut perlahan, Adid yang sedang memandangnya mengerut dahi.
            “Apa?” Adid bertanya.
            “Maksud nama pesakit ini. Asim Jayyana… Pejuang Kekuatan” Azizul berkata sambil tersenyum.
            “Mendalam makna nama dia,” Adid mengangguk kepala.
            “Pejuang kekuatan” Azizul menyebut sekali lagi sambil menutup fail di tangan, Azizul menolak kerusi ke belakang.
            “Ehhh… kau nak kemana?” Adid menyoal Azizul yang mula berdiri.
            “Kafe.” Dia jawab sepatah sebelum berpaling dan melangkah ke kafe untuk mengisi perutnya. Adid meletakkan fail yang dipegang ke atas meja dan dia berlari di belakang Azizul.
            “Aku ikut, aku pun lapar” Adid berkata sambil memeluk bahu Azizul.
**
            Jay yang sedang duduk di bangku panjang menghadap hospital memegang dada, hari ini buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dia menghisap rokok. Rasa kelat dan pahit rokok tadi itu membuatkan Jay rasa tidak selesa. Lambat-lambat Jay mengambil mafela yang terletak di paha, lama dia merenung mafela tersebut sebelum melilit ke lehernya. Jay mengeluh perlahan, sebentar tadi dia baru sahaja berjumpa dengan Dr. Jas. Masuk kali ini sudah tiga kali dia berjumpa doktor wanita itu, semata-mata untuk mendapat kepastian mengenai penyakitnya. Tiga minggu yang lalu dia telah di diagnos dengan leukemia tahap 3 dan sejak itu dia merasakan hidupnya gelap dan segalanya bagaikan telah musnah.
            Jay menarik lengan bajunya, jam tangan Montblanc Grand Tourbillion Heures Mysterieuses yang diperbuat dari emas putih yang berharga 220,000 Euro yang dipakai ditangan itu di pandang sepi. Satu senyuman hambar mula terukir di bibirnya, “pelik sungguh orang yang menanti masa melihat masa” dia bisik dalam hati.
            Jay mengibas salji yang terlekat di kot hitamnya, dia melangkah ke parking kereta dan menuju ke arah Lamborghini Sesto Elemento Concept 5.2 litre V10 AWD 2010 yang terletak di hujung tempat letak kereta. Lama dia berdiri di hadapan kereta mewah itu, lama dia memandang kereta hitam yang terpakir di hadapannya, dia menarik nafas sebelum berpusing dan berjalan menuju ke pagar RIE[1]. “Taxi” dia menjerit kepada kereta comel berwarna biru yang terpakir di seberang jalan sambil melintas jalan.
            Teksi berwarna biru itu berhenti di hadapan Jay. Gadis itu membuka pintu dan memboloskan badannya ke dalam teksi comel itu. Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi belakang, dia menarik nafas sebelum memejamkan matanya. “Excuse me, where do you want me to bring you?” lelaki mat saleh yang dalam lingkungan usia 50 an bertanya dari tempat duduk pemandu.
            “Anywhere, anywhere will do... money is not an issue” Jay berkata tanpa membuka mata, lelaki tua di hadapan mengerut dahi.“Somewhere where I can get fresh air,” Jay menyambung perlahan.
            “Is Braidburn Valley Park okey with you?” pemandu itu bertanya. Jau hanya mengangguk kepala sebagai jawapan.
            Pemandu itu menghidupkan enjin dan dia memandu sambil sesekali dia memandang Jay yang sedang menyandarkan kepala pada kerusi sambil memejamkan mata. “Are you alright young lady?” pemandu itu bertanya sambil memandang Jay melalui cermin di hadapan.
            Jay menghela nafas, dia menggeleng kepala. “ I am dying” dia menjawab lemah.
            Pemandu itu terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari gadis di tempat duduk belakang teksinya, “what do you mean you are dying? Do you want me to turn back to RIE?” dia bertanya dalam nada cemas sambil menekan brek.
            Jay menggeleng kepala, “I just need some air” dia berkata perlahan sambil membuka mata. Jay mengukirkan satu senyuman lemah kepada pemandu teksi biru itu. Pemandu teksi biru itu memandang lama wajah Jay yang suram, dia menghela nafas melihat mata Jay yang kelihatan sedih dan kosong itu.
            “My name is Race” pemandu berusia 50 an itu memperkenalkan diri.
