Monday, August 29, 2016

Missing Chapter 01


AZIZUL memeluk tubuhnya, melawan kedinginan angin sejuk yang bertiup sambil melangkah laju menuju ke ward kecemasan. Azizul mengibas kepingan salji yang mula melekat di rambutnya. “Adid ini kan, pada masa inilah dia boleh tinggal pager aku dalam kereta” dia mengomel sambil menggosok tapak tangannya. Azizul yang berdiri di hadapan pintu masuk ward kecemasan mengecilkan matanya apabila dia melihat seorang gadis yang berambut perang yang memakai baju gaun berwarna merah dengan kot berwarna hitam sedang duduk di bangku yang terletak bertentangan dengan ward kecemasan Royal Infirmary of Edinburgh yang merupakan tempat pelajar perubatan dari University of Edinburgh membuat latihan klinikal akhir tahun mereka.
            Azizul mengerutkan dahinya apabila gadis yang berambut kerinting separas bahu itu sedang menghembus asap rokok sambil melihat salji yang sedang turun mencium lantai bumi. Dari jauh Azizul melihat gadis itu sedang batuk setiap kali dia menyedut rokoknya, gadis itu memejam mata bagaikan menahan perit di dada.
            Azizul merenung lama gadis yang sedang menghisap rokok itu, perlahan tanpa dia sedar kakinya mula melangkah ke arah gadis itu. Azizul menarik mafela yang terlilit di lehernya dan dia menghulurkan pada gadis itu.
            “For you” dia berkata tanpa mengerdipkan matanya. Gadis yang sedang memegang rokok di tangan itu memandang Azizul dengan satu pandangan hening. Azizul menjungkit kening sambil tangannya masih menghulurkan mafela miliknya.
            “Thank you” gadis itu ucap lambat-lambat sambil mengambil mafela yang dihulurkan oleh Azizul.
            “Jijo” Azizul memperkenalkan diri.
            “Jay” gadis itu membalas sambil menghisap rokok di jari, mafela yang dihulurkan oleh Azizul di letakkan di atas paha, dia memejam mata sambil menyandarkan kepalanya pada bangku kayu yang sedang di duduk.
Azizul yang sedang berdiri di hadapan gadis itu mula menilik gadis dalam diam. Gigi gadis itu yang tersusun cantik, matanya yang besar dan berbulu mata lentik itu menarik perhatian mata Azizul, lagi-lagi warna matanya yang berwarna hijau keemasan itu. Juntaian rambut kerinting yang terjuntai di dahi gadis itu membuatkan Azizul memandang gadis di hadapannya tanpa berkedip.
            Tiba-tiba Azizul menarik rokok yang masih menyala di hujung jari Jay yang sedang memejamkan mata. Jay tersentak, dia memandang tajam wajah Azizul yang sedang berdiri di hadapannya. “Hospital,” Azizul berkata sambil menjuihkan bibir pada papan tanda yang terletak di belakang gadis itu.
Jay mengetap bibir menahan rasa geram yang mula bertandang di hatinya. Dari jauh Azizul melihat sebuah ambulans yang sedang memasuki kawasan ward kecemasan, tanpa membuang masa dia berpusing dan berlari masuk ke hospital.
Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu masuk ward kecemasan Azizul berpaling untuk melihat Jay yang sedang menarik kotak rokok dari kot hitamnya. Azizul menggeleng kepala, dia melepaskan sebuah keluhan kecil sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.  
Jejaka berkot putih itu mengeluarkan gula-gula yang terletak di dalam kocek seluarnya, “cantik tapi sayang merokok” dia mengomel sendirian sebelum melangkah masuk ke ward kecemasan di mana dia bertugas pada hari ini.
            “Apa yang kau bebel?” Adid yang sedang duduk di hadapan timbunan fail bertanya. Azizul menggeleng kepala, sambil menarik kerusi kosong yang terletak di hadapan Adid. Entah kenapa wajah gadis yang bermata hijau keemasan itu bermain di mindanya.
