Sunday, January 5, 2014

Coretan Warna 4

                Safiya memeluk erat tubuh Amir yang menggeletar. “Syuhhh… I am here..” dia berbisik perlahan. Sebak hati Safiya apabila setiap kali tubuh Amir menggeletar, sayu bertandang ke lubuk jiwanya. “Ya Allah, Ya Rab, ringankan penderitaan hambaMu ini.” Bibirnya tidak putus berdoa.
                Wajah gadis itu dipandang lama, wajah yang sedang lena itu membuatkan hatinya tenang. Tudung yang terselak menampakkan kulit leher yang mulus itu diperhati lama, nafas dihembus perlahan sebelum lab coat yang membaluti tubuhnya dibuka dan menutup tubuh Safiya yang masih lena.
                Amir membuka kelopak mata dengan perlahan. Satu senyuman dihadiahkan pada Ajin yang sedang berdiri disisi Safiya yang lena sambil menggengam tangannya. Ajin membuat isyarat dengan membawa jarinya ke bibir. Amir menghadiahkan senyuman pada Ajin bersertakan lambaian mengiring langkah Ajin.
                Ajin meraup wajahnya, Shaf yang sedang menyandar menghadiahkan senyuman. “R’an mana?” Ajin menarik senyuman hambar.
                “Dengan Chip seperti biasa.” Shaf menepuk perlahan bahu Ajin. “Wanna talk?” Shaf menyoal.
                “Naaa..” Ajin menggeleng. Keadaan menjadi sepi seketika, Shaf hanya memandang wajah Ajin yang sedang menyandar di dinding.
                “Nak makan kaki?” tiba-tiba suara R’an memecah sepi. Ajin membuka mata, Shaf berdiri memandang wajah R’an. “Raihan Nasuha.” Shaf memanggil nama penuh si isteri.
                “Emm… seriously Ajin?” R’an memandang wajah Ajin dengan pandangan tajam.
                “Kau nak aku buat apa?” Ajin memandang hiba wajah R’an. Sakit yang ditanggung mencengkam jiwanya.
                “Kau tanya aku apa nak buat?”
                “Bebal apa kau ini?” R’an menendang kaki Ajin.
                “Yang…..” Chip menegur sambil menggeleng kepala. Shaf memegang bahu si isteri agar stabil. “Isshhh tak padan dengan perut besar, ganas tak kurang.” Shaf menggeleng sambil bertutur perlahan.
                “You, jangan ingat I tak dengar ok..” R’an menjeling pada Shaf. Shaf menarik senggih.
                “And you Ajin, since when you become looser?” R’an memandang wajah Ajin.
                “Emm.. nak aku buat apa?” Ajin mengeluh perlahan.
                “Mengeluh pula…” Burn berjalan ke arah mereka. R’an menyandarkan badan pada dada Shaf.
                “If dah suka, dah sayang tackle habis-habisan.” Chip bersuara. Shaf mengganguk, tangannya memeluk perut R’an yang bulat.
                “Macam orang rumah aku buat, sampai ke Zurich kan sayang.” Shaf memeluk R’an erat.
“I saw you here I realize how much I missed you but I make my mind that I will make you fall for me back and bring you home.” Shaf mengulang balik kata-kata R’an  dan dia dihadiahkan dengan  cubitan halus pada lengan.
“Andddddddddd…… “Voulez-vous etre mon amant”  puzzle.” Shaf ketawa kecil. R’an menarik muncung dan menolak Shaf ke belakang. Chip menggeleng kepala.
“Kau saja cari pasal dengan si Yang. Isshhh… Yang, sayang..” Chip melangkah mengikut R’an. Shaf ketawa kecil, matanya dikenyitkan pada Ajin. “Watch and learn”.
Shaf berlari anak dan over take si isteri yang sedang merajuk, dia melutut depan R’an dan mendepang tangan seluas yang mampu.  “Voulez-vous etre mon amant bebe, aujourd'hui demain et pour toujours mon amour” Shaf menarik senyuman yang menampakkan lesung pipit di dagunya. R’an ketawa kecil sambil mengangguk. Perlahan bibir si isteri dikucup lembut menunjukkan rasa cinta di hati.
Burn tepuk tangan, Chip geleng kepala manakala mata Ajin bercahaya. Shaf menunjukkan thumbs up dan mengangkat kening seolah-olah mengatakan “practice please dude”.
                                                ___________________________