            “Hai, Mr. Race, I am Jay” Jay memperkenal diri sambil menarik nafas, wajah cuak Mr, Race di pandang lama. “The doctor told me I am having leukemia” dia menjelaskan perlahan sambil memandang keluar teksi.
            Riak wajah Mr. Race berubah mendengar sebaris ayat itu dari bibir mungil Jay. “I need some fresh air at the moment. The hospital makes my heart congested. So will you bring me some place where I can breath?” Jay bertanya tanpa berpaling. Mr. Race mengangguk kepalasambil meneruskan perjalanan menuju ke Braidburn Valley Park.
**********************
AZIZUL melangkah keluar dan berjalan  menuju ke parking kereta, Adid yang berjalan di belakangnya mula berjalan di atas bekas tapak kaki Azizul.
            “Jijo..” Adid memanggil Azizul.
            “Emmm..” Azizul menyahut.
            “Jarang sungguh Edinburgh bersalji.” Adid berkata sambil matanya memandang ke arah sebuah pokok di mana bawah pokok itu dipenuhi dengan salji putih.
            “Aku pun pelik... jarang Edinburgh bersalji tebal macam ini, kalau bersalji pun selalu salji dia jarang-jarang.” Adid berkata sambil melangkah menuju ke kereta.
            “Angin dingin dia... Ya Rabbi!!!” Azizul membalas sambil memeluk tubuh, ada beberapa kepingan salji putih turun menimpa kepalanya.
            “Ehhh... mana mafela kau? Kau tinggal di locker ker?” Adid bertanya pada Azizul.
            Azizul menggelengkan kepala, “aku bagi pada orang tadi... kasihan aku dengan dia tadi. Duduk dalam sejuk tapi tak ada mafela” Azizul menerangkan pendek.
            “Sejuk-sejuk macam ini, aku rindukan rumah lah, Jijo. Aku rindu dengan budak bertiga tu danyang paling aku rindukan ialah si Yang” Adid berkata dari belakang.
            Azizul ketawa, “kau rindu pipi tomato dia kan” Azizul ketawa perlahan..
            “Pandai lah kau,” Adid mencemik, sambil memusingkan badan. Matanya teracap ke sebatang pokok besar yang terletak di hadapannya, tiba-tiba dia menarik senyman nakal sambil melangkah ke pokok besar yang dilihat sebentar tadi. Adid membongkokkan badan dan mula mengumpul timbunan salji dalam membentuk salji itu kepada bulat sederhana kecil dan dengan pantas dia menuju bola salji itu ke arah Azizul.
            “Adid!!!” Azizul menjerit geram. Adid di belakang ketawa dan tidak semena-mena sebiji bola salji hinggap di wajahnya.
            “Arrgghhh!!” Adid menjerit dan mula membentuk bola-bola salji untuk di tuju ke arah Azizul. Sedang rancak mereka berdua bermain, salah satu dari bola salji yang dibalng itu tersasar dan hinggap di kereta yang terpakir elok di sebelah keretasecond hand mereka.
            “Wey Jijo!!” Adid memanggil Azizul yang sedang membelakangkan kereta yang terkena bola salji.
            “Apa?” Azizul bertanya.
            “Lamborghini Sesto Elemento” Adid berkata lambat-lambat sambil menundingkan jari pada kereta berwarna hitam itu.
            Azizul terus pusing  180 darjah. “Gila!!” dia berkata dalam nada kagum sambil berjalan menuju ke kereta hitam itu. Azizul bersiul perlahan, “awesome!!” Azizul berkata sambil mengusap perlahan badan kereta mewah itu.
            “Starting price 2.2 million USD” Adid berkata sambil memegang kereta mewah yang kelihatan bagaikan katak itu.
**
            “Thank you” Jay mengucapkan terima kasih kepada Mr. Race, pemandu yang berusia 50 an yang setia meneman dirinya sehingga lewat. “Here, keep the change” dia menghulurkan lima keping note seratus pound kepada pemandu tersebut.
            “This is too much...” pemandu itu menolak pemberian Jay.
            Gadis itu menggeleng kepala, “naa.. this is for you,” Jay berkata sambil mengenggam tangan Mr. Race, gadis itu menghadiahkan segaris senyuman pada Mr. Race.
            “Thank you so much Jay.” Mr. Race berkata perlahan.
            Jay mengangguk kepala sebelum menutup pintu.
