Wednesday, January 18, 2017


Assalamualaikum.

Dear Fellas...
Alright, saya nak share a good news here.
Ini semua untuk anda yang menyokong Graviti.
Saya amat berharap anda akan share this good news with your family and friends.
Please do like the facebook page R'an sebab saya akan post and upload teaser of Graviti.
And!!
And!!
You fellas yang nak chat with me there, please do come over. I will be there to reply your message and chats whenever I can.





Monday, January 16, 2017

Missing Chapter 02


“JAY” kedengaran suara seseorang memanggil gadis yang berambut kerinting separas bahu yang memakai skirt pendek pasal lutut berwarna hitamyang dipadankan dengan blazer dari warna yang sama yang sedang mencari tempat duduk. Jay berpaling dan matanya menangkap kelibatan Dr. Jas yang sedang melambai tangan kanan, manakala tangan kiri wanita itu menepuk sofa kosong di sebelahnya.
            “Hello!! doctor” Jay menyapa Dr. Jas yang sedang duduk di sebelah sofa kosong.
            “Hai!! Jay, Have a sit” Dr. Jas berkata sambil menepuk sofa kosong di sebelahnya Jay.
            “Thank you, Doctor” Jay mengucap terima kasih sambil mengambil tempat duduk di sebelah Dr. Jas.
            “What are you doing here Jay?” Dr. Jas bertanya kepada Jay.
            “Settling some paper works.” Jay menjawab sambil menunjukkan beberapa keping kertas di tangan.
            “You should be resting Jay, you can ask someone else to do this for you.” Dr. Jas berkata sambil menepuk bahu Jay bersama gelengan di kepala.
            Jay ketawa, “I need to make my self busy doctor or else I will get crazy” Jay membalas hambar sambil memandang wajah Dr.Jas.
            “ I am sorry for that Jay...do pray because miracle do happen.” Dr. Jas mengusap lembut lengan Jay.
            Jay menggeleng kepala, “If there is such thing as miracle in first place, I don’t need to face all this ain’t I doctor?” Jay berkata sambil memandang wajah Dr. Jas dengan pandangan kosong.
            “I am sorry for everything Jay” Dr. Jas berkata lembut, segaris senyuman hambar terukir di wajah wanita itu.
            Jay menggeleng kepala lambat-lambat, “don’t be sorry doctor,” Jay berkata perlahan sambil berdiri. Gadis itu mengukir segaris senyuman sebelum meminta diri, tangannya mengenggam kuat kepingan kertas di tangan sambil melangkah keluar dengan dada yang ketat.
            Dr. Jas memandang Jay yang sedang melangkah keluar dari pintu kaca, gadis itu menuju ke lift tanpa berpusing. Wanita itu menghela nafas kasar, dia memandang lama susuk tubuh Jay yang hilang di dalam lift.
**
            Adid yang baru habis memeriksa pesakit berjalan menghampiri Azizul yang sedang berdiri di pintu masuk ward kecemasan, dia menarik sarung tangan getah yang dipakai di tangan lalu di buang ke dalam tong sampah. Adid menepuk bahu Azizul yang sedang memandang bangku panjang yang terletak jauh sedikit dari ward kecemasan.
            “Kau tengok apa itu??” dia bertanya sambil memanjangkan leher cuba mencari apa yang sedang ditenung oleh Azizul.
            “Tak ada apa-apa lah..” Azizul berkata sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding. Adid yang berdiri di sebelah membuat mimik wajah kurang berpuas hati.
            “Haaa!!.. kau sembunyikan sesuatu dari aku kan?” Adid serkap jarang. Azizul menarik nafas, mana mungkin dia menipu saudara susuannya yang sedang berdiri di sebelahnya.
            “Bukan sesuatu... tetapi seseorang,” Azizul menjawab sambil memandang bangku kayu yang kosong. Bayangan Jay mula bermain di matanya.
            “Seseorang? Siapa? Aku kenal tak?” Adid menjungkit kening. Azizul menggeleng kepala. “Menarik..” Adid menggaru dagu.
            Azizul ketawa, “banyak lah menarik kau” dia berkata sambil menolak bahu Adid.
            “Okey shoot!!” Adid berkata sambil mengecilkan matanya, dia memeluk tubuh menanti Azizul membuka mulut.
            Azizul menarik nafas sedalam yang mampu, dia menghembus perlahan sambil memandang Adid yang sedang menjungkit kening. “Aku pun tak kenal sangat dengan dia. Hari tu... aku tengok dia, emmm...dia tengah hisap rokok dekat sana” Azizul menjuihkan bibir ke bangku kayu yang sedang di perhatikan dari tadi.
