Friday, October 30, 2015

Graviti 16

R’AN mengecilkan mata sambil menggeleng kepala melihat Chip, Ajin dan Jade yang sedang menggantungkan belon di siling. “Dia orang nampak happy” Yujeen tengah berdiri di sebelah bersuara. R’an mengangguk kepala.
            “Chip dan Ajin memang akan pulun habis-habis bila hari lahir Burn, sekarang tambah seorang lagi tu” R’an menjuih bibir ke arah Jade.
            “Burn tau tak hari ini ada party untuk dia” Yujeen bertanya sambil menyusun pinggan. R’an menggeleng kepala.
            “Budak berdua tu banyak akal, kadang-kadang dia orang sambut birthday Burn seminggu sebelum, kadang-kadang seminggu selepas sebab nak bagi Burn kejutan. Setahu aku lah, hari ini kali pertama sambut pada hari lahir dia.” R’an berkata sambil mengeluarkan ais krim dari peti sejuk.
            “Burn tak kerja hari ini? Bukan selalu dia kerja dari hari Isnin sampai Khamis?” Yujeen menyoal R’an.
            “Aha.. kan. Lupa aku nak tanya dengan budak-budak tu.” R’an mengerut dahi. “Nanti kejap aku tanya lah” gadis itu menjawab sambil memasukkan ais krim ke dalam enam biji gelas.
            “Wow.. ada ais krim!!” Yujeen tepuk tangan melihat R’an yang sedang meyusun gelas berisi ais krim dalam peti sejuk.
            “Bukan ais krim biasa Yujeen” kedengaran suara Jade dari belakang.
            “Habis?” Yujeen memandang wajah Jade.
            “It is Gelato Affagato” Jade berkata dengan nada teruja.
            “Apa? Gelato Affagato? Apa benda tu?” Yujeen membuat muka pelik.
            Jade mengangguk kepala. “Special desert untuk semua dari orang rumah aku” Jade menjungkit kening.
            “Teeettt… bakal orang rumah kau” Ajin menolak bahu Jade.
            “Sama lah” Jade berdecit sambil menjeling.
            “Tak sama okey!! Masih belum lagi orang rumah kau” Ajin membalas.
            “Eeyyy.. buat perangai nanti aku tak hantar dia datang sini” Jade mengugut.
            “Poyo !!! kau jangan nak macam-macam , nanti aku tak bagi dia kahwin dengan kau” Ajin memeluk bahu R’an.
            “Errkk.. Ajin” Jade menggaru kepala.
            “We hold the power dude” Chip menepuk bahu Jade dari belakang. Ajin mengangguk kepala.
            “Keji!!” Jade mencebik bibir. Yujeen ketawa melihat Ajin dan Jade yang sedang bertengkar manja.
            “Dah-dah.. pergi depan” R’an menghalau Ajin, Chip dan Jade ke ruang tamu.
            “Alaaaaaa.. baru nak minta Gelato Affagato” Ajin mencemik.
            “Tak siap lagi. Kena sejuk baru sedap” R’an membalas sambil menolak badan Ajin.
            “Padan muka” Jade mejelir lidah pada Ajin.
            “Arrghh!! Aku tak bagi Yang kat kau baru kau tahu” Ajin mengugut Jade yang sedang memeluk leher Ajin.
            “Alo.. sayang.. busuk!! Sini-sini” Jade mengusik Ajin.
            “Tak nak !! Yang tengok Jade” Ajin menjerit dari ruang tamu.
            “Jade.. jangan usik Ajin” R’an bersuara dari dapur. Ajin menjelir lidah.
            “Dan Ajin jangan menyakat Jade” dia bersuara lagi dan kali ini Jade ketawa kecil.
            “Cuba tengok Chip, baik jer” R’an menambah dari belakang. Chip yang sedang bermain PSP menjungkit kening.
            “Poyo!!” Jade dan Ajin menarik Chip ke lantai dan mereka mula bergusti.
            R’an dan Yujeen mengemaskan meja makan, pinggan di susun, gelas di atur, ayam panggang di letakkan di atas meja bersama sos lada hitam yang bercampur cendawan serta roti baguette yang telah di potong terhidang kemas di atas meja.
            “Makaroni lama lagi ker R’an?” Yujeen yang sedang membancuh air bertanya pada R’an.
