Just place too fool around. Andaikata benda ini mampu membuatkan anda tersenyum dengan muka puas saya GEMBIRA tapi andaikata membuatkan anda rasa meluat saya MOHON MAAF
Showing posts with label Graviti. Show all posts
Showing posts with label Graviti. Show all posts
Monday, March 13, 2017
Wednesday, June 8, 2016
Graviti
R’AN menepuk perlahan bahu Jade. “Bangun sayang,” kejut R’an. Jade
menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibir. Pantas dia menarik R’an ke
dalam pelukannya.
“Yang dah masak bubur
nasi dengan isi ayam. Ada ikan bilis goreng, tauhu goreng, and dills pickles. Kalau sayang lambat bangun nanti budak-budak tu
makan sampai habis.” R’an berbisik perlahan. Jade terus membuka mata
seluas-luasnya.
“Argh! Tak aci, cara.” Dia mengigit telinga R’an. Dengan
pantas dia mendaratkan bibirnya ke bibir R’an sebelum melangkah ke bilik air
yang terletak di bilik tidurnya.
“Cepat siap, Yang
simpankan sebelum mereka habiskan.” R’an melaung sambil mengemaskan katil.
“Cakap dengan dia orang
jangan nak habiskan, sayang nak juga!” Jade menjerit kecil dari bilik air. R’an
ketawa kecil sebelum melangkah ke dapur.
“Yang, nak lagi.” Ajin
menghulurkan mangkuk kosong kepada R’an.
“Ishh! Jade tak makan
lagi la,” omel Chip mengingatkan Ajin.
“Ada banyak lagi, makan
je.” R’an berkata sambil melangkah ke arah periuk yang berisi bubur nasi.
“Cara.” Jade melangkah ke dapur, dia menghadiahkan sebuah ciuman di
pipi R’an sebelum menarik kerusi. Rambutnya yang basah telah disisir rapi. Jade
sudah lengkap berpakaian untuk ke tempat kerjanya. Seluar slack dan kemeja berwarna hijau epal yang tersarung di tubuh Jade
memikat hati R’an. Tampak handsome
saja si suami pada matanya..
“Makan.” R’an meletakkan
dua biji mangkuk di atas meja. Sebiji dihulurkan pada Ajin dan sebiji
diletakkan di hadapan Jade.
“Cara, tak makan?” Jade memandang R’an.
“Nanti Yang makanlah.”
R’an menjawab sambil mengunyah tauhu kering.
“Marilah makan sekali.”
Jade mengambil sebatang lagi sudu bersih. Lantas disuakan kepada R’an.
“Ahaa... makan sekali
Yang,” ajak Chip.
R’an menarik kerusi di
sebelah Jade sebelum berkongsi bubur dengan suaminya. Jade menarik senyuman. Dia
tahu sangat perangai isterinya yang suka berkongsi makan dengannya.
“Ada kelas tak hari
ini?” Jade bertanya Chip dan Ajin.
“Ada,” serentak Chip
dan Ajin menjawab.
“Pukul berapa kelas?”
Jade bertanya sambil menyuap bubur nasi ke mulutnya.
“Petang sikit.” Chip
menjawab sambil berdiri melangkah ke arah periuk. Perlahan dia menyenduk bubur
nasi ke mangkuknya.
“Lepak sinilah.” Jade
berkata sambil menghulurkan mangkuk yang telah kosong kepada Chip. “Sendukkan
sekali,” pinta Jade seraya menyeringai sengih
“Kami berdua nak bawa
Yang keluar kejap. Nak pergi beli baju untuk makan malam.” Chip berkata sambil
menghulurkan kembali mangkuk kepada Jade.
“Okey. Nanti aku tak
tahu aku oncall tak malam ni. Kalau
aku oncall pandai-pandai kau orang adjust eh.” Jade berkata sambil menanti
R’an meletakkan ikan bilis, tauhu kering dan minyak bawang puith ke dalam bubur
ayam.
“Tidur sana kut.” Ajin
menjawab.
Jade mengangguk kepala.
“Nanti cara, mesej sayang okey?” Jade
titipkan pesanan buat R’an. R’an mengangguk kepala.
Selama Jade mula
bertugas di hospital, R’an selalu tidur bertemankan Ajin dan Chip.