            “Merokok??” Adid menegakkan badan.
            Azizul mengangguk, “aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh terdetik pergi dekat dengan dia tarik rokok dia dan bagi mafela aku.” Azizul berkata sambil menarik senyuman.
            Adid mengerut dahi, “dah berapa kali kau dah jumpa dia?” Adid menyoal sambil memerhatikan Azizul yang bagai terawang-awang.
            “Dua.” Azizul menunjukkan isyarat dua jari.
            “Dua kali?” Adid memandang Azizul yang sedang menyandarkan kepala pada dinding. Azizul membisu. “Kali ini dia tengah buat apa pula?” Adid bertanya dengan penuh minat.
            “Kali kedua aku jumpa dia, dia tengah makan cokelat. Hailllaa !! Serius dia comel gila.” Azizul mengeluh sambil tersenyum. “Bila aku tanya pasal rokok, boleh pula dia kata, dia merokok sekali jer dalam hidup dia. Masa aku jumpa dia hari tu!!” Azizul menyambung sambil tarik nafas.
            “Menarik!! Menarik sungguh budak ini.” Adid berkata menjungkit kening. “Apa nama dia?’ Adid bertanya pada Azizul yang sedang melihat bangku kayu.
            “Jay” Azizul menyebut perlahan.
            “Jay!! Macam nama lelaki” Adid membalas sambil ketawa.
            “Kan...” Azizul ketawa.
            “Nombor telefon dia?” Adid menjungkit kening. Azizul menggeleng kepala.
            “Laaa... kenapa tak minta?” Adid menggeleng kepala.
            Azizul menjungkit bahu, “tak terfikir pun nak minta” dia membalas.
            “Kau tahu kenapa dia duduk sana?” Adid menyoal sambil menjuihkan bibir pada arah bangku kosong yang sedang dilihat oleh Azizul.
            Azizul menggeleng kepala, “tak” dia menjawab sepatah.
            “Habis apa yang kau tahu?” Adid mengerut dahi.
            Azizul mengjungkit bahu, “nama dia jer” dia menarik nafas.
            Adid memandang lama wajah Azizul, entah kenapa dia terasa seolah-olah dia melihat satu sinar di wajah Azizul. “Kau jatuh cinta pandang pertama ker ini?” Adid menyoal.
            Azizul berpusing, matanya melihat muka Adid.  Dia mengetap bibir, “Entah” dia menjawab lambat-lambat.
            “Apa yang kau rasa sekarang?” Adid menyoal sambil memandang tepat pada mata Azizul.
            Azizul tarik nafas, “aku rasa macam ada sesuatu dengan dia yang buatkan aku tertarik” Azizul menjawab jujur. Adid terdiam, dia cuba membaca apa yang tersirat dalam kepala Azizul yang sedang memandang bangku kayu yang terletak di hadapan ward kecemasan RIE.
**********************
JAY memandang siling ruang tamu rumahnya, dia mengangkat tangan kanan dan dia melihat botol ubat dalam genggamannya. “Dasatinib[1] dia menyebut lambat-lambat nama ubat yang dipegang, lama ubat di tangan ditenung sebelum botol ubat itu hinggap ke dinding.
            “Jay” seorang wanita dalam usia pertengahan memanggil gadis yang sedang duduk bersila di atas sofa itu dari muka pintu.
            Jay mengeraskan tubuhnya beberapa saat, “sorry Mariam” berkata dalam nada lirihkepada wanita bernama Mariam itu.
            “It is alright” wanita itu berkata sambil melangkah ke arah dinding di mana botol ubat itu dibaling. Wanita itu mengutip ubat-ubat yang tertumpah lalu di buang ke dalam tong sampah, Mariam mengutip tudung botol ubat itu lalu dia menutup botol ubat berwarna putih itu.
            Wanita itu meletakkan botol ubat yang telah ditutup di atas meja di hadapan Jay, lama dia berdiri di hadapan Jay yang sedang memejam mata. “I look bad ain’t I, Mariam” Jay bertanya dalam nada lemah kepada pembantu rumahnya yang berasal dari Palestin itu.
            Perlahan wanita itu berjalan ke belakang sofa, dia mengusap perlahan kepala Jay. “I am sorry” dia berkata perlahan. Perlahan air mata Jay jatuh ke pipinya sebaik sahaja dia mendengar derapan kaki Mariam yang makin sayu.
            “Thank you” Jay bisik perlahan.