            “Ahhh.. jangan menipu” Adid menugkas, Azizul ketawa kecil bersama gelengan di kepalanya. Adid menjungkit bahu, dia tahu kalau sudah disoal lebih dari sekali dan gelengan juga dihadiakan oleh Azizul maka tidak mungkin jejaka itu akan memberikan sebarang jawapan.
            Azizul menarik sebuah fail yang terletak di hadapan Adid, “Leukemia” dia menyebut perlahan sambil membaca perkataan di hadapan fail.
            Adid menjungkit kening, Azizul mengangkat fail di tangan. “Oooo…” Azizul membulatkan mulut.
            “Budak baya-baya kita, leukemia tahap 3.” Adid berkata sambil meneruskan membaca fail-fail  di atas meja. Azizul mengangguk kepala.
            “Tadi baru dia datang, kasihan aku tengok dia.” Adid menjawab sambil menyelak kertas di dalam fail yang sedang dibaca. “Bila dia dapat tahu yang dia ada leukemia, kaku terus badan dia, terkejut sampai tak bergerak. Dia tak boleh terima yang dia sakit...” Adid menyambung tanpa mengangkat kepala.
            Azizul menendang kaki Adid, “sesiapa sahaja yang berada di tempat dia akan buat reaksi yang sama. Tak akan dia orang nak melompat-lompat sambil menari zapin bila dapat tahu yang dia ada penyakit leukemia,” Azizul mencemik.
            “Eyyy...aku cuma bagitahu apa yang aku nampak jer,” Adid mencelah. “Tapi kan Jijo, rugi betul aku tadi, sebab aku hanya nampak belakang badan dia jer,” Adid menarik muka.
            “Buruk kau buat muka macam tu! Macam itik” Azizul berkata sambil ketawa.
            Adid meletakkan pen yang dipegang di atas meja, “tapi serius Jijo, aku kasihan sungguh dengan dia, masuk kali ini dah tiga kali aku nampak dia kat sini. Setiap kali tu juga aku nampak Dr. Jas cuba tenangkan dia.” Adid menutup fail di tangan.
            “Haiiiiilaaa, setiap kali dia datang consult dengan Dr.Jas, tiap kali itu aku tak berkesempatan untuk tengok wajah dia.” Adid mengeluh, Azizul yang duduk bertentangan dengannya menggelengkan kepala.
            “ Tapi dari gaya Derick nganga tadi, aku rasa mesti budak itu lawa” Adid berkata dalam nada cemburu, dia meletakkan pen yang dipegang di atas meja sambil memandang Azizul yang mengalihkan perhatian kepada fail di tangan.
            “Kenapa kau tak pernah tengok muka dia?” Azizul menjungkit kening.
            “Sebab setiap kali dia jumpa dengan Dr. Jas, aku mesti tengah layan pesakit.” Adid mengetap bibir.
            Azizul menarik nafas, dia memandang wajah Adid, “masih baru lagi ea?” dia menyoal.
            Adid mengangguk kepala, “masih baru… baru tiga minggu dia di diagnos leukemia.” Adid membalas.
            Azizul membaca fail di tangan, ‘Asim Jayyana’ nama pesakit di yang ditulis itu menarik perhatiannya. ‘Pejuang Kekuatan’ Azizul menyebut perlahan, Adid yang sedang memandangnya mengerut dahi.
            “Apa?” Adid bertanya.
            “Maksud nama pesakit ini. Asim Jayyana… Pejuang Kekuatan” Azizul berkata sambil tersenyum.
            “Mendalam makna nama dia,” Adid mengangguk kepala.
            “Pejuang kekuatan” Azizul menyebut sekali lagi sambil menutup fail di tangan, Azizul menolak kerusi ke belakang.
            “Ehhh… kau nak kemana?” Adid menyoal Azizul yang mula berdiri.
            “Kafe.” Dia jawab sepatah sebelum berpaling dan melangkah ke kafe untuk mengisi perutnya. Adid meletakkan fail yang dipegang ke atas meja dan dia berlari di belakang Azizul.