“Takut lah papa..” Ajin meluahkan pada Encik Naim. Puan Aneesa yang sedang mendengar kata-kata anaknya melalui speaker telephone hanya mencebik geram.
“Adik sayang be a man.” Puan Aneesa menyampuk. Encik Naim senyum sambil geleng kepala.
“Tapi mama…”
“Tak ada tapi-tapi, if you really love her make move” Puan Aneesa bersuara geram.
“Isshh Bunga ini, of course he loves her” Encik Naim menegur isterinya.
“I know he loves her tapi he is wasting too much of time” Puan Aneesa bersuara geram.
“Adik, don’t worry, we are here for you. Anything papa dengan mama ada” Encik Naim memberi kata perangsang.
“Thank you papa, thank you mama. I love you” Ajin ketawa kecil.

                                                ________________________________
“Shaf, R’an mana?” Ajin menyoal selepas pintu rumah Shaf dibuka. Shaf melihat jam di dinding.
“Dude.. pukul 3 pagi..” namun pintu pagar tetap dibuka mempelawa Ajin masuk ke rumah. “Kejap aku …”
“Apa kau buat pagi-pagi wey?” suara R’an menyampuk dari belakang. Shaf memeluk bahu R’an. “Kacau daun sungguh” dia berbisik perlahan.
“Duduk aku buat air.” R’an melangkah ke dapur.
“Yang slow-slow.” Shaf memesan.
“So apa cerita pagi-pagi ketuk pintu rumah aku.” Shaf menyoal. Ajin ketawa sambil mengelap air mata. Shaf memandang pelik. “Kena sampuk apa budak ini.” Matanya merenung tajam wajah Ajin.
“Wey, tu apa?” Ajin menunding jari pada leher Shaf. Shaf menarik senyuman sambil menggeleng perlahan.
“Kau datang salah time kawan. Ini time bermadu asmara faham.” Shaf ketawa perlahan.
“So apa cerita datang pagi-pagi ini?” soalan yang sama diutarakan.
“Aku need big help dari R’an” Ajin mula membentangkan plan yang sedang bermain dalam otak.
“Serious?” Shaf menggeleng kepala. “To that extand?” dia menyoal solah-olah tidak percaya.
“Aku sokong…” R’an menyampuk. Thumbs up ditunjukkan.
“Yang, Safiya …” Shaf terdiam bila tangan R’an menjalar di paha.
“Done.. kami tolong..So balik cepat.” Shaf berdiri melangkah ke arah pintu. Ajin tersedak, R’an ketawa menlihat sikap tidak senonoh suaminya.
“Wey…” Ajin mengetap bibir.
“Balik wey, half way ini. Kau akan faham bila orang rumah kau carry yours in her, nothing more sexier than that” Shaf menarik nafas sambil memandang R’an dengan pandangan menggoda.
“Assalamualaikum..” Ajin melangkah keluar dengan kepuasan maksima.
“Hope things goes well for them..” R’an berkata perlahan.
“Yaaa…” Shaf membenam muka ke leher isterinya.


                @>----- : Untuk Zarith.. Buat exam elok2.. haha xo xo xo dari Ajin and Shaf :)

