Saturday, September 19, 2015

Graviti 8

R’AN yang duduk di meja makan merenung lama bekas berisi serunding di atas meja namun bukan itu yang menarik perhatiannya tetapi nota yang terlekat di atas penutup itu yang menarik perhatiannya.
“I am flying off today. See you again and take care”
Jade
            Perlahan dia menekup muka di atas meja, Chip dan Azizul hanya memerhati dari ambang dapur, Ajin dan Burn yang sedang duduk di ruang tamu sekejap-sekejap berpaling dan memanjangkan leher untuk melihat apa yang sedang berlaku.
            “Kau rasa dia okey tak?” Ajin berbisik perlahan. Burn menggeleng kepala.
            “Ikutkan aku lah si Jade macam nak kena baling dengan terompah kayu tau tak” Ajin bebel perlahan, Burn mengangguk kepala tanda setuju.
            “Along..” Chip memanggil Azizul.
            “Ya”
            “Emm.. Alo..” kata-kata Chip terputus apabila R’an terus berdiri dan berlari anak menuju ke pintu dapur yang terbuka.
            “Errkkk.. Yang!!” Chip menjerit apabila melihat kelibatan Raihan Nasuha yang sedang menyarung selipar dan berlari pergi. Tanpa membuang masa Chip, Ajin dan Burn berlari dibelakang R'an yang sedang menuju ke rumah Puan Nazirah.
            “Acik Irah..” R’an memanggil Puan Nazirah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
            “Ehh, R’an.. masuklah” Puan Nazirah menjemput gadis itu masuk.
            “Tak apa… Acik nak..nak tanya boleh?” gadis itu menyoal dalam nada tercungap-cungap sambil tangannya mengusap dada rentetan dari larian yang mengalahkan Usain Bolt.
            “Tanya apa?” Puan Nazirah mecampak paip getah ke atas rumput dan melangkah ke arah pagar yang tidak berkunci.
            “Ja..Jade ada?” dia menyoal.
            “Jade baru pergi ke airport, dia balik hari ini. Dia tak cakap dengan R’an?” Puan Nazirah menyoal pelik. Gadis dihadapannya menggeleng kepala.
            “Dia tak bagitahu pun, dia tinggalkan nota atas bekas kata dia fly hari ini. Itu yang ingatkan boleh jumpa dia sebelum dia pergi.” R’an menjelaskan dengan nada yang perlahan. Perlahan gadis itu menarik satu senyuman kelat sebelum dia minta diri.
            Puan Nazirah mengetap bibir sambil kakinya melangkah masuk ke rumah, telefon di ruang tamu dicapai dan nombor telefon suaminya di dail.
            “Assalamualaikum sayang, tolong panggilkan Jade” Puan Nazirah terus bersuara apabila panggilannya di jawap oleh Dr.Ziyad.
            “Assalamualaikum umi” kedengaran suara Jade dihujung talian.
            “Muhammad Zaid Ashraf !! how could you leave without telling R’an? Kasihan budak itu, dia berlari semata-mata nak jumpa Jade tau tak?” Puan Nazirah bersuara dengan nada yang geram.
            “Umi..”
            “Heeyy .. geram sungguh umi dengan kamu Muhammad Zaid Ashraf. Walaupun apa alasan kamu you should not do that!!” Puan Nazirah masih bernada geram, hatinya terasa sedih melihat wajah sebak Raihan nasuha di hadapan pagar rumahnya sebentar tadi.
            “Umi.. I just could not tell her good bye. Jade takut.. Jade takut nanti Jade batalkan flight Jade because I love to spend my whole holiday with her and you.”Jade berjeda panjang.
            Puan Nazirah menarik nafas panjang. “If you make her cry again, you have to face me Muhammad Zaid Ashraf” suara Puan Nazirah mula kendur.
            “Aiikk.. belum apa-apa it looks like R’an bolot kasih sayang umi. Ini tidak adil.” Jade bergurau di hujung talian.