            “Hey, young lady, next time if you need some air, do call me” Mr.Race berkata melalu cermin tingkapnya, lelaki itu menghulurkan sekeping kad nama kepada Jay.
            “Thank you” Jay mengambil kad sambil mengangguk kepala. Jaymelangkah masuk ke RIE dengan laju, jam di tangan dikerling beberapa kali. “Kan dah lambat!!” dia mengomel dalam hati sambil melangkah ke tempat letak kereta.
            Jay berjalan menuju ke keretanya, dia menghidupkan enjin keretanya yang kedengaran bagaikan singa mengaum. “Jom balik” dia berkata sambil menarik nafas sebelum menekan minyak membelah jalan dibumi Edinburgh.
************************
AZIZUL merenung gadis yang duduk di bangku kayu bertentangan dengan ward kecemasan, “aikkk.. tempat yang sama tapi tak ada pula rokok kat jari, hati ini.” Azizul berkata sambil menjungkit kening. Dia melangkah ke arah Jay yang sedang mematahkan cokelat dan memasukan ke dalam mulutnya.
            “Hai” Azizul menyapa, Jay mengangkat kepala dan perlahan dia menarik senyuman.
            “Hai” gadis itu mengangkat tangan.
            “Cokelat?” Azizul menjungkit kening, Jay ketawa sambil mengangguk.
            “Bagus, bagus!!” Azizul mengangguk kepala, “bagus kau makan cokelat... dari hisap rokok macam hari tu” Azizul berkata sambil duduk di sebelah Jay.
            Jay ketawa lagi, “itu pertama kali aku hisap rokok” dia berkata sambil menghulurkan Azizul cokelat di tangan.
            “Terima kasih” Azizul mengambil huluran gadis yang berambut kerintingitu, “dan tolong pastikan itu kali terakhir kau hisap rokok” Azizul menyambung.
            Jay yang sedang duduk di sebelah Azizul memandang Azizul lama. “Kenapa?” dia menyoal Azizul, suaranya perlahan.
            “Sebab rokok merbahaya untuk kesihatan” Azizul menjawab sambil memandang Jay.
            Jay ketawa, “lawak” dia berkata sepatah.
            “Apa yang lawak? dengan kerutan di dahi.
            “Tanpa hisap rokok pun orang boleh dapat penyakit.” Jay menjawab sambil berdiri.
            Azizul memandang Jay yang sedang berdiri di hadapannya, “terima kasih untuk mafela semalam” Jay berkata sambil mengukir sebuah senyuman sebelum melangkah.
            “Jay” dia memanggil apabila melihat Jay berjalan tanpa berpaling. Jay hanya melambai tanpa berpusing
            “Arrghhh... cokelat dia” Azizul berkata sambil melihat mengangkat cokelat yang dipegang. “Terima kasih” dia berkata perlahan sambil mematahkan cokelat yang tinggal separuh.
**
            Jay melangkah masuk ke kereta, perlahan dia mengukir senyuman apabila terfikirkan doktor muda yang bercakap dengannya sebentar tadi. “Kacak” dia memuji sambil menggeleng kepala.
            Telefon yang ditinggalkan di dalam kereta tadi di capai, “wew!! 33 missed call” dia berkata sambil menekan telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya.
            “Emmm... Mariam” dia mengomel sambil mencampakkan telefon ke tempat duduk penumpang.
            Jay menarik lengan bajunya, dia menggosok perlahan lengannya yang merah dengan bekas suntikan jarum. Dia menyandarkan bandannya pada kerusi dan perlahan dia memejam mata. Lama dia memejam mata dan perlahan air mata mula turun membasahi pipinya.
            “Kenapa... kenapa dalam banyak-banyak orang aku yang kena penyakit ini” dia merintih dalam diam. Walaupun sedaya upaya dia cuba berlagak tenang namun dalamannya bergelora. Dia memegang stereng kereta dan esakannya mula menjadi kuat memikirkan dirinya yang menghidap penyakit leukemia.
***************************





[1] RIE : Royal Infirmary of Edinburgh

Wednesday, June 8, 2016

Graviti

R’AN menepuk perlahan bahu Jade. “Bangun sayang,” kejut R’an. Jade menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibir. Pantas dia menarik R’an ke dalam pelukannya.
