Monday, September 7, 2015

Graviti 5

JADE duduk di atas dahan pokok sambil matanya tidak leka memandang Raihan Nasuha yang sedang duduk di buai. Gadis itu sedang merenung jauh, mungkin sedang memikirkan hal berkenaan Arysa dan dirinya.
            Jade melompat turun dari dan dia berdiri seketika bagaikan mencari kekuatan sebelum melangkah ke arah R’an. “Yok!” dia menyapa sambil duduk di buaian kosong sebelah Raihan Nasuha.
            R’an ternganga sesaat melihat Muhammad Zaid Ashraf di sebelahnya. “Apa yang dia buat di sini?” dia menyoal dalam hati.
            “Main buaian?”
            “Tak tengah masak. lah” R’an membalas sinis. Jade menarik senyuman mendengar jawapan gadis itu.
            “Kata nak ke rumah ibu habis kenapa duduk sini?” Jade menyoal perlahan sambil mula mengayun buai secara perlahan.
            “Saja datang teman tupai di atas pokok” R’an membalas malas.
            “Emm… Raihan Nasuha, kenapa duduk sini?” Jade memberhentikan ayunan buaian dan matanya mencari mata R’an di sebelahnya.
            R’an tersentak apabila Jade menyoal dengan memanggil nama penuhnya. “Kenapa duduk sini Raihan Nasuha?” sekali lagi jejaka bermata hazel itu menyoal gadis di sebelahnya.
            “Ntah..” perlahan gadis itu membalas. Jade menghela nafas sambil menggeleng kepala.
            “Do you want to ask me anything?” Jade menyoal perlahan. R’an menggeleng kepala walaupun pelbagai soalan bermain di kepalanya terutamanya perihal gadis bernama Arysa itu.
            “Betul tak ada apa-apa?” Jade menyoal sekali lagi. R’an menarik nafas dan menggeleng kepala sambil wajahnya ditundukkan ke bawah. Gelora di dada hanya dia sahaja yang mengerti, ingin ditanya namun dia risau apa natijahnya nanti.
            “Walaupun pasal Arysa dan Haikal?” Jade menduga gadis di sebelahnya. Bingo ! R’an terus mengalihkan pandangan ke wajahnya. R’an menarik nafas sekali lagi bagai mencari kekuatan untuk memulakan bicara.
            “Siapa Haikal sebenarnya?” akhirnya soalan yang menghimpit jiwanya terlepas jua.
            “Haikal.. emm anak….” Dia berhenti mencari wajah R’an.
            “Arysa adalah isteri Abang Zaril.” kata-kata Jade itu membuatkan R’an terlepas telefon bimbit yang dipegang.
            “Aaa..bang Za…zaril?” R’an menyoal terkejut? Jade mengganguk kepala satu senyuman lemah terukir di bibirnya.
            “Abang Zaril nikah dengan Arysa masa belajar di Bristol.” Jade mengalihkan mata ke pokok yang gagah berdiri di hadapannya.“Masalahnya Umi dan Walid tak tahu Abang Zaril dah nikah di sana, dia pun tak cerita apa-apa sehingga Arysa muncul masa Abang Zaril nak nikah dengan Kak Ain. Big story short, I, Juan, Fauzi, Adid, Akid and Jijo we sort things out and we kept it as a secret till now”dia berjeda.
            “Along? My Along pun terlibat?” R’an menjerit kecil. Jade mengangguk kepala sebelum menyambung kata-katanya “cuma yang pelik aku tak tahu kenapa Abang Zaril tak nak mengaku Haikal anak dia even Arysa ada bukti black and white she is his wife.”
            “Sorry..” gadis itu berkata perlahan.
            “Kenapa sorry?” Jade bertanya sebaris.
            “Sebab hate you” R’an membalas perlahan.
            “Kenapa nak hate me?” Jade bertanya lagi.
            “Sebab Arysa.. emm kak Arysa and you.” R’an bersuara perlahan.
            “Kenapa Arysa and me?” Jade bertanya sambil mula mengayun buainya.
            “It annoys me” gadis itu mengetap bibir sambil bersuara perlahan.
            “Why it annoys you?” Jade bertanya disebalik senyuman yang terukir di hujung bibirnya.
            “Because I like you.”
            “Really?” Jade menyoal dengan nada terkejut. R’an mengetap bibir, wajahnya bertukar rona. Terus dia diam tidak membalas apa-apa.
            “I don’t like you.” Jade bersuara dingin. R’an menelan air liur, air matanya mula bergenang di tubir mata. Dia menarik nafas sambil menarik senyuman kelat dan terus dia berdiri dan melangkah meninggalkan buainya.
            “I never liked you Raihan Nasuha, I love you, I loved you since you play hide and seek with me, since the first time I kissed you, since the time I asked you to wait for me. I loved you since then, I still love you and I will love you for ever” Jade membuat pengakuan kamikaze.
