Wednesday, September 16, 2015

Graviti 7

“JADE” Puan Nazirah ntah kali ke berapa dia memanggil nama Jade yang sedang mengusik dirinya dari membuat kerja mengemas dan pack baju anak terunanya.
            “Umi..” Jade memeluk bahu Puan Nazirah.
            “Ya” Puan Nazirah menyahut menyusuk baju yang telah dilipat sebentar tadi.
            “Umi…” Jade memanggil Puan Nazirah sekali lagi, kali ini suaranya di leretkan. Puan Nazirah berhenti menyusun baju yang telah dikemas, lantas dia berpaling menghadap anak terunanya.
            “Kenapa?” Puan Nazirah menepuk paha meminta Jade baring di atas pahanya, perlahan tangannya mengusap rambut anaknya yang telah kemas dipotong.
            “Emm.. Abang Zaril tak balik?” Jade menyoal sambil meletakkan kepalanya di paha uminya yang cantik itu. Puan Nazirah menggeleng kepala.
            “Tak.. asal dia balik kamu berdua bergaduh. Ntahlah apa yang kamu berdua bercakaran pun umi tak faham.” Puan Nazirah memiat telinga anaknya itu.
            “Eeeyyy sakit lah umi.” Jade mengusap telinganya yang pedih itu.
            “Umi.. Jade nak cakap sikit boleh umi?” Jade bertanya, Puan Nazirah mengangguk kepala perlahan.
            “Kalau Jade nak nikah tahun depan boleh tak?” dia menyoal perlahan. Puan Nazirah terkaku sesaat sebelum dia tunduk dan cium dahi Jade.
            “Muhammad Zaid Ashraf, betul ini?.. Alhamdulillah, boleh sangat.Umi setuju sangat.” Puan Nazirah membalas gembira.
            “Umi tau tak dengan siapa Jade nak nikah?” Jade menyoal sambil menjungkit kening. Puan Nazirah mengangguk kepala.
            “Raihan Nasuha” Puan Nazirah menyebut sebaris nama yang membuatkan anak terunanya tersenyum lebar.
            “Bangun kejap sayang, umi nak ambil telefon” Puan Nazirah menepuk bahu Jade. Jade mengerutkan dahi tanda pelik.
            “Umi nak telefon Puan Zaryn, nak bincang pasal hal kahwin.” Puan Nazirah ketawa kecil.
            “Errkkk.. Umi.. janganlah lagi, nanti Jade bagi Umi hint bila nak buka topik ini, please” Jade merayu kecil. Puan Nazirah mengangguk kepala tanda faham sambil bibirnya masih menguntum senyuman gembira.
***********************
“YOK” Jade menampar bahu Azizul yang sedang duduk di tepi padang.
            “Waalaikumsalam” Azizul membalas dengan senyuman sinis. Jade terus memegang dada.
            “Auchhh.. Assalamualaikum” Jade memberi salam sebelum duduk di sebelah Azizul. Azizul ketawa kecil sambil menggeleng kepala, perlahan salam Jade di jawab.
            “Ada apa?” Azizul menjungkit kening. Jade menggeleng kepala.
            “Esok aku fly” Jade memulakan mukadimah. Azizul membuat wajah pelik.
            “Kata cuti tiga bulan ini pehal tiba-tiba nak fly.” Azizul bersuara dengan nada pelik.
            “Aku bukan balik kampus, aku nak pergi MERCY” Jaade menarik senyuman sambil menjawab. Azizul mengangguk kepala tanda faham. Dia juga begitu bila ada peluang pasti dia akan pergi mengikut misi MERCY sebab itu sejak bergelar doktor dia jarang ada di rumah.
            “Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit.” Jade memulakan mukadimah. Azizul mengangguk kepala.
            “Aku rasa kalau tak ada aral aku nak nikah dengan adik kau tahun depan.” Terbatuk Azizul mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Jade.
