Wednesday, November 19, 2014

Coretan Warna


Assalamualaikum, 

Okey fellas, 
This is sedutan istimewa from Coretan Warna. 
Segala kritikan anda akan diperbaiki.
Thank you …



Saturday, November 1, 2014

Coretan Warna's Rant..




Assalamualaikum,

Firstly, saya nak minta maaf sebab post-post
Coretan Warna terpaksa di delete dari blog. Insya-Allah, kalau tak ada halangan dan aral, Coretan Warna akan di buku dan diterbit. Maka doa-doa kalian serta sokongan kalian semua amat diperlukan.
Sama-sama kita berdoa untuk
Coretan Warna di keluarkan.

If you guys miss
Coretan Warna so much…
Komen okey so I can post the teaser.
 
Sila terjah : http://inspirasiideapublication.blogspot.com  for more readings ... :)

Love you fellas a lot :

p/s : atas itu Maybe will be the cover if semua berjalan lancar.

May Allah Bless.




Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha....

“Buuurrrnnn...” Azim Najmi memanggil kuat.
“Emmm..yaa” Asadu’llah membalas.
“Esok kau pakai baju warna apa?” Azim Najmi menyoal sambil tangannya membelek buluh lemang yang sedang dibakar.
“Merah..”
“Serious ??” Azim Najmi bersuara tidak percaya.
“Kenapa?” Assadu’llah membuat wajah pelik.
“Kau tak takut kena kejar?”
“Kena kejar??” Asadu’llah menjungkit kening.
“Kena kejar dengan apa?” dia menyambung dengan riak wajah yang pelik.
“Kena kejar lembu laa weyyyyy !!” Azim Najmi bersuara tanpa riak.
“Hutakkkk kau laaa der... Kau mendoa apa...lagi pun lembu itu dah kena tambat kot!!” Asadu’llah bersuara sambil tangannya melempar buluh kosong yang hendak di isi dengan beras pulut.
“Mana nak tau kot-kot lembu itu nak bercinta dengan kau ..” Syafir Zarif menyampuk sambil tangannya membawa sebesen santan kelapa yang pekat.
“Wey .. kau rasa muka aku ada nampak macam lembu apa??” Asadu’llah bersuara geram tanganna mencapai satu lagi buluh kosong dan dilemparkan ke arah Syafie Zarif.
“Isshhhh budak-budak ini, aku suruh korang masak lemang bukan main lempar-lempar buluh!!” Raihan Nasuha menjerit dari dapur.
“Errrkkk .. korang jangan buat dia mengamuk wey ... kang esok semua tak beraya..” Syafie Zarif bersuara
“Jangan ingat aku tak dengar!! Esok bukan lembu yang tumbang tapi korang yang aku korbankan !!” Raihan Nasuha melaung dari dapur.
“Yes boss !!” tiga suara menjawab serentak.
“Ganas si R’an sejak mengandung wey... “ Azim Najmi merunggut perlahan.
“Aha.. kang tak pasal-pasal kita kena gantikan lembu dan kambing...” Asadu’llah menyambung.
“Okey apa makan daging manusia sekali-sekala” Syafie Zarif bersuara.
“Errkk.. gilaaaaaaaaaaa apa Chip !!!” Azim Najmi melempar batu kecil yang dikutip dari tanah.
“Ntah.. mentang-mentang raya korban, kau nak jadi kanibal makan manusia..” Asadu’llah menyampuk geram.

Oh yeaaa ... Salam Aidil Adha buat semua, sama-sama kita berkorban ke arah kebaikan... 


