Thursday, July 20, 2017

Rant

Assalamualaikum...
Here I give you a small gift from me to you!!
Taddaaa!!!

  

Penerbit Kaseh Aries buka pre-order with harga diskaun.
Please!! Please get your copy!!!
Siapa yang order secara Pre-Order,
I will sign it for you.
So to order boleh order melalui FB Penerbit Kaseh Aries atau agent-agent mereka.



Thank you kepada semua yang selama ini tak letih tunggu Graviti!!
May Allah Bless.

Monday, March 20, 2017

Missing Chapter 04

AZIZUL yang sedang duduk di bangku kayu yang menghadap ke pintu A & E[1] memandang langit yang mendung dan gelap. Jay yang sedang berdiri di bawah tiang lampu menilik Azizul yang sedang duduk di bangku panjang itu dalam diam dari jauh.
            “Kacak” dia memuji Azizul yang bermisai lentik dan berjambang style ‘fench beard’ sambil melangkah menuju ke arah Azizul.
             Gadis itu  menarik segaris senyum sendiri. Makin lama dia memandang Azizul, makin dia merasakan jejaka yang sedang duduk itu mempunyai tarikan yang menarik.
            “Hai” dia menyapa Azizul yang sedang ralit memandang langit.
            Azizul terkejut melihat Jay yang sedang berdiri di hadapannya. Sejak beberapa hari yang lalu dia asyik tringatkan Jay. Jauh di sudut hatinya, dia rindu melihat gadis bermata heterochromia[2] itu walaupun dia tidak begitu mengenali gadis itu.
            “Hai!!” Jay melambai di hadapan muka Azizul yang sedang terpaku melihatnya.
            “Ehemm!!” Azizul berdehem sambil mengangkat tangan.
            “Hai!” Azizul berkata sambil menggesotkan punggungnya ke sebelah, memberi Jay ruang untuk duduk.
            “Terima kasih” Jay mengambil tempat duduk di sebelah.
             Azizul menarik nafas, entah kenapa dia merasakan perutnya di isi dengan sekumpulan rama-rama yang sedang terbang bebas.
            “Sihat?” Jay bertanya sambil memandang wajah Azizul.
            Azizul ketawa perlahan. “Ha ha ha... patut aku yang bertanya soalan itu pada kau” Azizul berkata sambil menggeleng kepala.
            Jay di sebelah turut ketawa, “haiiiilaaa... doktor,” Jay mengusik Azizul.
            “Oh ya...” Jay menyeluk poket kot bajunya, “ini kau punya...” Jay menghulurkan segugus kunci.
            “Ahhh.. patut pun aku cari tak jumpa, ada dengan kau rupanya,” Azizul berkata sambil mengambil kunci yang dari tangan Jay.
            “Aku rasa dalam kekalutan malam hari tu, kau termasukkan kunci kau dalam sweater yang aku pakai,” Jay menjawab.
            “Kekalutan yang kau cipta untuk diri kau sendiri.” Azizul berkata bersama satu jelingan. Jay ketawa.
            “Ala... aku minta maaf. Mana aku tahu aku akan jadi macam tu?” Jay berkata sambil ketawa. Azizul menarik nafas geram.
            “Aku minta maaf okey” Jay berkata sambil bersila di atas bangku kayu, dia menghulurkan sekotak coklat Pepro kepada Azizul.
            “Terima kasih” Azizul berkata sambil menyambut kotak coklat itu.
            “Kau dah hisap rokok, dah cuba minum arak... lepas ini apa pula yang kau nak buat? Ambil dadah?” Azizul bertanya sambil membuka kotak Pepero di tangan.
            Jay ketawa, “ aku tak perlu ambil dadah... setiap hari aku ambil dadah,” dia menjawab sambil menarik senyuman hambar.
            Azizul menarik nafas, “maaf” dia berkata sepatah.
            Jay menggeleng kepala, “tak ada apa yang perlu kau minta maaf, itu hakikat.” Gadis itu memandang wajah Azizul.
            Azizul berpusing dan terpana sebentar, iris mata Jay yang berwarna hijau keemasan itu membuatkan lidahnya menjadi kelu.
            “Mata kau unik” Azizul memuji jujur.
            Muka Jay berubah menjadi merah mendengar pujian dari bibir Azizul. Memang bukan pertama kali dia dipuji kerana keunikan matanya namun pujian dari Azizul membuatkan dia tiba-tiba menjadi malu.
            “Terima kasih” dia mengungkap perlahan.
            Azizul mengalihkan matanya ke pokok yang gondol yang terletak tidak jauh dari bangunan A & E. Lama mereka berdua mendiamkan diri, satu perasaan kekok mula hadir di antara mereka berdua. Azizul berdehem memecah kesunyian yang melanda.
            “Dah selalu sangat ker kau buat kerja gila macam hari tu?” dia menyoal tanpa berpusing.
            Jay menarik senyuman, dia menggeleng kepala. “Tak.” Dia membalas.
            Azizul menarik nafas lega, “Aku nak minta sesuatu dari kau. Boleh?” Azizul bertanya.
            “Boleh” Jay menjawab sambil matanya memandang wajah Azizul.
            “Kalau kau nak buat kerja gila macam hari itu lagi... tolong... tolong telefon aku” dia berkata sambil memandang wajah Jay.
            Jay terkejut, lama dia memandang wajah Azizul. “Kenapa?” dia menyoal sepatah.
            “Kenapa?? Emmm...Entah!! Aku rasa kau perlukan bodyguard” Azizul ketawa sambil menggeleng kepala.
