Monday, October 5, 2015

Graviti 12


JADE menarik kerusi, sambil duduk dia mengangkat tangan memohon maaf daripada Ajin, Burn dan Chip yang sedang duduk di meja bulat di kafe hospital. “Sorry” dia melontarkan kata maaf.
            “Tarahal” Chip membalas, Ajin dan Burn di sebelahnya mengangguk kepala. “Kejap!! aku nak buat skype call dengan Along” Chip berkata sambil menarik notebook keluar dari beg galasnya.
            “Chip, buat conference call sekali dengan Adid dan Akid” Jade berkata sambil menarik telefon bimbitnya keluar.
            “Kau dah cakap dengan Angah dan Alang tak? Karang Angah busy” Ajin bersuara sambil menarik cawan kertas yang berisi kopi panas.
            Jade menjuihkan bibir pada telefon bimbitnya, “dah masej, Adid dan Akid cakap okey”. Burn mengangguk kepala.
            “Okey, dah connect” Chip meletakkan notebook di hadapan Jade, dia, Ajin dan Burn mendekatkan kerusi dengan Jade agar mereka bertiga yang berada jauh di benua sebelah boleh melihat keempat-empat mereka di Edinburgh.
            “Ola” Adid menyapa, Akid di sebelah mengangkat tangan, Azizul menunjukkan tanda peace.
            “Yok” Jade membalas, Chip dan Burn mengangkat tangan manakala Ajin menunjukkan tanda peace.
            “Korang kumpul kat mana ini?” Akid menyoal sambil mendekatkan muka ke camera.
            “Kafeteria hospital” Ajin menjawab.
            “Pesal nampak lain?” Adid bersuara. Azizul mengangguk kepala mengiayakan kata-kata Adid.
            “Cat baru, corak meja baru dan bentuk kerusi baru” Jade ketawa kecil.
            “Demmit.. time kita kafe buruk habiskan Jijo!!” kata-kata Azizul membuatkan mereka yang lain ketawa.
            “Aiikk, kenapa semua kumpul sekali?” Adid menjungkit kening. Chip menunding jari pada Jade di sebelah.
            “Aku yang ajak meeting” Jade menarik nafas. Azizul di Malaysia menaikkan volume laptopnya.
            “Macam ini..” Jade menarik nafas, dia menggenggam tangannya yang mula menjadi sejuk. Lama dia memandang lantai sebelum mengangkat kepala, setelah mendapat sedikit keberanian dia bersuara “aku nak propose Yang” dalam senafas dia menyatakan niat dihatinya.
Burn yang duduk di hujung nyaris terjatuh mendengar kata-kata Jade. Azizul menarik senyuman Chip dan Ajin terdiam manakala Adid yang sedang meneguk air oren tersembur gara-gara terkejut, Akid yang berada di sebelah Adid terus terlompat dari kerusi.
            “Kau biar betul?” Ajin menyoal Jade. Jade mengangguk kepala.
            “Aku nak propose adik korang” Jade menghela nafas.
            “Kira kau minta izin lah ini?” Adid bertanya sambil mengelap meja.
            “Ya.. kira aku tengah minta izin lah ini” Jade menarik senyuman cuba meredakan debaran di dada.
            “Good” Adid menujukkan thumbs up. Akid mengangguk kepala.
            “Chip, Ajin and Burn pun kena ada time aku minta izin ini sebab aku nak tahu pendapat mereka sekali. Aku nak minta izin dengan dia orang sekali sebab they are part of R’an and she is going to be part of me. Kira dia orang ini akan jadi part of me also” Jade berjeda.
            Burn tersentak, tangannya terus menggenggam tangan Ajin di sebelah, badannya menjadi keras. Ajin berpusing dan matanya menangkap wajah Burn yang kelihatan sayu, jauh dari bumi Edinburgh Azizul, Adid dan Akid dapat melihat wajah Burn yang berubah riak.
            “Burn” Azizul memanggil.
            “Ya Along” Burn menarik senyuman kelat.
            “Burn bukan berseorangan, you are part of family” Azizul berkata sambil menyandar di kerusi.
            “Kita semua mungkin bukan dari keluarga yang sama, darah yang sama. Tapi kita terikat dengan susu yang sama Asadu’llah” giliran Adid pula memujuk jejaka yang selalu memandang rendah akan statusnya.
            “Bukan itu saja, mulai sekarang kau akan jadi sebahagian dari aku juga” Jade menumbuk bahu Burn.
            “Kau jangan mengada nak emo bagai Burn, aku sepak kang baru kau tau” Ajin memeluk leher Burn yang sudah mula tersenyum.