Sunday, September 28, 2014

Bila Singa Mengaum 9

             Raihan Nasuha memandang tajam wajah Azim Najmi dan Assadu’llah yang sedang menyandar di sofa ruang tamu, dengan perut yang besar itu dia berjalan ke kanan dan ke kiri bagaikan polis pencen. Shafwan yang sedang duduk di meja makan bersama Syafie Zarif  hanya memerhati sang isteri yang sedang berkawad.
            “Honestly korang berdua, seriously?” Raihan Nasuha mengerut dahi sambil tangannya di bawa ke pinggang.
            “Bukan aku laa, Ajin jer.. aku dah okey..” Asadu’llah bersuara sambil menyandarkan tubuhnya dengan selesa di sofa.
            Azim Najmi menendang kaki Asadu’llah dengan kuat. “Ooiii sakit laa Ajin!!” Asadu’llah mengusap kakinya yang perit dengan tendangan padu Azim Najmi.
            “Dah sudah!!” Raihan Nasuha bersuara geram. Azim Najmi dan Asadu’llah menarik senyuman tawar. Siapa yang tak cuak bila mafia kelas satu mengamuk. Shafwan dan Syafiw Zarif menaham ketawa melihat wajah Azim Najmi dan Asadu’llah yang kelihatan cuak.
            Asadu’llah memusingkan badannya ke arah Azim Najmi dan dengan riak wajah tidak bersalah dia menyoal “ sampai bila weeyy Ajin...sampai bila ??”. Seraya dengan itu tiba-tiba majalah Ikea yang tebal hinggap dengan cantik di tubuh badannya.
            Shafwan dan Syafie Zarif yang berada di meja makan ketawa kuat, Azim Najmi menahan ketawa melihat Asadu’llah yang menahan perit balingan padu Raihan Nasuha yang sedang memandang tajam padanya.
            “Kau jangan nak tazkirahkan Ajin, kau pun dua kali lima, lima kali dua ...” Raihan Nasuha bersuara sebaris. Azim Najmi mengangguk laju, mengiayakan kata-kata Raihan Nasuha.
            “Korang berdua, sampai bila nak jadi macam ini? Ajin... emmm.. sampai bila kau nak tak berani nak make move?” Raihan Nasuha menyoal sambil tangannya di letakkan ke atas perutnya yang memboyot.
            “Ntah .. Ajin ini.. sampai bila kau nak taaa...”
            “Kau jangan nak gedik Burn, jangan sampai aku side kick kau..kau pun sama jer.. bila kau nak show your feelings?? Kau ingat ini era puppy love is it?” Raihan Nasuha menembak Assadu’llah. Syafie Zarif ketawa kuat sambil kepalanya di geleng-gelengkan ke kanan dan ke kiri.
            “Sorry.. sorry.. aku dah cuba tahan tapi tak boleh, muka korang berdua lawak gila..” dia bersuara dalam sisa-sisa tawa.
            “Haaa.. R’an kau tengok Chip wey... dia ketawakan kami !!” Azim Najmi bersuara dengan suara kurang puas hati
            “Biar dia ketawa, korang bukan ada kesedaran pun kan !!” Raihan Nasuha membalas geram.
            *Errkkkk.. dia betul-betul marah * Asadu’llah berbisik dalam hati.
            “Ajin, for god sake boleh tak kau stop playing game tarik tali dengan Safiya. Kau tak kesiankan dia?” Raihan Nasuha bersuara perlahan. Shafwan menarik kerusi dari meja makan dan di bawa ke arah Raihan Nasuha, di tarik isterinya lalu didudukan perlahan-perlahan.
            “Okey now boleh sambung ..” dia ketawa kecil sebelum melangkah ke meja makan untuk menyambung makan ubi kayu rebus dengan sambal ikan bilis pedas.
            ‘Sweet laaa Shaf ...macam overdose gula” Asadull’ah bersuara.
            “Aku tak suruh kau jadi macam Shaf  overdosage gula, but try to open towards Humairah boleh tak Burn?” Raihan Nasuha memandang lembut wajah Asadu’llah yang sedang menilik lantai.
            “Macam mana aku nak buka dengan Humairah, R’an?” Asadu’llah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengukir senyuman tawar.
            “Bukan kau tak tahu R’an... aku bukan macam korang semua.. “ dia bersuara perlahan.
            “Kau lebih baik dari kami Burn..” Raihan Nasuha bersuara perlahan. Asadu’llah menundukkan wajahnya setitis air mata lelakinya mengalir di pipi. Azim Najmi yang di sebelahnya memeluk bahu Asadu’llah dengan tangan kirinya.
            “Korang rasa dia boleh terima aku bila dia tahu aku siapa?” Asadu’llah menyoal perlahan. Azim Najmi mengeratkan pelukkan bila badan Asadu’llah mengeras.
            “Bila dia tahu siapa mak aku, korang rasa dia sanggup terima aku seadanya aku?” dia bersuara lagi.
Raihan Nasuha memusingkan kepalanya dan matanya menangkap wajah Shaf yang sedang menarik senyuman hambar, Shaf mengangguk kepala melihat pandangan Raihan Nasuha. Perlahan-lahan Raihan Nasuha melangkah ke arah Asadu’llah yang sedang menilik lantai.
“Aku bukan macam korang yang tahu asal –usul, aku tak kenal siapa bapa aku.  Aku tak ada siapa-siapa .. aku merupakan anak har....” tangan Raihan Nasuha melekap di mulut Asadu’llah.
“Syuhh !! Kau tak minta dilahirkan macam itu Burn, kau tak minta..” lembut Raihan Nasuha bersuara. Tangannya mengusap perlahan rambut Asadu’llah yang sedang memandang wajahnya.
“Kau bukan berseorangan Burn, kami semua ada..” Syafie Zarif bersuara di belakang Raihan Nasuha, perlahan dia menarik Raihan Nasuha yang sedang mencangkung di hadapan Asadu’llah ke lantai.
“Aku pun sentiasa ada Burn...” Shafwan bersuara dari tepi .
Count me too dude..” Azmi Najmi mengeratkan pelukkan di bahu Asadu’llah.
“Yes Burn, kami semua ada termasuk junior dalam ini..” Raihan Nasuha menunding jari pada perutnya.
Asadu’llah menarik senyuman hambar, “Terima kasih..” dia bersuara perlahan sambil tangan kanannya menyeka air mata yang membasahi pipinya.
“Sekarang, yang penting kau kena try to be open pada Humairah wey ...” Azmi Najmi bersuara.
“Kau jangan pandai nak nasihat Burn ... kau pun better make your move Ajin sebelum Abang Ngah take over..” Syafie Zarif bersuara direct.