            “Dalam tujuh minit lagi” dia membalas. R’an menggeleng kepala apabila dia mendengar suara orang menjerit di ruang tamu. “Boys” dia berkata pada Yujeen yang sedang ketawa.
            “Tok!! Tok!!” kedengaraan bunyi orang mengetuk pintu.
            “Assalamualaikum !! Chip!! Ajin!!” kedengaran suara Burn menjerit di muka pintu, suara Jade, Ajin dan Chip yang sedang bergusti berhenti terus. Ajin berdiri dan melangkah ke arah pintu, belum sempat pintu di buka penuh Burn terus merempuh masuk ke rumah.
            “Mana Yang? Mana dia?” Burn menyoal, nada suaranya yang cemas menjadi tinggi apabila tiada siapa yang menjawab pertanyaan dia.
            “Mana dia??” dia bertanya sambil melangkah masuk. R’an yang berada di dapur melangkah keluar, apabila mata Burn menangkap kelibatan R’an lantas tubuh gadis itu di tarik dan dipeluk erat. R’an mengerut dahi sambil matanya mencari wajah Ajin dan Chip.
            “Yang okey? Macam mana boleh jatuh? Cedera tak?” dia membelek tubuh gadis itu. R’an menggeleng kepala apabila matanya menangkap segaris senyuman di wajah Jade.
            Ajin membuat isyarat “maafkan daku” manakala Chip menggaru kepala. Kini dia sedar, alasan dia jatuh telah digunapakai oleh budak berduar di hadapannya untuk memancing Burn pulang ke Edinburgh.
            “I am okey. Bertenang okey, duduk dulu” R’an menarik Burn ke sofa.
            “Aku nyaris putus nyawa” Burn menyandarkan kepala ke bahu R’an.
            “Syuhh!! Aku okey” dia mengusap perlahan kepala Burn.
            Ajin yang baru hendak melangkah masuk ke dapur berhenti di ambang dapur apabila Yujeen muncul dengan kek kecil di tangan. Ajin menarik pemetik api dari kocek seluarnya, lantas dia menyalakan lilin di atas kek cokelat itu.
            Jade melangkah ke arah soket dan jarinya menekan suis lampu. Keadaan yang tiba-tiba menjadi gelap membuatkan Burn terus menegakkan badannya.
            “Happy Birthday Burn” R’an ucap dalam gelap.
            “Haa” Burn menjadi kaku. Cahaya dari kek yang ditatang oleh Ajin membuatkan Burn mengalirkan air mata.
            “Hey.. apa ini menangis?” R’an memeluk Burn.
            “Happy Birthday Burn” Ajin dan Chip berkata sambil menyuakan kek.
            “Syuhh!! You are a lion okey. You are Asadu’llah, your name means The Lion of Allah, it means you are strong. Dah jangan menangis” R’an menusap badan Burn yang sedang menangis di bahu R’an.
            “Terima kasih” Burn mengelap mata. Kek dipotong dan keadaan yang gelap tadi menjadi cerah, R’an berdiri dan melangkah ke dapur.
            “Yang buat makaroni dengan empat jenis cheese” dia berkata pada Burn.
            “Ohhh yess baby” Burn bersorak gembira.
            “Dia buat Gelato Affagato” Ajin menepuk pipi Burn.
            “Aha.. dia siap buat ayam panggang untuk kau” giliran Chip bersuara sambil mengusap kepala Burn.
            Sesaat..
            Dua saat…
            Tiga saat…
            “Ajin!! Chip!!” kedengaran suara Burn menjerit geram. Jade di pintu ketawa melihat muka dan rambut Burn yang penuh dengan kek cokelat.
            “Kenapa?” R’an yang berlari ke ruang tamu bertanya, apabila matanya menangkap rupa Burn yang penuh dengan kek cokelat terus gadis itu ketawa.
            “Oohh Burn, comelnya” dia berkata sambil melangkah ke arah Burn. Tepung yang tersembunyi kemas dalam genggamannya akhirnya selamat sampai ke muka Burn.
            “Yang !!” Burn menggigit bibir. Ajin, Chip dan Jade yang sedang berdiri di muka pintu ketawa melihat wajah Burn yang cantik ditepung oleh Raihan Nasuha.
*********************
“JOM” R’an memanggil Yujeen ke dapur, kelihatan wajah ceria Ajin, Chip, Burn dan Jade yang sedang duduk elok di meja makan.
            “Baca doa” Jade megangkat tangan diikuti dengan yang lain. Yujeen menggengam tangan ikut berdoa.