            Jay terdiam, dia memandang lama wajah Azizul yang sedang ketawa. Tiba-tiba telefon yang berada dalam kocek seluar Azizul berbunyi, Azizul menarik keluar telefon bimbitnya.
            “Waktu solat” dia berkata sambil mematikan jam di telefonnya.
            “Kau nak solat?” Jay bertanya. Azizul mengangguk kepala.
            Jay menarik nafas, “kau rasa tuhan wujud tak?” Jay menyoal perlahan.
            Azizul memusingkan kepalanya dengan laju, riak wajahnya kelihatan terkejut dengan soalan Jay. Lama dia memandang Jay sebelum bertanya dalam nada suara teragak-agak.
            “Kau percaya pada Allah?” dia menyoal sambil melihat Jay yang melarikan matanya kepada kakinya.
            Jay menjungkit bahu lambat-lambat, “ aku tak tahu macam mana nak jelaskan, yang aku tahu aku di lahirkan sebagai Islam, tapi cara aku membesar is complicated” dia menjawab tulus.
            Azizul mengerut dahi, “ apa yang complicated?” dia bertanya sambil kembali menyandarkan badannya ke bangku kayu.
            Jay menarik senyuman, “panjang sangat” dia menjaab sambil menggeleng kepala.
            “Tak apa... aku ada masa” Azizul menjawab sambil memandang Jay.
            “Mak aku wanita Inggeris, lahir di England dan bapa aku dari lelaki Yamen beragama Islam,” Jay berkata sambil tersenyum. Azizul mengangguk kepala.
            “Aku boleh cakap Melayu sebab pembantu rumah mak aku orang Malaysia, dia dari Pulau... Pi.. Penang” Jay mengerut dahi.
            “Pulau Pinang” Azizul membetulkan.
            “Haaa.. betul” Jay memetik jari.
            Azizul mengangguk kepala. “sambung” dia berkata pada Jay.
            “Bapa aku cakap dia Islam sebab aku pernah nampak display Quran di rak rumah aku. Bila aku tanya buku apa yang di rak, dia cakap itu Quran... buku suci agama dia.” Jay menerangkan.
            Azizul mendengar tanpa mencela.
            “Mak aku, di lahirkan sebagai Kristian tapi sebab dia sukakan bapa aku dia sanggup beralih agama. Dia kata agama bukan isu untuk dia. Agama hanya untuk ditulis di atas kertas lagipun dia tak percaya pada tuhan. She is an Atheist,” Jay menyambung sambil menarik senyuman hambar.
             “Pembantu rumah aku, Kak Lina rajin solat dan baca Quran tapi dalam bilik dia sahaja. Mak aku tak bagi aku pergi bilik Kak Lina... emmm bukan bilik juga lah, tetapi lebih kepada kuaters,” Jay menceritakan ringkas.
            “Habis kenapa kau tak belajar dari Kak Lina?” Azizul bertanya sambil memandang wajah Jay.
            “Mak dan bapa aku bercerai masa umur aku dua belas. Pembantu rumah aku berpindah... dan aku tak tahu dia ke mana, aku pula tinggal dengan mak aku.” Jay menarik nafas, tangannya memegang perut yang mula rasa tercucuk.
            “Mak aku tak percaya pada tuhan... sebab dia cakap kita tak nampak tuhan, jadi macam mana tuhan nak nampak kita.” Jay berpura-pura ketawa untuk mengatasi kesakitannya.
             “Bapa aku pula, Islam... tetapi tak pernah didik aku,” dia menjungkit bahu.
            Azizul mengangguk, dalam hati dia mula rasa kasihan pada gadis di sebelahnya.
            “Sekarang kau tinggal dengan mak kau lagi?” dia bertanya. Jay menggeleng kepala.
            “Aku tinggal sendiri, dengan pembantu rumah aku. Mak aku kaki judi, dia habiskan semua harta yang ada dan dia bunuh diri.” Jay berkata sambil mengetap bibir.
            Hatinya menjadi sakit bila terfikirkan emaknya yang tinggalkan dirinya berkeseorangan tanpa apa-apa.
            “Errkkk!!” badan Azizul terus menegak gara-gara terkejut.
            Jay menarik nafas, “dia tak tinggalkan aku dengan apa-apa kecuali rantai nenek aku... dan kerana rantai nenek aku ini lah, aku berjaya.” Jay menarik nafas.
            Azizul mengangguk kepala, “kira kau Islam tapi kau tak percaya wujudnya tuhan... Macam itu?” Azizul bertanya.
            Jay mengangguk kepala, “macam aku cakap pada kau tadi, aku membesar dengan mak aku... bagi mak aku agama hanya di atas kertas, mak aku selalu cakap kenapa kita nak sembah pada sesuatu yang tak nampak kita dan kenapa kita nak percaya pada sesuatu yang kita tak tahu kewujudan dia kan?” Jay berkata sambil mengalihkan tubuhnya menghadap Azizul.
            Azizul menarik nafas, dia menarik kakinya ke atas bangku kayu dan bersila. Jejaka itu memusingkan tubuhnya untuk menghadap Jay yang juga sedang bersila di atas bangku kayu. Azizul menyeluk kocek di baju birunya, dia menarik keluar sebatang pen biru dari koceknya.
            “Kau ada otak tak?” dia bertanya pada Jay.
            Gadis mengecilkan matanya apabila mendengar soalan Azizul.  “Kau nak cakap aku bodoh ker?” Jay bertanya dengan wajah yang masam.
            Azizul menggeleng kepala, “aku tak cakap kau bodoh... aku cuma tanya kau ada otak atau tak?” dia bertanya sambil memusingkan pen biru di jarinya.