            “Yang dah masak bubur nasi dengan isi ayam. Ada ikan bilis goreng, tauhu goreng, and dills pickles. Kalau sayang lambat bangun nanti budak-budak tu makan sampai habis.” R’an berbisik perlahan. Jade terus membuka mata seluas-luasnya.
            “Argh! Tak aci, cara.” Dia mengigit telinga R’an. Dengan pantas dia mendaratkan bibirnya ke bibir R’an sebelum melangkah ke bilik air yang terletak di bilik tidurnya.
            “Cepat siap, Yang simpankan sebelum mereka habiskan.” R’an melaung sambil mengemaskan katil.
            “Cakap dengan dia orang jangan nak habiskan, sayang nak juga!” Jade menjerit kecil dari bilik air. R’an ketawa kecil sebelum melangkah ke dapur.
            “Yang, nak lagi.” Ajin menghulurkan mangkuk kosong kepada R’an.
            “Ishh! Jade tak makan lagi la,” omel Chip mengingatkan Ajin.
            “Ada banyak lagi, makan je.” R’an berkata sambil melangkah ke arah periuk yang berisi bubur nasi.
            “Cara.” Jade melangkah ke dapur, dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi R’an sebelum menarik kerusi. Rambutnya yang basah telah disisir rapi. Jade sudah lengkap berpakaian untuk ke tempat kerjanya. Seluar slack dan kemeja berwarna hijau epal yang tersarung di tubuh Jade memikat hati R’an. Tampak handsome saja si suami pada matanya..
            “Makan.” R’an meletakkan dua biji mangkuk di atas meja. Sebiji dihulurkan pada Ajin dan sebiji diletakkan di hadapan Jade.
            “Cara, tak makan?” Jade memandang R’an.
            “Nanti Yang makanlah.” R’an menjawab sambil mengunyah tauhu kering.
            “Marilah makan sekali.” Jade mengambil sebatang lagi sudu bersih. Lantas disuakan kepada R’an.
            “Ahaa... makan sekali Yang,” ajak Chip.
            R’an menarik kerusi di sebelah Jade sebelum berkongsi bubur dengan suaminya. Jade menarik senyuman. Dia tahu sangat perangai isterinya yang suka berkongsi makan dengannya.
            “Ada kelas tak hari ini?” Jade bertanya Chip dan Ajin.
            “Ada,” serentak Chip dan Ajin menjawab.
            “Pukul berapa kelas?” Jade bertanya sambil menyuap bubur nasi ke mulutnya.
            “Petang sikit.” Chip menjawab sambil berdiri melangkah ke arah periuk. Perlahan dia menyenduk bubur nasi ke mangkuknya.
            “Lepak sinilah.” Jade berkata sambil menghulurkan mangkuk yang telah kosong kepada Chip. “Sendukkan sekali,” pinta Jade seraya menyeringai sengih
            “Kami berdua nak bawa Yang keluar kejap. Nak pergi beli baju untuk makan malam.” Chip berkata sambil menghulurkan kembali mangkuk kepada Jade.
            “Okey. Nanti aku tak tahu aku oncall tak malam ni. Kalau aku oncall pandai-pandai kau orang adjust eh.” Jade berkata sambil menanti R’an meletakkan ikan bilis, tauhu kering dan minyak bawang puith ke dalam bubur ayam.
            “Tidur sana kut.” Ajin menjawab.
            Jade mengangguk kepala. “Nanti cara, mesej sayang okey?” Jade titipkan pesanan buat R’an. R’an mengangguk kepala.
            Selama Jade mula bertugas di hospital, R’an selalu tidur bertemankan Ajin dan Chip. Kadang-kadang mereka akan melepak di rumahnya atupun R’an akan tidur di bilik tidur lamanya. Bila dia balik dari kerja, jika R’an tidur di sana, maka dia pun akan turut tidur disana. Bagi Jade dia tak mungkin akan pisahkan R’an dari budak bertiga ini, kerana dia tahu sayang isterinya terhadap mereka melebihi segalanya.

JADE yang baru habis bertugas selama dua puluh empat jam, sedang melangkah menuju ke tempat letak kereta yang terletak tidak jauh dari pagar hospital. Dari jauh kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih kurang lima tahun sedang berlari ke arahnya dengan riak wajah yang cemas.
            “Are you a doctor?” Kanak-kanak itu bertanya sambil menangis. Jade mengangguk kepala. Dia menundukkan badannya, duduk sambil tangannya memegang bahu kanak-kanak itu.