            “Yujeen, kau doakan agar si Burn kurang nakal-nakal dia.” Kata Ajin yang sedang duduk dihadapan Yujeen.
            “Aku doakan agar kau yang tak nakal. Burn tu dah cukup baik bagi pandangan aku” Yujeen membalas geram. Ntah kenapa, setiap kali dia bersua muka dengan Ajin ada sahaja rasa kurang puas hati bertandang di hati gara-gara perangai Ajin.
            “Dah..dah jangan bergaduh depan rezeki. Nanti aku suruh mama dan papa kau nikahkan kau dengan Yujeen” Jade menyampuk sambil menggeleng kepala.
            “No thank you” Ajin membalas sambil menghulurkan pinggan pada R’an.
            “Poyo si Ajin tu, dah suka dokk buat jual mahal” Burn berbisik pada Chip. Chip mengangguk kepala.
            “Chip. Burn” R’an memanggil sambil menggeleng kepala. Burn menarik senyuman.
            “Okey.. jom makan” Jade bersuara.
            “Oh ya .. Yang “ Chip memanggil R’an yang sedang duduk di Yujeen.
            “Ya” gadis memandang Chip.
            “Mak suruh tanya nikah nanti nak tema warna apa?” dia bertanya pada R’an. R’an menggaru dagu.
            “Emmm.. pink lah” dia menjawab. Jade yang sedang menyuap makaroni bakar ke mulut terus tersedak.
            “Apa?? Pink !!” dia jerit terkejut. R’an mengangguk kepala.
            “Yang.. jangan please. Kalau nikah pakai track suit pun okey tapi bukan warna pink. Tolong  sangat-sangat” Jade bersuara dalam nada memujuk.
            “Pink okey apa?” Yujeen menyampuk.
            “Arrghhh.. tak boleh.. tak boleh. Buruk kot lelaki pakai pink,” Ajin di depan menyokong kata-kata Jade.
            “Kau jer yang nampak buruk dalam pink bukan semua” Yujeen membalas geram.
            “Sebab aku nampak buruk lah aku tak nak Yang buat tema pink” Ajin tak hendak mengalah.
            “Sekarang siapa yang nikah? Kau atau Jade” Yujeen menyoal geram.
            “Adik aku yang nak menikah so aku tak nak dia buat tema pink. Kau ada masalah ker?” Ajin membalas sinis.
            “Ak..”
            “Yujeen..” R’an menepuk paha Yujeen.“Kenapa tak nak warna pink?” R’an bertanya kepada Jade dan yang lain.
            Jade memandang wajah R’an lama, dadanya bergetar. Macam hendak di gigit-gigit pipi gadis yang sedang duduk di kanannya itu. “Warna lain please” dia berkata.
            “Okey Yang pilih warna lain, tapi Yang nak tahu kenapa tak nak warna pink?” dia bertanya Jade.
            “Jade tak nak warna pink sebab kami” Chip bersuara, R’an memandang wajah Chip lama sebelum dia mengangguk kepala.
            “Okey” gadis itu mejawab sebelum menyambung makan.
            “Dah habis makan tak?” R’an bertanya selepas menyuapkan suapan terakhir ke mulutnya. Semua di meja mengangguk kepala. “Pergi duduk di ruang tamu, biar Yang dengan Yujeen kemaskan dapur sebulum bawa Gelato Affagato keluar”.
            “Okey” Chip berdiri sambil mengutip pinggan dan meletakkan di sinki.
            Jade mengumpul gelas dan meletakkan di dalam besen. “Terima kasih sayang” dia berbisik perlahan kepada R’an. Gadis itu mengukir senyuman yang menampakkan lesung pipit pada Jade.
            “Huh” Jade menggeleng kepala sebelum melangkah ke ruang tamu. “Pembunuh sungguh,” Jade menumbuk dada sendiri menahan debaran.
            “Chip” Jade menepuk  bahu Chip.
            “Ya”
            “Terima kasih” Jade berkata sambil mengukirkan senyuman.
            “Benda kecil” Chip ketawa.
            “Kenapa kau tolong aku tadi?” Jade bertanya Chip yang sedang mencapai remote control di atas meja.
            “Because we are brothers” Chip berkata sambil menepuk bahu Jade.
            “Yes we preserve our brotherhood. Say no to pink!!” Ajin mengangkat tangan. Burn, Chip dan Jade ketawa melihat gelagat Ajin.