Coretan Warna 3

“Mama..” Atiya Nawal memeluk leher Puan Aneesa yang sedang menyediakan air untuk Encik suami yang sedang membaca buku di taman kecil di halaman. Puan Aneesa menggeleng kepala melihat telatah anak sulungnya.
“Isshhkk .. Along ini..” perlahan tangan anaknya ditepuk lembut.
“Wooottt… coffee untuk papa, nak juga…” Atiya Nawal menopong dagu di bahu Puan Aneesa.
“Arrgghhh kenapa along…” terdengar satu suara menjerit dipintu dapur. Puan Aneesa menarik senyuman tanpa memaling muka. “1,2,3,4,5..6..7…” perlahan dia mengira dalam hati.
“Jangan nak mengada peluk mama sorang-sorang…” satu lagi suara nyaring kedengaran.
“Hoh… mentang-mentang dia keluar dulu, dia nak bolot semua…” Akid Nazmi bersuara sambil tangannya menarik pinggang Atiya Nawal dari belakang.
Genap kiraan 10 kedengaran satu suara gurau dibelakang. “Oh no, pity my bunga. Move fellas..” sepasang tangan menarik Akid dan Atiya dari berebut untuk memeluk Puan Aneesa.
“Alaaa papa….” Adidn Najlah menarik panjang sebelum duduk diatas paha Adid Naufal yang sedang menopong dagu di meja.
“Huh.. alaaaaaaaaa pula, she is mine, yesterday, today, tomorrow and forever Insya Allah.” perlahan Encik Naim mencium lembut pipi Puan Aneesa.
“B..” perlahan Puan Aneesa mencubit lembut perut Encik Naim.
“Alolo, sweetnya papa..” Atiya Nawal memeluk Encik Naim dari belakang.
“Alongggggggggg….” Adidn Najlah bersuara dan cuba mengangkat punggung dari riba Adid Naufal.
“Dah.. jangan berebut..” Adid Naufal menegah Adidn Najlah yang menarik wajah merajuk.
“Ha ha ha…” Atiya Nawal ketawa jahat.
“Atiya Nawal..” Puan Aneesa memanggil nama penuh anak sulungnya.
“Errk.. ok mama..” Atiya Nawal menarik kerusi lalu menarik senyuman.
“Jom minum..” Encik Naim menarik lembut tangan  Puan Aneesa. Atiya Nawal dan Adidn Najlah bangun untuk membantu menghidangkan minum petang yang telah disediakan oleh Puan Aneesa.
“Adik ada call along tak?” Adid Naufal membuka bicara.
“Emm.. ada tapi lewat malam..” Atiya Nawal menjawab.
“Akid Nazmi, pergi panggil semua untuk minum petang.” Puan Aneesa mengarah anak lelakinya yang sedang leka menekan telefon.
“Ai, ai, ai mem..” Akid Nazmi melangkah ke ruang tamu untuk memanggil keluarga besar yang berkumpul setiap hujung minggu.
“How is he?” Adidn Najlah melabuhkan punggung di kerusi.
“Macam biasa, he is trying to be strong and put on his big grin..” Atiya Nawal menarik senyuman hambar.
“Jangan risau he will be alright. After all I knew someone who have the same personality..” Puan Aneesa meramas perlahan tangan Encik Naim.
“Ya, he will be alright. After all he is born to Khairul Naim’s Aneesa. Sure he will endure the pain, after all he is Aneesa’s Azim Najmin.” Encik Naim memeluk bahu Puan Aneesa yang menarik senyuman manis.
“Aneesa’s Azim Najmin , bintang yang besar untuk penghibur duka dan lara.” satu suara lelaki menjawab. Aneesa memalingkan wajah ke belakang, kelihatan Azim Najmin menyandar sambil menyilang tangan di dada.
“Panjang umur dia…” Adidn Najlah menarik tangan adiknya. “Duduk !!” dia mengarahkan adiknya itu.
“Kenapa balik tak bagi tau mama?” Puan Aneesa menyoal sambil menggeleng kepala.
“Tadi ada date dengan client” Azim Najmin menghirup kopi susu air tangan mamanya.
“Ikkk, sempat lagi…” Akid Nazmi mengusik Azim Najmin.
“Kill time, kalau tak boleh meroyan.” Azim Najmin ketawa hambar.
“Leave clients and works out of dining table.” Puan Annesa bersuara tegas. Encik Naim mengganguk perlahan. “Better stop talking about works at dining table or your mama will change into hulk.” Encik Naim ketawa kecil.
“B..”
“Alright my Bunga..”
  ___________________________