            “Relax, take a breath. Tell me why are you calling for a doctor?” Jade memegang bahu kanak-kanak tersebut.
            “Are you a doctor?” Sekali lagi kanak-kanak itu menyoal sambil matanya memandang stetoskop yang tergantung di leher Jade.
            “Yes, I am a doctor” Jade menjawab sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak tersebut.
            “My… my mom… she falls down there.” Kanak-kanak itu mula menangis kuat sambil tangannya menuding ke arah pagar hospital.
            “I am Doktor Jade. What is your name?”Jade memperkenalkan dirinya kepada kanak-kanak itu sebelum bertanya nama kanak-kanak tersebut.
            “Jacklyn. I am Jacklyn.” Kanak-kanak itu menjawab dengan suara serak.
            “Good! Jacklyn can you run?” Jade menyoal kanak-kanak yang bernama Jacklyn itu. Jacklyn mengangguk kepala.
            “Alright! Lets run to you mom.” Jade mengusap kepala Jacklyn. Jacklyn mengangguk kepala sebelum berlari ke arah ibunya, Jade turut berlari di belakang kanak-kanak itu.
            “That is my mom.” Jacklyn menjerit ke arah seorang wanita yang rebah di jalan berhadapan pintu pagar hospital. Jade mengangguk sambil berlari menghampiri wanita itu. Dengan pantas dia duduk di sebelah wanita itu.
            “What is her name, Jacklyn?” Jade bertanya Jacklyn.
            “Jessy.” Jacklyn menjawab. Kanak-kanak itu mengetap bibir. Dia mengenggam erat baju gaun yang tersarung di tubuhnya.
            “Hello, Jessy… can you hear me?” Jade menepuk perlahan pipi Jessy. Namun tiada apa-apa reaksi dari wanita bernama Jessy itu. Jade menundukkan kepalanya dan meletakkan telinganya di hidung dan mulut Jessy. Perlahan dia membawa tangannya ke bahagian dada Jessy.
            “Hey you!” Jade melambai ke arah dua orang jururawat yang sedang berjalan masuk ke hospital. “Can either of you get me a stretcher?” Jade teriak meminta pertolongan. Salah seorang daripada jururawat itu berlari untuk mendapatkan pengusung. Manakala seorang lagi jururawat berlari membantu Jade yang sedang memeriksa Jessy yang rebah di atas lantai.
            “Can you hold her and make sure you hug her, so that she won’t look here.” Jade mengisyaratkan jururawat yang sedang berdiri di belakangnya. Jururawat yang memakai tag nama bertulis Mary itu mengangguk laju sebelum menarik Jacklyn kedalam pelukannya.
            Jade menarik pen di kocek kot putihnya. Muncung pen itu dibuka dan dakwat ditarik keluar. Dengan pantas dia mematahkan pen itu menjadi dua. Jade menarik nafas sebelum memanjat naik ke atas Jessy. Dia menarik baju Jessy sehingga menampakkan pangkal dadanya.
            “Bismillahirahmanirahim,” lafaz Jade perlahan sebelum mencucuk kedua bahagian pen yang dipatahkan tadi ke kanan dan kiri toraks paru-paru Jessy. Pelahan kedengaran bunyi angin yang keluar dari hujung pen yang terbenam di dada Jessy.
            “Doctor!! Here is the stretcher.” Seorang jururawat dan dua orang petugas hospital berlari ke arah Jade yang sedang memberi pertolongan cemas kepada Jessy.
            “Good, lets bring her in” Jade menarik nafas lega.
            “Will my mom be alright?” Kedengaran suara Jacklyn di belakangnya. Jade berpaling dan mengangguk kepala.
            “She will be fine. Don’t worry.” Jade memeluk Jacklyn yang sedang memeluk lehernya dengan erat.

            “Thank you Doctor Jade.” Jacklyn mengucapkan terima kasih sambil tersedu-sedu. Jade mengusap kepala Jacklyn perlahan sebelum dia berlari di belakang petugas dan jururawat yang sedang membawa Jessy ke dalam.

Saturday, March 5, 2016

Graviti

AJIN mengangkat tangan, “aku tak nak masuk campur” dia ketawa sambil memandang Burn yang sedang menggaru kepala. “Baik kau minta tolong Jade” dia berkata sambil ketawa.
            “Jade…” Burn memanggil Jade yang sedang duduk di sofa di sebelah katil hospital.