            Manakala di dapur R’an sedang membancuh espresso, dia masukkan sedikit gula dalam bancuhan tersebut.
            “Yujeen, boleh tolong ambilkan gelas ais krim dari peti sejuk?” dia bertanya Yujeen yang sedang duduk memerhatikan dirinya.
            “Boleh” Yujeen melangkah ke peti sejuk. “R’an, memang si Ajin, Chip dan Burn tak suka warna pink ea?” Yujeen yang sedang mengeluarkan dulang yang berisi gelas ais krim bertanya pada R’an.
            “Ajin dan Jade tak suka warna pink, aku pun kadang-kadang jer berkenan dengan warna pink, tapi Chip dan Burn pula okey dengan semua warna” R’an membalas sambil tersenyum.
            “Habis tadi?” Yujeen memandang R’an dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.
            “Chip, dia back up Jade dan Ajin. Cara dia orang preserve the bond of brotherhood. One for all and all for one” R’an ketawa kecil.
            “Habis kau sanggup korbankan niat kau untuk pakai warna pink?” Yujeen bertanya sambil matanya memerhatikan R’an yang sedang menuang espresso yang telah dibancuh tadi ke dalam gelas berisi ais krim.
            “Haa..aku pakai pink untuk nikah?” R’an mengalihkan pandangan pada Yujeen.
            Yujeen mengangguk kepala, R’an ketawa kecil. “Aku tak pernah ada niat nak pakai pink untuk nikah aku. Lagi pun aku tak suka warna pink, aku dah pilih warna ivory untuk baju nikah aku. Tadi tu aku just mengusik tapi tak sangka pula Chip akan show his brotherhood stuff terhadap Jade” dia menerangkan pada Yujeen.
            “Okey dah ready, jom bawa Gelato Affagato kesukaan budak-budak kat depan tu” R’an melangkah ke ruang tamu.
            Yujeen di sedang melangkah di belakang R’an berasa kagum dengan keakraban Ajin, Burn, Chip dan R’an. Setiap seorang antara mereka sentiada menjadi tulang belakang antara satu sama lain.
            “Yujeen, jom makan sekali” Chip memanggil Yujeen yang sedang berdiri di ambang dapur.
            “Aha.. jom. Rugi ooo tak makan,” Burn yang sedang memeluk bahu R’an menyuakan gelas Gelato Affagato.
            Yujeen mengangguk kepala dan melangkah ke arah Burn, tangannya dengan pantas mengambil gelas yang dihulurkan oleh Burn. “Terima kasih” dia ucapkan pada Burn.
            “Tak perlu terima kasih. Kau pun part of the family” R’an berkata sambil tersenyum.
            “Ohh ya!! Yujeen, start dari semester akan datang kau boleh pindah ke rumah Mrs. Wendy” Jade berkata sambil tangannya menyudu ais krim bercampur espresso ke dalam mulutnya.
            “Haa.. serius?” Yujeen bertanya dengan nada teruja. Jade mengangguk kepala.
            “Nanti Ajin, kau tolong bawa Yujeen pergi jumpa Mrs. Wendy”
            Ajin terus tersedak mendengar kata-kata Jade, “kenapa aku?” dia memandang wajah Jade.
            “Saja.. kenapa kau tak nak? Kalau tak nak aku boleh suruh..”
            “Tak perlu siapa-siapa. Esok,esok tengah hari kau suruh Mrs. Wendy ready. Aku bawa Yujeen ke sana.” Ajin menyampuk sebelum Jade sempat membuat cadangan offer berani untuk siapa-siapa yang lain temankan Yujeen.
            “Aku baru nak suruh R’an” Jade menarik senyuman nakal. Chip dan Burn mengetap bibir menahan ketawa. R’an terus menyembamkan muka ke bahu Burn, Yujeen kelihatan blur dan Ajin terus membuat muka bodoh.


                                                       *********************

Saturday, October 24, 2015

Graviti 15

R’AN yang sedang duduk di lantai menyandar kepala di bahu Chip, Azizul, Adid dan Akid yang sednag duduk di sofa mengerut dahi. Lama mata mereka memandang wajah R’an. “Serius Yang?” Akid menggaru dagu.
            R’an mengangguk kepala, “serius” dia menjawab. Azizul menyandarkan badan ke sofa, Adid mengalihkan pandangan kepada Azizul.