            “Siapa yang cakap apa pasal kau, kau suruh dia datang jumpa kami. Kalau dia nak kena smackdown dari R’an dan tumbukkan padu dari kami berdua suruh lah cari pasal” Chip berkata sambil memanjangkan kepala mencari wajah Burn.
            “Dah.. dah, sekarang kita cakap pasal hal proposing ini.” Akid mencelah. Semua di sana mengangguk kepala.
            “Kau nak propose macam mana?” Adid menyoal.
            “Macam mana dengan Umi kau?Umi kau dah tahu?” Azizul bertanya.
            “Aku dah cakap dengan Umi aku, esok aku suruh umi pergi rumah kau” Jade menjawab soalan Azizul. “Aku ada idea macam mana nak propose si Yang, tapi aku perlukan korang semua untuk join sekaki” Jade menarik senyuman nakal.
            “Sekaki apa? Berkaki-kaki lah bhai” Akid mengusik.
            “Count us in” yang lain bersuara serentak.
*****************
 “AKU??” Ajin menggeleng kepala tanda tidak percaya. “Tak akan aku kot” dia mengeluh sambil menyandar di tempat duduk sebelah pemandu. Jade dan Chip mengangguk kepala.
            “Burn tak ada, kalau ada Burn mesti dia okey” Chip memujuk Ajin.
            “Ala.. tak akan aku yang kena pergi cakap dengan dia?” Ajin mencemik.
            “Kau lah yang kena buat Ajin. Kalau Chip pergi mesti Yang jadi pelik. Kalau aku pergi lagi naya, mana tau dia salah sangka” giliran Jade pula memujuk Ajin.
            “Emm.. ya lah aku pergi.” Ajin mengeluh perlahan sebelum melangkah keluar dari kereta. Dari jauh kelihatan R’an dan Yujeen sedang bersembang sambil berjalan berdua.
            “Yang!!” Ajin melambai pada R’an, dia melintas kemudian berlari anak ke arah R’an. Terus dia menolak Yujeen ke tepi dan dengan pantas dia memeluk bahu R’an yang kelihatan terkejut melihat dirinya.
            “Buat apa kat sini Ajin?” dia menyoal pelik.
            “Saja pergi makan tadi sambil jumpa kawan dekat-dekat sini, itu yang singgah.” Ajin menjelaskan sambil menggaru kepala.
            “Oooo..” R’an mengangguk kepala.
            “Laa lupa nak cakap.” Ajin menepuk dahi. “Itu haa Jade dan Chip dalam kereta. Pergilah” Ajin menolak R’an ke arah kereta yang terletak di seberang jalan.
            “Haa.. budak berdua tu pun ada?” R’an bertanya sambil mengerut dahi. Ajin mengangguk.
            “Yujeen, jom” R’an menarik tangan Yujeen. Ajin dengan pantas memintas “Yang” dia memanggil R’an.  “Ajin nak cakap dengan Yujeen sikit” dia berkata sambil mengetap bibir.
            “Cakap apa?” Yujeen bertanya dalam nada terkejut.
            “Aaaa..aaa.. Haa!!!  pasal drawing. Kan hari itu aku ada cakap yang aku nak kau tengok lukisan anime aku. Betul tak?” Ajin bercakap sambil mengangguk kepala, dan secara tidak langsung Yujeen juga mengangguk kepala kerana mengikut psikologi jika seseorang bercakap sambil mengangguk kepala secara tidak langsung individu yang sedang bercakap dengan dia akan mengangguk kepala.
            “Haa.. bagus lah, Ajin memang pandai melukis, Burn pun pandai. Chip seorang jer yang fail melukis” R’an bersuara sambil ketawa kecil.
            “Yang pergi lah, Jade dah lambai tangan tu” Ajin bersuara sambil menjuih bibir ke arah kereta.
            Yujeen berdiam diri lama, selepas R’an melintas jalan dia berpaling pada Ajin yangsedang memandang wajahnya. “Okey, kau nak apa?” dia bertanya tanpa riak.
            “Huh!!” Ajin menarik nafas sebelum menarik senyuman kelat pada Yujeen. “Aku nak nombor telefon kau” .
            Permintaan Ajin itu membuatkan Yujeen ternganga sesaat. “Ke.. kenapa kau nak nombor aku?” Yujeen tergagap bertanya Ajin.
            “Bukan aku yang nak, Jade yang nak. ” Ajin menjawab sambil memeluk tubuh, matanya memandang Yujeen yang berambut perang.