            Jade menggeleng kepala, “dah lah Cara, kasihan dengan Burn” Jade yang sedang duduk di sofa berkata pada R’an yang sedang memegang gunting.
            “Sayang, jangan nak back up Burn.” R’an berpaling pada Jade. “Yang tengok dia dah macam tarzan” R’an duduk di sebelah Burn.
            “Seminggu lagi Yang, lepas itu Burn akan sendiri akan pergi gunting rambut” Burn menggengam tangan R’an.
            “No!! No!! No!! dah sampai demam pun tak nak gunting rambut” R’an berkata sambil menggeleng kepala. Jade yang sedang duduk di sofa menggeleng kepala, perlahan satu senyuman musang siguntang terukir di bibirnya. Dia berdiri dan merenggangkan tubuhnya sebelum melangkah ke arah isterinya.
            “Muah!!” sebuah ciuman hinggap di pipi R’an, gunting di tangannya terlepas dan terjatuh ke lantai. R’an memegang pipinya, “boleh naaa, cara.. minggu depan Burn sendiri akan pergi gunting, pleaseeeeeeee” dia berkata perlahan. R’an mengangguk kepala.
            “Errkkk!! tak aci” tiba-tiba R’an menjerit geram. Jade ketawa perlahan, dia menjungkit kening sambil tersenyum, Burn dan Ajin bersorak sambil ber hi-five.
            “Sangat tak adil!!” R’an menjuih bibir.
            “Adil lah, cara” Jade membalas sambil mencuit hidung mancung R’an.
            “Terima kasih, Jade” Burn berkata sambil memeluk bahu Jade. R’an menggeleng kepala.
            “Cara, dah pack barang Burn?” Jade bertanya kepada R’an.
            “Dah.” R’an menjawab sambil melipat selimut milik hospital.
            “Yang, bila exam?” Burn yang bertanya sambil turun dari katil hospital. Tak sabar rasanya dia hendak balik ke rumah.
            “Final lagi dua minggu” R’an menjawab sambil melangkah ke arah Jade.
            “Kau pula bila?” Jade bertanya pada Burn.
            “Sama juga, lagi dua minggu” Burn berkata sambil matanya meneliti mesej-mesej di telefon.
            “Jade..” Burn memanggil Jade.
            “Ya” Jade yang sedang duduk di sebelah R’an menyahut.
            “Boleh tak kalau Yang duduk sini sehari dua lagi” Burn bertanya.
            Jade mengangguk kepala, “boleh” dia menjawab tanpa berpaling.
            “Terima kasih” Burn yang sedang berdiri di belakang ucap perlahan.
            Jade memusingkan kepalanya, “terima kasih? Untuk apa?” dia mengerutkan dahi.
            “Sebab kau biarkan Yang tinggal sini lagi sehari dua” Burn membalas.
            “Cara, tak nak tumbuk dia?” Jade menghalakan wajahnya pada R’an yang sedang berada dalam pelukkannya.
            “Nak” R’an membalas sambil berdiri.
            “Please be my guest” Jade menghadiahkan sebuah senyuman.
            R’an melangkah ke arah Burn, perlahan dia mengangkat tangan. Burn memejam erat matanya, tiba-tiba dia terasa satu usapan lembut di pipinya. “You are family Asadu’llah. Family!!” R’an berkata perlahan tapi nada yang tegas.
            “Yang akan tinggal sini untuk jaga kau, bila-bila kau perlukan dia, korang perlukan dia, dia akan ada. Sebab kita semua satu keluarga” Jade berkata sambil melangkah ke arah R'an dan memeluk pinggang R’an.
            “Ya, kita semua sekeluarga dan family tell each other everything through thick and thin” Chip yang berdiri di pintu menyampuk. Ajin yang sedang baring di atas katil mengangguk kepala.
**
            Lama R’an memandang wajah Jade, perlahan dia mengusap pipi Jade dengan penuh kasih sayang, “Yang akan rindu sayang” dia berkata perlahan.
            “Sayang pun akan rindu, cara” Jade membalas sambil menghela nafas. “Call selalu, skype setiap malam tau” Jade berkata sambil meletakkan helaian rambut R’an yang terjuntai di pipi ke belakang telinganya.
            “Setiap malam Yang, skype okey” R’an mengusap perlahan baju Jade.
            “I will miss you, cara. I even already start to miss you now” Jade menarik R’an ke pelukkannya.