Kadang-kadang mereka akan melepak di rumahnya atupun R’an akan tidur di bilik
tidur lamanya. Bila dia balik dari kerja, jika R’an tidur di sana, maka dia pun
akan turut tidur disana. Bagi Jade dia tak mungkin akan pisahkan R’an dari
budak bertiga ini, kerana dia tahu sayang isterinya terhadap mereka melebihi
segalanya.
JADE yang baru habis bertugas selama dua puluh empat jam, sedang melangkah
menuju ke tempat letak kereta yang terletak tidak jauh dari pagar hospital. Dari
jauh kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih kurang lima tahun
sedang berlari ke arahnya dengan riak wajah yang cemas.
“Are you a doctor?” Kanak-kanak itu bertanya sambil menangis. Jade mengangguk
kepala. Dia menundukkan badannya, duduk sambil tangannya memegang bahu
kanak-kanak itu.
“Relax, take a breath. Tell me why are you calling for a doctor?”
Jade memegang bahu kanak-kanak tersebut.
“Are you a doctor?” Sekali lagi kanak-kanak itu menyoal sambil
matanya memandang stetoskop yang tergantung di leher Jade.
“Yes, I am a doctor” Jade menjawab sambil mengusap lembut kepala
kanak-kanak tersebut.
“My… my mom… she falls down there.” Kanak-kanak itu mula menangis
kuat sambil tangannya menuding ke arah pagar hospital.
“I am Doktor Jade. What is your name?”Jade memperkenalkan dirinya
kepada kanak-kanak itu sebelum bertanya nama kanak-kanak tersebut.
“Jacklyn. I am Jacklyn.” Kanak-kanak itu menjawab dengan suara
serak.
“Good! Jacklyn can you run?” Jade menyoal kanak-kanak yang bernama
Jacklyn itu. Jacklyn mengangguk kepala.
“Alright! Lets run to you mom.” Jade mengusap kepala Jacklyn.
Jacklyn mengangguk kepala sebelum berlari ke arah ibunya, Jade turut berlari di
belakang kanak-kanak itu.
“That is my mom.” Jacklyn menjerit ke arah seorang wanita yang
rebah di jalan berhadapan pintu pagar hospital. Jade mengangguk sambil berlari
menghampiri wanita itu. Dengan pantas dia duduk di sebelah wanita itu.
“What is her name, Jacklyn?” Jade bertanya Jacklyn.
“Jessy.” Jacklyn
menjawab. Kanak-kanak itu mengetap bibir. Dia mengenggam erat baju gaun yang
tersarung di tubuhnya.
“Hello, Jessy… can you hear me?” Jade menepuk perlahan pipi Jessy.
Namun tiada apa-apa reaksi dari wanita bernama Jessy itu. Jade menundukkan
kepalanya dan meletakkan telinganya di hidung dan mulut Jessy. Perlahan dia
membawa tangannya ke bahagian dada Jessy.
“Hey you!” Jade melambai ke arah dua orang jururawat yang sedang
berjalan masuk ke hospital. “Can either
of you get me a stretcher?” Jade teriak meminta pertolongan. Salah seorang
daripada jururawat itu berlari untuk mendapatkan pengusung. Manakala seorang
lagi jururawat berlari membantu Jade yang sedang memeriksa Jessy yang rebah di
atas lantai.
“Can you hold her and make sure you hug her, so that she won’t look here.”
Jade mengisyaratkan jururawat yang sedang berdiri di belakangnya. Jururawat
yang memakai tag nama bertulis Mary itu mengangguk laju sebelum menarik Jacklyn
kedalam pelukannya.
Jade menarik pen di
kocek kot putihnya. Muncung pen itu dibuka dan dakwat ditarik keluar. Dengan
pantas dia mematahkan pen itu menjadi dua. Jade menarik nafas sebelum memanjat
naik ke atas Jessy. Dia menarik baju Jessy sehingga menampakkan pangkal
dadanya.
“Bismillahirahmanirahim,”
lafaz Jade perlahan sebelum mencucuk kedua bahagian pen yang dipatahkan tadi ke
kanan dan kiri toraks paru-paru
Jessy. Pelahan kedengaran bunyi angin yang keluar dari hujung pen yang terbenam
di dada Jessy.
“Doctor!! Here is the stretcher.” Seorang jururawat dan dua orang
petugas hospital berlari ke arah Jade yang sedang memberi pertolongan cemas
kepada Jessy.