            “Serius?” dia memandang Jade lama. Jade mengangguk kepala tanda dia serius dengan kata-katanya.
            “Umi dan walid kau?” Azizul menguis tanah dengan ranting di sebelahnya..
            “Huh.. umi aku, dia over the moon sungguh bila dengar aku nak menikah. Aku rasa lah Jijo, lepas aku nikah dengan R’an habis semua kasih sayang umi aku, adik kau yang akan bolot.” Jade membuat dengan mimik muka tidak puas hati.
            Azizul ketawa kuat. “Itu pun kau nak cemburu?” dia mengusik Jade yang turut sama ketawa.
            “Lepas aku fly, nanti aku suruh umi pergi jumpa dengan mak kau.” Jade berkata sambil membaringkan badan di atas rumput.
            “Bagus lah.” Azizul membalas sambil mengangguk kepala dengan cadangan yang diutarakan oleh Jade.
            “Adik aku tahu tak yang kau nak fly esok?” Azizul menyoal sebelum dia juga baring di atas rumput di sebelah Jade.
            “Tak.” Jade bersuara perlahan.
            “Bila kau plan nak bagitahu dia?” Azizul menarik baju tee ke muka untuk menutup silauan matahari.
            “Kejap lagi kot” Jade menarik topi menutup muka, sambil kedua mereka berdiam sepi.
            Ajin, Burn dan Chip yang baru selesai bermain bola berlari anak ke arah Jade dan Azizul yang sedang baring di hujung padang.
            “Haaaaaa!!” ketiga mereka menjerit secara berjemaah, Jade dan Azizul terus terduduk sambil menggeleng kepala.
            “Selamat lah Along tak dapat cardiac arrest” Azizul menggeleng kepala, Jade sudah membaling topi di tangan ke arah budak bertiga itu.
            “Elok sangat lah perangai macam ini.” Jade bersuara geram melihat perangai budak bertiga itu.
            “Ala…. tak lama lagi, nanti masing-masing dah pergi study kosong aman hidup Along” Azizul mengusik dan serta-merta muka budak bertiga itu mula berubah riak. Azizul menjungkit kening apabila wajah-wajah yang ketawa tadi menjadi muncung.
            “Kenapa dengan korang ini? Tadi bukan main ketawa” Jade bertanya.
            “Macam mana kalau kami jauh dari R’an?” Ajin mengeluh perlahan. Jade sudah menarik senyuman nakal.
            “Bagus lah. Maknannya aku boleh dekat dengan dia” Jade membalas bersahaja, belum sempat apa-apa jersi Ajin yang basah dengan peluh melekat di muka Jade.
            “Berangan tinggi, macam minta kena smackdown sungguh” Chip menyambung.
            “Betul lah, aku nak ajak R’an nikah dengan aku.” Jade membaling jersi Ajin kembali kepada tuannya.
            “Kau nak apa?” Burn menyoal kembali.
            “Aku nak nikah.” dan jawapan itu membuatkan ketiga orang budak yang basah dengan peluh menjerit bahagia.
            “Bila?” Chip bertanya teruja.
            “Insya Allah tahun depan sebelum aku kena posting jadi HO” Jade menjawab sambil menjungkit kening tanda bahagia.
            “Adik Yang tahu?” Chip yang sudah bersila di hadapan Azizul dan Jade menyoal teruja.
            “Belum.”
            “Emm… bila kau nak tanya” Burn yang di tepi Chip menyoal.
            “Rahsia” Jade ketawa, Azizul di sebelah juga ketawa manakala budak bertiga di hadapan mereka menarik muka.
            “Oh ya. Esok aku fly” Jade bersuara selepas berhenti ketawa. Chip mengerut dahi.
            “Yang tau?” dia menyoal. Jade menggeleng kepala.
