AJIN mengangkat tangan, “aku tak nak masuk campur” dia ketawa sambil
memandang Burn yang sedang menggaru kepala. “Baik kau minta tolong Jade” dia
berkata sambil ketawa.
“Jade…”
Burn memanggil Jade yang sedang duduk di sofa di sebelah katil hospital.
Jade
menggeleng kepala, “dah lah Cara,
kasihan dengan Burn” Jade yang sedang duduk di sofa berkata pada R’an yang
sedang memegang gunting.
“Sayang,
jangan nak back up Burn.” R’an berpaling pada Jade. “Yang tengok dia dah macam
tarzan” R’an duduk di sebelah Burn.
“Seminggu
lagi Yang, lepas itu Burn akan sendiri akan pergi gunting rambut” Burn menggengam
tangan R’an.
“No!! No!! No!! dah sampai demam pun tak
nak gunting rambut” R’an berkata sambil menggeleng kepala. Jade yang sedang
duduk di sofa menggeleng kepala, perlahan satu senyuman musang
siguntang terukir di bibirnya. Dia berdiri dan merenggangkan tubuhnya sebelum melangkah
ke arah isterinya.
“Muah!!”
sebuah ciuman hinggap di pipi R’an, gunting di tangannya terlepas dan terjatuh
ke lantai. R’an memegang pipinya, “boleh naaa, cara.. minggu depan Burn sendiri
akan pergi gunting, pleaseeeeeeee” dia berkata perlahan. R’an mengangguk kepala.
“Errkkk!!
tak aci” tiba-tiba R’an menjerit geram. Jade ketawa perlahan, dia menjungkit
kening sambil tersenyum, Burn dan Ajin bersorak sambil ber hi-five.
“Sangat
tak adil!!” R’an menjuih bibir.
“Adil
lah, cara” Jade membalas sambil
mencuit hidung mancung R’an.
“Terima
kasih, Jade” Burn berkata sambil memeluk bahu Jade. R’an menggeleng kepala.
“Cara, dah pack barang Burn?” Jade
bertanya kepada R’an.
“Dah.”
R’an menjawab sambil melipat selimut milik hospital.
“Yang,
bila exam?” Burn yang bertanya sambil turun dari katil hospital. Tak sabar
rasanya dia hendak balik ke rumah.
“Final lagi dua minggu” R’an menjawab
sambil melangkah ke arah Jade.
“Kau
pula bila?” Jade bertanya pada Burn.
“Sama
juga, lagi dua minggu” Burn berkata sambil matanya meneliti mesej-mesej di
telefon.
“Jade..”
Burn memanggil Jade.
“Ya”
Jade yang sedang duduk di sebelah R’an menyahut.
“Boleh
tak kalau Yang duduk sini sehari dua lagi” Burn bertanya.
Jade
mengangguk kepala, “boleh” dia menjawab tanpa berpaling.
“Terima
kasih” Burn yang sedang berdiri di belakang ucap perlahan.
Jade
memusingkan kepalanya, “terima kasih? Untuk apa?” dia mengerutkan dahi.
“Sebab
kau biarkan Yang tinggal sini lagi sehari dua” Burn membalas.
“Cara, tak nak tumbuk dia?” Jade
menghalakan wajahnya pada R’an yang sedang berada dalam pelukkannya.
“Nak”
R’an membalas sambil berdiri.
“Please be my guest” Jade menghadiahkan
sebuah senyuman.
R’an
melangkah ke arah Burn, perlahan dia mengangkat tangan. Burn memejam erat
matanya, tiba-tiba dia terasa satu usapan lembut di pipinya. “You are family Asadu’llah. Family!!”
R’an berkata perlahan tapi nada yang tegas.
“Yang
akan tinggal sini untuk jaga kau, bila-bila kau perlukan dia, korang perlukan
dia, dia akan ada. Sebab kita semua satu keluarga” Jade berkata sambil melangkah ke arah R'an dan memeluk
pinggang R’an.
“Ya,
kita semua sekeluarga dan family tell each
other everything through thick and thin” Chip yang berdiri di pintu
menyampuk. Ajin yang sedang baring di atas katil mengangguk kepala.
**
Lama
R’an memandang wajah Jade, perlahan dia mengusap pipi Jade dengan penuh kasih
sayang, “Yang akan rindu sayang” dia berkata perlahan.
“Sayang
pun akan rindu, cara” Jade membalas sambil menghela nafas. “Call selalu, skype setiap malam tau”
Jade berkata sambil meletakkan helaian rambut R’an yang terjuntai di pipi ke
belakang telinganya.
