Saturday, September 12, 2015

Graviti 6

“HAIKAL” Jade menarik nafas apabila nama Haikal meniti dibibirnya. “Haikal anak Arysa” dia menyambung.
“Itu kami tahu” Ajin membalas dingin. “Ajin” panggilan Azizul membuatkan Ajin mengetap bibir.
“Masa Abang Zaril belajar di Bristol dulu, dia bercinta dengan Arysa. Dari dulu kami semua tahu perangai liar dia termasuk aku walaupun dah banyk kali umi dan walid nasihatkan dia.. emm ntah lah.” Jade menarik nafas sebelum menyambung. “Tapi apa yang kami tak tahu Abang Zaril waktu di Bristol dia nikah dengan Arysa tanpa pengetahuan kami. Masa Abang Zaril balik lepas belajar umi suruh dia nikah dengan Kak Zura, even masa itu aku tak tahu kenapa dia tak nak mengaku dia dah nikah sampai hari persandingan dia dengan Kak Zura.” Jade memandang lantai, dia menarik nafas sedalam yang mampu.
“Arysa tiba-tiba muncul dengan Haikal yang masih dalam perut, dia cakap dia nak gugurkan kandungan dia bila dia tahu Abang Zaril dah nikah dengan Kak Zura.” Jade berjeda perlahan.
“Astagfirullah Al-azim.. umi dan walid kau tau tak benda ini?” Ajin menyoal.
Jade menggeleng kepala “Sampai sekarang aku tak pernah bagitahu umi sebab umi aku dah pernah kena cardiac attack sekali dan aku tak nak umi collaps untuk kali kedua.” Jade menjawab bersama satu senyuman hambar di bibir.
“Lagi pun Ajin, Abang Zaril tak mengaku Haikal anak dia, habis macam mana Jade nak cerita dengan umi dan walid dia?” Azizul menyampuk. Chip menjungkit kening dengan wajah yang pelik.
“Along tahu cerita ini?” Chip menyoal. Azizul mengangguk perlahan.
“Bukan Along sahaja yang tahu hal ini. Adid dan Akid pun tahu.” Azizul menjawab perlahan.
“Haaa!! Angah dan Alang pun tahu?” Ajin menjerit kecil. Azizul dan Jade mengangguk kepala.
“Emmm.. sekarang aku nak tahu Haikal itu anak Abang Zaril atau tak?” Chip menyoal. Jade memandang lantai lama.
“Emm.. sebenarnya tak ada siapa tahu Haikal anak Abang Zaril atau tak.” Azizul menjawab perlahan. Empat pasang mata mula menumpukan pandangan mereka pada Azizul, “Along, Yang tak faham lah ..” R’an bersuara. Ajin, Burn dan Chip mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang dikata oleh R’an.
“Sebenarnya Abang Zaril.. emm Abang Zaril nikah dengan Arysa sebab terpaksa.” Azizul mengalihkan pandangan matanya pada Jade yang masih membuang pandangan ke lantai.
“Hal ini antara kita-kita sahaja, Along cerita sebab Along nak kamu tahu. Ini aib orang faham.” Azizul bersuara tegas kepada empat kepala yang sedang mengangguk laju dihadapannya.
“Dulu Abang Zaril masa belajar Bristol dia liar, satu hari masa dia pergi party kawan dia. It was a wild party, sex and liquor is nothing over there. Sampai satu hari seorang budak bernama Arysa datang, masa itu Abang Zaril nak balik Malaysia sebab dah habis belajar dan dia cakap Abang Zaril terlanjur dengan dia masa di party tersebut.” Azizul menarik nafas dan menyambung.
“Abang Zaril menafikan yang dia bertanggung jawab tapi Arysa dia tetap berkeras mengatakan yang Abang Zaril adalah orang yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku sampai one stage dia ugut untuk ke laporkan ke pihak berkuasa dan pihak kedutaan Malaysia. She demand Abang Zaril untuk menikah dengan dia so nak tak nak Abang Zaril ikutkan sebab terpaksa, selepas dua hari majlis nikah Abang Zaril terus pack barang dan balik Malaysia.”