            “Aku ikut, aku pun lapar” Adid berkata sambil memeluk bahu Azizul.
**
            Jay yang sedang duduk di bangku panjang menghadap hospital memegang dada, hari ini buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dia menghisap rokok. Rasa kelat dan pahit rokok tadi itu membuatkan Jay rasa tidak selesa. Lambat-lambat Jay mengambil mafela yang terletak di paha, lama dia merenung mafela tersebut sebelum melilit ke lehernya. Jay mengeluh perlahan, sebentar tadi dia baru sahaja berjumpa dengan Dr. Jas. Masuk kali ini sudah tiga kali dia berjumpa doktor wanita itu, semata-mata untuk mendapat kepastian mengenai penyakitnya. Tiga minggu yang lalu dia telah di diagnos dengan leukemia tahap 3 dan sejak itu dia merasakan hidupnya gelap dan segalanya bagaikan telah musnah.
            Jay menarik lengan bajunya, jam tangan Montblanc Grand Tourbillion Heures Mysterieuses yang diperbuat dari emas putih yang berharga 220,000 Euro yang dipakai ditangan itu di pandang sepi. Satu senyuman hambar mula terukir di bibirnya, “pelik sungguh orang yang menanti masa melihat masa” dia bisik dalam hati.
            Jay mengibas salji yang terlekat di kot hitamnya, dia melangkah ke parking kereta dan menuju ke arah Lamborghini Sesto Elemento Concept 5.2 litre V10 AWD 2010 yang terletak di hujung tempat letak kereta. Lama dia berdiri di hadapan kereta mewah itu, lama dia memandang kereta hitam yang terpakir di hadapannya, dia menarik nafas sebelum berpusing dan berjalan menuju ke pagar RIE[1]. “Taxi” dia menjerit kepada kereta comel berwarna biru yang terpakir di seberang jalan sambil melintas jalan.
            Teksi berwarna biru itu berhenti di hadapan Jay. Gadis itu membuka pintu dan memboloskan badannya ke dalam teksi comel itu. Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi belakang, dia menarik nafas sebelum memejamkan matanya. “Excuse me, where do you want me to bring you?” lelaki mat saleh yang dalam lingkungan usia 50 an bertanya dari tempat duduk pemandu.
            “Anywhere, anywhere will do... money is not an issue” Jay berkata tanpa membuka mata, lelaki tua di hadapan mengerut dahi.“Somewhere where I can get fresh air,” Jay menyambung perlahan.
            “Is Braidburn Valley Park okey with you?” pemandu itu bertanya. Jau hanya mengangguk kepala sebagai jawapan.
            Pemandu itu menghidupkan enjin dan dia memandu sambil sesekali dia memandang Jay yang sedang menyandarkan kepala pada kerusi sambil memejamkan mata. “Are you alright young lady?” pemandu itu bertanya sambil memandang Jay melalui cermin di hadapan.
            Jay menghela nafas, dia menggeleng kepala. “ I am dying” dia menjawab lemah.
            Pemandu itu terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari gadis di tempat duduk belakang teksinya, “what do you mean you are dying? Do you want me to turn back to RIE?” dia bertanya dalam nada cemas sambil menekan brek.
            Jay menggeleng kepala, “I just need some air” dia berkata perlahan sambil membuka mata. Jay mengukirkan satu senyuman lemah kepada pemandu teksi biru itu. Pemandu teksi biru itu memandang lama wajah Jay yang suram, dia menghela nafas melihat mata Jay yang kelihatan sedih dan kosong itu.
            “My name is Race” pemandu berusia 50 an itu memperkenalkan diri.
            “Hai, Mr. Race, I am Jay” Jay memperkenal diri sambil menarik nafas, wajah cuak Mr, Race di pandang lama. “The doctor told me I am having leukemia” dia menjelaskan perlahan sambil memandang keluar teksi.