            “Elok-elok fly, nanti dah sampai call umi. I love you” Puan Nazirah bersuara dengan penuh kasih sayang.
            “Aye!! Aye!! Captain!. I love you too umi.” Kedengaran suara Jade membalas sebelum talian diputuskan.
***********************
LAMA R’an duduk di atas buaian, nota Jade yang digengam dibaca kembali, perlahan dia mengayunkan buaian menggunakan badannya.
            “Hmm… pergi macam itu, tak akan lah tak boleh cakap” dia mengomel sendiri. Hendak dilepaskan geram tuan punya badan tiada di depan mata.
            “Aku nak tanya dia belajar di universiti mana kat Bristol pun tak sempat.” R’an merengus geram.
            “Arrrgghhhh!! cuti ada lagi lima minggu, yang dia nak terhegeh-hegeh balik awal pehal?” dia mengomel lagi.
            Chip melangkah ke buaian, perlahan tangannya menolak buaian yang diduduk oleh R’an. “Errkk” gadis itu berpaling gara-gara terperanjat.
            “Kenapa cakap seorang-seorang?” Chip menyoal, tangannya tidak berhenti menolak buaian.
            “Aku marah lah Chip, aku sedih tau tak, aku geram betul dengan Jade si batu berlian tu” R’an meluah geram.
            “Emm..”
            “Aku marah lah, kenapa nak pergi tanpa bagitahu apa-apa? Pergi tinggal nota” gadis itu membebel lagi.
            “Yang..” Chip memanggil.
            “Ya”
            “Kalau nak menangis.. jangan pendam-pendam.” R’an di hadapan hanya mengangguk kepala. Ajin dan Burn yang sedang bermaian jongkang-jongkit hanya mendengar sahaja perbualan Chip dan R’an dari tepi.
            “Aku tak nak menangis, aku rasa macam nak tumbuk perut Jade sebab tinggalkan aku macam itu.” R’an bersuara kuat.
            “Aku rasa kalau rembat dia dengan bola lagi sedap.” Ajin menyampuk.
            “Tak, baik pukul dia dengan spanar” Burn memberi cadangan. R’an terus melompat turun dari buaian yang sedang membuai laju.
            “Apa hal pula nak rembat pakai bola, nak pukul dengan spanar?” R’an memandang Ajin dan Burn dengan mata yang tidak berkedip.
            “Betul.. apa hal nak rembat nak pukul. Kita ikat dia dengan rantai kapal dan campak dia dalam laut, baru best.” Chip pula bersuara. Terus Ajin dan Burn ketawa kuat, R’an menggeleng kepala.
********************
JADE yang sedang minum jus oren yang dhidangkan oleh peramugari jauh di atas langit biru tersedak dan batuk tanpa henti. Mak Cik yang duduk disebelahnya menghulurkan beberapa helai tisu.
            “Terima kasih mak cik” dia berbahasa.
            “Sama-sama. Ini mesti ada orang tegur-tegur kamu ini” mak cik itu menegur.
            Jade mengangguk kepala laju, “Mesti kekasih saya dengan saudara-saudara susuan dia yang sebut-sebut nama saya sambil-sambil membuat perancangan untuk balas dendam kat saya” dia membalas dengan senyuman. Mak cik itu memandang Jade dengan satu pandangan pelik.
            “Saya sedang ke misi MERCY mak cik, saya pergi macam itu jer tanpa khabarkan pada bakal isteri saya. Saya tinggalkan nota di atas bekas serunding yang umi saya kirimkan pada dia. Agaknya dia tengah plan nak balas dendam dengan saya sekarang ini” Jade menjelaskan panjang lebar.
            “Hahaha.. nama mak cik Aida, nama anak?” Puan Aida memperkenalkan diri.
            “Nama saya Muhammad Zaid Ashraf, panggil Jade jer mak cik. Mak Cik nak ke mana ini?” Jade bertanya sopan.