Jade mengangkat kepala, wajahnya beriak suram. “Abang Zaril tak pernah ceritakan apa-apa sampai hari persandingan, semua cerita ini kami tahu sebab bila Arysa datang dan tiba-tiba dia mengaku dia isteri sah Abang Zaril siap dengan surat nikah semua. Bila kami bawa Abang Zaril untuk bersemuka dan tanya apa keputusan dia mengenai hubungan dia dan Arysa, Abang Zaril cakap Arysa boleh buat apa sahaja sebab bayi dalam kandungan Arysa itu bukan anak dia. Arysa yang baru mengandung sepuluh minggu ketika itu bercadang untuk gugurkan kandungan dia selepas dia dengar kata-kata Abang Zaril. Aku, Jijo, Adid, Akid dan beberapa orang kawan lain kami talk to her dan pujuk dia elok-elok. Kami hantar dia balik ke Bristol dan sekarang dia menetap di sana sebab dia dah dibuang keluarga gara-gara dia balik dengan perut yang berisi.” Jade menghela nafas seolah-olah satu beban di bahu telah diturunkan selepas dia berterus – terang dengan barisan knight of shining armor Raihan Nasuha.
“Haaaiiiii.. Abang Zaril macam nak kena pijak secara berirama.” Ajin bersuara geram.
“Azim Najmi!” Azizul memanggil nama penuh Ajin. Ajin mengetap bibir dan perlahan dia menutur perkataan “sorry”.
“Sekarang, Arysa dan Abang Zaril..” Chip bertanya perlahan.
“Ntah, setahu aku..Abang Zaril tak ceraikan Arysa lagi. Dia gantungkan Arysa tanpa tali, sebab itu yang aku selalu be there for Haikal. After all dia bukan orang lain, anak buah aku juga.” Jade menjawab.
“Sebab itu lah Abang Zaril dan kau selalu bertegang urat?” soalan Chip itu Jade menjawab dengan anggukkan.
“Aku nak tanya sikit..” Ajin mengangkat tangan. Jade mengangguk kepala.
“Kenapa kau .. kenapa kau tak pernah ceritakan benda ini dari awal? Kenapa kau biarkan Yang salah faham?”
“Sebab aib.. emm sebenarnya kalau Jade ceritakan dulu, tak mungkin kamu semua boleh faham dan secara tidak langsung dia membuka aib keluarga dia. “ Azizul menjawab bagi pihak Jade. “Sekarang faham?” Azizul menyoal adik-adiknya.
R’an, Ajin, Burn dan Chip mengangguk kepala. “Ohh.. ya, dah habis flashback right, so sekarang you guys boleh teruskan dengan interview Jade. Along nak pinjam adik Yang kejap” Azizul menarik senyuman nakal pada Jade sebelum menarik tangan Raihan Nasuha keluar.
“Haaa…Errkk.. Jijo?” Jade terkedu sesaat apabila ditinggalkan bersendirian bersama Ajin, Burn dan Chip yang mula menarik senyuman ‘musang siguntang’.
*****************
“ALONG..” gadis itu memanggil Azizul yang sedang beberapa tapak di hadapannya, tangannya di pandang sebelum dia memanggil Azizul untuk kali kedua, “Along!” kali ini tangannya di goyangkan.
            “Ya” Azizul menyahut namun kakinya diayun ke arah buaian.
            “Along tak risau?” R’an bertanya Azizul. Azizul berpaling dan dia menjungkitkan jeningnya.
            “Along tak risau tinggalkan Jade dengan Chip, Ajin dan Burn?” R’an bertanya sekali lagi. Azizul ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
            “Dia orang kena belajar bertolak ansur dari sekarang lah Yang, esok Yang dah nikah senang tak bergaduh.” Kata-kata Azizul itu membuatkan wajah R’an menjadi merah.
            “Along ini kannnnn!!” R’an
**************************
CHIP yang duduk berantaran Ajin dan Burn sekejap mengangguk, sekejap dia menggeleng sambil-sambil itu matanya memandang wajah Jade yang sedang bersandar di sofa ruang tamu rumah Puan Zaryn. “Kau pasti dia boleh?” akhirnya Chip menyoal perlahan.
            Burn mengangguk, “kita bagi dia peluang laa” dia menjawab dengan suara membisik. Ajin di sebelah juga mengangguk tanda setuju. Chip menarik nafas dan masing-masing menegakkan badan di sofa tiga serangkai.
            “Aku nak tanya..” Chip bersuara. Jade mengangguk kepala sambil mengemaskan kedudukkan di sofa.
            “Kau betul-betul suka dengan adik kami?” dia menyoal dingin. Jade mengangguk kepala.
            “Kalau kau main-main atau kau buat Yang menagis aku akan pastikan kami akan hunt you down and hurt you till your last blood” Ajin bersuara tanpa riak. Jade menarik senyuman sipi.
            “Adik aku bukan untuk past ti…”
            “Aku nak buat dia jadi bini aku” Jade menyampuk membuatkan Burn mengangguk kepala.
            “If we need her, kau ..”