            “Kenapa dia nak?” Yujeen menyoal,  matanya mencuri pandang Ajin yang sedang memandang R’an, Jade dan Chip di seberang jalan.
            “Ntah mana aku tau..” Ajin membalas malas tanpa berpaling, walaupun dalam hati dia tahu jawapan kenapa Jade perlukan nombor Yujeen yang sedang berdiri di hadapannya.
            “Cepatlah bagi nombor” dia bertanya sekali lagi.
            “Cepat lah, panas ini” Ajin mengibas baju tee yang tersarung di badan. Yujeen mengeluh perlahan melihat kelakuan Ajin yang dingin, seolah-olah bagai cuba membina tembok di antara mereka.
Yujeen menarik keluar buku lukisan yang disimpan di dalam beg lalu dengan pantas dia mengoyak secebis kertas dari buku lukisan itu, nombor telefon bimbitnya di catat laju dan dia menyuakan cebisan kertas itu pada Ajin.
            “Terima kasih” Ajin ucap perlahan. Mata Yujeen memandang lama wajah Jade yang ceria tatkala bersembang dengan R’an, sesaat kemudian gadis itu mengalihkan pandang pada Ajin yang sedang tersenyum melihat R’an yang sedang ketawa di seberang jalan. Perlahan dia menelah air liur, melihat mata Ajin yang terukir cantik.
             “Ajin!!!” Chip menjerit memanggil Ajin, Yujeen yang sedang ralit memandang Ajin tersentak mendengar suara Chip menjerit memanggil Ajin.
            Ajin memasukkan kertas yang tercatit nombor telefon gadis di sebelahnya sebelum melangkah menuju ke seberang jalan. Ajin yang baru berjalan beberapa tapak berhenti dan berpusing, matanya menangkap kelibatan Yujeen yang masih berdiri di kaki lima.
 “Haiilaa minah ini” Ajin mengomel sendiri sebelum kakinya berpatah balik ke arah Yujeen. “Jom” tangan Ajin menarik tali beg Yujeen sebelum mengorak langkah ke arah Jade, R’an dan Chip. Yujeen hanya mampu mengikut, ntah kenapa dia terasa sebuah getaran halus di dadanya.
***************
JADE melangkah ke Yujeen yang sedang bersandar di papan tanda yang berwarna putih biru yang tertulis The Royal Infirmary of Edinburgh.
            “Hai” Yujeen mengangkat tangan kepada Jade yang sedang melangkah keluar dengan kot putih yang tersarung di badannya.
            “Yok” Jade menyapa. “Terima kasih sebab datang” Jade menghulurkan secawan mocha panas pada Yujeen.
            “No sweat. So kau nak cakap apa?” Yujeen mengambil cawan kertas itu.
            “Aku nak minta tolong kau sebenarnya” Jade mengajak Yujeen ke bangku yang terletak di luar hospital.
            “Tolong apa?” Yujeen bertanya sambil mengikut Jade.
            “Emmm. Aku nak propose R’an” Jade berpaling menghadap Yujeen berdiri static di belakangnya, mulutnya ternganga luas.
            “Boleh?” dia bertanya. Yujeen yang kaku beberapa minit mula mengangguk laju.
            “Boleh sangat-sangat” dia menjawab dengan nada teruja.
            “So kira kau no problem lah untuk jadi part of the team ?” Jade menyoal Yujeen. Gadis itu mengangguk kepala.
            “So kira aku part of yor team lah ini?” Yujeen bertanya. Jade mengangguk kepala.
            “Yahooo!!” Yujeen bersorak gembira. Jade ketawa melihat gelagat Yujeen.
            “So apa yang kau nak aku tolong kau?” Yujeen bertanya, gadis itu duduk bersila di hadapan Jade yang sedang duduk di atas kerusi batu.
            “Tak nak duduk atas?” Jade mempelawa gadis itu.
            “Tak nak, duduk bawah selesa. Best” Yujeen menolak pelawaan Jade.
            “Mentang-mentang sitting on the bench is too mainstream, dia sampai nak bersila atas rumput” Jade mengusik Yujeen.
            “Bukan macam tu, it is just that I am comfortable sitting on the grass” Yujeen menjawab sambil ketawa.
            “Macam mana kau nak propose R’an?” Yujeen kembali menyoal teruja.
            “Like Prince Charming” Jade mengenyit mata pada Yujeen. Secara sepontan gadis itu mencampakkan pen di tangan ke arah Jade.
            “Serius lah” Yujeen mengetap bibir.
            “Something yang akan buatkan dia ingat aku sepanjang hidup dia. Something like that ” Jade menjungkit kening.