            “Kau rasa mem-mem dan bos-bos kat rumah akan setuju tak?” dia bertanya perlahan. Azizul menghela nafas sambil menjungkit bahu.
            “Aku sendiri tak tau” dia menjawab jujur. Adid mengangguk kepala.
            “Yang” Adid memanggil.
            “Ya, Angah” gadis itu mengangkat kepala.
            “Yang sungguh tak nak buat kenduri?” soalan Adid membuatkan R’an menarik nafas dan mengangguk kepala.
            “Kenapa?” Akid mengeluh.
            “Eeyyy Alang ini macam lah Alang yang nak menikah” Ajin menyampuk.
            “Azim Najmi” Adid memanggil nama penuh Ajin sekali dengan kombo jelingan tajam.
            “Kan dah kena” Burn menepuk paha Ajin.
            “Macam ini lah Yang, tak perlu buat besar kita buat kecil-kecil. Boleh?” Azizul diam dari tadi bersuara. Adid dan Akid mengangguk kepala mendengar cadangan Azizul.
            “Kalau tak buat langsung boleh tak?” R’an mengeluh perlahan. Azizul menggeleng kepala.
            “Along cadangkan buat kecil-kecil supaya kita dapat kongsi berita gembira ini dengan sanak saudara, nanti esok-esok tak ada yang mula buat cerita bukan-bukan.” Azizul menerangkan pada R’an. Adid di sebelah mengangguk kepala.
            “Betul tu Yang, kita buat kenduri sebab kita nak kongsikan berita baik dengan orang ramai” Akid menyokong kata-kata Azizul.
            “Emm..tapi mak..”
            “Hal mak dan ibu biar Along uruskan” Azizul menyampuk.
            “Aha.. hal dengan mama Angah dan Alang uruskan” Adid menarik senyuman, Akid mengangguk kepala.
            “Terima kasih Along” gadis itu memeluk Azizul yang sedang duduk di sofa.
            “Angah?” Adid menarik muka.
            “Arrgghh.. Alang nak juga” Akid mendepang tangan.
            “Semua sekali, group hug” R’an memanggil semua.
****************
JADE ketawa kecil mendengar cerita Azizul, “cuba kau cakap dengan dia kenduri pakai baju warna pink” Jade bersuara dari hujung talian.
            “Gila kau!! Dari kenduri kecil terus tak ada kenduri” Azizul ketawa mendengar cadangan baju warna pink dari Jade.
            “Okey apa kalau adik kau pakai baju pink Jijo” Jade terus menyakat Azizul.
            “Kau jangan Jade, nanti dia lari kau yang kempunan nak nikah dengan adik aku” Azizul menggeleng kepala memikirkan apa yang akan berlaku andaikata perkhawinan adiknya bertemakan warna pink.
            “Yang aku tak boleh bayangkan kalau.. ki..” tawa Jade makin menjadi apabila Azizul di talian sebelah menjerit kecil.
            “Kau jangan Jade. Aku reject kau dari jadi adik ipar aku nanti” Azizul mengugut Jade yang ketawa tidak ingat dunia.
            “Kenapa?” Adid yang sedang melangkah masuk ke dapur menjungkit kening.
            “Si Jade, dia suruh kita bayangkan kalau kita semua pakai baju warna pink” Azizul berkata pada Adid.
            “Choiiii!! Sini” Adid menghulurkan tangan meminta telefon daripada Azizul.
            “Jade!! Kau jangan cari pasal!!” Adid berkata geram. Jade menggeleng kepala sambil ketawa.
            “Tak ada lah, aku suruh bayangkan jer” Jade menjawab dengan sambil menahan ketawa.
            “Tak perlu bayangkan kami. Kau bayangkan diri kau yang kena pakai baju warna pink” Adid membidas geram.
            “Errrkk.. jangan wey” Jade menggigit bibir.
            “Tahu pun cuak. Jangan di sebut-sebut warna pink, nanti betul-betul si Yang tu nak warna pink naya semua” Adid berpesan sambil menggeleng kepala.
            “Betul tu Jade” Azizul yang sedang duduk di tepi Adid mengangguk kepala.
            “Arrghhh tak sanggup aku” Jade bersuara perlahan. Azizul dan Adid ketawa kecil.
            “Korang kan!!” Jade bersuara geram.
            “Padan muka” Adid membalas.
            “Wey.. sini lah lepak rumah aku” Jade mempelawa di hujung talian.