            Riak wajah Mr. Race berubah mendengar sebaris ayat itu dari bibir mungil Jay. “I need some fresh air at the moment. The hospital makes my heart congested. So will you bring me some place where I can breath?” Jay bertanya tanpa berpaling. Mr. Race mengangguk kepalasambil meneruskan perjalanan menuju ke Braidburn Valley Park.
**********************
AZIZUL melangkah keluar dan berjalan  menuju ke parking kereta, Adid yang berjalan di belakangnya mula berjalan di atas bekas tapak kaki Azizul.
            “Jijo..” Adid memanggil Azizul.
            “Emmm..” Azizul menyahut.
            “Jarang sungguh Edinburgh bersalji.” Adid berkata sambil matanya memandang ke arah sebuah pokok di mana bawah pokok itu dipenuhi dengan salji putih.
            “Aku pun pelik... jarang Edinburgh bersalji tebal macam ini, kalau bersalji pun selalu salji dia jarang-jarang.” Adid berkata sambil melangkah menuju ke kereta.
            “Angin dingin dia... Ya Rabbi!!!” Azizul membalas sambil memeluk tubuh, ada beberapa kepingan salji putih turun menimpa kepalanya.
            “Ehhh... mana mafela kau? Kau tinggal di locker ker?” Adid bertanya pada Azizul.
            Azizul menggelengkan kepala, “aku bagi pada orang tadi... kasihan aku dengan dia tadi. Duduk dalam sejuk tapi tak ada mafela” Azizul menerangkan pendek.
            “Sejuk-sejuk macam ini, aku rindukan rumah lah, Jijo. Aku rindu dengan budak bertiga tu danyang paling aku rindukan ialah si Yang” Adid berkata dari belakang.
            Azizul ketawa, “kau rindu pipi tomato dia kan” Azizul ketawa perlahan..
            “Pandai lah kau,” Adid mencemik, sambil memusingkan badan. Matanya teracap ke sebatang pokok besar yang terletak di hadapannya, tiba-tiba dia menarik senyman nakal sambil melangkah ke pokok besar yang dilihat sebentar tadi. Adid membongkokkan badan dan mula mengumpul timbunan salji dalam membentuk salji itu kepada bulat sederhana kecil dan dengan pantas dia menuju bola salji itu ke arah Azizul.
            “Adid!!!” Azizul menjerit geram. Adid di belakang ketawa dan tidak semena-mena sebiji bola salji hinggap di wajahnya.
            “Arrgghhh!!” Adid menjerit dan mula membentuk bola-bola salji untuk di tuju ke arah Azizul. Sedang rancak mereka berdua bermain, salah satu dari bola salji yang dibalng itu tersasar dan hinggap di kereta yang terpakir elok di sebelah keretasecond hand mereka.
            “Wey Jijo!!” Adid memanggil Azizul yang sedang membelakangkan kereta yang terkena bola salji.
            “Apa?” Azizul bertanya.
            “Lamborghini Sesto Elemento” Adid berkata lambat-lambat sambil menundingkan jari pada kereta berwarna hitam itu.
            Azizul terus pusing  180 darjah. “Gila!!” dia berkata dalam nada kagum sambil berjalan menuju ke kereta hitam itu. Azizul bersiul perlahan, “awesome!!” Azizul berkata sambil mengusap perlahan badan kereta mewah itu.
            “Starting price 2.2 million USD” Adid berkata sambil memegang kereta mewah yang kelihatan bagaikan katak itu.
**
            “Thank you” Jay mengucapkan terima kasih kepada Mr. Race, pemandu yang berusia 50 an yang setia meneman dirinya sehingga lewat. “Here, keep the change” dia menghulurkan lima keping note seratus pound kepada pemandu tersebut.
            “This is too much...” pemandu itu menolak pemberian Jay.
            Gadis itu menggeleng kepala, “naa.. this is for you,” Jay berkata sambil mengenggam tangan Mr. Race, gadis itu menghadiahkan segaris senyuman pada Mr. Race.
            “Thank you so much Jay.” Mr. Race berkata perlahan.
            Jay mengangguk kepala sebelum menutup pintu.