R’an terkaku mendengar kata-kata Jade. Perlahan dia mengukir satu senyuman yang menampakkan lensung pipitnya. Terus dia melangkah menuju ke rumah sambil tangannya menunjukkan isyarat “Okey” pada Jade yang sedang tersenyum sambil menggeleng kepala.
Azizul yang sedang bersandar di sebalik pokok batang pokok yang menjadi tempat duduk Jade sebentar tadi menarik senyuman. “At last Muhammad Zaid Ashraf… at last” dia menutur sendiri, bukan mudah dia hendak bagi hint pada Jade untuk membuka langkah buat pengakuan berani mati terhadap adiknya yang memang sejak dulu sukakan anak Dr.Ziyad yang bermata hazel itu.
*********************
R’AN menggeleng kepala bibirnya menarik senyuman kemudian dia menyembamkan muka di meja. Mocha panas yang sedang berasap tipis itu membuatkan dapur rumah Puan Zaryn berbau harum dengan aroma Mocha.
            Azizul menggeleng kepala melihat R'an yang sedang menyembam muka meja. Perlahan dia melangkah dan menarik kerusi di sebelah adiknya.
"Mocha?" dia bertanya. R'an mengangguk tanpa berubah posisi kepalanya.
"Emm.. Yang tahu tak Mocha ini sebenarnya ibarat cinta" jejaka berseluar bermuda itu bersuara memancing perhatian sang adik. Umpannya menggena, R'an memalingkan kedudukkan kepalanya, matanya kini melihat Alongnya yang sedang merenung Mocha yang terletak di atas meja itu.
"Mocha.. rasa dia kaya dengan cokelat namun pahit, tetapi enak diminum kalau bercampur dengan susu dan gula sampai kadang-kadang rasa pahit itu tidak terasa. Betul tak?" R'an mengangguk kepala mengiayakan kata-kata Azizul.
"Macam itu juga dengan cinta, kaya dengan kasih sayang, namun ada waktu rasa cinta itu pahit, tetapi kalau pandai bertolak ansur, faham antara satu sama lain dan maafkan salah anatara berdua akan membuatkan nikmat cinta itu lebih indah. Betul tak?" Azizul menjungkit kening sambil menarik senyuman.
R'an menarik senyuman di bibir, perlahan dia mengangguk. "Too much of good stuff is not good for life, which is why small fight makes love wonderful. Kayuh perlahan-perlahan adik Yang". Azizul mengusap kepala R'an dan melangkah ke bilik dengan cawan yang berisi dengan Mocha suam ditangannya.
“Along..” panggilan dari R’an membuatkan Azizul berpaling. “Kalau Yang jatuh Along sambut tak? Kalau sembam terhempap Along tarik tak?” solan itu membuatkan secebis senyuman terukir di wajahnya
“Kuda-kuda Along setakat ini masih kuat untuk sambut adik, otot along kuat untuk tarik adik naik. Kalau tak kuat Along minta budak bertiga itu tolong tarik adik. Okey?”
R’an berdiri dan lantas dia memeluk Azizul. “Terima kasih sebab sayang adik Yang, terima kasih sebab jadi Along adik Yang” dia mengucap ikhlas dari hati.
“Siapa tak sayang adik,  Yang ooooiiii!!” Azizul mengusap kepala Raihan Nasuha.
****************
CHIP  memandang lama wajah R’an yang sedang duduk di hadapannya, Ajin di sebelah juga merenung rapat wajah gadis itu.
            “Seriously Raihan Nasuha?” Ajin menyoal sekali lagi, Chip di sebelah menggeleng kepala tanda tidak percaya.
            “Dia cakap he loves me…” R’an mengetap bibir melihat muka Chip yang merah. “Habis apa yang kau jawab?” Ajin menyoal sambil menyandar badan di sofa. Azizul yang sedang menonton televisyen hanya memasang telinga sambil matanya sesekali menjeling melihat kelagat adik-adiknya.
            “Along !! Boleh tak Along talk to her and put some sense into her head!!” Ajin bersuara geram.
            “Kenapa? Bukan pun salah if Jade loves her and who know if Jade jodoh adik Yang, tak salah juga Jade nikah dengan adik Yang kan?” Azizul menggeleng kepala.
            “Tapi Along ..”
            “Apa yang tapi? Kita semua yang tak boleh nikah dengan adik Yang, tapi Jade boleh dan Along rasa Jade okey apa?” Azizul menjungkit kening.
            “Habis ..siapa ntah nama budak itu..Rysa… Raiysa… Rusa.. nak campak mana?” Ajin menyoal geram.
            “Arysa.. her name is Arysa.” Azizul bersuara.
            “Whatever is her name, Jade has a baby with her. We all saw and hear that boy calls him dada dan Along still nak biarkan that mangkuk tingkat flirt and hurt my adik?” Chip bersuara dingin.
            “Ours.. our adik Syafie Zarif” suara di muka pintu itu membetulkan ayat Chip.