“Weyyy.. Safia itu adik ipar angah tau tak... arrghh !! Aku boleh jadi mental laaa” Ajin menjerit geram, tangannya di bawa ke muka dan diraup kasar, manakala masing-masing mengigit bibir dengan melihat reaksi Azim Najmi.

Saturday, September 27, 2014

Coretan Warna (Teaser 2)

Safiya berdiri lama di hadapan pintu bilik Puan Aneesa dia berkira-kira bagaimana hendak diterang pada mama mertuanya yang Ajin tidak membenarkan dia ke mana-mana. “Belum terang terus dia jawab tiiiiidaaaaaakkkkk. Eyyyy buat orang macam nak gigit-gigit kepala dia” Safiya mengomel perlahan.
            “Gigit kepala siapa Safiya?” suara Encik Naim menyoal dari belakang. Safiya mengigit bibir, wajahnya bertukar menjadi merah menyala. “Errkk ... kantoi !!” dia menyumpah perlahan.
            Encik Naim hanya menarik senyuman apabila Puan Aneesa tiba-tiba menarik Safiya ke kamar tidurnya. “Sini, duduk sini.” Puan Aneesa menarik Safiya ke birai katil, manakala Encik Naim melangkah ke sofa berangkai dua yang terletak di sebelah rak buku yang besar.
            “Waaaahh.. mama dengan papa... cantikk” Safiya bersuara teruja melihat gambar yang berbingkai hitam yang tergantung di kepala katil yang bercorak Inggeris itu.
            “Itu zaman awal-awal papa jatuh cinta dengan mama kamu” Encik Naim bersuara tanpa mengangkat mata dari buku yang sedang di baca.
            “Zaman awal-awal papa dan mama bercinta?” Safiya menyoal pelik. Puan Aneesa mengangguk perlahan sambil bibirnya menarik senyuman manis.
            “Papa dan mama dulu bercinta selepas nikah.” Puan Aneesa mengusap lembut tangan Safiya. Encik Naim menggeleng sebelum sambil tangannya menutup buku yang sedang dibaca.
            “Saya jatuh cinta dengan awak bila saya nampak awak main layang-layang.” kata-kata Encik Naim membuatkan Puan Aneesa ketawa kecil.
            “I had huge fight with my ex-girlfriend and i dump her that is when I saw my Aneesa” Encik Naim menghulurkan tangan pada Puan Aneesa yang sedang merenung suaminya dengan penuh kasih sayang.
            “Tapi awal-awal memang payah, mama dengan papa main tarik tali macam Safiya dengan Ajin.” Puan Aneesa melangkah ke arah Encik Naim. Safiya terkedu sesaat.
            “Mama dan papa tahu, Safiya dan Ajin saling sayang antara satu sama lain, walaupun berjauhan tapi kasih sayang itu tetap ada dan tak pernah mati. Betul tak?” Puan Aneesa menyoal. Safiya mengangguk laju.
            “Semua orang pernah membuat kesilapan, tak ada yang sempurna Safiya, mama kamu dulu sampai lari ke Pulau Pinang gara-gara papa, nyaris-nyaris papa jadi Devdas.” Encik Naim ketawa perlahan.
            “Tapi papa usaha... papa usaha sehingga papa dapatkan kembali apa milik papa.” Dia menyambung lagi.
            “Mama pun sama Safiya, mama pertahankan hak mama, I stand up for my right, I fight for him and that is what makes us strong until this day.” Puan Aneesa menyandarkan kepala ke bahu suaminya.