**
            Lama Jay berdiri di hadapan cermin di biliknya, dia tarik nafas sebelum melangkah ke arah sebuah pintu yang terletak di dalam biliknya. Pintu itu ditolak dan suis lampu yang terletak di tepi pintu di tekan. Selepas beberapa saat cahaya putih dari lampu mula menerangi bilik tersebut.
            Jay menarik segaris senyuman apabila melihat barangannya yang tersusun kemas di dalam bilik yang diterangi cahaya lampu. Dia melangkah ke tempat di mana dia menyusun jam-jam tangannya yang berharga ribuan ringgit. “Emmm... yang mana satu?” dia bertanya pada dirinya sendiri sambil melarikan tangannya pada koleksi jam tangannya. “Haa!!.. Crystal Tourbillion” dia berkata seraya menarik seutas jam tangan Jacob & Co yang kelihatan berkilau di bawah cahaya lampu putih. Jam tangan gabungan emas putih bersama berlian dan kristal itu menjadi pilihan Jay.
            Sambil memakai jam tangan di tangan kirinya, kaki gadis itu di arah ke almari yang menempatkan bag-bag tangannya bersama clutch miliknya. Dia mengambil clutch tangan berwarna hitam dari deretan clutch tangannya. “Lana Marks” dia menyebut laber yang tertera pada clutch hitam itu, sambil melangkah ke pintu yang menyambung ke bilik tidurnya.
            Jay melihat deretan kunci keretanya yang tersangkut di dalam sebuah bingkai yang tergantung di dindingnya. “Okey Spyder.. you are coming with me” dia berkata sambil mengambil kunci kereta Porsche 918 Spyder miliknya.
            Jay melangkah ke pintu dapur, Mariam yang sedang duduk bersama secawan teh terus berdiri melihat Jay yang berdiri di ambang pintu dapur. “It is alright Mariam, sit down” Jay berkata sambil menunjukkan isyarat duduk kepada wanita Palestin yang berdiri sebaik sahaja melihat dirinya.
            “I will be late, don’t wait for me” Jay berkata bersama senyuman di bibirnya, dia berpaling dan melangkah pergi.
            Mariam mengejar di belakang Jay, “where are you going Jay?” wanita itu bertanya takut-takut sambil mengekori Jay.
            “To enjoy my short life” Jay berkata sambil membuka pintu rumah. “By the way Mariam, do what ever you want, watch the tv, read the books, eat anything and enjoy your self... ahh!! and don’t stay up for me” Jay memesan sebelum menutup pintu. Mariam memandang pintu kayu yang tertutup rapat, bayangan Jay yang memakai gaun pendek warna hitam tanpa lengan itu hilang dalam perut salah satu kereta mewah yang tersusun elok di garaj.
            Mariam mengeluh, majikannya sejak mengetahui dirinya menghidap penyakit leukemia dia mula membuat perkara-perkara yang tidak pernah di buat sebelum ini. Hatinya menjadi risau memikirkan apa yang bakal Jay lakukan malam ini pula
**
            Jay yang sedang duduk di atas kerusi tinggi melambai pada pelayan yang sedang berdiri di belakang bar. “Another one of this” dia bertanya sambil menunjuk pada gelas kosong di hadapannya.
            “Again, what is this?” Jay bertanya pada seorang mat saleh yang sedang duduk di sebelahnya.
            “Martini darling, Martini on the rock” lelaki itu berkata sambil memeluk bahu Jay. Jay menolak tangan besar lelaki mat saleh yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya.
            “Hey, lets have fun” lelaki itu berkata sambil ketawa. Jay menggeleng kepala sambil meneguk cecair jernih yang dihulurkan oleh pelayan bar yang memakai kemeja putih.
            Jay menyeringai, cecair pahit dan payau yang melalui esofagusnya mula terasa panas bagaikan terbakar, namun ia sangat mengasyikkan, perlahan-lahan kepalanya mula terasa berat. Jay mula berdiri, dia merasakan sekelilinya mula berpusing dan Jay menarik beberapa not kertas seratus pound and meletakkan duit itu ke atas kaunter bar.
            “Keep the change.” dia berkata sambil melangkah keluar dari kelab malam bingit yang mula membuatkan kepalanya berpinar.
**
            Azizul menarik sweaternya, angin sejuk yang menyapa di malam hari itu membuatkan dia terasa sejuk lebih dari biasa. Sedang dia berjalan menuju ke keretanya dia terlihat seorang gadis yang sedang berjalan terhuyang-hayang. “Emmm... mabuk lah itu” dia berkata sambil menggeleng kepala. Dari jauh dia melihat seorang lelaki sedang mengekori gadis itu dari belakang.