            Chip menarik nafas sebelum berdiri. “Jom balik, malam ini dijangka macam akan hujan lebat” dia menepuk bahu Ajin dan Burn. Azizul ketawa kecil manakala Jade menggeleng kepala mendengar kata-kata Chip.
            “Along kita orang balik dulu tau” Ajin meminta diri.
            “Jaga diri Jade.” Burn menitip pesanan manakala Chip melambai tangan dan mereka melangkah ke rumah Puan Zaryn.
************
“ASSALAMUALAIKUM” Jade memberi salam. “Waalaikumsalam” Puan Zaryn menjawab sambil membuka pintu pagar.
            “Jijo ada?” Jade menyoal sambil kakinya melangkah masuk ke rumah Puan Zaryn. Puan Zaryn menarik senyuman sambil mengangguk kepala.
            “Masuk lah. Kejap Acik Ryn panggilkan.” Puan Zaryn melangkah ke dalam rumah setelah mempelawa Jade duduk di kerusi besi yang tersusun kemas di taman.
            “Assalamualaikum” Azizul menyapa Jade, salam dihulurkan.
            “Perrghh.. macho siot” Jade bersuara melihat Azizul yang berbaju melayu dan berkain pelikat.
            “Hahaha. Terima kasih” Azizul ketawa kecil. “Kau cari aku atau adik aku?” terus Azizul menyoal tanpa berlapik. Jade di sebelah menggaru kepala, rasa segan bertandang di hati.
            “Yang… ooo Yang!!” Azizul memanggil R’an turun. Adiknya yang sedang bermain monopoli di atas dengan saudara-saudara susauannya mencemik sambil melangkah turun setelah permainannya diganggu.
            “Kenapa Along?” dia menyoal sambil bersandar tangga.
            “Sini kejap, ada orang nak jumpa.” Azizul memanggil adiknya. Perlahan R’an melangkah ke arah pintu, mukanya bertukar menjadi warna merah apabila matanya menangkap kelibatan Jade yang tersenyum.
            “Aiikkk belum apa-apa dah merah?” Azizul mengusik. Tangan adiknya terus beraksi dan lengan abangnya itu dicubit.
            “Auuchhh.. sakitlah Yang.” Azizul mengusap tangannya yang terasa pedih.
            R’an menjelir lidah dan perlahan dia mengusap lembut lengan Alongnya. “Sorry” dia berkata perlahan dengan wajah yang comel. Azizul ketawa kecil sebelum berlalu ke dapur, tangannya menekan suis lampu dan serta merta kawasan yang menempatkan kerusi dan meja besi itu menjadi terang.
            “Dah makan?” Jade menyoal R’an yang sedang bermain dengan jarinya.
            “Dah” perlahan gadis itu menjawab, mungkin perasaan malunya masih tebal. Jade menarik senyuman.
            “Eyyy comel betul budak ini” dia berbisik dalam hati.
            “I hav..” belum Jade habiskan kata-katanya terus R’an berdiri.
            “Kejap.. kejap.. ada benda nak tunjuk ini” terus gadis itu berlari masuk ke dalam tanpa pamitan. Jadeketawa kecil sambil menggeleng kepala.
            “Kenapa comel sangat Raihan Nasuha ooiii” Jade berkata sambil ketawa kecil.
            “Haa.. sebelum lupa.. ini” R’an menghulurkan sepucuk surat kepada Jade. Jade mengerut dahi “surat apa?” dia menyoal sambil mengambil surat yang dihulurkan.
            “Wow.. congrats” Jade memandang wajah R’an yang sedang tersenyum.
            “Semua dapat dekat-dekat kecuali Burn R’an berkata namun nadanya tidak ceria. Jade mengangguk kepala.
            “Mana?” Jade menyaol sambil matanya membaca surat tawaran belajar R’an.
            “Chip dan Ajin dapat buat Medic dekat University of Edinburgh , tapi Burn pula dapat Glasgow buat Aeronautical and Manufacturing Engineering.” Gadis itu menjelaskan dengan nada yang tidak puas hati.