            “Jaga diri sayang, makan on time tahu. I am missing you already too” R’an berkata sambil memandang ke kiri dan kanan. “Sayang” dia memanggil Jade . Jade memandangkan R’an, dengan pantas R’an menjungkit dan terus daratkan bibirnya di bibir Jade.
            Jade memeluk erat pinggang R’an. I love you, cara” dia bisik perlahan sambil memandang lama wajah R’an.
            “I love you too” R’an berkata sambil menolak Jade. “Nanti lambat sampai” R’an berkata sambil melepaskan tangan Jade perlahan-lahan.
            “Arrghh!!” Jade megeluh sambil melangkah ke lift.
            “Okey tak?” Burn melangkah ke arah R’an, tangan kanannya mengelap rambut yang masih basah.
            “Okey. Kenapa?” R’an menjungkit kening.
            “Mana tau, kot-kot tak biasa dah tanpa Jade” Burn menyakat. R’an menendang kaki Burn.
            “Ayat macam minta penumbuk, Yang dah biasa, lagi pun dia selalu oncall laa.” R’an berkata sambil melangkah ke sofa.
*****************
MOON berjalan dengan perasaan sebal di hati, cuti yang diharapkan punah semua gara-gara Shaf. “Arrghhh!!” dia menghentak kaki di tengah-tengah Buchanan Street. “Nak shopping pun boleh window shopping jer. Duit Shaf bagi pun dah habis, baru jer nak swap card dia!!” dia bebel seorang diri. Ntah mana Shaf menghilangkan diri sejak tadi, “hari itu hilang lebih kurang tiga puluh enam jam hari ini ntah berapa jam pula” dia membebel lagi.
            Shaf duduk di salah satu kerusi stesen Glasgow Queen Street, “tak akan boleh hilang” dia membebel seorang diri sambil meneguk air mineral yang dibeli sebentar tadi. Baru sekejap tadi matanya menangkap kelibatan seorang gadis yang seakan-akan seperti gadis dalam gambar yang terselit di buku The History of Architecture miliknya.
            Tadi semasa tengah meneman Moon membeli-belah di Buchanan Street matanya menangkap kelibatan seorang gadis yang sedang berjalan di hadapan kedai Laura Ashely. Pada mulanya dia hanya memandang gadis itu sekali seimbas namun lesung pipit yang terukir di pipi gadis itu membuatkan dia tergamam seketika.
            Senyuman itu di hadiahkan kepada dua orang kanak-kanak yang sedang berdiri di hadapan kedai Laura Ashely di mana Moon sedang membeli baju membuatkan badannya terkaku dan dadanya bergetar perlahan.
            Lama dia cuba mengingat kembali di mana dia pernah melihat gadis itu, “Haaa!! gambar dalam bukuThe Historical Architecture” dia berkata sambil memetik jari. Tanpa dia sedar kakinya terus mengekori gadis yang memakai pashima biru kehitaman itu.
            Dari jauh dia melihat gadis itu sedang melangkah masuk ke stesen Glasgow Queen Street ,“arrghhh!!” dia mengeluh geram, kelibatan gadis itu hilang bersama keretapi berwarna jingga yang baru berlalu di hadapannya.
            “Siapa budak itu?” dia berbisik sendiri, lesung pipit serta mata gadis itu bagai menari di tubir matanya.
****************
JADE melangkah masuk ke kafeteria, perlahan dia mengurut bahu dan leher. “Lenguhnya” dia bisik dalam hati. Elok dia duduk di kerusi telefonnya berbunyi. “Assalamualaikum” dia memberi salam.
            “Waalaikumsalam” R’an membalas.
            “Cara!! I miss you” Jade berkata sambil menyandarkan badan ke kerusi.
            “Rindu juga” R’an membalas.
            “Burn sihat?” Jade merisik khabar Burn.
            “Alahamdulillah, dia sihat. Hari ini dia dah pergi kelas” R’an menjawab.
            “Bila, cara nak balik sini?” Jade bertanya sambil memandang papan buletin yang melekatkan pelbagai informasi mengenai dunia perubatan.
            “Esok, lusa” R’an menjawab. Jade mengeluh.
            “Kenapa?” R’an bertanya setelah mendengar keluhan dari Jade.
            “Rindu sangat. Dah empat hari, cara kat sana. Lagipun hari ini last sayang oncall” Jade berkata sambil membetulkan kedudukkannya.