“Assalamualaikum , Mak Kiah..” Safiya memberi salam.
“Waalaikumsalam..” Mak Kiah menjawab salam.
“Safiya balik lewat sikit, teman Amir di hospital.”
“Jangan lewat sangat. Risau Mak Kiah” Mak Kiah meluahkan perasaannya.
“Ya tahu. I Love You, Assalamualaikum.” Safiya ketawa manja.
“Waalaikumsalam..” Mak Kiah mengeleng kepala. Seraya itu telefon dimatikan, sejenak kemudian dia mendail nombor yang sentiasa didalam mindanya.
“Assalamualaikum..” Mak Kiah memberi salam.
“Waalaikumsalam, emm.. Mak Kiahhhhhhhhh !!” Akid Nazmi menjerit kecil.
“Alang, pekak telinga Mak Kiah..” Mak Kiah ketawa kecil.
“Rindu laaaaaa Mak Kiah.. Balik lah cepat…” Akid Nazmi bersuara manja.
“Insya Allah. Cepat adik selesaikan masalah ini, cepatlah Mak Kiah balik.” Mak Kiah memujuk Akid Nazmi yang sememangnya manja dengannya.
“Ha ha ha.. Adik memang lembab..” Akid Nazmi mengusik adiknya yang sedang menjeling ke arahnya. 
“Pesan dengan adik, Safiya balik lewat. Dia ke hospital teman Amir.” Mak Kiah menyampaikan pesan.
“Alright. Assalamualaikum . Miss you Mak Kiah..” Akid Nazmi memberi salam.
“Waalaikumsalam..”
“Safiya balik lewat, dia teman Amir di hospital.” Akid menjungkit kening sambil menyampaikan pesanan pada Azim Najmin.
“Ahh.. tak reti rehat apa dia..” Azim Najmin menarik telefon dari sakunya. Nombor sesorang didail.
“Yok…”
“Waalaikumsalam…”
“Assalamualaikum..” dia memberi salam.
“Ha ha ha..” suara ketawa kedengaran di sana..
“Ikkk berkorum nampak…” dia menyoal.
“Dengki ker?”
“Sikit pun tak luak..” dia mencebik bibir.
“So apa cer?”
“Chip, Safiya lambat balik kot, she will be at hospital with Amir.”
“Normal laa macam benda baru..” Chip bersuara sambil matanya mengawasi R’an yang sedang ke kanan dan ke kiri dengan perut yang besar dari usia kandungannya.
“Tolong bagi Fox kat Amir, minta dia bagi Safiya.”
“Haillaa Ajin ooii… itu yang kau risau.” Chip ketawa kecil.
“Mesti lah wei.. Siapa tak sayang kekasih der.” Ajin ketawa kecil.
“Insya Allah slow-slow laa..” Chip menarik senyuman.
“Tengah mencuba sedaya upayah.” Ajin ketawa hambar. “Ok laaa jangan lupa. Assalamualaikum.” Ajin memberi salam.
“Waalaikumsalam..”
“Makan malam sini kan adik?” Puan Aneesa memandang wajah Azim Najmin atau lebih mesra di panggil Ajin oleh rakan-rakannya.
“Mesti lah………” Ajin memeluk lembut bahu Puan Aneesa.
Puan Aneesa memeluk lembut pinggang anak bongsunya. Dia mengucap syukur pada Illahi atas kurniaan harta yang tiada gantinya. Anak-anaknya walaupun masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri namun mereka tidak teragak-agak dalam menjadi sebahagian dari tulang belakang syarikat yang diwarisi oleh suaminya.
“Banyak sangat kerja ker sampai anak mama dah kurus?” Puan Aneesa mengusik Ajin.
“Surgery memanjang..” Ajin mengadu manja.
“Emm.. tanggungjawab kan..” Puan Aneesa mengusap lembut dada anaknya itu. Encik Khairul Naim hanya menarik senyuman melihat kasih sayang isterinya sambil diperhati oleh Atiya Nawal dan Adidn Najlah yang maing-masing memeluk kanan dan kiri lengannya. Adid Naufal dan Akid Nazmi sedang melayan PS4 dengan anak masing-masing dan anak-anak Atiya Nawal dan Adidn Najlah.

@>------ : masih ingat pada Aneesa dan Naim?
 