            “Tapi mama, Safiya tak tahu nak mula dari mana. Kadang-kadang semua nampak okey, tapi tiba-tiba tanpa amaran Ajin akan jauhkan diri. Safiya buntu.” Safiya menbuka pekung di dada. Perlahan air matanya menitis di pipi, perasaan malu mencengkam jiwanya namun dia sedar kalau sekarang tidak dirisik pertolongan mungkin dia akan kehilangan Ajin selamanya.
            “Emmm, Safiya sayangkan Ajin tak? Jujur dengan papa dan mama, jangan paksa diri Safiya sebab ini bukan kebahagiaan Safiya sahaja tapi kebahagiaan semua orang.” Encik Naim menyoal Safiya yang sedang menilik lantai.
            “Safiya tak perlu paksa diri Safiya, walau apa yang berlaku, Safiya tetap akan jadi ahli keluarga mama dan papa.” Puan Aneesa memujuk perlahan.
            Hati Safia menjadi debar memikirkan soalan-soalan dari Puan Aneesa dan Encik Naim “Tak akan mama dan papa suka dengan Adriane? Tak akan mama dan papa nak gantikan tempat aku dengan Adriane?” persoaalan itu membuatkan Safiya terus mengangkat wajah yang basah dengan air mata.
            “Safiya sayangkan Ajin.. dan.. dan Safiya tak akan biarkan semua hilang .. dan ... dan  Safiya tak paksa diri .. Safiya betul-betul sayangkan Ajin , mama..” Safiya memandang wajah Puan Aneesa.
            Puan Aneesa menarik senyuman, perlahan tangannya mengusap lengan Encik Naim. “Kalau Safiya betul-betul sayangkan Ajin, mama dan papa akan tolong.” Puan Aneesa bersuara memujuk.
            “Betul... betul .. mama dan papa akan tolong Safiya untuk dapatkan kembali Ajin..” Safiya menyoal dengan wajah yang basah.
            Encik Naim mengganguk kepala, Puan Aneesa melangkah ke arah Safiya dan perlahan tubuh Safiya dipeluk erat. “Mama sayangkan Safiya dan mama akan tolong Safiya untuk pikat Ajin macam mama pikat papa kamu”.
            “Err,, bunga I think I did the tackling part..” Encik Naim menyampuk.
            “Excuse me Mr.Khairul Naim, are you forgetting that you ran away and locked your self here until I have to drive all over from papa and mama’s place to get you?” Puan Aneesa menjeling suaminya yang sedang menggaru kepala.
            “Maybe this will remained you,  Christina.. running away and.. Areesa ”
            “Yes... yes... and I loved you, still loves you and will always love you..” Encik Naim menyampuk sebelum Puan Aneesa mengungkit cerita lama yang akan membuatkan saham dirinya jatuh.
            “Mama akan tolong Safiya?” Safiya menyoal perlahan. Puan Aneesa mengangguk laju.
            “Mestilah, mama dan papa akan tolong Safiya untuk dapatkan Ajin.” Puan Aneesa bersuara tegas.
            “Err.. bunga.. can I redraw from the game plan.. I th....?”
            “NO !!” Puan Aneesa terus bersuara sambil matanya menjeling pada suaminya yang sedang ketawa kecil.
            “Thank you mama... thank you!!” Safiya memeluk erat tubuh Puan Aneesa.

