JADE berdiri di balkoni rumahnya, matanya menangkap kelibatan
Chip yang sedang melangkah masuk ke rumahnya, perlahan bibirnya menarik
senyuman nakal. Tanpa membuang masa laju kakinya berlari turun ke muka pintu.
“Yok”
dia menyapa Chip yang menarik muka menyampah apabila melihat mukanya.
“Chip..”
Jade memanggil sambil melangkah ke arah Chip sedang menahan jiwa.
“Acik...
oo Acik Irah !!” Chip melaung sambil tidak mengendahkan panggilan Jade. Jade
mengeluh perlahan sambil menggeleng kepala.
“Umi tak
ada, dia keluar dengan walid aku,” Jade memberitahu. Chip berhenti melaung
memanggil Puan Nazirah, dia menjeling sesaat pada Jade yang sedang berdiri di
muka pintu dan tanpa membuang masa dia terus berpaling dan belum dia bergerak
menuju ke pagar tangan Jade mendarat di bahunya.
“Chip
kau marah sungguh dengan aku?” Jade menyoal perlahan. Chip memejam mata sambil
menarik nafas dan terus kakinya melangkah pergi.
“Menyemak
sungguh,” Chip membebel sendirian sambil kakinya melangkah menuju ke rumah Puan
Zaryn.
“Mak...
oo mak.!!,” Chip melangkah masuk ke dapur. Puan Zaryn menjungkit kening melihat
Chip yang masuk ke dapur dengan tangan kosong.
“Acik
Irah, tak ada di rumah.”
Puan
Zaryn mengangguk sambil menarik senyuman manis. “Mak nak Chip belikan daun
kunyit di Taman Pertama?” Chip bertanya dari pintu dapur.
“Tak
perlu, esok kita beli daun kunyit di pasar. Chip ikut mak ke pasar tak?” Puan
Zaryn menyoal sambil tangannya mengacau bubur gandum.
“Ikut
lah mak. Chip dah janji dengan mak nak ikut pergi ke pasar dengan syarat mak..”
“Buatkan
kamu ubi rebus dengan sambal ikan bilis.” Puan Zaryn menghabiskan ayat Chip
dengan ketawa.
“Cantikkk...
I love you mak,” Chip memeluk Puan Zaryn dari belakang.
“I love
you too.” Puan Zaryn membalas dengan sisa ketawa.
“Mak , Chip
nak pergi main bola di padang. Ajin terus ke padang dari rumah mama, nanti kami
datang lahap bubur gandum sebelum Maghrib,” Chip melepaskan pelukkan.
“Nanti
kalau si Yang, datang mak suruh di ke padang,” Chip meninggalkan pesanan pada
Puan Zaryn yang sedang mengacau bubur gandum.
“Yang,
bersaing main bola dengan kamu semua?” Puan Zaryn bertanya.
Chip
menggeleng kepala sambil ketawa. “Tak lah mak, kami nak makan ais krim kejap
lagi. Kalau tinggalkan dia mahu retak dua bumi.”
“Kamu
semua terlalu manjakan Yang, baik dari Along, Ajin, Burn dan kamu.” Puan Zaryn
menggeleng kepala.
“Adik
mak.. adik. Siapa yang tak sayang adik mak..” Chip ketawa sambil melangkah ke
pintu rumah. Kasut bola yang terletak di rak kasut di keluarkan dan di sarung
ke kaki. Bibirnya menguntum sunyuman apabila matanya melihat barisan kasut bola
yang tersusun kemas di rak, tangannya menarik sepasang lagi kasut bola milik
Ajin dan terus dia berlari anak ke padang bola.
*********************
“CHIP !!” suara R’an menjerit memanggil
Chip yang sedang bermain bola sepak. Chip berhenti bermain dan berlari ke tepi
padang sambil matanya memerhati R’an yang sedang berlari ke arahnya.
“Apa?”
dia menyoal R’an yang sedang tercungap-cugap.
“Aku
tidur rumah mama malam ini.” R’an menjawab sambil mengusap dada yang
berdebar-debar akibat membuat acara lari di petang hari.
“Okey.”
Chip mengangguk kepala, tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar pendek dan
di tarik keluar sehelai sapu tangan.
“Kau
tidur sana lah..” R’an mengajak Chip yang sedang mengelap peluh di wajah R’an.
Chip
menggeleng kepala. “Kenapa?” gadis itu menyoal pelik.