            Jay mencemik, “adalah” dia membalas geram.
            “Macam mana kau tahu yang kau ada otak?” Azizul menjungkitkan kening.
            Jay mengerutkan dahi, “semua orang ada otak...semua orang tahu benda tu” Jay membalas.
            Azizul menggeleng kepala, “teeettt.. salah.” Azizul menarik senyuman. Jay menayang muka menyampah. “Kita tahu manusia lain ada otak, tapi adakah kita tahu kita ada otak?” Azizul menyoal sambil tersenyum.
            Jay mengetap bibir, “kan dalam buku.. dalam surat khabar, dalam televisyen semua ada menunjukkan semua manusia ada otak dan tanpa otak manusia akan mati” Jay membidas.
            Azizul ketawa sinis, “kiranya, kau tahu kau ada otak sebab buku, surat khabar, televisyen dan alternative lain lah ini?” dia bertanya. Jay mengangguk kepala.
            “Habis kenapa kau tak percaya bila ada buku tertulis mengenai Allah s.w.t? Ada sirah yang menyokong kewujudnya Allah s.w.t?” Azizul menjungkit kening. Jay mengembungkan pipinya.
            “Kau tak nampak otak dalam kepala kau tapi kau percaya adanya otak dalam kepala kau... habis kenapa kau tak percaya adanya Allah bila kau tak nampak Dia?” Azizul memandang wajah Jay. Jay membisu sambil matanya memandang tepat pada wajah Azizul.
            “Assim  Jayyana, kau pernah dengar tak pasal sifat-sifat Allah?” Azizul menyoal, Jay menggeleng kepala.
            “Ada 20 sifat-sifat wajib Allah” Azizul berkata sambil mengangkat kening.
            “Allah s.w.t bersifat Wujud. Wujud bermaksud ada. Macam aku cakap tadi, tak semestinya kau tak nampak benda itu tak wujud. Betul tak?” Azizul bertanya. Jay mengangguk kepala.
            “Allah s.w.t itu ada dan kita boleh lihat kewujudan Allah dengan tanda-tanda kekuasaanya. Contoh dia, perubahan waktu malam dan siang. Kalau tak ada sesiapa yang kawal perubahan waktu siang dan malam mungkin akan berlaku pertindihan dan haru biru. Betul tak?” Azizul menjungkit kening. Jay mengetap bibir dan perlahan dia mengangguk kepala.
            “Dan kita pun tahu, tak ada mana-mana manusia dalam dunia ini yang boleh kawal perubahan siang dan malam. Kita sebagai manusia, nafsu dan kehendak sendiri pun kita tak boleh nak kawal. Habis macam mana kita nak kawal matahari, bulan, bintang, ribut dan taufan, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Mesti ada sesuatu yang mengawal semua benda yang berlaku di sekeliling kita. Ini sendiri membuktikan bahawa wujudnya Tuhan, sebab tak ada siapa selain dari Allah s.w.t yang boleh mengawal segalanya,” Azizul berkata sambil matanya memandang mata unik Jay.
            “Qidam, ialah salah satu sifat Allah s.w.t. Qidam, maksud dia, adalah yang paling awal dalam hidup kita dan yang paling akhir. Allah s.w.t bersifat Qidam, Dia yang paling awal dalam hidup kita dan Dia yang paling akhir dalam hidup kita.” Azizul menarik buku nota yang sentiasa berada dalam koceknya dan menulis perkataan Wujud dan Qidam.
            “Dalam Quran surah Al-Hadid ayat ketiga ada tertulis bawah, DIA (Allah s.w.t) lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” Azizul berkata sambil menjungkit kening. Jay mendengar sambil mengigit jarinya.
            “Kita manusia... perlu mengkaji, perlu mencari tetapi Allah s.w.t dah tahu mengenai apa yang kita tidak ketahui. Contoh, kita baru hari ini tahu mengenai Teori Big Bang yang dikaji oleh Albert Einstein, tapi Allah s.w.t dah terangkan mengenai peristiwa Big Bang itu dalam Al-Quran, seribu tahun yang lalu kepada seorang lelaki yang buta huruf” Azizul bercerita.
            Jay mengigit bibir menahan kesakitan namun penerangan Azizul yang menarik perhatiannya membuatkan dia nekad untuk menahan kesakitannya.
            “Lagi?” Jay menongkat dagu dengan tangannya kirinya manakala tangan kanannya memegang perutnya.
            “Baqa’... Allah itu Baqa`. Maksudnya sifat Allah s.w.t itu kekal. Allah tidak akan hilang dan tidak akan musnah. Contoh lah., kalau Allah itu boleh dilihat, boleh disentuh mesti apabila berlaku apa-apa kejadian yang tak diinginiseperti bencana alam... mesti Allah s.w.t akan musnah, Dia akan rosak. Betul tak?” Azizul berkata sambil memandang Jay.
            “Betul lah” Jay menjawab bersama satu anggukan kecil.
            “Tapi bila sifat Allah itu kekal dan bila Allah itu tidak dinampak dan tidak menampakan kita tahu bahawa Allah itu kekal, Allah itu ada di sekeliling kita, datang apa jua badai melanda Allah s.w.t tetap wujud, utuh dan terpelihara. Kalau Tuhan kita pecah atau rosak adakah ia layak di panggil Tuhan? Mesti tak kan,” Azizul menyambung.
            “Emm ... macam itu,” Jay mengangguk kepala bagaikan sedang mencerna kata-kata Azizul.
            “Lagi?” Jay bertanya dengan dengan nada teruja.