            “Yes, I will get you ... Insya Allah you will be mine..” Safiya meniupkan semangat baru pada hatinya.

Wednesday, September 24, 2014

Coreta Warna (Teaser 1)

Ajin yang sedang duduk di meja belajar yang terletak kemas di sudut bilik masih berdiamkan diri, hatinya yang sejuk sebentar tadi menjadi sebal apabila memandang wajah Safiya yang melangkah masuk ke bilik.
            Agenda yang berlaku ketika minum petang tadi bermain di mindanya kembali...
            Safiya memandang muka Ajin yang tidak berik, pinggan yang berisi nasi goreng itu dijamah tanpa perasaan. Adid Naufal yang sedang menghirup kopi panas itu bermain mata dengan Puan Aneesa yang sedang menyapu mentega pada roti.
            “Safiya, nanti teman abang ngah keluar boleh?” Adid Naufal menyoal perlahan. Safiya terus tersedak, Adid secara sepontan menepuk perlahan belakang baan Safiya yang sedang batuk gara-gara terkejut.
            Ajin yang baru hendak menyuap suapan nasi goreng terus memberhentikan suapannya. Matanya menikan perilaku abang ngahnya yang membuatkan dadanya membuak-buak.
            “Kenyang..” Ajin bersuara sepatah sebelum menolak kerusi dan melangkah ke arah sinki dengan pinggan nasi gorengnya. Safiya memandang pinggan dengan pandangan yang kosong perlahan dia melangkah bangun.
            “Emmm... sangat kejam !!!’ dia menghentak kaki sambil menjerit kecil. Safiya berasa sebal dengan perangai Ajin yang penuh dengan ego dan enigma. “Eeyyyy pak cik tua itu sedar tak yang aku .. eeyyy !!”
            “Aku apa?” Adid Naufal berbisik dari belakang.
            “Haaa !! aku apa !! aku .. tak ad apa-apa” dia menggeleng kepala sambil lantas tubuhnya berpaling menghadap sinki.
            Safiya menarik nafas sebelum dia bersuara namun dia terdiam bila mendengar Ajin yang bersuara.
            “It is NO !!” Ajin bersuara dingin sambil matanya tunduk memandang helaian kertas yang bertaburan di atas meja.
            “Tapi...”
            “Tak ada tapi-tapi.. jawapan dia tetap TIDAK !!” dia menjawab kasar sebelum menolak kerusi dan melangkah ke bilik air.
            “Huh!! Tak ada makanya aku nak bagi kau keluar dengan Angah ... Tak boleh !!” dia meraup mukanya yang serabut. Manakala Safiya yang memandang pintu bilik air yang terkunci itu. Dia menghela nafas sambil melangkah ke bilik Puan Aneesa.

                                    ___________________________________________

p/s :
kepada yang rindu Ajin dan Safiya..
        Bacalah kalian supaya rindu kalian terlerai ...
       @>-----