            “Ke Zurich, Jade.” Puan Aida menghulurkan cokelat pada Jade.
            Jade mengambil cokelat yang dihulurkan oleh Puan Aida, “bercuti?” dia menyoal.
            “Ya, sambil melawat anak mak cik disana.” Puan Aida membalas lembut.
            “Oooo.. anak mak cik buat apa di sana?”
            “Anak mak cik belajar kat sana, selalu mak cik pergi dengan abah dia, hari ini sebab rindu mak cik harung seorang-seorang” Puan Aida menerangkan panjang lebar.
            “Waahh hebat lah anak mak cik, nanti ucapkan good luck pada anak mak cik tu.” Jade berkata ikhlas.
            “Terima kasih Jade, nanti kalau ada rezeki mak cik kenalkan kamu dengan anak mak cik.” Puan Aida membuka dompetnya, sekeping gambar kanak-kanak yang sedang menyusun Lego ditunjukkan pada Jade.
            “Ini anak mak cik, nama dia Shafwan. Dia memang dari kecil nak sangat jadi arkitek.” Puan Aida bercerita panjang lebar.
            “Waahhh.. bakal arkitek ini, nanti Insya Allah ada rezeki nanti saya hire anak mak cik untuk reka bentuk rumah saya.” Jade berkata teruja.
            Puan Aida mengangguk kepala sambil ketawa kecil “Bagus idea kamu. Ini haa anak mak cik masa kecil-kecil dulu, kalau Shaf tahu mak cik tunjukkan gambar ini mesti dia malu” wanita itu bercerita dengan nada bahagia sambil tunjukkan gambar seorang kanak-kanak yang sedang menyusun bongkah Lego.
            “Mesti anak mak cik bijak dan handsome.” Jade memuji. Puan Aida mengangguk kepala.
            “Anak mak cik ini dia nakal, dari kecil dia sangat suka dengan dua benda.”
            “Apa dia mak cik?” Jade bertanya sambil membetulkan kerusi.
            “Dia sangat suka melakar bangunan dan dia sangat suka dengan gadis yang berlesung pipit.” Puan Aida ketawa kecil.
            “Waaa.. betul? Macam saya lah mak cik.” Jade turut ketawa.
            “Macam kamu?” Puan Aida membuat wajah terkejut
            “Haa.. macam saya tapi bab lesung pipit tu jer, kalau bab lukis-lukis bangunan saya fail mak cik” Jade ketawa. “Ini haa gambar bakal isteri saya, lesung pipit tu antara sebab yang buat saya jatuh cinta dengan dia.” Jade menghulurkan gambar R’an yang baru dicuci semalam.
            “Manisnya senyuman dia, comel sungguh ma...” Puan Aida memuji belum sempat Puan Aida meneruskan kata-katanya tiba-tiba terasa satu hentakan kecil, tanda kapal terbang mereka telah sampai ke destinasi transit.
            Dalam ralit bersembang, gambar Raihan Nasuha milik Jade terus diambil oleh Puan Aida dengan tidak sengaja. Jade hanya tersedar apabila Puan Aida telah hilang dari pandangannya, dia menggeleng kepala.
            “Selamatlah ada lagi empat keeping gambar si bunga sayang ini” Jade bercakap sendiri sambil tangannya meletak gambar pencuri hatinya di dalam beg manakala kakinya pula melangkah menuju ke Gate yang akan membawanya ke perut kapal terbang yang akan berlepas ke Afrika sebentar lagi.
            “Astagfirullah Al-Azim” Puan Aida menepuk dahi apabila matanya menangkap gambar R’an yang terselit di dompetnya. Matanya mencari kelibat Jade namun tidak dijumpai, lantas dia memasukkan gambar gadis itu di antara helaian buku The History of Architecture yang terletak dalam beg tangannya sebelum dia melangkah ke penerbangan yang akan membawanya ke bumi Switzerland.
                                                ************************


1 comment:

MaY_LiN said...

abisla jade nnti