“Good, lets bring her in” Jade menarik nafas lega.
“Will my mom be alright?” Kedengaran suara Jacklyn di belakangnya.
Jade berpaling dan mengangguk kepala.
“She will be fine. Don’t worry.” Jade memeluk Jacklyn yang sedang
memeluk lehernya dengan erat.
“Thank you Doctor Jade.” Jacklyn mengucapkan terima kasih sambil
tersedu-sedu. Jade mengusap kepala Jacklyn perlahan sebelum dia berlari di
belakang petugas dan jururawat yang sedang membawa Jessy ke dalam.
Saturday, March 5, 2016
Graviti
AJIN mengangkat tangan, “aku tak nak masuk campur” dia ketawa sambil
memandang Burn yang sedang menggaru kepala. “Baik kau minta tolong Jade” dia
berkata sambil ketawa.
“Jade…”
Burn memanggil Jade yang sedang duduk di sofa di sebelah katil hospital.
Jade
menggeleng kepala, “dah lah Cara,
kasihan dengan Burn” Jade yang sedang duduk di sofa berkata pada R’an yang
sedang memegang gunting.
“Sayang,
jangan nak back up Burn.” R’an berpaling pada Jade. “Yang tengok dia dah macam
tarzan” R’an duduk di sebelah Burn.
“Seminggu
lagi Yang, lepas itu Burn akan sendiri akan pergi gunting rambut” Burn menggengam
tangan R’an.
“No!! No!! No!! dah sampai demam pun tak
nak gunting rambut” R’an berkata sambil menggeleng kepala. Jade yang sedang
duduk di sofa menggeleng kepala, perlahan satu senyuman musang
siguntang terukir di bibirnya. Dia berdiri dan merenggangkan tubuhnya sebelum melangkah
ke arah isterinya.
“Muah!!”
sebuah ciuman hinggap di pipi R’an, gunting di tangannya terlepas dan terjatuh
ke lantai. R’an memegang pipinya, “boleh naaa, cara.. minggu depan Burn sendiri
akan pergi gunting, pleaseeeeeeee” dia berkata perlahan. R’an mengangguk kepala.
“Errkkk!!
tak aci” tiba-tiba R’an menjerit geram. Jade ketawa perlahan, dia menjungkit
kening sambil tersenyum, Burn dan Ajin bersorak sambil ber hi-five.
“Sangat
tak adil!!” R’an menjuih bibir.
“Adil
lah, cara” Jade membalas sambil
mencuit hidung mancung R’an.
“Terima
kasih, Jade” Burn berkata sambil memeluk bahu Jade. R’an menggeleng kepala.
“Cara, dah pack barang Burn?” Jade
bertanya kepada R’an.
“Dah.”
R’an menjawab sambil melipat selimut milik hospital.
“Yang,
bila exam?” Burn yang bertanya sambil turun dari katil hospital. Tak sabar
rasanya dia hendak balik ke rumah.
“Final lagi dua minggu” R’an menjawab
sambil melangkah ke arah Jade.
“Kau
pula bila?” Jade bertanya pada Burn.
“Sama
juga, lagi dua minggu” Burn berkata sambil matanya meneliti mesej-mesej di
telefon.
“Jade..”
Burn memanggil Jade.
“Ya”
Jade yang sedang duduk di sebelah R’an menyahut.
“Boleh
tak kalau Yang duduk sini sehari dua lagi” Burn bertanya.
Jade
mengangguk kepala, “boleh” dia menjawab tanpa berpaling.
“Terima
kasih” Burn yang sedang berdiri di belakang ucap perlahan.
Jade
memusingkan kepalanya, “terima kasih? Untuk apa?” dia mengerutkan dahi.
“Sebab
kau biarkan Yang tinggal sini lagi sehari dua” Burn membalas.
“Cara, tak nak tumbuk dia?” Jade
menghalakan wajahnya pada R’an yang sedang berada dalam pelukkannya.
“Nak”
R’an membalas sambil berdiri.
“Please be my guest” Jade menghadiahkan
sebuah senyuman.
R’an
melangkah ke arah Burn, perlahan dia mengangkat tangan. Burn memejam erat
matanya, tiba-tiba dia terasa satu usapan lembut di pipinya. “You are family Asadu’llah. Family!!”
R’an berkata perlahan tapi nada yang tegas.
