Thursday, September 24, 2015

Graviti 9

CHIP mengambil jaket yang terletak di atas sofa, dengan roti digigit di mulut sambul tangannya menyarungkan jaket berwarna hitam itu ke badannya, Ajin pula sedang menyarungkan kasut. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi.
            R’an melangkah ke ruang tamu dengan dua biji mug berisi cokelat suam, dia menghulurkan Chip sebiji mug dan sebiji lagi pada Aji. Chip menarik senyuman sebelum menyambut mug berisi air cokelat suam itu.
            “Ajin, minum dulu sampai habis.” R’an menegur Ajin yang menghulurkan mug yang masih terisi dengan baki air cokelat suam.
            “Dah kenyang lah Yang.” Ajin membuat muka. Chip di sebelah sudah mula ketawa kecil.
            R’an menggeleng kepala. “Minum cepat” dia mencekak pinggang. Ajin mengangguk kepala dan dengan sekali teguk dia habiskan baki air cokelat itu.
            “Yang, petang nanti ada kelas tak?” Chip yang sedang menyarung kasut menyoal R’an yang sedang berdiri di sebelah Ajin.
            “Ada, nanti sebelum ke kelas Yang masakkan lunch dulu okey” R’an menajwab sebelum melangkah ke dapur.
            “Okey, elok-elok ke kelas. Love you” Ajin menjerit sebelum melangkah keluar, Chip menggeleng kepala.
            “Elok-elok ke kelas Yang, nanti telefon Burn kejutkan dia sebelum ke kelas okey.” Chip berpesan.
            “Okey, nanti Yang, kejutkan Burn” gadis itu melaung dari dapur.
            “Kami pergi dulu okey, Love you, Assalamualaikum” kedengaran bunyi pintu ditutup.
            “Waalaikumsalam. Love you both too” gadis itu menjawab perlahan sebelum dia duduk di kerusi dan menghirup cokelat panas yang baru dibancuh.
            Masuk minggu ini sudah empat minggu dia, Chip, Ajin dan Burn berada di bumi Ratu Elizebeth. Kebetulan apartment milik papa Ajin yang terletak di Falcon Avenue masih kosong telah memudahkan urusan tempat tinggal mereka.
            Setiap hari Khamis selepas kelas jika tiada program atau perjumpaan Burn akan datang ke sini untuk tinggal bersama. Rumah yang terletak di aras bawah itu sangat selesa dan jiran-jiran di sekeliling sangat menghormati antara satu sama lain.
            Chip dan Ajin selalunya akan pergi ke kampus dengan menaiki kereta second hand yang dibeli oleh ayah Chip manakala dia pula akan menaiki basikal atupun kenderaan awam yang akan turunkan dia berdekatan dengan kampus.
            Sedang dia menghirup air cokelat suam sambil membaca novel tiba-tiba telefonnya berbunyi, R’an mencapai telefon di atas meja dan bibirnya mengutumkan senyuman melihat nama pemanggilnya.
            “Assalamualaikum Angah” dia menjawab ceria. Kedengaran Aidid menjawab salam di hujung sana.
            “How are you my little girl?” dia bertanya khabar R’an. Bagi Aidid, Puan Zaryn sekeluarga banyak berbudi pada keluarganya. Dia masih ingat lagi cerita papanya, ketika mamanya koma selepas melahirkan dia dan kembar-kembarnya Puan Zaryn yang menyusukan mereka berempat kerana pada ketika itu Puan Zaryn baru sahaja melahirkan Azizul dan sudi menjadi ibu susuan mereka.
            Bukan itu sahaja, adik bongsunya Azim Najmi, Syafie Zarif dan Asadu’llah juga merupakan anak susuan kepada Puan Zaryn malahan mamanya juga merupakan ibu susuan kepada Raihan Nasuha , Syafie Zarif dan Asadu’llah.
            “Adik Yang, buat apa?” Adid bertanya di hujung talian.
            “Adik Yang, baru tengah minum air cokelat selepas halau budak medic berdua tu pergi kelas” R’an menjawab sambil tersenyum.
            “Halau budak berdua tu?” Adid ketawa.
            “Aha.. dua-dua lambat bangun Angah sebab main PS” R’an menarik kaki kanannya ke dada.
            “Isshh.. nak kena budak berdua tu, Burn sihat? Angah call dia tak jawab pun” Adid merisik khabar seorang lagi adik susuannya.