Saturday, January 4, 2014

Coretan Warna 2

Safiya melangkah keluar dari ward kelas dua. Matanya memandang wajah Amir yang sedang lena di tidur. Dia menarik nafas sebelum pintu di tutup perlahan. Selang beberapa tapak, gadis yang mengalas beg kain guni itu melabuhkan punggungnya di kerusi hospital, kepalanya disandar sambil tangannya mengenggam erat telefon di tangan.
“Emm.. nak makan apa?” dia bertutur perlahan.
“Mocha..” satu suara mengejutkan lamunan Safiya.
“Haa…”
“Mocha…” paper cup dari mesin segera itu masih disua pada muka Safiya yang blur.
“Emm.. tak jemu?”
“Never once and Insya Allah never will ” paper cup itu diletak pada kerusi kosong di sebelah dan kakinya langkah meninggal Safiya yang masih memerhatikan sekujur tubuh itu berjalan, makin lama makin jauh sehingga hilang dari pandangannya.
“Emm… thank you..” Safiya menutur perlahan sambil paper cup berisi Mocha itu dibawa ke bibir. Ajin yang menyandar di sebalik dinding itu hanya mampu menari senyuman hambar melihat gadis itu memejam mata dan menghayati Mocha yang berasap nipis.
                                      __________________________
Ajin membuka pintu dengan perlahan,  baru kaki kanannya melangkah masuk  satu suara menyapa, “Dari mana?” Burn menyoal dalam gelap.
“Astagfirullahalazim,  woi balang tembaga apa yang kau buat dalam gelap?” Ajin menyergah.
“Ha ha ha.. dari mana jam dinding?” Burn menyilang kaki apabila lampu ruang tamu menyala.
“Hospital” Ajin menjawab perlahan. Badan dihempas ke sofa, remote tv di ambil dan butang info ditekan. “Alahai tak ada program yang best?” Ajin merunggut perlahan.
“Chill laa der…” Burn menepuk bahu. Ajin menarik senyuman hambar dan melangkah naik ke bilik, tiba-tiba tangannya di tarik lembut.
“Emm.. kuat der, kuat. Imam kena kuat, khalifah kena kuat. Allah test us for a reason kan…” Burn melepaskan tangan Ajin perlahan. Ajin hanya menarik senyuman kelat selebum meneruskan langkah dalam diam.
                                      _____________________________
“Baru balik Safiya?” Mak Kiah menyoal lembut. Safiya mengganguk sambil lembut tangan Mak Kiah disalam.
“Dari mana?” mata Mak Kiah memandang lembut seraut wajah gadis yang sedang duduk menghadapnya.
“Hospital..” Safiya menarik pinggan kosong. Mak Kiah menggeleng kepala, “minum Mocha lagi?” dia menyoa sambil menarik senyuman.
Safiya mengerut kening, “macam mana Mak Kiah tahu?”.
“Hujung bibir kamu tu..” Mak Kiah ketawa kecil.
“Errkkk…” Safiya mengelap hjung bibir dengan rakus. “Eeeyy, mana ada apa-apa?” gadis itu bersuara geram bila melihat wajah Mak Kiah yang menahan ketawa.
“Jumpa lagi lah tu?” Mak Kiah ketawa perlahan.
“Dia yang macam tak jemu-jemu, padahal oaring malas melayan.” Safiya mencebik geram.
“Bagus lah, itu tanda dia tak cepat givep upp” Mak Kiah. Safiya ketawa mendengar speaking Mak Kiah.
“Give Up, Mak Kiah..” Safiya ketawa kecil.
“Ye lah, orang kampong, mana pandai cakap engeris” Mak Kiah menarik muka.
“Alahai Mak Kiah, English…” Safiya ketawa perlahan sambil tangannya memeluk erat pinggang Mak Kiah.
“Amboi …” pandai kamu mengusik Mak Kiah. Kedua mereka ketawa memecah keheningan malam.
                                                ______________________________
                Bunyi telefon menganggu kerja Mak Kiah yang sedang melipat kain. “Assalamualaikum” suara di hujung talian memberi salam dengan ceria.
                “Waalaikumsalam. Tak tidur lagi?” Mak Kiah menarik senyuman.
                “Belum, Mak Kiah dah makan?”
                “Dah, kamu dah makan?” Mak Kiah menyoal lembut.
                “Tak lapar…”
                “Kena makan, nanti marah ibu kamu.” Mak Kiah menegur lembut.
                “Dah telefon along kamu?” Mak Kiah menyoal lembut.
                “Errkkk.. nak telefon ni…” suara di sana gelabah.
                “I Love You , assalamualaikum…” laju suara di sana memutuskan talian.
                “Waalaikumsalam … isshh adik ini macam-macam .”perlahan  Mak Kiah menggeleng kepala sambil tangannya lincah melipat kain yang terganggu seketika.