            “Laaa.. rindu sangat ker?” R’an bertanya sambil ketawa perlahan.
            “Sangat-sangat” Jade mengetap bibir.
            “Kalau rindu pejam mata fikir pasal Yang, mesti Yang muncul” R’an berkata sambil tersenyum.
            “Okey!!” Jade memejamkan matanya, setelah beberapa saat dia membuka kembali. “Tak ada pun!!” dia berkata sambil membuat muka sedih.
            “Tak cuba sungguh-sungguh itu” R’an mengusik Jade.
            “Okey!! Kali ini biar sayang cuba sungguh-sungguh” Jade membalas dalam tawa kecil sambil memejamkan matanya. Setelah beberapa saat perlahan dia membuka kelopak matanya, “Cara!!” dia menjerit kecil apabila isterinya berdiri di hadapannya, tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
            R’an ketawa sambil mendepangkan tangannya. “I miss you” R’an berkata sambil tersenyum. Jade terus berdiri dan menarik isterinya ke dalam pelukkan.
            “Sayang pun rindu juga” dia berkata.
            “Dr.Jade, you look happy” seorang jururawat yang sedang melangkah keluar dari kafeteria menegur Jade.
            “My wife is here” Jade berkata sambil mendukung R’an.
            “Isshhh.. malu lah sayang” R’an menggeleng kepala melihat gelagat Jade.
            “I miss you so much Raihan Nasuha” Jade mencubit geram pipi R’an.
            “Miss you too Muhammad Zaid Ashraf” R’an membalas sambil mengelus lembut rambut suaminya.
****************
SHAF memandang luar keretapi Virgin Trains yang sedang menuju ke kota London, ntah kenapa dia masih tidak dapat melupakan wajah gadis yang bermata bundar dan berlesung pipit itu.
            “B….” Moon memanggil Shaf yang sedang memandang luar tingkap.
            “Emm” Shaf pusing memandang Moon yang sedang duduk bertentangan dengannya.
            “Apa yang you tengok dari tadi?” Moon bertanya sambil membelek kukunya yang dicat dengan pengilat kuku berwarna merah darah.
            “Tak ada apa, menghayati pandangan” Shaf menjawab sambil menghadiahkan segaris senyuman hambar kepada Moon.
            “Emm.. I tak faham lah dengan you lah, I ikut you sampai ke Glasgow tapi tup tap you hilang. You tinggalkan I seorang diri lebih kurang dua hari. Lepas tu you asyik busy dengan pameran you tu” Moon mula mengomel.
            “I tinggal you sehari setengah jer Moon, lagi pun you boleh melawat banyak tempat. You tak perlu berkepit dengan I dua puluh empat jam, Munirah” Shaf memgalihkan pandangan ke luar tingkap kembali.
            “Isshh you ini.. I dah berapa kali cakap panggil I, Moon… jangan panggil I, Munirah” Moon menjeling geram. “Ya lah I, faham you tak perlukan I, ada dengan you dua puluh empat jam. Tapi at least cuba lah spend time dengan I bila kita pergi holiday” Moon berkata geram.
            “Holiday?” Shaf menggeleng kepala. “ Moon.. Moon.. I, datang untuk architecture exhibition. Kalau bukan you merengek nak ikut I, tak adanya I nak bawa you ke sini.” Shaf membalas dingin.
            “Okey fine!! I yang nak datang. Yang I nak tau mana you menghilang malam tu? Tak akan architecture exhibition you sampai ke tengah malam?” Moon menyoal dalam nada sinis.
            “I have my own stuff to do Munirah” Shaf membalas tanpa mengalihkan pandangannya.
            “Own stuff sampai tinggal I sorang-sorang kat Laura Ashely semalam? Macam itu?” Moon memandang wajah Shaf lama.
            “Ya, gadis itu..siapa dia?” dia bisik dalam hati, wajah R’an mula bermain di tubir matanya kembali. Shaf tidak sabar untuk kembali ke Zurich, dia perlu pastikan adakah gadis yang dia nampak semalam adalah orang yang sama dengan pemilik gambar dalam bukunya.

*******************

p/s : Mungkin lepas ini post pasal Graviti tak akan konsisten. Sebab saya dah habis tulis Graviti dan sekarang dalam proses editting. Insya Allah tak ada aral, I will share good news.
Tapi buat masa ini, saya akan post tapi sikit-sikit tanpa mengikut turutan bab.
I am sorry and thank you.