            “Allah s.w.t ini tak serupa dengan apa-apa yang ada di alam ini. Sifat Allah yang ini di panggil Mukhalafatu lil hawadits, maksudnya tidak menyerupai sesuatu.” Azizul menyambung.
             “Kalau Allah boleh dilihat, pastilah ramai manusia yang membuat pelbagai avatar untuk memperlihatakan rupa Allah s.w.t. Contohnya, seperti ada yang tambah rambut panjang, ada yang tambah tahi lalat dan seumpamanya. Kau rasa kalau kau yang lukiskan tuhan, kau percaya tak yang lukisan kau itu tuhan yang kau sembah?” Azizul bertanya pada Jay yang sedang khusyuk mendengar.
            “Tak!!’ Jay menjawab pantas.
            “Sebab itu Allah s.w.t tak menyerupai apa-apa dan Allah s.w.t tak dinampakkan” Azizul berkata sambil tersenyum manis.
            “Waaahhhh... menariknya” Jay berkata teruja, walaupun tangannya memegang perut yang terasa makin mencucuk namun dia gigihkan dirinya untuk mendengar penjelasan Azizul.
            “Allah s.w.t adalah Qiyamuhu Binafsihi. Allah s.w.t tidak bersandar pada apa-apa dan tiada Tuhan selain dari Allah. Dia satu-satunya dan tiada dua atau tiga” Azizul berkata sambil memandang wajah Jay.
            “Kenapa macam itu?” Jay mengerut dahi.
            “Emmm.. macam ini, kita manusia dan kita sentiasa memerlukan tempat bersandar. Kalau kita sedih kita perlukan sesuatu untuk get over it. Betul tak?” Azizul bertanya. Jay mengangguk kepala.
            “Allah s.w.t adalah Qiyamuhu Binafsihi, Dia tidak perlu apa-apa untuk bersandar Dia hendak hambanya meminta daripadanya. Mana boleh tuhan bersandar pada sesuatu yang lain. Itu menunjukkan tuhan itu tak berkuasa dan tuhan itu perlukan pertolongan dari yang lain. Kita sebagai manusia yang kena pertolongan dari Tuhan bukan sebaliknya,” Azizul berjeda panjang lebar.
            “Dan Allah juga Wahdaniyyah, iaitu tunggal. Dia tiada dua atau pun tiga. Bila Dia tiada dua atau tiga maka Allah itu sifatnya sangat jelas sebagai Qiyamuhu Binafsihi” Azizul menerangkan.
            Jay yang sedang duduk di hadapannya menayang muka kagum namun Azizul yang sedang memandangnya menggeleng kepala.
            “Kenapa?” Jay bertanya, tangan kanannya memegang erat perutnya yang mula mencucuk-cucuk.
            Sedaya upayah, Jay cuba belagak seolah-olah tenang. Dia tidak hendak Azizul berhenti menceritakan tentang tuhan kerana cerita Azizul mengenai sifat-sifat tuhan itu menarik perhatiannya dan membuatkan dadanya berdengup kencang.
            “Kalau kau sakit... kau cakap kau sakit. Lagi-lagi bila dengan aku. Jangan nak main hide and seek” Azizul berkata sambil berdiri, dia menyuakan pen birunya pada Jay.
            “Jom” dia mengajak Jay yang memegang hujung pen birunya.
            Jay melangkah di belakang Azizul. Dalam diam dia menilik Azizul dari belakang. Entah kenapa, Jay menarik segaris senyuman, senyuman yang membuatkan wajahnya yang sakit kelihatan berseri. Lama sudah senyuman seumpama ini hilang dari wajahnya. Jay menggengam erat hujung pen biru bagaikan memegang sesuatu yang berharga.


[1]A & E : Accident and Emergency
[2] Heterochromia : perbezaan warna iris, mempunyai dua warna atau lebih.

Thursday, March 16, 2017

Missing Chapter 03

DR. JAS menghadiahkan Jay yang baru sedar dengan segaris senyuman manis. Dr. Jas yang memakai jubah putih itu menggeleng kepala melihat Jay yang sedah berusaha untuk duduk.
            “Please don’t try to sit Jay, lie down.” Wanita itu berkata sambil menulis sesuatu di atas chart yang sedang di pegang.
            “Morning doctor.” Jay membalas dengan senyuman kelat.
            “Morning darling,” Dr. Jas membalas dengan wajah yang penuh dengan senyuman.
            “How did I end up here?” Jay bertanya sambil cuba menelan air liur kerana tekaknya terasa kering, tekaknya terasa perit dan badannya lemah.
            “You was drunk and you was vomingt out everything including some blood stain,” Dr. Jas berkata sambil meletakkan chart hospital di hujung katil.
            “You were lucky, because one my final year student brought you in last night” dia menyambung. Jay mengangguk kepala perlahan dengan perasaan malu yang menebal dalam hati.
            “Thank you doctor.” Jay mengucapkan terima kasih.
            “Itu lah kau Jay... nak cuba bukan-bukan, kan dah kena masuk hospital,” dia menampar pipinya sendiri.
            Azizul yang dari tadi berdiri di muka pintu melangkah masuk ke dalam ward yang menempatkan Jay.
            “Morning Dr. Jas” dia menyapa Dr. Jas yang sedang meletakkan chart hospital di atas meja roda yang terletak di hadapan katil Jay.
            “Morning Azizul” wanita berkot putih itu menyapa Azizul.
            “Jay meet your hero, Dr. Azizul,” Dr.Jas berkata sambil memperkenalkan Azizul yang sedang mengukir segaris senyuman hambar kepada Jay.
            Jay terpana melihat Azizul yang sedang berdiri di hadapannya, dia mengetap bibir sambil menundukkan kepalanya.