“Sebab
aku dah janji dengan mak nak ikut mak ke pasar pagi esok.” Chip menjawab sambil
tersenyum.
“Alaaaaaaaaa....Along
kan ada.” R’an masih mencuba nasib untuk memujuk Chip.
“Aku dah
janji dari hari Selasa.. lagi pun esok petang mak nak buat ubi rebus untuk
aku.” Chip menjungkit kening.
“Not
fair Syafie Zarif” gadis itu bersuara geram apabila melihat Chip ketawa.
Ajin
yang sedang rancak bermain terus berlari ke tepi padang apabila matanya
menangkap Chip dan R’an yang sedang bersembang. “Yok!!” dia memeluk bahu R’an.
“Yok..”
kedua mereka menjawab serentak.
“Meeting
apa ini?” Ajin menyampuk.
“Aku
ajak Chip tidur rumah mama .. tapi dia decline” gadis itu menjawab sambil
menjungkit kening.
“Why?”
Ajin terus duduk di atas rumput.
“Aku
janji nak ke pasar dengan mama pagi esok.” Chip mengulang kembali jawapan yang
diberi pada R’an sebentar tadi.
“Dan...
esok petang mak nak buat ubi rebus untuk si Chip” R’an menyambung sambil duduk
di sebelah Ajin.
“Sangat
tak fair okey.” Ajin menyampuk sambil menggeleng kepala.
“Ala...
esok petang kau dan R’an datang lah balik rumah mak...” Chip menjungkit kening
sambil dia pun ikut melabuhkan diri di tepi R’an.
“Emm...
kau still nak tidur rumah aku?” Ajin menoleh ke arah R’an.
R’an
mengangguk kepala. “Aku dah janji dengan Alang nak main chess” gadis itu
membetulkan silanya. Tidak sampai beberapa saat Ajin dan Chip menjatuhkan
kepala mereka ke riba R’an.
“Berat
laaaa ...” gadis itu mengusik Ajin dan Chip yang sedang berbaring di atas
pahanya. Chip menjelir lidah manakala Ajin menjulingkan mata ke atas.
“Aku
rindu Burn..” tiba-tiba R’an bersuara perlahan.
“Aku
pun..” Ajin menyampuk.
“Emmm..
semua orang pun rindukan dia.” Chip bersuara perlahan.
“Kalau
dah rindu pergi lah bawa dia balik” satu suara menyampuk dari atas pokok.
Ketiga-tiga mereka terus memandang ke atas dan kelihatan Jade sedang duduk
sambil matanya memandang wajah R’an.
“Jade,”
R’an bersuara terkejut. Jade menarik senyuman Robin Hood apabila telinganya terdengar bibir R’an menyebut
namanya.
“Budak
ini lagi.” Chip berbisik sendirian sebelum pejam mata beberapa saat sambil
menarik nafas untuk menenangkan dirinya.
“Kau
ingat senang ker nak bawa Burn balik dari asrama?” Ajin bersuara sinis,
perasaan menyampah mula bertandang apabila matanya menangkap kelibatan Jade di
atas pokok.
“Tapi
tak susah juga” Jade menjawab sambil menarik senyuman.
“Dah..
jom balik” Chip terus berdiri, hatinya menjadi geram setiap kali melihat Jade.
“Errk...
ta..” belum habis ayat R’an, Chip terus menarik tangan R’an dan kakinya
melangkah menjauhi pokok yang sedang menampung Jade.
Ajin berpaling seketika dan bibirnya menarik senyuman
nakal “dah macam spepis Congo bila kau lepak atas pokok macam ini” dia
bersuara, R’an tergelak kecil dan mata Jade terbuntang luas mendengar sindiran
Ajin.
“Wey...
kita orang balik dulu” Ajin melaung kepada sekumpulan remaja yang sedang
bermain bola, kemudian dia pun berkejaran menghampi R’an dan Chip.
“Chip..”
“Emmm...”
“Kau
marah ea?” R’an menyoal perlahan.
“Emmm...”
“Kau tak
suka dengan Jade ea?” R’an masih melontarkan soalan.
“Kami
tak suka dengan Jade.” Ajin menjawab, perkataan “kami” itu ditekankan manakala Chip hanya teruskan langkah menuju
ke rumah dengan tangannya kemas memimpin tangan R’an manakala tangan Ajin pula
kemas memeluk bahu gadis itu. Manakala R’an pula mengetap bibir sambil mengeluh
perlahan.