Bila Singa Mengaum 8

Sekejap-sekejap bibirnya mengutum senyuman. Siapa tak suka bila setiap beberapa minit telefon pandainya menghantar notification.
            *Buat apa?*
            *Main guli.. :p *
            *Pergghh hebat bini Encik Singa ini main guli.. haha *
Humairah mengetap bibir geram. “Cissskkeeekk punya Simba, baru jer aku nak kenakan dia, dia pula kenakan aku” dia mengomel sendiri.
            *Pleaseeeee ok...*
            *Yes anything that i can do to please you?? (>_<) !!*
            *Yes come home early !!*
            *Iikkk kenapa? Anything to do together??*
            *Nothing much but ada popia basah dengan homeade sauce.. J*
            *Whatttttt??? Okey coming home now !!! Tungguuuuuuu !!!”
Humairah nganga sebentar sebelum ketawa kecil. “Laju jer Encik Singa ini bila dengar popia basah Mrs. Chef ini..” dia ketawa sambil tangannya mengkukus popia basah kegemaran Asadu’llah.
                                    ________________________________________
            Bunyi kereta di luar rumah menarik pandangn Humairah, “Haaa perempuan ini lagi??” dia mendengus kasar lalu dengan pantas tangannya mengunci pintu utama rumah dan seraya itu kakinya di arah ke “laundry room” yang bersambung dengan pintu belakang. Popia basah di letakkan di meja makan itu dipandang dengan ekor mata sambil bibirnya mengukir senyuman sebelum kakinya melangkah ke belakang.
            Humairah membuat tidak sedar akan kehadiran Miss World yang sedang mengetuk pintu rumahnya. Anita yang sedang mengetuk pintu rumah menjengkuk dan matanya menangkap kelibatan  Humairah yang sedang menyidai kain di halaman belakang.
            “Hey perempuan !!” Anita memanggil Humairah dengan penuh sikap kurang sopan. Humairah yang mendengar buat-buat tidak dengar malahan MP3 yang terpasang di telinganya dikuatkan volume.
            “Eeyyy perempuan ini..” Anita melangkah ke arah Humairah yang sedang menyidai kain, Anita mengetap bibir dengan riak muka yang menjengkelkan. “Kau tak dengar aku terjerit-jerit macam orang gila di pintu utama ? Aku jerit suruh kau buka pintu !! Sekarang kau pergi buka pintu utama, aku nak masuk!!” dia memberi arahan.
            Humairah membuat muka tidak beriak dan menjawab dengan penuh sopan, “Maaf Cik Anita, Encik Asad cakap jangan bagi sebarang orang masuk ke rumah ketika dia tak ada dan saya tak nak melanggar arahan Encik Asad nanti saya tak bau syurga.”
            “What?? Orang sebarangan? Hey Perempuan bodoh !! Kau lah orang sebarangan” dengan laju tangan Anita menolak Humairah dengan kasar. Humairah yang sedang menyidai kain terdorong ke belakang dan nyaris tubuhnya mencium rumput-rumput yang menghijau.
            “Kenapa ini Cik Anita?” Humairah masih cuba menyoal secara diplomasi. Dia berdiri dan mengutip pakaian yang terjatuh di atas rumput yang menghijau itu. Anita melangkah ke arah Humairah dan wajah Humairah ditampar kuat. Humairah terkejut seketika, namun dia menggeleng kepala sebelum matanya memandang wajah Anita dengan pandangan yang dingin.
            “Perempuan bodoh !! Kau tanya aku kenapa? Kau sedar tak gara-gara kau Asad langsung tak nak pandang muka aku” Anita menjerit geram.
            “Maafkan saya Cik Anita, bukan salah saya Encik Asad tak nak pandang muka Cik Anita” Humairah menjawab malas, geram di hati hanya Allah sahaja yang tahu.
            “Hey betina, kalau bukan kau di sini sebab wrong time and wrong place tak ada Asad nak bernikah dengan kau” Anita mencemuh dengan nada sinis.
            “Ada hikmah saya disini on wrong time and wrong place Cik Anita ooi, if saya tak ada di sini on wrong time and wrong place sure Cik Anita yang menikah dengan Encik Asad kan?” Humairah menyoal dengan tangan yang dilipat ke dada.
            “Eeeyyyy !!! kau ini kan memang !! sengaja cari pasal !!” Anita menjerit, baru dia hendak mengangkat tangan untuk menampar Humairah buat kali kedua tiba-tiba tangannya di tarik dari belakang.