            “Terima kasih” dia ucap perlahan. Azizul membisu, dia memandang wajah Jay dengan pandangan yang dingin.
            Dr. Jas yang merasakan situasi yang agak dingin diantara dua orang muda di dalam bilik itu meminta diri dan dia berjalan keluar ke ward sebelah untuk melawat pesakitnya yang lain. Sambil melangkah Dr.Jas menarik senyuman, sebenarnya Dr.Jas cuba memberikan ruang kepada Azizul dan Jay untuk mengenali antara satu sama lain.
            “Assim  Jayyana” Azizul membaca nama penuh Jay yang tertulis di atas chart hospital.
             Jay mengangkat kepala, dia memandang Azizul yang sedang membelek chart yang sedang dipegang.
            “Kau tahu apa maksud Assim  Jayyana?” Azizul bertanya tanpa mengangkat muka.
            Jay menggeleng. “Tak” Jay menjawab perlahan.
            “Maksud Assim Jayyana ialah pejuang kekuatan,” Azizul berkata sambil meyelak kertas chart yang dipegang di tangannya. Jay menggigit bawah bibir menahan debaran di dada.
            “Kau sedar tak apa yang kau buat semalam boleh menyebabkan kau terbunuh?” Azizul bertanya, matanya merenung tajam wajah Jay sambil tangannya meletakkan chart di tangan di atas katil.
            Azizul memeluk tubuh sambil matanya masih teracap pada wajah Jay, “semalam kalau aku tak ada kat sana.. entah-entah kau dah kena rompak, kena samun atau kena rogol. Lagi teruk entah-entah kau dah kena bunuh pun,” dia menyambung dengan nada dingin.
             Jay hanya mampu mendiamkan diri kerana rasa bersalah menghantui dirinya. Dia hanya menelan air liur yang terasa kelat kerana malu dengan jejakayang sedang berdiri bertentangan dengannya.
            “Kenapa kau minum?” Azizul menyoal Jay yang sedang menarik hujung selimut.
            “Entah” Jay membalas sepatah.
            “Apa yang kau dapat dengan buat perangai macam semalam?” suara Azizul naik satu oktaf tinggi gara-gara geram.
            Kepala Jay terangkat ke atas, sebuah renungan tajam di hadiahkan pada Azizul yang sedang memandang dirinya.
            “Aku tak dapat apa-apa... itu lah sebab aku buat macam tu” Jay mengetap gigi.
            “Maksud kau?” Azizul bertanya bersama kerutan pada dahinya.
            “Aku ada semua dalam hidup aku tapi aku rasa kosong... there are some missing chapter in my life book. Apa yang aku cuba buat semalam adalah percubaan aku untuk mencari erti kehidupan sebelum aku mati” dia berkata perlahan, matanya mula berkaca.
            Azizul menggeleng kepala, “kau tak rasa kau ada kehidupan sebelum ini?” dia menyoal sinis.
            Jay ketawa sinis,“kalau aku rasa apa tu kehidupan, kau rasa aku akan cari erti kehidupan di sana semalam?” Jay bertanya sinis.
            “Habis semalam kau jumpa tak jumpa missing chapter yang kau cari?” Azizul menempelak geram.
            “Tak aku tak jumpa!!” Jay mencela dalam nada marah.
            Azizul memejam mata, cuba meredakan rasa amarah yang mengetuk pintu hatinya. Dia menarik nafas dan menghembus nafas berkali-kali.
            “Aku akan mati Jijo.... aku akan mati tak lama lagi, Jijo... dan... dan aku masih tak rasa apa itu kehidupan, aku rasa hidup aku macam tergantung.” kedengaran esakan kecil dari bibir Jay.
            “Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Kenapa?” dia bertanya dalam esakan yang makin kuat.
            Azizul menarik nafas, “bukan kau sahaja yang akan rasa kematian, semua pun akan rasa kematian cuma bezanya lambat atau cepat” dia berkata perlahan dalam nada memujuk.
            Jay menggeleng kepala, “kau tak rasa Jijo?” dia menjerkah.
            “ Kau tak akan faham perasaan aku... Jijo” dia berkata sambil menyeka air matanya dengan kasar.
            “Kau boleh cakap pasal mati, kau boleh nasihatkan aku sebab bukan kau yang akan rasa kematian Jijo!!” Jay membentak geram.
            “Tapi Jay....”
            “Kau tahu tak apa perasaan aku bila tiba-tiba aku di diagnos dengan leukemia?” Jay menyampuk dalam nada marah.
            “Kau tahu tak berapa hari dalam seminggu aku kena datang ke tempat ini untuk menjalani rawatan... walaupun aku tahu semua itu sia-sia dan aku akan mati?” Jay mengetap bibir menahan air mata yang mula bertakung di tubir mata.
            Jay menggeleng kepala, “kau tak tahu dan kau tak akan faham!!” air matanya mengalir membasahi pipinya kembali. Azizul menarik nafas.
            “Kau tahu tak... dalam hidup ini banyak benda aku tak buat lagi. Aku belum rasa puas dalam mencari kehidupan aku. Sebab itu aku cuba benda-benda yang aku tak pernah buat. Aku cuba merokok, tapi aku rasa sesak dada. Aku cuba minum arak, aku rasa payau dan kelat. Aku ingatkan itu rasa kehidupan... tapi aku dalam ini aku masih terasa kosong.” Gadis itu menepuk dadanya.
            “Aku cuma nak mencari missing chapter dalam hidup aku sebelum aku pergi... aku nak tahu apa itu kehidupan sebelum aku mati” Jay menyambung dalam tangisan.