“Setiap
malam Yang, skype okey” R’an mengusap perlahan baju Jade.
“I will miss you, cara. I even already start
to miss you now” Jade menarik R’an ke pelukkannya.
“Jaga
diri sayang, makan on time tahu. I am missing you already too” R’an
berkata sambil memandang ke kiri dan kanan. “Sayang” dia memanggil Jade . Jade
memandangkan R’an, dengan pantas R’an menjungkit dan terus daratkan bibirnya di
bibir Jade.
Jade
memeluk erat pinggang R’an. I love you,
cara” dia bisik perlahan sambil memandang lama wajah R’an.
“I love you too” R’an berkata sambil
menolak Jade. “Nanti lambat sampai” R’an berkata sambil melepaskan tangan Jade
perlahan-lahan.
“Arrghh!!”
Jade megeluh sambil melangkah ke lift.
“Okey
tak?” Burn melangkah ke arah R’an, tangan kanannya mengelap rambut yang masih
basah.
“Okey.
Kenapa?” R’an menjungkit kening.
“Mana
tau, kot-kot tak biasa dah tanpa Jade” Burn menyakat. R’an menendang kaki Burn.
“Ayat
macam minta penumbuk, Yang dah biasa, lagi pun dia selalu oncall laa.” R’an berkata sambil melangkah ke sofa.
*****************
MOON berjalan dengan perasaan sebal di hati, cuti yang diharapkan punah
semua gara-gara Shaf. “Arrghhh!!” dia menghentak kaki di tengah-tengah Buchanan Street. “Nak shopping pun boleh
window shopping jer. Duit Shaf bagi pun dah habis, baru jer nak swap card dia!!” dia bebel seorang diri.
Ntah mana Shaf menghilangkan diri sejak tadi, “hari itu hilang lebih kurang
tiga puluh enam jam hari ini ntah berapa jam pula” dia membebel lagi.
Shaf
duduk di salah satu kerusi stesen Glasgow Queen Street, “tak
akan boleh hilang” dia membebel seorang diri sambil meneguk air mineral yang
dibeli sebentar tadi. Baru sekejap tadi matanya menangkap kelibatan seorang
gadis yang seakan-akan seperti gadis dalam gambar yang terselit di buku The History of Architecture miliknya.
Tadi semasa tengah
meneman Moon membeli-belah di Buchanan
Street matanya menangkap kelibatan seorang gadis yang sedang berjalan di
hadapan kedai Laura Ashely. Pada
mulanya dia hanya memandang gadis itu sekali seimbas namun lesung pipit yang
terukir di pipi gadis itu membuatkan dia tergamam seketika.
Senyuman itu di hadiahkan
kepada dua orang kanak-kanak yang sedang berdiri di hadapan kedai Laura Ashely
di mana Moon sedang membeli baju membuatkan badannya terkaku dan dadanya
bergetar perlahan.
Lama dia cuba mengingat
kembali di mana dia pernah melihat gadis itu, “Haaa!! gambar dalam bukuThe Historical Architecture” dia berkata
sambil memetik jari. Tanpa dia sedar kakinya terus mengekori gadis yang memakai
pashima biru kehitaman itu.
Dari jauh dia melihat
gadis itu sedang melangkah masuk ke stesen Glasgow
Queen Street ,“arrghhh!!” dia mengeluh geram, kelibatan gadis itu hilang
bersama keretapi berwarna jingga yang baru berlalu di hadapannya.
“Siapa budak itu?” dia
berbisik sendiri, lesung pipit serta mata gadis itu bagai menari di tubir
matanya.
****************
JADE melangkah masuk ke kafeteria, perlahan dia mengurut bahu dan leher.
“Lenguhnya” dia bisik dalam hati. Elok dia duduk di kerusi telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum” dia memberi salam.
“Waalaikumsalam”
R’an membalas.
“Cara!! I miss you” Jade berkata sambil
menyandarkan badan ke kerusi.
“Rindu
juga” R’an membalas.
“Burn
sihat?” Jade merisik khabar Burn.
“Alahamdulillah,
dia sihat. Hari ini dia dah pergi kelas” R’an menjawab.
“Bila,
cara nak balik sini?” Jade bertanya sambil memandang papan buletin yang
melekatkan pelbagai informasi mengenai dunia perubatan.
“Esok,
lusa” R’an menjawab. Jade mengeluh.
“Kenapa?”
R’an bertanya setelah mendengar keluhan dari Jade.
“Rindu
sangat. Dah empat hari, cara kat
sana. Lagipun hari ini last sayang oncall”
Jade berkata sambil membetulkan kedudukkannya.