“Yang
akan tinggal sini untuk jaga kau, bila-bila kau perlukan dia, korang perlukan
dia, dia akan ada. Sebab kita semua satu keluarga” Jade berkata sambil melangkah ke arah R'an dan memeluk
pinggang R’an.
“Ya,
kita semua sekeluarga dan family tell each
other everything through thick and thin” Chip yang berdiri di pintu
menyampuk. Ajin yang sedang baring di atas katil mengangguk kepala.
**
Lama
R’an memandang wajah Jade, perlahan dia mengusap pipi Jade dengan penuh kasih
sayang, “Yang akan rindu sayang” dia berkata perlahan.
“Sayang
pun akan rindu, cara” Jade membalas sambil menghela nafas. “Call selalu, skype setiap malam tau”
Jade berkata sambil meletakkan helaian rambut R’an yang terjuntai di pipi ke
belakang telinganya.
“Setiap
malam Yang, skype okey” R’an mengusap perlahan baju Jade.
“I will miss you, cara. I even already start
to miss you now” Jade menarik R’an ke pelukkannya.
“Jaga
diri sayang, makan on time tahu. I am missing you already too” R’an
berkata sambil memandang ke kiri dan kanan. “Sayang” dia memanggil Jade . Jade
memandangkan R’an, dengan pantas R’an menjungkit dan terus daratkan bibirnya di
bibir Jade.
Jade
memeluk erat pinggang R’an. I love you,
cara” dia bisik perlahan sambil memandang lama wajah R’an.
“I love you too” R’an berkata sambil
menolak Jade. “Nanti lambat sampai” R’an berkata sambil melepaskan tangan Jade
perlahan-lahan.
“Arrghh!!”
Jade megeluh sambil melangkah ke lift.
“Okey
tak?” Burn melangkah ke arah R’an, tangan kanannya mengelap rambut yang masih
basah.
“Okey.
Kenapa?” R’an menjungkit kening.
“Mana
tau, kot-kot tak biasa dah tanpa Jade” Burn menyakat. R’an menendang kaki Burn.
“Ayat
macam minta penumbuk, Yang dah biasa, lagi pun dia selalu oncall laa.” R’an berkata sambil melangkah ke sofa.
*****************
MOON berjalan dengan perasaan sebal di hati, cuti yang diharapkan punah
semua gara-gara Shaf. “Arrghhh!!” dia menghentak kaki di tengah-tengah Buchanan Street. “Nak shopping pun boleh
window shopping jer. Duit Shaf bagi pun dah habis, baru jer nak swap card dia!!” dia bebel seorang diri.
Ntah mana Shaf menghilangkan diri sejak tadi, “hari itu hilang lebih kurang
tiga puluh enam jam hari ini ntah berapa jam pula” dia membebel lagi.
Shaf
duduk di salah satu kerusi stesen Glasgow Queen Street, “tak
akan boleh hilang” dia membebel seorang diri sambil meneguk air mineral yang
dibeli sebentar tadi. Baru sekejap tadi matanya menangkap kelibatan seorang
gadis yang seakan-akan seperti gadis dalam gambar yang terselit di buku The History of Architecture miliknya.
Tadi semasa tengah
meneman Moon membeli-belah di Buchanan
Street matanya menangkap kelibatan seorang gadis yang sedang berjalan di
hadapan kedai Laura Ashely. Pada
mulanya dia hanya memandang gadis itu sekali seimbas namun lesung pipit yang
terukir di pipi gadis itu membuatkan dia tergamam seketika.
Senyuman itu di hadiahkan
kepada dua orang kanak-kanak yang sedang berdiri di hadapan kedai Laura Ashely
di mana Moon sedang membeli baju membuatkan badannya terkaku dan dadanya
bergetar perlahan.
Lama dia cuba mengingat
kembali di mana dia pernah melihat gadis itu, “Haaa!! gambar dalam bukuThe Historical Architecture” dia berkata
sambil memetik jari. Tanpa dia sedar kakinya terus mengekori gadis yang memakai
pashima biru kehitaman itu.
Dari jauh dia melihat
gadis itu sedang melangkah masuk ke stesen Glasgow
Queen Street ,“arrghhh!!” dia mengeluh geram, kelibatan gadis itu hilang
bersama keretapi berwarna jingga yang baru berlalu di hadapannya.