            “Dia tengah tidur tu Angah… kejap lagi baru adik Yang, nak kejutkan dia” R’an membalas sambil menghirup air cokelat yang makin sejuk.
            “Oooo.. adik Yang ada duit belanja? Nak Angah topupkan?” Adid bertanya. R’an di Endiburgh menggeleng kepala.
            “Ada Angah, banyak lagi.” R’an membalas.
            “Emm.. kalau kurang duit belanja bagitahu Angah okey.” Aidid berpesan. R’an di sini menghela nafas.
            “Ya Angah” dia menggeleng kepala.
            “Okey sayang Angah nak letak ini, jaga diri tau… love you , study hard dan kirim salam dengan budak-budak bertiga tu nanti.” Adid menitipkan pesanan pada Raihan Nasuha.
            “Okey Angah, kirim salam kat semua.. love you too Angah.” R’an membalas ceria.
            “Assalamualaikum” suara itu memberi salam sebelum memutuskan talian.
            “Waalaikumsalam” dia menjawab salam sebelum menghabiskan tegukkan terakhir dari mugnya. Lantas dia berdiri dan kemaskan pinggan dan mug-mug yang terletak dalam sinki sebelum dia menyediakan makanan tengah hari.
************************
TIDUR Burn terganggu dengan bunyi deringan telefon bimbitnya, perlahan dia mencapai telefon yang terletak di hujung katilnya. “Hello” dia menjawab.
            “Burn … Bangun!!” R’an menjerit di hujung talian, mata Burn terus terbuka luas. Jejaka itu duduk dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil.
            “Yang.. selamat orang tak ada sakit jantung.” Burn bersuara geram, R’an di hujung talian ketawa kecil.
            “Yang dah telefon dekat lapan kali, siapa suruh tak jawab.” R’an membalas dalam sisa tawa yang masih kedengaran.
            “Letih..” Burn menjawab perlahan.
            “Itu lah, tidur lambat lagi.” R’an membalas.
            “Orang kerja lah, Yang.” Jejaka itu menarik selimut dan melangkah turun tungga dari katilnya.
            “Kan semua dah cakap tak perlu kerja, yang still nak kerja kenapa?” R’an menyoal geram.
            “Emmm.. aku..”
            “Don’t you dare Asadu’llah …kau tetap part of the family, part of us so don’t you dare to say those word again.” R’an bersuara dingin.
            “Emm… but still Yang.” Burn menarik nafas panjang.
            “Kau jangan sampai aku call Malaysia.” R’an mula mengugut perlahan.
            “Ye lah, ye lah. Aku faham” Burn menarik senyuman di hujung talian apabila telinganya mendengar ugutan dari mulut gadis itu.
            “Good. Now siap pergi ke kelas.” R’an memberi arahan pada jejaka yang berseluar bermuda itu
“Yes captain” Burn menjawab sambil ketawa. “Yang, I love you.” Burn bersuara sambil menarik tuala.
I love you too. Balik tak minggu ini?” R’an menyoal sambil menyusun barangan dalam beg.
“Balik kot. Kenapa?” Burn bertanya sambil membuka peti sejuk.
“Sebab nak buat Shepherd Pie
“Confrim balik. Extra mushroom and ext..”
“Extra cheese” R’an menyampuk.
“Yang, you know me too well.” Burn membalas.
“Because you are part of me and us” R’an menjawab perlahan.
“Yes.. I am part of you and everyone.” Burn membalas sambil menarik nafas, segaris senyuman terbit di bibirnya.
“Good. Go mandi and get ready cepat nanti lambat ke kelas!!” R’an mula bersuara.
“Okey..okey. Assalamualaikum” Burn memberi salam.
“Waalaikumsalam.” R’an menjawab sebelum memutuskan talian. Lama dia memandang telefon sebelum menarik tuala dan melangkah ke bilik mandi.
            “Burn… Burn !!” dia menyebut nama Burn sambil menutup pintu bilik mandi.
*********************
CHIP dan Ajin bersembang sambil berjalan menuju ke dewan kuliah, kaki budak berdua itu terhenti apabila sepasang tangan memeluk bahu mereka.
            “Jade?” Ajin ketawa. Chip menggeleng kepala melihat mamat tiga suku yang berjaya membuatkan adik mereka murung selama dua minggu.
            “Mana kau hilang?” Chip menyoal.
            “Afrika” Jade menjawab sebaris. Ajin memerhati Jade atas dan bawah.