Wednesday, January 1, 2014

Coretan Warna 1

                Ajin menarik pen di poket baju kemeja  sambil tangannya laju menconteng kertas chart di depan muka. Segaris senyuman dihadiahkan pada budak lelaki yang sedang memandang wajahnya dengan pandangan yang tidak berkedip.
                “Doktor, ..” Ajn menjungkit kening apabila mulut comel itu bersuara.
                “Emm.. kalau saya nak pergi beli gula-gula boleh?” Amir menundukkan pandangan mata ke arah selimut.
                “Amir, mana boleh makan gula-gula..” Ajin melangkah ke arah kanan kanak-kanak itu. Perlahan kepala Amir diusap. Mata hening itu memandang wajah Ajin sambil dia mengeluh perlahan.
                “Ehhh.. mengeluh macam orang tua. “ Ajin mengusik Amir sambil tangannya memeluk bahu Amir. “You are still on NBM, mana boleh makan apa-apa hero” Ajin memujuk perlahan.
                “Emm.. gula-gula itu bukan untuk Amir lah doktor..” Amir bersuara perlahan.
                Kening Ajin bertaut dan mengerut “habis untuk siapa”? dia menyoal sambil menjungkit kening.
                “Kakak colour-colour ..” Amir menjawab sepontan.
                “Colour-colour?”
                “Ya, kakak colour-colur” dia menjawab sambil menghulurkan sebuah kertas lukisan yang berwarna.
                Mata Ajin menangkap sebuah signature yang kecil berhuruf “ VL ” di hujung kertas lukisan itu. “VL” dia mengerut dahi.  Bibirnya menarik satu senyuman bergaris. “Emm.. ini gula-gula untuk kakak colour-colour kamu” beberapa biji gula-gula Fox dihulurkan pada Amir.
                “Thank you, doctor.” Amir tersenyum bercahaya.
                                                                ________________________________
Tangan kirinya lincah membancuh warna pastel dalam bekas warna manakala tangan kanan melukis garisan halus dengan berhati-hati. Gadis berselendang itu menarik senyuman terukur sambil matanya berkedip-kedip.
                “Oh my god, what an art” Professor Adam Benjimin menarik menepuk tangan.
                “Erkkk.. thank you Prof.” Safiyah menarik sensyuman sambil tangannya lincah menarik signature nya di hujung lukisan itu.
                “Ya Allah , dah pukul 3…” wajah Safiyah berubah wajah tatkala matanya berhenti di jam dinding. Laju tangannya mengemas barang-barang yang berselerak di atas lantai.
                “Prooooooffffffff…” panjang sungguh harakah yang ditarik oleh gadis bernama Safiyah. Prof Adam hanya mampu menggeleng kepala sambil menarik senyuman seolah-olah memberi lampu hijau. Safiyah menguntum senyuman sambil kakinya berlari anak menuju ke pintu utama studio.
                                                                ______________________________
“Sorry…” Safiyah memujuk lembut Amir yang sedang merajuk.
                “Sorry laa, this is for you..” sehelai kertas diberikan pada budak kecil yang sedang merajuk di hadapannya.
                “Untuk Mir?” mata Amir bercahaya melihat coretan warna di lukisan itu. Safiyah angguk mengiakan.
                “Ini untuk kakak..” Amir menghulurkan gula-gula Fox yang diberi oleh Ajin kepada Safiyah.
                Safiyah menarik senyuman sambil mengusap kepala Amir. “Bila beli?” gadis itu menyoal.
                “Abang handsome bagi..”
                “Wooo… ada abang handsome yang bagi untuk akak?” Safiyah mengusik.
                “Emm.. handsome lagi Amir..” Amir bersuara dalam merajuk.
                “Hahaha.. Ya handsome lagi boyfriend kecil akak ni ..” Safiyah memeluk lembut bahu Amir sambil menarik kepala Amir ke bahunya. Dua orang itu berkongsi katil di hospital sambil badan tersandar dan kaki melunjur ke depan. Cerita Tom and Jerry bermain di kaca television itu ditonton dengan ketawa yang diselang-seli.
                Kaki Ajin berhenti di apabila mendengar bunyi tawa dari bilik kelas dua itu. Baru tangannya hendak memusing tombol pintu bahunya ditepuk.  “Yok.. buat apa?”
                “Shaf?” dia memeluk Shaf yang sedang menarik senyuman.
                “Ya lah Shaf lah, tak kan hantu kot..” Shaf menggeleng kepala.
                “Buat apa kat sini?”
                “R’an…” belum habis ayat yang bertutur di mulut Shaf..
                “Nape dengan R’an? Dia ok tak? Ko buat apa dengan R’an?” Ajin menembak laju..
                “Oit.. slow-slow..” Shaf menggeleng kepala.
                “Dia dengan Chip.” Shaf menarik senyuman. Ajin melangkah laju menujuk ke bilik Chip. Untuk seketika bunyi tawa dari bilik kelas dua itu dilupakan. Otaknya dipenuhi dengan wajah R’an yang lama membawa diri.
                “Watch out R’an. Here I come..” dia berlari anak ke bilik Chip.

                “Woi.. tunggu, jangan over take..” Shaf menggejar dari belakang..

@>------ Khas untuk cik zarith... Kira hadiah tahun baru masihi ok.. :) dan kepada semua juga...