            “Hey pretty, let me bring you home”lelaki itu bertanya pada Jay yang mabuk. Azizul menggeleng kepala sambil berjalan ke hadapan, namun entah kenapa hatinya terdekit agar dia memperlahankan langkahnya.
            “Hey!! Come on!!”lelaki mat saleh itu mula hilang sabar, dia menarik Jay yang sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta.
            “Let me go you idiot!!”gadis itu menjerit kuat. Azizul menarik nafas sebelum dia berlari anak ke arah gadis yang sedang terduduk di atas jalan.
            “Hey!!” Azizul menyapa lelaki yang sedang berdiri di sebelah dengan gadis yang sedang duduk di atas jalan.
            “What do you want mate?”lelaki berambut kuning itu menyoal Azizul dalam nada kurang senang.
            “Just taking home my girlfriend” Azizul menjawab perlahan, sambil memandang tajam lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Azizul menarik nafas sebelum duduk mencangkung di sebelah gadis yang mabuk itu.
            “Ohh.. I am sorry” lelaki rambut kuning itu mengangkat tangan dan memohon maaf sebelum melangkah pergi.
            Azizul melepaskan nafas kasar, dia terus berdiri kerana tidak tahan dengan bau busuk arak dari gadis di sebelahnya. “Are you alright?” Azizul bertanya sambil cuba melihat wajah gadis yang terselindung dengan rambutnya namun tidak berjaya. Gadis itu mengangguk kepala.
            Azizul menjungkit kening apabila dia melihat gadis itu mengangguk kepala. “Alright... be safe” dia berkata sambil berpusing.
            “Hey!!”gadis itu menarik hujung sweater Azizul. “Be with me” dia bersuara dalam nada mabuk, gadis itu menarik sweater Azizul dengan kuat sehingga membuatkan Azizul terdorong ke belakang dan terduduk di sebelah gadis itu.
            “Huh!! Masalah sungguh” Azizul membebel sambil memicit dahinya. Gadis itu menguakkan rambutnya ke belakang dan Azizul tersentak. “Jay?” dia menyebut nama gadis yang sedang memandangnya dengan nada terkejut.
            “Jijo” gadis itu memanggil nama Azizul sambil ketawa perlahan. Azizul memandang lama Jay yang sedang ketawa. “Ji...jo...” dia mengusap muka Azizul sebelum menjatuhkan badannya ke pangkuan Azizul.
            “Errkkk” Azizul mengetap bibir sambil menolak Jay. “Jay..alahai... Jay!!” Azizul mengoncang bahu Jay yang rebah di pangkuannya.
            “Emmm..” Jay menyahut perlahan, tangannya memegang erat sweater Azizul.
            “Bangun!!” Azizul berkata sambil tangannya menepuk pipi Jay yang mabuk.
            “Tak larat” Jay membalas sambil mengangkat muka dengan payah.
            “Habis macam mana ini?” Azizul mengeluhsambil memandang wajah Jay yang merah dengan nada geram.
            “Entah” Jay membalas perlahan, dia memejamkan kelopak matanya sedikit sebelum mengukir segaris senyuman di bibirnya sambil merebahkan kepalanya di bahu Azizul.
            “Dah sudah!!” Azizul berkata geram sebelum membuat keputusan untuk mendukung Jay ke keretanya. Jay memeluk erat leher Azizul apabila Azizul mendukungnya di belakang badannya.
            “Kau wangi lah Jijo” Jay berkata perlahan sambil melentokkan kepalanya di bahu Azizul. Azizul menahan nafas, bau arak dari Jay menyusuk rongga hidungnya.
            “Jiiiiiiiiiii...jjjjjjjjoooooo” Jay memanggil Azizul yang sedang melangkah ke keretanya.
            “Emmm” Azizul menyahut.
            “Maaarraahh??” gadis itu bertanya perlahan sambil mencuit pipi Azizul.
            Azizul mengetap bibir, “kenapakau minum arak??” Azizul menyoal dalam nada geram. Jay ketawa hambar. “Cuba cakap dengan aku, kenapa kau minum arak?” Azizul membebel dalam nada geram.
            “Sebab aaakkkuu... aaakkkuu... nakkk carrrriii kehidupan” Jay menjawab lemah.
            “Kehidupan apa yang kau cari dengan cara macam ini?” Azizul bertanya dalam nada bisikan sambil melangkah menuju ke keretanya.