            “Burn!!” Ajin dan R’an menjerit.
            “Good move Jade, you bring the rain down.” Azizul ketawa kecil apabila dia melihat kelibatan kereta Jade yang berhenti di luar rumah.
********************
“YOK!” Azizul menyapa Jade yang sedang duduk, keningnya di jungkit. Jade ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
            “Terima kasih..” dia ucapkan pada Azizul yang sedang bersandar di pintu kereta.
            Azizul menggeleng kepala, “aku tak buat apa pun, aku hanya tolong tiupkan semangat” Azizul menjawab dalam senyuman.
            “Kau rasa..” Jade berhenti sambil matanya di arah ke pintu rumah yang menempatkan empat manusia yang sedang panas berbincang.
            “Burn.. he is the rain, trust me he can hit some sense to Chip sometimes, anyhow it was a good move Jade” Azizul yang sedang memantau adik-adiknya yang sedang kelihatan panas.
            “Tak akan kau tak faham Burn !!” Ajin membentak geram, Chip di tepi mengangguk meniayakan kata-kata Ajin yang kelihatan marah.
            “Emmm.. Ajin, masalah dia sekarang bukan aku yang tak faham, tapi kau dan kau yang tak faham” Burn menunding jari pada Ajin dan Chip.
            Chip mengerut dahi, sesaat kemudian dia mengalihkan pandangan dari Burn ke R’an dan sekali lagi kembali ke Burn. “Okey, fahamkan aku dan Ajin” dia berkata dingin.
            Burn mengangguk, dia menarik nafas “Setakat ini yang aku tahu Haikal bukan anak Jade, dan Arysa sebenarnya isteri Abang Zaril”. Chip terus tegakkan badannya, Ajin menggeleng kepala berkali-kali.
            “Stop…stop !! Kau jangan merapu. Habis Kak Zura siapa pula untuk Abang Zaril?” Ajin menempelak geram.
            “Cuba bawa bertenang. Relax..” Burn bersuara tenang pada Ajin.
            “Ajin.. biar Burn habis cerita.” Chip bersuara perlahan tetapi tegas. Ajin mengangguk kepala, R’an mengetap bibir sambil bermain dengan jarinya.
            “Kak Zura memang isteri Abang Zaril tapi Arysa.. emm Kak Arysa itu pun isteri Abang Zaril. Abang Zaril masa di Bristol dah nikah dengan Kak Arysa dulu sebelum dia nikah dengan Kak Zura.” Burn menerangkan pada Chip dan Ajin di hadapannya.
            “Mana kau tahu semua cerita ini?” Ajin menyoal Burn.
            “Jade” Burn menjawab perlahan.
            Chip menggeleng kepala tanda tidak percaya, “kau percaya cakap dia?” dia menyoal Burn.
            “Kau pasti budak Haikal itu bukan anak Jade? Kau sendiri nampak macam mana dia layan Haikal dan kau sendiri nampak macam mana Arysa pandang Jade” Chip menyambung.
            “Yang..pa..” jelingan tajam dari Chip membuatkan R’an memberhentikan kata-katanya, beberapa saat dia tunduk ke lantai mencari kekuatan. Seketika kemudian gadis itu kembali mengangkat kepala “Yang , pasti dia bukan anak Jade” R’an menyambung.
            “Yang.. please wake up! Yang sendiri nampak macam mana dia layan Haikal, macam mana dia ..”
            R’an menggeleng sebelum memotong kata-kata Ajin, “Ya, Yang tahu semua itu. But at least could we let him clear all this” dia bersuara dengan nada yang penuh harapan.
            Azizul yang sedang memandang gelagat adik-adiknya menarik nafas. “Here comes the thunder” dia berkata pada Jade sebelum dia melangkah masuk ke ruang tamu.
            Chip menarik nafas dan baru dia hendak membuka mulut “Along, boleh jamin Haikal bukan anak Jade” Azizul menyampuk dari muka pintu. Chip mengalihkan pandangan pada Azizul dan pandangannya jatuh pada Jade yang sedang melangkah di belakang Azizul.
            “Emmm.. Chip..Ajin..” R’an bersuara bersuara lirih. Chip menarik nafas kemudian dia mengangguk.
Jade menelan air liur, buat pertama kalinya dia melihat wajah dewasa Chip dan Ajin. Mata Chip yang sedang memandang wajahnya membuatkan peluh jantannya keluar. “Patut lah Azizul cakap mereka ini knight of shining armor  si bunga aku” Jade berdesis dalam hati.
“Hmmm” Jade berdehem mencari suara, wajah R’an di pandang sekilas.
“Tell them” Azizul menepuk bahu Jade sambil mengangguk.

                                    **********************

2 comments:

Unknown said...

Wah garang nya chip ngn ajim

MaY_LiN said...

tu diaaaa
comel je r'an tu
syg la tu