            “She is always part of you fellas, my house door is always open for you guys.. siang dan malam termasuk tengah malam” Jade menyampuk sekali lagi dan kali ini kata-kata yang keluar dari bibirnya membuatkan Chip menarik senyuman.
            “Emm.. good.. then it is a wrap” Chip bersuara sambil berdiri. Burn dan Ajin memandang Chip yang sedang menghulurkan tangan pada Jade. Jade berdiri dan menarik Chip kedalam pelukkan.
            “Thank you Syafie Zarif..” dia berkata perlahan, Burn dan Ajin terus membuat group hug.
            “Welcome to the family Jade” Chip bersuara dengan nada ikhlas.
            “Yes welcome to the family” Burn dan Ajin bersuara serentak. Jade mengangguk kepala dengan wajah yang ceria.
*********************
R’AN menarik baju Azizul yang sedang berjalan di sebelahnya sambil membaca mesej di telefon bimbitnya.
            “Emm…” Azizul membalas pendek.
            “Along.. emm.. agak-agak Along laa will everything be alright?” R’an bertanya perlahan. Azizul memberhentikan langkah dan dia mengalihkan pandangan pada adinya yang berwajah gundah itu.
            “Trust me everything will be alright, after all they are my adik-adik” Azizul menjawab sambil mengusap perlahan kepala R’an. “Jom” dia berkata sambil menarik tangan Raihan Nasuha yang menarik senyuman tawar.
            R’an menarik nafas panjang apabila dia melihat Ajin, Burn dan Chip yang sedang menonton televisyen. Dia memandang kiri dan kanan, leher di panjangkan ke belakang namun kelibat Jade tidak kelihatan.
            “Jade dah balik” Burn bersuara tanpa pusing. Chip mengeliat dan lantas berdiri, dia berpaling dan memandang muka R’an sekali imbas lalu kakinya melangkah naik tangga. R’an mengetap bibir sebelum dia melangkah naik ke atas mengekori Chip.
            “Chip” dia menarik tangan Chip yang sedang memulas tombol pintu bilik. Chip berpaling sambil menyandar tubuhnya di pintu bilik.
            “Sorry” R’an bersuara perlahan. Chip mengerut dahi.
            “Sorry, kalau kau tak suka Jade..” R’an memandang lantai lama. “Kalau kau tak suka Jade, I will get over him” R’an menyambung perlahan.
            “Kira kau suka Jade lah sekarang?” Chip menyoal. R’an mengangguk tanpa mengangkat muka.
            “Habis kalau kau suka kenapa kau nak get over him?” Chip menyoal lagi.
            “Sebab aku sayang kau lagi daripada Jade” R’an menjawab senafas.
            “Habis kami?” kedengaran suara Ajin di belakang. R’an pusing dan matanya menangkap kelibatan Ajin dan Burn.
            “Aku sayang kau, kau dan kau.” R’an jarinya menuding setiap seorang dari mereka bertiga.
            Chip menarik nafas lalu dia dia duduk bersila di lantai, tangannya menarik tangan R’an agar gadis itu turun duduk di sisinya. Tanpa perlu di pelawa Ajin dan Burn turun duduk bersama. “Sebab kami sayang kau lebih dari kau sayang kami, maka kami sanggup share kau dengan Jade” Chip berkata sambil memeluk bahu R’an.
            “Betul?” R’an bertanya dengan nada tidak percaya. Ajin dan Burn mengangguk kepala mengiayakan kata-kata Chip.
            “Tapi..”
            “Tapi apa?” R’an menyaol tidak sabar.
            “Tapi kalau dia buat kau sakit, dia buat kau menangis.. make sure you tell us” Ajin bersuara tegas.
            “And we will tear him apart” Burn menyambung. R’an mengangguk kepala sambil menarik senyuman.
            “I love you guys…” dia bersuara ceria. Azizul yang sedang naik tangga menggeleng kepala melihat kelagat adik-adiknya.
            “Habis Along?” dia bersuara sambil melangkah ke arah mereka.
            “Mestilah Yang sayang Along juga..” R’an menjawa dalam ketawa dan yang lain mengangguk kepala tanda setuju.
            “Ohhh.. sweetnya adik-adik Along” Azizul ketawa kecil sebelum melangkah ke bilik tidurnya.     
**************

2 comments:

MaY_LiN said...

yeee
sweeet sgttt

mona said...

Sweet sngt dorng adk bradk...,tq TT