            “Keeee....hiiii.....du...paaaan akuuuuuuuu.” Jay membalas sayup sebelum lena di bahu Azizul.
            Azizul mengetap bibir, dia membuka pintu keretanya dan dengan berhati-hati dia meletakkan Jay di tempat duduk penumpang. Dia menarik sweater yang dipakai sebelum menutup tubuh Jay yang terdedah itu. Lama dia memandang wajah Jay yang sedang lena sebelum menutup pintu keretanya.
            “Apa yang kau cuba buat Azizul!!” Azizul meratuih sendirian sebelum bergerak ke tempat duduk pemandu.
**
            Azizul mendukung Jay ke rumahnya, dia mengetuk pintu rumahnya dengan susah payah. Adid yang baru selesai mandi membuka pintu. “Ji...joooo!!” dia meleret perlahan nama Azizul. Matanya terbuntang melihat Azizul sedang mendukung seorang gadis berambut kerinting dalam pangkuannya.
            “Jangan tanya apa-apa dulu,” Azizul berkata sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Azizul menanggalkan kasutnya menggunakan kaki sebelum berjalan ke bilik tidur tetamu yang tidak berpenghuni.
            “Adid...buka pintu jap,” dia menjuihkan bibir pada pemegang pintu bilik tetamu. Adid dengan pantas membuka pintu dan menekan suis lampu bilik tetamu.
            “Siapa dia Jijo?” Adid menyoal perlahan, Azizul yang sedang meletakkan Jay di atas katil mengeluh kasar. Adid menghulurkan selimut yang terletak di hujung katil pada Azizul.
            “Tolong ambilkan baldi kosong, sehelai tuala dan besen berisi air suam.” Azizul berkata pada Adid sambil menutup badan Jay dengan selimut tadi.
            “Okey.” Adid bergerak ke tandas untuk mengambil barangan yang diminta oleh Azizul.
            “Aku nak buat air limau kejap,” Azizul melangkah ke dapur. Adid yang sedang membawa baldi dan tuala kosong ke bilik mengangguk kepala.
            Azizul menyuakan Jay gelas berisi air limau pekat, gadis itu menyeringai kemasaman, lepas beberapa saat dia mula muntah ke dalam baldi kosong yang terletak di atas ribanya. Adid yang sedang berdiri di kepala katil memerhatikan Azizul yang mengusap belakang Jay dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangannya memegang baldi yang terletak di atas riba Jay.
            “Muntah lagi!!” Azizul mengarahkantegas sambil memegang baldi. Mata Jay mula berair, dia menggeleng kepala berkali-kali sebelum muntah lagi. Namun kali ini muntahnya yang keluar dari mulutnya berwarna merah. Azizul yang sedang memegang baldi tersentak, riak wajahnya kelihatan terkejut.
            Adid yang sedang berdiri di hujung katil terus meluru ke arah Azizul, “darah” dia berkata cemas. Azizul memegang pergelangan tangan Jay, wajah Jay mula berubah warna dari kemerahan ke pucat. Azizul menyelak rambut Jay ke belakang dan matanya menangkap satu benjolan kecil di leher gadis itu.
            “Adid,” Azizul memanggil Adid. “Pegang ini” dia berkata sambil mengarahkan Adid memegang baldi yang dipenuhi dengan muntah Jay.
            Azizul menarik lengan sweater yang membaluti tubuh Jay, dia terkejut melihat kesan-kesan merah pada lengan gadis itu.
            “Adid, aku rasa baik kita bawa dia ke hospital” Azizul berkata sambil mencapai tuala dari dalam besen berisi air suam. Dia mengelap wajah Jay sebelum mendukung Jay kembali kereta. Adid pula tanpa berlengah berlari ke arah tandas, dia membuang sisa muntah di dalam baldi ke dalam mangkuk tandas dan dengan pantas dia menarik pam tandas, Adid mengisikan baldi kotor itu dgn air sebelum mencuci tangan dengan bersih dan dengan pantas berlari mengekori Azizul.
            Azizul menghidupkan enjin kereta dan menekan minyak menuju ke RIE, dari cermin kereta dia melirik ke arah Jay yang sedang terbaring di kerusi belakang. Dahinya berkerut dan dia mengetap bibir, entah kenapa jauh di sudut hati dia rasa dia tahu apa punca Jay muntah darah.
            “Ya Allah... tolong... tolong jangan biarkan apa yang aku fikirkan tu terjadi!!” dia berdoa dalam hati.
**************************





[1]Dasatinib : Sejenis ubat untuk leukemia.