            Azizul melangkah ke arah Jay, “kau hanya perlu mencari apa itu kehidupan tapi bukan dengan cara yang merosakkan diri kau Assim Jayyana” Azizul berkata perlahan tetapi tegas.
            Jay mengangkat muka dan lama dia memandang Azizul yang sedang berdiri di sisinya.
            “Khalaqal insaan[1]” Azizul berkata sambil memandang wajah Jay.
            “Kau tahu apa maksud dia?” dia bertanya. Jay menggeleng kepala.
            “DIA ( Allah sw.t) yang telah menciptakan manusia” Azizul berkata sambil merenung mata Jay, “kalau Dia boleh ciptakan kau, aku, dia, mereka dan semua. Dia juga boleh matikan kita. Kalau Dia boleh matikan kita semua, Dia juga boleh pimpin kau dalam mencari kekosongan dalam hati kau.” Azizul memegang dadanya.
            “Kau cuma perlu mencari... mencari missing chapter kehidupan kau dan berjuang tanpa putus asa dengan segala kekuatan yang kau ada sebab kau Assim  Jayyana” Azizul menyambung sebelum berpaling membuka pintu dan melangkah keluar.
            Jay hanya mendiamkan diri, matanya mengekori susuk tubuh Azizul yang hilang di sebalik pintu wardnya.
*********************
AZIZUL duduk di kerusi di luar ward yang menempatkan Jay . Dia menyandarkan kepala pada dinding, dari dalam dia mendengar suara Jay yang sedang mengerang kesakitan. Tanpa dia sedari dia mengenggam stateskop yang terletak dalam poket di jubah putihnya.
            “Kau suka dengan dia kan?” tiba-tiba Adid yang muncul entah dari mana bertanya. Azizul membatukan diri.
            “Aku tanya kau, Jijo” Adid berdiri di hadapan Azizul.
            Azizul menjungkit bahu, “aku tak tahu” dia membalas.
            Adid menarik nafas, dia duduk di sebelah Azizul. “Apa maksud kau tak tahu?” Adid bertanya sambil menghulurkan Azizul secawan kopi panas yang dibeli dari mesin kopi sebentar tadi.
            “Aku tak tahu” Azizul mengulang jawapannya sekali lagi. Adid menarik nafas menanti sambungan dari Azizul.
            “Tapi... entah lah…ada sesuatu pada dia buatkan aku tertarik dengan dia” Azizul menyambung sambil mengambil cawan yang dihulurkan oleh Adid
            “Baik kau fikir masak-masak Jijo. Kau tahu keadaan dia kan? Kau pernah baca fail dia sebelum ini kan?” Adid berkata sambil memerhatikan Azizul yang sedang menyisip kopi panas.
            “Kau tahu... yang dia... dia.. aa..”
            “Akan mati?” Azizul menyampuk sambil memegang erat cawan kertas dalam genggamannya. Adid mengangguk kepala.
            “Itu risiko yang aku kena hadapi kalau...kalau aku suka pada dia, Adid” Azizul membalas sambil memejamkan mata.
            Azizul merapatkan kakinya ke lantai hospital menahan gigil kerana dari sebalik dinding dia dapat mendengar bunyi Jay menangis kesakitan. Entah kenapa hatinya terasa sakit mendengar suara lirih gadis yang ditempatkan disebalik dinding itu. Selama ini dia biasa mendengar suara tangisan dan esakkan pesakit namun semua itu hanya memberi kesan bagaikan angina yang lalu namun esakkan gadis bernama Assim Jayyana ini meninggalkan kesan terhadap jiwanya tanpa dia sedar.
            Azizul membawa tangannya ke dada, perlahan dia membaca doa untuk meredakan kesakitan yang tiba-tiba terasa.“A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru," kedengaran Azizul membaca doa itu berulang kali.
            Adid yang duduk di sebelah Azizul menepuk perlahan paha Azizul. Walaupun takut dengan kebarangkalian yang mula menghantui fikirannya, Adid tetap nekad untuk berdiri di sisi Azizul tidak kira apa jua keputsan jejaka disebelahnya.
            “No matter if it is heavy thunder storm or sand storm, we all will be there for you as you are for us Jijo.” Adid bisik dalam hati.
            Tiba-tiba pager yang berada dalam kot putih kedua-dua jejaka itu berbunyi, Adid dan Azizul menarik pager masing-masing, kedua-dua mereka memandang satu sama lain sebelum berdiri dan berlari ke arah ward kecemasan.
            “Adid... Jijo, there is a party heading over here” Derick yang sedang membuka pintu tangga kecemasan berkata kepada Adid dan Azizul yang sedang menuju ke tangga.
            “Ahh.. I love party” Adid membalas sambil berlari turun tangga dengan wajah teruja.
**
            Azizul yang baru selesaikan kerjanya di ward kecemasan melangkah masuk ke ward Jay, dia terkejut melihat bilik yang kosong dan katil hospital yang kelihatan kemas. Azizul berpusing dan kebetulan seorang jururawat lalu di hadapan ward yang menempatkan Jay.
            “Excuse me sister, where is the patient who was here?” dia bertanya sambil memandang jururawat yang berdiri di hadapannya.
            “The patient has been discharged, doctor” jururawat yang sedang memegang tray ubat itu menjawab.
            Azizul mengerutkan dahi, “she has been discharged?” Azizul menyoal terkejut.
            Jururawat itu mengangguk kepala, “she was discharged AMA[2] jururawat itu berkata sambil memandang wajah Azizul dengan pandangan yang pelik.
            “When did she left?” dia bertanya pada jururawat yang sedang berdiri di hadapannya.