“Siapa budak itu?” dia
berbisik sendiri, lesung pipit serta mata gadis itu bagai menari di tubir
matanya.
****************
JADE melangkah masuk ke kafeteria, perlahan dia mengurut bahu dan leher.
“Lenguhnya” dia bisik dalam hati. Elok dia duduk di kerusi telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum” dia memberi salam.
“Waalaikumsalam”
R’an membalas.
“Cara!! I miss you” Jade berkata sambil
menyandarkan badan ke kerusi.
“Rindu
juga” R’an membalas.
“Burn
sihat?” Jade merisik khabar Burn.
“Alahamdulillah,
dia sihat. Hari ini dia dah pergi kelas” R’an menjawab.
“Bila,
cara nak balik sini?” Jade bertanya sambil memandang papan buletin yang
melekatkan pelbagai informasi mengenai dunia perubatan.
“Esok,
lusa” R’an menjawab. Jade mengeluh.
“Kenapa?”
R’an bertanya setelah mendengar keluhan dari Jade.
“Rindu
sangat. Dah empat hari, cara kat
sana. Lagipun hari ini last sayang oncall”
Jade berkata sambil membetulkan kedudukkannya.
“Laaa..
rindu sangat ker?” R’an bertanya sambil ketawa perlahan.
“Sangat-sangat”
Jade mengetap bibir.
“Kalau
rindu pejam mata fikir pasal Yang, mesti Yang muncul” R’an berkata sambil
tersenyum.
“Okey!!”
Jade memejamkan matanya, setelah beberapa saat dia membuka kembali. “Tak ada
pun!!” dia berkata sambil membuat muka sedih.
“Tak
cuba sungguh-sungguh itu” R’an mengusik Jade.
“Okey!!
Kali ini biar sayang cuba sungguh-sungguh” Jade membalas dalam tawa kecil sambil memejamkan
matanya. Setelah beberapa saat perlahan dia membuka kelopak matanya, “Cara!!” dia menjerit kecil apabila
isterinya berdiri di hadapannya, tersenyum sehingga menampakkan lesung
pipitnya.
R’an
ketawa sambil mendepangkan tangannya. “I
miss you” R’an berkata sambil tersenyum. Jade terus berdiri dan menarik
isterinya ke dalam pelukkan.
“Sayang
pun rindu juga” dia berkata.
“Dr.Jade, you look happy” seorang
jururawat yang sedang melangkah keluar dari kafeteria menegur Jade.
“My wife is here” Jade berkata sambil
mendukung R’an.
“Isshhh..
malu lah sayang” R’an menggeleng kepala melihat gelagat Jade.
“I miss you so much Raihan Nasuha” Jade
mencubit geram pipi R’an.
“Miss you too Muhammad Zaid Ashraf” R’an
membalas sambil mengelus lembut rambut suaminya.
****************
SHAF memandang luar keretapi Virgin Trains yang sedang menuju ke kota
London, ntah kenapa dia masih tidak dapat melupakan wajah gadis yang bermata
bundar dan berlesung pipit itu.
“B….” Moon memanggil Shaf yang sedang memandang luar tingkap.
“Emm” Shaf pusing
memandang Moon yang sedang duduk bertentangan dengannya.
“Apa yang you tengok dari tadi?” Moon bertanya
sambil membelek kukunya yang dicat dengan pengilat kuku berwarna merah darah.
“Tak ada apa,
menghayati pandangan” Shaf menjawab sambil menghadiahkan segaris senyuman
hambar kepada Moon.
“Emm.. I tak faham lah dengan you lah, I ikut you sampai ke Glasgow tapi tup tap you hilang. You
tinggalkan I seorang diri lebih
kurang dua hari. Lepas tu you asyik busy dengan pameran you tu” Moon mula mengomel.
“I tinggal you sehari
setengah jer Moon, lagi pun you boleh
melawat banyak tempat. You tak perlu
berkepit dengan I dua puluh empat
jam, Munirah” Shaf memgalihkan pandangan ke luar tingkap kembali.
“Isshh you ini.. I dah berapa kali cakap panggil I,
Moon… jangan panggil I, Munirah” Moon
menjeling geram. “Ya lah I, faham you tak perlukan I, ada dengan you dua
puluh empat jam. Tapi at least cuba
lah spend time dengan I bila kita pergi holiday” Moon berkata geram.