Jade
yang sedang bersandar di atas pokok menggeleng kepala sambil menarik senyuman
melihat kelibatan tiga susuk tubuh yang kian jauh.
“Chip..
Chip.. sampai ke hari ini marah kau tak surut lagi ker?” dia ketawa sambil
melompat turun apabila matanya menangkap bayangan Juan dan Fauzi yang sedang
membawa skateboard.
“Lambat..”
dia menegur sepatah.
“Kita
orang dah lama sampai.. tapi..”
“Tapi
apa?” Jade menjungkit kening.
“Kita
orang nampak kau tengah beramah mesra dengan awek dan adik-adik ipar kau” Juan
ketawa.
“Demm..”
Jade menumbuk bahu Juan sambil melangkah ke skate
park.
“Ola..”
kedengaran satu suara yang sedang duduk di atas rail menegur.
“Ola..”
Jade mengangkat tangan.
“Yok..
bila balik?” Juan menegur Azizul yang sedang tersenyum lebar.
“Dah dua
hari..”
“Cantik..
baru meriah bila ramai-ramai macam ini” Fauzi ketawa sambil memeluk Azizul.
“Jom,”
Azizul menepuk bahu Jade dan terus dia luncur di atas Ripper Slash sambil mencari momentum kelajuan yang selesa sebelum membengkokkan lutunya dan sekelip
mata dia menayangkan Laser Flip pada
Jade yang sedang memandang dengan mulut berbentuk "O"
“Wew!!” Jade menggeleng kepala.
“360 heelflip,” Juan bersuara. Fauzi
mengangguk sambil menyambung “a.k.a Laser
Flip.”
“Kau nak menari apa?” Azizul menjungkit kening apabila
matanya menangkap senyuman Jade.
Jade
terus meluncur di tengah-tengah skateboard
dengan kemas dia membuat Railslide
dan Azizul ketawa kecil sebelum menggeleng kepala.
“Cantik...
kemas” Azizul menepuk bahu Jade.
“Tapi
masih tak boleh lepas Jijoy the Ripper,”
Jade mengusik Azizul yang sudah ketawa.
“Aha..
aku masih ingat bila kau buat lipslide 24
stairs” Fauzi menyampuk.
“Ha ha
ha.. itu cerita lama. Aku nak try apa
yang Albert Madrid buat.. tapi still tak kemas.” Azizul ketawa sambil
menggeleng kepala.
“Tak
kemas pun kau still pull it” Juan
mengangguk sambil berdiri.
“Okey.. turn aku to hit the rail,” dengan itu dia meluncur ke tengah skatepark.
Tengah
seronok mereka meluncur tiba-tiba tanpa isyarat titisan air hujan mula menimpa
bumi. Masing-masing ketawa apabila melihat mereka dibasahi oleh sang hujan.
“Nak
balik?” Azizul menyoal Jade yang sedang menguak rambutnya.
“Dah
basah nak balik apa?” Jade menjeling geram.
“Licin
.. tak akan nak menari lagi atas rail?”
Juan menyampuk.
“Emm..
bola nak?” Jade menyoal sambil menjungkit kening.
“Cantik!!”
Azizul menjawab sambil mereka berempat berlari ke padang bola.
“Ijat
!!” Azizul menjerit memanggil seorang budah lelaki yang sedang bermain bola
dalam hujan.
“Ehhh..
Along Jijoy” budak itu berlari ke tepi padang.
“Kenapa?”
budak itu menyoal sambil matanya berliar mengawasi bola.
“Kita
orang nak main.. boleh?” Azizul bertanya. Budak bernama Ijat itu mengangguk
kepala.
“Along
ganti tempat Chip dan seorang lagi tempat Ajin.. sebab tadi dia orang blah bila
R’an datang panggil.” Ijat memberi cadangan. Azizul mengangguk.
“Lagi
dua orang ... kejap!!!” Ijat berlari ke tengah padang dan seketika permainan di
hentikan. Kelihatan dua orang budak lelaki berlari ke arah Azizul, Jade, Juan
dan Fauzi.
“Siapa
yang nak ganti kami?” salah seorang antara budak berdua itu menyoal.
“Kami”
Juan dan Fauzi menjawab serentak.
“Okey...”
budak dua orang itu menampar tapak tangan Juan dan Fauzi sebelum berlari
keluar.
“Ijat!!
Kami balik dulu...” budak berdua itu menjerit apabila masing-masing mula
menendang bola kembali dengan di temani sang hujan yang masih mencurah ke bumi.