            “Sekarang?” Adid bertanya sambil matanya mencari wajah Azizul.
            “Aha.. sekarang” Jade membalas. Azizul yang sedang duduk di sebelah Adid mengangguk kepala.
            “Kejap, kita orang sampai” Adid memberi kata putus, talian telefon di putuskan dan Adid melangkah ke ruang tamu dimana kelihatan Akid, Ajin, Chip dan Burn sedang tidur lambak sambil menonton cerita James Bond.
            “Alang” Adid memanggil Akid.
            “Ya” Akid membalas sambil matanya melekat pada tv.
            “Jom ke rumah Jade”.
            “Sekarang?” Akid mengalihkan pandangan kepada Adid. Adid mengangguk kepala.
            “Jijo?” Akid bertanya.
            “Sekali lah” Adid membalas.
            “Okey” Akid terus bangun sambil melangkah ke arah Adid.
            “Korang duduk rumah teman Yang. Along, Angah dengan Alang nak ke rumah Jade” Akid berpesan pada sebelum melangkah pergi. Chip mengangkat tangan menunjukkan isyarat ‘okey’.
******************
“ASSALAMUALIKUM” Azizul memberi salam, Jade menjawab salam dari dalam sebelum membuka pintu.
            “Masuk” Jade mempelawa. Azizul, Adid dan Akid melangkah masuk ke rumah yang Jade yang penuh dengan kotak, tin cat , surat khabar dan alas plastik.
            “Kenapa dengan rumah kau?” Akid bertanya sambil menggeleng kepala.
            “Aku nak cat dan nak buat tambah tolak sikit” Jade ketawa kecil sambil membawa mereka ke sebuah bilik yang bersih dan kemas.
            “Duduk lah, bilik ini jadi rumah sementara aku” Jade ketawa sebelum melangkah ke dapur.
            “Bila kau pindah ke sini? Bukan kau duduk atas?” Azizul menyoal sambil mengambil mug yang dihulurkan oleh Jade.
            “Aku baru beli rumah ini” Jade berkata sambil duduk di atas lantai.
            “Kau apa?” Adid memandang Jade lama.
            “Aku baru beli rumah ini” Jade ketawa kecil.
            “Serius bhai?” Adid menyoal dengan rasa tidak percaya. Jade mengangguk kepala.
            “Adik aku tau?” Azizul menyoal dengan nada terkejut. Jade menggeleng kepala.
            “Aku nak bawa dia datang sini lepas nikah. Buat masa ini aku nak buat surprise” Jade ketawa kecil.
            “Siapa lagi yang tahu?” Akid bertanya sambil berdiri.
            “Hero bertiga si Yang” Jade menarik senyuman.
            “Dahsyat bhai. Aku bangga dengan kau” Adid menepuk bahu Jade.
            “Kenapa kau beli sini?” Azizul bertanya sambil matanya memandang Jade yang sedang menghirup nescafe 3 in 1.
            “Banyak sebab.” Jade membalas.
            “Shoot” Adid bersuara.
            “Satu sebab aku plan nak buat HO aku kat sini” Jade ketawa kecil.
            “Not bad” Adid memandang Azizul.
            “Ya lah, aku dah final kat sini. Si Yang pula baru lagi. Kalau dia habis sekali pun dia bukan nak balik sebab Burn ada extra setahun, Chip dan Ajin kau jangan cakap lah” Jade menggaru kepala.
            Adid mengangguk. “Lagi pun sini dekat dengan tempat rumah sana” Jade menjuih bibir keluar tingkap.
            “Rumah sana ea?” Akid menyoal sambil ketawa. Jade mengangguk sambil ketawa.
            “Aku tahu si Yang dia risau bila fikir nanti kalau dah nikah macam mana kalau aku  bawa dia tinggal jauh dari Chip, Ajin dan Burn. Sebab itu aku buat keputusan untuk beli ini” dia berkata sambil mendepang tangan.
            “Kira lepas ini kami kena fly sini kalau nak manja dengan Yang lah ini?” Adid mengusik.
            “Bila-bila, rumah aku sentiasa terbuka” Jade membalas sambil ketawa.
            “Jade, aku nak minta kebenaran nak tengok-tengok boleh?” Akid bertanya.
            “Demm ayat skema. Kebenaran lah sangat!! pusinglah” Jade berkata sambill menggeleng kepala.
            “Jade” Azizul memanggil Jade.
            “Haa” Jade menjungkit kening.