            “Ala.. tak jauh itu.. dalam dua jam boleh berjumpa. Bila-bila nak jumpa pun boleh.” Jade memujuk perlahan. “Ajin and Chip gonna be doctor too like rest of us?” Jade menyoal R’an di sebelah. R’an mengangguk kepala mengiayakan soalan Jade.
            “Napier huh !” kata-kata membuatkan kening R’an bertaut.
            “Kenapa?” R’an menyoal pelik.
            “Tak ada apa-apa….dekat dengan Chip dan Ajin” Jade membalas sambil tersenyum, R’an mengangguk kepala. “…. dan aku” dia menyambung perlahan.
            Tiba-tiba telefon bimbit Jade berbunyi, lantas jejaka itu menarik telefon dari kocek seluar bermudanya. “Umi” dia berkata perlahan sambil menjawab panggilan Puan Nazirah.
            “Assalamualaikum, Umi..” dia memberi salam.
            “Haa.. sekarang? Emmm.. okey Jade belikan.” Dia berkata sambil mengangguk kepala. Setelah memberi salam dia berpaling melihat Raihan Nasuha yang sedang memandang langit yang penuh dengan bintang.
            “Umi suruh belikan kelapa parut, dia nak buat serunding kejap lagi. Emmm.. aku balik dulu” Jade menarik nafas.
            R’an mengangguk kepala. “Nanti jangan lupa hantarkan kat sini” gadis itu berpesan dengan wajah yang comel. Jade menarik nafas dan mengangguk kepala.
            “Raihan Nasuha..” Jade memanggil setelah lama berdiam diri. R’an mengangkat muka dan matanya bertentang dengan mata hazel Jade.
            “Y..ya” dia gugup sesaat.
            “Jaga diri tau, jaga diri dan jangan nakal-nakal sangat okey” Jade bersuara. R’an mengangguk kepala sambil menarik senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. Jade menghembus nafas kasar dan mengangguk kepala sebelum melangkah pergi.
            R’an melangkah masuk ke rumah, kelihatan Ajin dan Chip di hujung tangga manakala Azizul berdiri di ambang pintu dapur bersama Burn yang sedang memegang cawan yang berisi air. “Yang..” Chip memanggil R’an yang sedang tersenyum.
            “Ya” gadis itu menyahut. Chip memandang Ajin dan Ajin memandang Azizul.
            “Yang, Jade ada cakap apa-apa tak?” Azizul bertanya sambil tubuhnya di sandarkan pada dinding. R’an mengangguk kepala.
            “Dia cakap apa?” Ajin pula menyoal.
            “Dia cakap, congrats dan dia cakap jangan risau sebab Glasgow tak jauh dalam dua jam boleh sampai” R’an bercerita sambil menarik senyuman pada Burn.
            “Lagi?” Chip menyoal.
            “Emm.. dia kata dia kena balik sebab dia nak belikan Acik Irah kepala parut, Acik Irah nak buat serunding. Haaa nanti esok dia hantarkan.” R’an membalas sambil melangkah ke dapur.
            Azizul menarik nafas, Chip menggeleng kepala, Ajin menepuk dahi dan Burn menggigit bibir. “Along, esok confirm banjir, kita ready get lah” Chip bersuara sambil melangkah naik ke atas bersama Ajin dan Burn. Azizul menarik nafas sedalam yang boleh.
            “Jade.. mangkuk ayun” R'an bebel sendiri sambil melangkah ke ruang tamu.
******************

Selamat Hari Malaysia :)

3 comments:

mona said...

Sentiasa mnunggu TT up n3, best sngt ctr ni,x sbr nk tau apa jd ngn Yang n jade,smbung lg na TT

Anonymous said...

Cita ni memang dinanti2kan. Tak sabar nak tahu kesudahannya.

MaY_LiN said...

abisla banjir nnt
��