            “Kau nampak kurus” Ajin menegur. Jade ketawa kecil sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Pendalaman.. jarang-jarang ada line nak telefon, dah tu makanan pun vegetarian memanjang.” Jade membalas sambil ketawa. Chip dan Ajin mengangguk kepala tanda faham.
            “Korang nak ke mana?” giliran Jade pula menyoal. Chip menjuihkan mulut ke pintu bilik kuliah.
            “Anesthetics?" Jade bertanya, Ajin dan Chip mengangguk kepala. “Good luck” Jade berkata seraya menepuk bahu Ajin dan Chip.
            “Thank you.” Chip menjawab perlahan.
            “Emm.. “ Jade menggaru kepala, dia menarik nafas panjang sebelum dia memandang wajah dua orang jejaka yang masih berdiri di hadapannya.
            “R’an sihat?” sebaris senyuman muncul di wajah Muhammad Zaid Ashraf. Chip mengangguk kepala.
            “Kau tau alamat rumah kami?” Ajin bertanya. Jade mengangguk kepala.
            “Adid ada bagi aku” Jade membalas sambil menyandarkan tubuhnya di tiang batu yang besar.
            “Kenapa tak datang jenguk Yang?” Chip memandang wajah Jade.
            “Sebab aku busy dengan clinical placement” Jade menjawab perlahan. “Aku rindu dia” dia sambung lagi.
            “Emm..datang lah rumah. Aku dengan Ajin ada untuk jadi bodyguard” Chip mengusik. Jade ketawa kecil sambil mengangguk kepala.
            “Burn sihat?”
            Ajin mengangguk kepala “dia tinggal di Athole” dia memberitahu Jade.
            “Sewa dengan kawan-kawan?”
            Chip menggeleng kepala. “Sewa seorang…studio apartment. Senang kalau kami nak singgah atau tidur sana. Kau tau lah, kami berdua boleh jer menempel mana-mana, si Yang tu perempuan itu sebab Burn sewa seorang.” Chip menjelaskan panjang lebar.
            Jade mengangguk kepala tanda faham. “Bagus juga macam tu. Kirim salam dengan Burn” dia berkata sebelum meminta diri.
            “Kau rasa Yang tahu tak Jade belajar di Edinburgh?” Ajin bertanya pada Chip.
            Chip menggeleng kepala, “tak tahu, Along pun dah pesan jangan bagitahu dia.” Chip ingatkan Ajin tentang pesanan Azizul sebelum mereka terbang ke sini tempoh hari.
**************************
DARI jauh Jade menangkap kelibatan R’an yang memakai skirt labuh berwarna hijau lumut dan blouse berwarna putih susu dengan rambut panjang yang dibiarkan terlepas tanpa ikatan sedang keluar dari pasar raya Waitrose.
            Jade menarik nafas sebelum melangkah ke arah gadis yang sedang menolak basikal yang berisi dengan beberapa beg kain yang berisi barangan dapur. Tiba-tiba mata Jade menangkap sebuah novel yang terletak di raga basikal milik R’an.
            “Sherlock HolmesThe Sign of the Four’ ” dia menarik senyuman selepas melihat tajuk novel itu. Dia panjangkan langkahnya dan apabila dia berjaya berada di sebelah gadis itu dia berkata “Did you actually know that the author of Shelock Holmes was medical graduate from University of Edinburgh?”
            Badan R’an menjadi kaku perlahan dia berpaling dan matanya menangkap jejaka si mata hazel yang sedang tersenyum di sebelahnya. “Jade” dia memanggil perlahan.
            Jade mengangguk kepala, “How are you my love?” Jade menyoal dengan senyuman yang masih terbit di bibirnya.
            “Let see how am I? Emmm.. good and you know what? I hate you” R’an mengetap bibir. Jade ketawa kecil.
            “Really? You hate me?” R’an mengangguk kepala.
            “Auuchhh.. I missed you and ..” tiba-tiba R’an menghulurkan beg berisi barangan dapur pada Jade.
            “Shut up and walk me home” gadis itu menolak basikal dan berjalan di hadapan Jade, senyuman yang terbit di wajahnya di sembunyikan.
            “Buat apa kat sini?” R’an yang berjalan di hadapan menyoal tanpa berpusing.
            “To see you” Jade yang sedang menjinjing beg membalas.
            “Oooo..” R’an membuat bunyi.