“Laaa..
rindu sangat ker?” R’an bertanya sambil ketawa perlahan.
“Sangat-sangat”
Jade mengetap bibir.
“Kalau
rindu pejam mata fikir pasal Yang, mesti Yang muncul” R’an berkata sambil
tersenyum.
“Okey!!”
Jade memejamkan matanya, setelah beberapa saat dia membuka kembali. “Tak ada
pun!!” dia berkata sambil membuat muka sedih.
“Tak
cuba sungguh-sungguh itu” R’an mengusik Jade.
“Okey!!
Kali ini biar sayang cuba sungguh-sungguh” Jade membalas dalam tawa kecil sambil memejamkan
matanya. Setelah beberapa saat perlahan dia membuka kelopak matanya, “Cara!!” dia menjerit kecil apabila
isterinya berdiri di hadapannya, tersenyum sehingga menampakkan lesung
pipitnya.
R’an
ketawa sambil mendepangkan tangannya. “I
miss you” R’an berkata sambil tersenyum. Jade terus berdiri dan menarik
isterinya ke dalam pelukkan.
“Sayang
pun rindu juga” dia berkata.
“Dr.Jade, you look happy” seorang
jururawat yang sedang melangkah keluar dari kafeteria menegur Jade.
“My wife is here” Jade berkata sambil
mendukung R’an.
“Isshhh..
malu lah sayang” R’an menggeleng kepala melihat gelagat Jade.
“I miss you so much Raihan Nasuha” Jade
mencubit geram pipi R’an.
“Miss you too Muhammad Zaid Ashraf” R’an
membalas sambil mengelus lembut rambut suaminya.
****************
SHAF memandang luar keretapi Virgin Trains yang sedang menuju ke kota
London, ntah kenapa dia masih tidak dapat melupakan wajah gadis yang bermata
bundar dan berlesung pipit itu.
“B….” Moon memanggil Shaf yang sedang memandang luar tingkap.
“Emm” Shaf pusing
memandang Moon yang sedang duduk bertentangan dengannya.
“Apa yang you tengok dari tadi?” Moon bertanya
sambil membelek kukunya yang dicat dengan pengilat kuku berwarna merah darah.
“Tak ada apa,
menghayati pandangan” Shaf menjawab sambil menghadiahkan segaris senyuman
hambar kepada Moon.
“Emm.. I tak faham lah dengan you lah, I ikut you sampai ke Glasgow tapi tup tap you hilang. You
tinggalkan I seorang diri lebih
kurang dua hari. Lepas tu you asyik busy dengan pameran you tu” Moon mula mengomel.
“I tinggal you sehari
setengah jer Moon, lagi pun you boleh
melawat banyak tempat. You tak perlu
berkepit dengan I dua puluh empat
jam, Munirah” Shaf memgalihkan pandangan ke luar tingkap kembali.
“Isshh you ini.. I dah berapa kali cakap panggil I,
Moon… jangan panggil I, Munirah” Moon
menjeling geram. “Ya lah I, faham you tak perlukan I, ada dengan you dua
puluh empat jam. Tapi at least cuba
lah spend time dengan I bila kita pergi holiday” Moon berkata geram.
“Holiday?” Shaf menggeleng kepala. “ Moon.. Moon.. I, datang untuk architecture
exhibition. Kalau bukan you merengek nak ikut I, tak adanya I nak bawa you ke sini.” Shaf membalas dingin.
“Okey fine!! I yang nak datang. Yang I nak tau mana you
menghilang malam tu? Tak akan architecture exhibition you sampai ke tengah malam?” Moon menyoal dalam nada sinis.
“I have my own stuff to do
Munirah” Shaf membalas tanpa mengalihkan pandangannya.
“Own stuff sampai tinggal I sorang-sorang kat Laura Ashely semalam?
Macam itu?” Moon memandang wajah Shaf lama.
“Ya, gadis itu..siapa
dia?” dia bisik dalam hati, wajah R’an mula bermain di tubir matanya kembali.
Shaf tidak sabar untuk kembali ke Zurich, dia perlu pastikan adakah gadis yang
dia nampak semalam adalah orang yang sama dengan pemilik gambar dalam bukunya.
*******************
p/s : Mungkin lepas ini post pasal Graviti tak akan konsisten. Sebab saya dah habis tulis Graviti dan sekarang dalam proses editting. Insya Allah tak ada aral, I will share good news.
Tapi buat masa ini, saya akan post tapi sikit-sikit tanpa mengikut turutan bab.
I am sorry and thank you.
Tapi buat masa ini, saya akan post tapi sikit-sikit tanpa mengikut turutan bab.
I am sorry and thank you.