            “Dengan naik kuda?” Yujeen menggaru kepala.
            “No” Jade menggeleng kepala.
            “Emm..bunga?” Yujeen bertanya lagi.
 Jade menggelengkan kepala sekali lagi. “Bunga akan mati, aku tak nak bagi dia bunga untuk show my love sebab aku tak nak cinta aku mati” dia bermadah sambil ketawa.
            “Habis apa?” Yujeen menyoal dengan nada yang tidak sabar.
            “Ntah” Jade menjawab. Yujeen mengerut dahi.
            “Kau tak tahu?” dia menggaru kepala melihat Jade yang sedang tersenggih dihadapannya.
            “Macam ini..” Jade menceritakan dengan khusyuk plan yang sedang bermain di otaknya.
            Yujeen sekejap mengangguk, sekejap menggeleng. “You want to bring down the big boys?” dia menyoal dengan mulut yang terbuka luas.
Jade mengangguk kepala. “Itu yang akan buat soft spot dia bergetar?” Jade berkata dengan senyuman. Yujeen mengangguk kepala.
            “So are you in? If you are in do you think  we can off pull this thing?” Jade bertanya sambil matanya memandang wajah Yujeen.
            “Absolutely yes!! Count me in” Yujeen menarik senyuman yang menampakkan gigi siungnya.
            “Sebelum tu aku nak minta satu lagi pertolongan boleh?” Jade menggaru kepala. Yujeen mengangguk kepala.
            “Aku nak kau lukiskan sesuatu untuk aku. Boleh?” Jade bertanya gadis di hadapannya.
            “Lukis apa?” Yujeen menjungkit kening.
            “Ini” Jade menghulurkan sekeping gambar kepada Yujeen.
            Yujeen meneliti lama gambar di tangannya, “Ajin, Chip, Burn dan R’an” dia menjerit terkejut. Jade mengangguk kepala.
            “Comelnya dia orang” gadis itu memuji dengan mata yang bersinar. Jade ketawa kecil.
            “Ini masa dia orang kecil lagi.” Jade bangun dan duduk di atas rumput di sebelah Yujeen.
            “Masa ini, dia orang kat rumah Ajin. Masing-masing dah pancit sebab seronok main kejar-kejar” Jade menceritakan memori gambar budak berempat yang sedang tidur sambil terduduk di sofa.
            “Emm.. aku nak tanya sikit boleh?” Yujeen meminta izin, Jade mengangguk kepala.
            “Apa sebenarnya hubungan Ajin, Burn, Chip dan R’an sebenarnya?”
            “Budak-budak ini sebenarnya saudara susuan” Jade mengukir sebuah senyuman dibibirnya.
            “Kalau saudara susuan tak boleh kahwin ker?” Yujeen berpusing menghadap Jade.
            “Ya, mereka tak boleh kahwin. Haram untuk mereka bernikah sebab hubungan mereka adalah seperti adik beradik kandung, sebab tu Chip, Ajin dan Burn sayang sungguh dengan R’an. Pergi mana-mana mesti kena ada R’an” Jade terangkan pada gadis Pan Asia.
            “Mesti R’an seronokkan sebab dia ada keluarga besar” kedengaran nada cemburu di suara Yujeen.
            “Bukan R’an seorang tapi semua pun seronok. Kau bayangkan, bila mama Ajin marah, dia orang lari ke rumah mak R’an, bila mak R’an marah dia orang lari ke rumah ibu Chip. Kadang-kadang kalau salah seorang antara budak-budak tu hilang telefon lah mana-mana antara tiga rumah ini mesti dia orang ada kat sana” Jade ketawa.
            “Waaa.. seronoknya. Emmm dia orang tak pergi ke rumah mak Burn?” Yujeen menyoal dengan wajah yang pelik.
            Jade menggeleng kepala. “Burn anak yatim, Allah ambil ayah dia sebelum dia lahir, mak dia tak sihat. Tapi Allah gantikan dia dengan tiga orang mak dan bapa plus with a bunch of awesome siblings who loves him” Jade memandang langit yang penuh dengan bintang. Matanya menangkap empat butir bintang yang berada dalam kedudukan selari yang bersinar terang.
            “So, kau boleh tolong aku lukiskan gambar ini?” Jade menyoal Yujeen.
            “Mesti boleh” Yujeen mengangguk kepala.
            “How I wish, I can be part of them” Yujeen mengharap dalam hati.
*****************

1 comment:

MaY_LiN said...

sume duk pakat ni
apela nk d buat nye