            “What are you trying to do Anita???” Asadu’llah mengaum bagaikan singa yang marah.
            “Thi.. thiss.. thisss lady here dia berlagak tak nak bagai I masuk ke rumah you Asad” Anita mencebik geram.
            Asadu’llah memandang Humairah yang sedang tersenyum sumbang, matanya jatuh ke kiri pipi Humairah yang merah. Kakinya di langkah ke arah Humairah lalu dipegang wajah Humairah sebelum matanya menangkap mata Humairah yang cuba mengelak memandangnya.
            “Kenapa merah?” dia menyoal dingin.
            “Tak ada apa...” Humairah menarik pipinya dari pegangan Asadu’llah.
            “Jawab Humairah!!” dia mengeluarkan aura Encik Singanya.
            “Errkk.. !!” belum sempat Humairah membuka mulut, Anita ketawa sinis.
            “I tampar dia sebab dia cakap I orang sebarangan !!” Anita mencelah. Asadu’llah yang sedang memandang Humairah terus berpaling dan wajahnya berubah riak. Kakinya dilangkah ke arah Anita dan dia menyoal dingin “kau tampar dia?”
            Anita mengangguk , belum sempat dia membuka mulut satu tamparan hinggap di pipinya.
            “Berani kau tampar isteri aku?” Asadu’llah menyinga. Anita terus menjadi kaku, Humairah di belakang mula menggelengkan kepala. Dia melangkah ke arah Asadu’llah dan tubuh Asadu’llah dipeluk dari belakang.
            “Dah.. dah jangan marah.. “ dia memujuk lembut.
            Anita yang terkejut dengan apa yang berlaku menjadi kedu sesaat. “Burn you menampar I?? Dia menyoal dalam keadaan yang kurang percaya.
            “Kira bagus aku tampar kau, selamat kau perempuan !! Kalau kau lelaki memang aku tak tahu apa yang aku buat!!” Asadu’llah menjerit marah. Humairah memeluk tubuh Asadu’llah dengan kemas dari belakang.
            Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut dada Asadu’llah sambil bibirnya beristigfar lembut. Asadu’llah meraup mukanya yang merah menyala sambil tubuhnya dipalingkan menghadap Humairah.
            “Anita just go away !! Aku bukan bermaksud nak menjadi dayus dengan pukul perempuan.. Cuma aku tak boleh terima bila ada orang sakitkan isteri aku.” Dia bersuara dingin sambil tangannya menarik Humairah kedalam pelukkannya.
            Air mata Humairah mengalir perlahan dan menitis di pangkal leher Asadu’llah. Asadu’llah menolak Humairah dan apabila matanya menangkap air mata di pipi yang mengalir turun di pipi yang  kemerahan itu . Lantas tangannya terus  menarik Humairah kembali ke dalam pelukkannya.
            “Sorry, abang betul-betul minta maaf.” Asadu’llah melahirkan rasa bersalah yang terbuku dalam hatinya. Humairah hanya mengangguk dalam esakkan yang makin menjadi
            “Syuhh !! Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab selama ini abang layan Humairah macam entiti yang tak wujud dalam rumah ini, tapi sebenarnya abang dah lama ambil tahu pasal Humairah Cuma mungkin ego abang yang tidak memberi peluang untuk abang tunjukkan pada Humairah.” Asadu’llah mengeratkan pelukkan pada tubuh Humairah.
            “Abang sayangkan Humairah.” Asadu’llah meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya. Anita masih di belakang Asadu’llah membuntangkan mata mendengar kata-kata Asadu’llah kepada Humairah.
            Hatinya menjadi sebal dan marah. Perasaan bencinya terhadap Humairah makin meluap-luap.
            “Tapi Mairah kan pemusnah kehidupan abang, Mairah kan jatuhkan status abang, air muka abang, maruah abang” Humairah yang masih teresak bersuara dari sebalik dada Asadu’llah.
            “Tak.. tak.. Mairah pelengkap kehidupan abang. Syuhh!! Abang minta maaf, Mairah jangan menagis lagi sayang, please !!!” Asadu’llah memujuk lembut.

            Humairah hanya mampu mengangguk kepala dalam tangisan. Anita melangkah pergi dengan perasaan benci dan Asadu’llah mengemaskan pelukkan dan popiah basah di meja makan beransur menjadi sejuk.