            “Hey, young lady, next time if you need some air, do call me” Mr.Race berkata melalu cermin tingkapnya, lelaki itu menghulurkan sekeping kad nama kepada Jay.
            “Thank you” Jay mengambil kad sambil mengangguk kepala. Jaymelangkah masuk ke RIE dengan laju, jam di tangan dikerling beberapa kali. “Kan dah lambat!!” dia mengomel dalam hati sambil melangkah ke tempat letak kereta.
            Jay berjalan menuju ke keretanya, dia menghidupkan enjin keretanya yang kedengaran bagaikan singa mengaum. “Jom balik” dia berkata sambil menarik nafas sebelum menekan minyak membelah jalan dibumi Edinburgh.
************************
AZIZUL merenung gadis yang duduk di bangku kayu bertentangan dengan ward kecemasan, “aikkk.. tempat yang sama tapi tak ada pula rokok kat jari, hati ini.” Azizul berkata sambil menjungkit kening. Dia melangkah ke arah Jay yang sedang mematahkan cokelat dan memasukan ke dalam mulutnya.
            “Hai” Azizul menyapa, Jay mengangkat kepala dan perlahan dia menarik senyuman.
            “Hai” gadis itu mengangkat tangan.
            “Cokelat?” Azizul menjungkit kening, Jay ketawa sambil mengangguk.
            “Bagus, bagus!!” Azizul mengangguk kepala, “bagus kau makan cokelat... dari hisap rokok macam hari tu” Azizul berkata sambil duduk di sebelah Jay.
            Jay ketawa lagi, “itu pertama kali aku hisap rokok” dia berkata sambil menghulurkan Azizul cokelat di tangan.
            “Terima kasih” Azizul mengambil huluran gadis yang berambut kerintingitu, “dan tolong pastikan itu kali terakhir kau hisap rokok” Azizul menyambung.
            Jay yang sedang duduk di sebelah Azizul memandang Azizul lama. “Kenapa?” dia menyoal Azizul, suaranya perlahan.
            “Sebab rokok merbahaya untuk kesihatan” Azizul menjawab sambil memandang Jay.
            Jay ketawa, “lawak” dia berkata sepatah.
            “Apa yang lawak? dengan kerutan di dahi.
            “Tanpa hisap rokok pun orang boleh dapat penyakit.” Jay menjawab sambil berdiri.
            Azizul memandang Jay yang sedang berdiri di hadapannya, “terima kasih untuk mafela semalam” Jay berkata sambil mengukir sebuah senyuman sebelum melangkah.
            “Jay” dia memanggil apabila melihat Jay berjalan tanpa berpaling. Jay hanya melambai tanpa berpusing
            “Arrghhh... cokelat dia” Azizul berkata sambil melihat mengangkat cokelat yang dipegang. “Terima kasih” dia berkata perlahan sambil mematahkan cokelat yang tinggal separuh.
**
            Jay melangkah masuk ke kereta, perlahan dia mengukir senyuman apabila terfikirkan doktor muda yang bercakap dengannya sebentar tadi. “Kacak” dia memuji sambil menggeleng kepala.
            Telefon yang ditinggalkan di dalam kereta tadi di capai, “wew!! 33 missed call” dia berkata sambil menekan telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya.
            “Emmm... Mariam” dia mengomel sambil mencampakkan telefon ke tempat duduk penumpang.
            Jay menarik lengan bajunya, dia menggosok perlahan lengannya yang merah dengan bekas suntikan jarum. Dia menyandarkan bandannya pada kerusi dan perlahan dia memejam mata. Lama dia memejam mata dan perlahan air mata mula turun membasahi pipinya.
            “Kenapa... kenapa dalam banyak-banyak orang aku yang kena penyakit ini” dia merintih dalam diam. Walaupun sedaya upaya dia cuba berlagak tenang namun dalamannya bergelora. Dia memegang stereng kereta dan esakannya mula menjadi kuat memikirkan dirinya yang menghidap penyakit leukemia.
***************************





[1] RIE : Royal Infirmary of Edinburgh