            “Just... not even ten min...” belum sempat jururawat itu habiskan kata-katanya Azizul sudah berlari menuju ke arah koridor.
            “Weird!!” jururawat itu membebel sebelum melangkah.
            Azizul memanjangkan langkahnya, dia mengempal buku limanya.
            “Demmit.. Jay... demmit!!,” dia berkata sambil matanya mencari Jay namun tidak kelihatan. Azizul mengeluh geram.
            “Kalau apa-apa jadi kat kau macam mana?” dia membebel dalam hati.
**
            Jay melangkah masuk ke rumah, Mariam yang sedang berada di dapur berlari anak ke muka pintu apabila dia mendengar pintu utama dibuka.
             “Are you alright Jay?” dia bertanya sambil memapah Jay yang kelihatan tidak bermaya.
            Jay hanya membalas dengan segaris senyuman hambar, dia mengangguk kepala sebagai jawapan kepada soalan Mariam.
            “I was so worried, Jay.  I waited for you and I almost lodge a police report if you never turn up in next few hours” Mariam berkata dalam nada risau.
            Jay mengusap lembut lengan Mariam. “I am alright Mariam, don’t worry.” Dia berkata perlahan.
            “I am sorry” Jay memohon maaf perlahan pada pembantu rumahnya.
            “Mariam...” Jay memanggil Mariam setelah dia melangkah beberapa tapak.
            “Yes” wanita itu menyahut.
            “Did anybody come looking for me while I was gone?” Jay bertanya sambil mengerutkan dahi menahan sakit di pangkal perutnya setiap kali dia bergerak.
            Mariam menggeleng kepala, “no,” dia menjawab perlahan.
            “Good” Jay berkata sambil membaringkan diri di atas katil, dia menarik bantal dan memeluk bantal itu erat.
            “Do you want me to get the doctor for you, Jay?” Mariam bertanya dalam nada risau apabila dia melihat Jay yang sedang merengkot kesakitan.
             Jay menggeleng kepala, dia menggoyangkan tangan sebagai isyarat “tak perlu”.
            Mariam menghela nafas kasar, perasaan risau terbayang pada riak wajahnya. Mariam melangkah keluar, dia menarik pintu kayu besar perlahan sambil matanya terpaku pada Jay yang sedang memeluk erat bantal, menahan kesakitan.
            “Ya Allah... Ya Rab, ease her pain and give her the strenght” Mariam berdoa dalam hati.
**
            Mariam menarik kerusi kayu dari dapur dan meletakkan kerusi itu pada dinding luar bilik Jay. Wanita itu meletakkan stool pendek yang selalu terletak di ruang tamu di sebelah kerusinya, di atas stool itu terdapat sebiji cawan yang berisi teh panas dan sebuah buku.
            Mariam membelek buku itu, namun fikirannya merewang jauh. Dia terfikirkan mengenai Assim  Jayyana, tuan rumahnya yang sedang berada di sebalik dinding itu.
            Gadis muda yang berada di dalam itu ialah seorang jutawan muda. Segala yang berada di dalam rumah ini adalah hasil titik peluh gadis itu sendiri. Bermula dengan bermain saham sejak usia enam belas tahun ketika dia di tinggalkan tanpa apa-apa kecuali seutas rantai dan loket milik neneknya. Gadis itu mula mengumpul kekayaan sedikit demi sedikit, sekarang pada usia dua puluh empat tahun gadis itu bukan sahaja mempunyai sejumlah wang yang banyak dalam akaun bank, sebuah rumah, deretan kereta mewah, barangan berjenama dan barangan kemas serta rakaian kafe yang terbesar di bandar Edinburgh.
            Mariam pula merupakan seorang pelarian Palestin yang dahulunya merempat di belakang salah satu kafe milik Jay. Satu hari ketika gadis itu sedang membuang sampah dia ternampak Mariam yang sedang mengigil kesejukkan berbaring di atas kotak.
            Gadis yang berambut kerinting dan bermata hijau keemasan itu telah membawanya  masuk  ke dalam kafe dan memberikan dirinya secangkir kopi panas dan roti berintikan tuna yang masaih panas untuk dijamah. Itulah, detik permulaan kepada perhubungan mereka.
            Pada saat dia hendak melangkah keluar dari kafe itu, Jay telah memanggilnya dan membawanya pulang dengan salah sebuah kereta mewah yang terletak di tempat letak kereta di hadapan kafe.
            “Can you speak English?”merupakan soalan pertama gadis itu bertanya kepada Mariam berada dalam ketakutan. Mariam hanya mengangguk kepala laju sebagai jawapan.
            “What is your name?” Jay bertanya pada Mariam yang sedang memandangnya dengan pelbagai andaian yang bermain dalam fikirannya.
            “Mariam” lambat-lambat dia menjawab.
            “Jay” gadis itu memperkenalkan diri sambil menghadiahkan senyuman manis.
            “Jay?” Mariam menyebut perlahan sambil mencuri pandang iris mata gadis yang sedang memandu kereta di sebelahnya.
            “Assim  Jayyana, everyone calls me Jay” gadis itu ketawa kecil.
            Perlahan Mariam mengukir senyuman, tawa gadis di sebelahnya membuatkan jiwanya tenang.
            “Where are you taking me?” Mariam bertanya perlahan.
             Jay menarik nafas, dia mengetap bibir sambil cuba menyusun ayat. Kebisuan Jay pada saat itu membuatkan Mariam mengelabah, air matanya mula bertakung.
            “Please don’t send me to the police... I don’t want to go back home. I don’t have anyone there...all my family are already gone or lost...so please…please don’t send me to the police,” Mariam merayu dalam tangisan, air matanya mengalir laju di pipi.