            “Terima kasih” Azizul berkata perlahan.
            “Kenapa?” Jade menggaru kepala.
            “Untuk usaha kau gembirakan adik aku” Azizul memandang wajah Jade.
            “Adik kami” Adid membetulkan Azizul.
            “Aha.. adik kami” Azizul mengangguk.
            “Tak.. aku yang kena ucap terima kasih sebab korang sanggup bagi si Yang pada aku” Jade menggeleng kepala.
            “Jade..” Jade mengangkat kepala memandang Adid yang berdiri di tingkap.
            “Kau sakitkan si Yang. Aku akan cari kau dan aku akan pastikan kau merana” dia berkata dengan wajah yang serius. Azizul mengangguk kepala.
            “As a doctor you should know that you don't want to mess with an orthopaedic” Akid bersuara dari ambang pintu.
            “Because I know how to drill bones” Adid menyampuk. Azizul di sedang duduk di lantai ketawa.
            “Korang scary nak mampos” Jade ketawa.
            “Siapa tak sayang adik Jade ooiii” Azizul menepuk bahu Jade.
            Akid yang baru duduk di atas lantai terpandang sebuah kotak berwarna ungu di dalam sebuah kotak besar. “Bhai, kotak apa itu?”
            “Mana?”Jade bertanya.
            “Itu yang kotak warna ungu dalam kotak besar tu” Akid menjuih bibir pada kotak besar di hujung bilik.
            “Surat cinta” Jade berkata sambil menyandarkan badan ke dinding.
            “Surat cinta?” Azizul menjungkit kening.
            “Aha.. surat cinta yang aku tulis sepanjang aku pergi MERCY all this years untuk adik kau” Jade ketawa kecil.
            “Dan?” Azizul memancing kata-kata seterusnya dari Jade.
            “Dan aku tak pernah hantar pada dia. Aku tulis dan buat pekasam” Jade meraup muka sambil menggeleng kepala.
            “Wow… aku nak busy body jap” Akid merangkak ke arah kotak besar di hujung bilik.
            “Errkk.. Akid” baru sahaja Jade hendak menghalang, Azizul menarik kaki Jade, badan Jade di tolak ke lantai sambil tangannya mengunci pergerakkan Jade.
            “Jiiiiijooo” Jade bersuara geram.
            “Akid.. godek please” Azizul ketawa kecil. Adid yang menjadi pemerhati dari tadi melangkah ke arah kotak besar dan duduk bersila di tepi Akid.
            “Aku pun nak baca” dia memeluk bahu Akid.
            “Arrghhh.. keji!!” Jade menjerit kecil. Azizul, Adid dan Akid ketawa.
            “Bila lagi nak mengeji adik ipar sendiri Jade ooii” Azizul membalas sambil menjelir lidah.
            “Jijo.. kau kena baca yang ini wey!” Akid memanggil Azizul.
            “Jap” Azizul merangkak ke arah Akid. Jade menggeleng kepala sambil menongkat bahu.
            “Sweetttttt gilaaaa” Azizul bersuara sambil membaca surat yang dihulurkan oleh Akid tadi.
            “Aku tak sangka kau ini sweet Jade” Adid menggaru dagu.
            “Korang ini kan.. buat aku malu tahu tak?” Jade bersuara geram, dia memperbetulkan silanya.
            “Ala.. apa yang kau nak malu dengan kami? ” Akid ketawa
            “Baca dan lupakan. Jangan bagitahu dengan Yang. Faham!!” Jade mencebik geram.
            “Tengok laa macam mana.” Azizul ketawa sambil meneruskan bacaan surat-surat cinta dalam kotak berwarna ungu milik Jade.
            “Nasib badan kau lah Jade dapat abang-abang ipar kaki buli” dia berkata dalam hati.
            “Mesti aku rindu korang bila korang dah balik Malaysia” Jade mengeluh perlahan.
            “Malaysia ke Edinburgh tak jauh, tujuh belas jam boleh sampai” Adid menjawab.
            “Aha.. lagi pun kami dah tinggalkan next generation kami kat sini” Akid bersuara.
            “Next generation?” Jade menjungkit kening.
            “Ajin” Azizul menunding jari pada Adid. “Burn” jarinya mengalih kepada Akid dan “Chip” tangannya ditunding ke dirinya.
            “We groom them to be like us if you notice” Adid menambah. Akid dan Azizul mengangguk kepala.

************************