            “Yang.. Yang” Jade memanggil R’an yang berada beberapa tapak di hadapannya. “Do you love me?” dia bertanya kepada gadis itu. Gadis itu berpaling dan lama dia memandang Jade.
            “Nak tolak basikal sekali?” dia bertanya pada Jade. Jade mengangguk kepala laju dan basikal bertukar tangan.
            “So do you love me?” Jade bertanya sekali lagi. R’an di hadapan mengangguk kepala perlahan.
            “Of course I love you mangkuk tingkat” dia berkata perlahan sambil tersenyum.
            Jade menolak basikal bersama barang-barang dapur dan berjalan seiring dengan R’an. Sebaik sahaja kakinya sampai di bangunan apartment 3 bilik yang menjadi tempat tinggal R’an, Ajin dan Chip terus dia menyerahkan barang-barang dapur yang dibeli oleh gadis itu.
            “Sorry..” R’an bersuara selepas membuka pintu, Jade menjungkit kening dan wajahnya beriak pelik.
            “Kenapa sorry?”
            “Sebab tak boleh jemput masuk ke dalam. Chip dan Ajin ada kelas tapi tunggu kejap.” R’an menyuruh Jade tunggu di luar rumah, dia melangkah masuk ke dapur dan meletakkan barangan dapur yang dibeli sebentar tadi sebelum keluar kembali dengan sebuah kerusi di tangan.
            “Kita boleh duduk di luar, lagi pun seronok minum di luar.” R’an menarik senyuman manis. Jade ketawa kecil sebelum mengambil kerusi yang R’an letakkan di tepi pintu, gadis itu masuk ke dalam dan membawa sebuah lagi kerusi dan sebuah stool tinggi.
            “Kita berdua, kenapa bawa sampai extra stool?” Jade bertanya sambil mengangkat kerusi.
            “Letakkan di luar, nanti tengok sendiri apa gunanya stool tu” R’an mencemik kecil. Jade ketawa melihat wajah R’an sebelum dia mengangkat stool itu keluar.
            “Mentang-mentang rumah aras bawah, dia guna habis halaman tepi ini” Jade mengomel perlahan, lebih kepada rasa kagum.
            “Haa.. ambil ini, letak atas stool” R’an menghulurkan dua pinggan kek chocolate.
            “Hahaha.. good idea lady” Jade memuji R’an. Gadis itu melangkah masuk ke rumah dan membawa dua cawan susu suam untuk dihidangkan bersama kek cokelat.
            “Wew… not bad.” Jade bersuara teruja sambil matanya memandang wajah R’an.
            “A way to say thank you for walking me home” R’an menarik senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.
            “Yang..” Jade memanggil R’an.
            “Ya”
            “Lain kali kalau keluar, jangan lepaskan rambut macam tadi boleh?” Jade memandang lama wajah R’an.
            “Haa” R’an nganga sebentar.
            “Orang cemburu, orang tak suka” dan terus Jade pandang ke depan, R’an di sebelah tersenyum lebar, rasa hendak guling-guling di atas rumput pun ada sebab terlalu bahagia.
            “Nak tanya boleh?” R’an menggenggam mug erat. Jade mengangguk kepala.
            “Berapa lama kat sini?”
            “Sampai habis belajar.” Jade membalas sambil suap kek cokelat ke mulutnya.
            “Tak.. maksud I, sampai bila di Edinburgh?” R’an memandang Jade yang sedang menikmati kek cokelat di pinggannya.
            “Lama lagi.” Jade berkata sambil meletakkan pinggan yang kosong di atas stool.
            “Emm.. bila nak balik Bristol?” soalan R’an membuatkan Jade berhenti dari mengapai mugnya.
            “Bristol?” Jade menyoal pelik.
            “Bukan Jade belajar di Bristol? Kak Rysa, Haikal..” wajah R’an berubah reaksi, sedikit rasa cemburu terbit di dadanya apabila kepalanya terfikirkan Arysa..
            “Tak, Jade belajar satu universiti dengan Sir Arthur Conan Doyle” dia menarik senyuman. R’an mengangguk perlahan.
            “What?” gadis itu tiba-tiba menjerit “Edniburgh!! sama dengan Sher..”
            “Yes , Sherlock Holmes’s author” Jade mengangguk

****************************

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

2 comments:

MaY_LiN said...

wauuuu
meke da jmp
so luvly

slmt hr ry aidiladha sis

Unknown said...

Woww sronok ra'an