            Jay menekan brek kereta, dia memegang tangan Mariam, “Relax, stop crying Mariam. I am not taking you to the police. I am taking you home... taking you to my house... to our house” Jay memujuk Mariam lembut.
            Mariam mula berhenti menangis, dia mengangkat kepala dan mencari anak mata Jay. Mata hijau keemasan itu menunjukkan keikhlasan.
            Jay mengangguk kepala, “from today onwards Mariam, you will be staying with me. You will taking care of our house, you will take care of me and I will give you food, place to sleep and money to live,” Jay berkata bersama satu senyuman.
            Mariam terkejut, dia terpana sesaat. Lama Mariam memandang muka Jay. “Thank you... thank you!!” Mariam menjadi sebak , perlahan bahunya bergoyang dan akhirnya dia menangis kegembiraan. Mariam memeluk erat tubuh Jay.
            “Lets go home now, Mariam” Jay berkata sambil menekan padel minyak.
            Pada hari itu Tuhan telah memperkenankan doanya. Doa yang dia buat ketika dia lari meninggalkan bumi Palestin, iaitu diberi perluang untuk meneruskan hidupnya.
            Mariam menangis perlahan, menangis di kerusi di hadapan bilik Assim  Jayyana, gadis yang memberi dia bantuan dan peluang untuk membina kehidupan baru di bumi Ratu Elizebeth ini mungkin akan meninggalkan dirinya dan pergi buat selamanya kerana penyakit Leukemia.
            Mariam menangis tanpa bersuara. Gadis yang jarang tunjukkan perasaan itu sebenarnya hidup keseorangan namun hati gadis itu terlalu baik. Jay tidak pernah berkira dengan sesiapa yang perlukan bantuannya sebab itu tanpa dia sedari, dia jatuh sayang dengan Assim  Jayyana yang sedang kesakitan dalam bilik mewah itu.
            Assim  Jayyana, gadis yang memberikan dia harapan dan semangat untuk teruskan hidup kini hilang harapan dan semangat untuk teruskan hidup.
***************
JAY yang baru selesai mandi melangkah ke dapur, matanya mencari kelibatan Mariam. Berkali-kali dia memanggil nama Mariam, namun tiada sahutan. Jay melangkah ke ruang tamu namun kelibatan wanita Palestine itu tidak kelihatan, akhirnya gadis itu kembali ke dapur dan dia menuju peti sejuk.
             Jay menarik pintu peti sejuk. “Emmm” Jay mengembungkan pipi sambil matanya memandang isi peti sejuk rumahnya.
            “Ahhh.. strawberi” Jay bersuara teruja sambil mengambil beberapa biji buah strawberi dalam genggamannya, gadis itu masukkan sebiji buah strawberi ke dalam mulutnya.
            Jay menyeringai apabila dia menggunyah buah strawberi tersebut. “Issshhh!! Masamnyaaaaa...” dia berkata sambil menggeleng kepala.
             “Mana Mariam ni?” Jay mengomel perlahan sambil mengunyah stawberi yang masam, kakinya dituju ke bilik Mariam yang terletak tidak jauh dari biliknya.
            “Tok.. tok!!” dia mengetuk pintu, namun tiada sahutan.
            Jay mengerut dahi sambil tangannya memulas tombol pintu bilik Mariam.
            “Mari...am,” suara Jay menjadi kundur apabila dia melihat susuk tubuh Mariam yang memakai telukung sembahyang sedang sujud di atas sejadah.
            Lama Jay merenung Mariam yang bersujud. Mariam yang bangun dan duduk di antara dua sujud itu diperhatikan, gerak laku Mariam bagaikan memberi satu ketenangan halus dalam jiwa Jay.
            “Assalamualaikum warahmatullah” kedengaran Mariam memberi salam seusai membaca Tahiyat akhir, Jay segera menarik pintu bilik Mariam dengan perlahan.
            “Kenapa perlu abadikan diri untuk sesuatu yang tak nampak?” Jay bertanya dalam hati, langkahnya ditalakan ke ruang tamu.
            Tangannya mencapai remote televisyen yang terletak di atas meja. Sedang Jay duduk di atas sofa sambil menonton televisyen matanya menangkap satu gugusan kunci yang kelihatan asing terletak di atas meja.
            “Kunci siapa itu?” dia mengecilkan mata dan cuba mengamit kunci itu dari jauh.
            Jay berdiri dan mencapai gugusan kunci itu. “Kunci siapa pula ini?” dia menyoal sendiri sambil melihat keychain yang tersangkut pada kunci tersebut.
            Satu senyuman terukir di wajahnya apabila dia melihat nama “AZIZUL” di keychain tersebut .
            Jay menggeleng kepala, “Azizul..” dia menyebut perlahan sambil ketawa, dia menggelengkan kepalanya.
            “Macam mana kunci Jijo boleh ada kat sini?” dia bisik dalam hati sambil mengangkat tinggi kunci itu.
            “The key was in the sweater’s pocket that you wore back from hospital” tiba-tiba kedengaran suara Mariam dari belakang sofa.
            “Ahhhh!!” Jay menepuk dahi, lupa pada sweater Azizul yang berada dalam simpanannya.
             “Thank you Mariam.” Jay berkata perlahan pada Mariam yang sedang melangkah ke dapur.
            “By the way Mariam, what is for lunch today?” Jay bertanya dari ruang tamu.
            “Rice and fish” Mariam membalas dari dapur




[1]Khalaqal insaan : DIA (Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia : Surah Ar-Rahman, 3)
[2]AMA : Against Medical Advice