“Holiday?” Shaf menggeleng kepala. “ Moon.. Moon.. I, datang untuk architecture
exhibition. Kalau bukan you merengek nak ikut I, tak adanya I nak bawa you ke sini.” Shaf membalas dingin.
“Okey fine!! I yang nak datang. Yang I nak tau mana you
menghilang malam tu? Tak akan architecture exhibition you sampai ke tengah malam?” Moon menyoal dalam nada sinis.
“I have my own stuff to do
Munirah” Shaf membalas tanpa mengalihkan pandangannya.
“Own stuff sampai tinggal I sorang-sorang kat Laura Ashely semalam?
Macam itu?” Moon memandang wajah Shaf lama.
“Ya, gadis itu..siapa
dia?” dia bisik dalam hati, wajah R’an mula bermain di tubir matanya kembali.
Shaf tidak sabar untuk kembali ke Zurich, dia perlu pastikan adakah gadis yang
dia nampak semalam adalah orang yang sama dengan pemilik gambar dalam bukunya.
*******************
p/s : Mungkin lepas ini post pasal Graviti tak akan konsisten. Sebab saya dah habis tulis Graviti dan sekarang dalam proses editting. Insya Allah tak ada aral, I will share good news.
Tapi buat masa ini, saya akan post tapi sikit-sikit tanpa mengikut turutan bab.
I am sorry and thank you.
Tapi buat masa ini, saya akan post tapi sikit-sikit tanpa mengikut turutan bab.
I am sorry and thank you.
Thursday, January 7, 2016
Graviti
“Cara, lapar lah” Jade melangkah keluar dari bilik, dia telah siap
mandi dan menyalin pakaiannya.
“Ada penkek. Nak makan tak?” R’an memandang Jade yang
sedang melangkah ke arah sofa.
“Nak” Jade mengangguk kepala sebelum duduk memeluk leher
R’an. “With a a lot of jem and little bit
of honey” dia berkata dalam nada malas. R’an menarik tangan Jade ke meja
makan.
“Duduk” dia menolak lembut bahu Jade ke kerusi. Kopi
panas suam dalam termos di tuang ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Jade.
“Minum dulu sementara Yang buat penkek” dia berkata sambil menghadiahkan
senyuman pada suaminya.
“Macam mana kerja?” R’an bertanya sambil menyenduk adunan
penkek ke periuk leper yang telah siap di letak mentega.
“I become someone’s
superman” Jade menjawab sambil menyandarkan tubuh ke kerusi. R’an berpaling
dan menyandar di kabinet.
“Superman?” dia
bertanya sementara menunggu penkek masak.
Jade mengangguk kepala, “Sayang selamatkan mak seorang
budak perempuan yang umur dia lebih kurang lima tahun” Jade menunjukkan isyarat
lima jari.
“Okey, habis itu macam mana datangnya superman?” kening R’an bertaut.
“I have to do
emergency procedure depan pagar hospital, so I have to use a pen to
pierce into her lung thorax to let the air escape.” Jade menjelaskan.
“Pneumothorax??” R’an bertanya sambil mengerutkan dahi.
Jade mengangguk kepala. “Bingo!” dia menongkat dagu.
“Sekarang macam mana dengan mak budak tu?” R’an pusing
untuk menterbalikkan penkek di atas periuk leper.
“Mak dah stabil. Sebab tu Jackly tu panggil sayang her
superman” Jade menjawab.
“Jackly, budak kecil itu?” R’an meletakkan penkek ke atas
pinggan sebelum menyudu jem dan madu ke atas penkek. Jade mengangguk mengiyakan
kata-kata R’an.
“You are Jacklyn’s superman”
R’an meletakkan pinggan berisi penkek, jem dan sedikit madu di atas meja. “Nah
sudu” dia menghulurkan sudu kepada Jade.
“Sini makan sama” Jade menarik R’an me ribanya, dia
menyuap penkek ke mulut isterinya. “Am I your superman, cara?” dia menjungkit kening.
“I love batman, so
you are my batman” R’an ketawa kecil sambil memeluk leher Jade.
“I love you, cara
mia” Jade membalas sambil menyuap penkek ke mulutnya, tangannya kemas
memeluk erat R’an yang sedang duduk di ribanya.
Friday, December 11, 2015
Graviti 21
Tok
Timah ketawa perlahan. “Patut cucu Tok boleh suka dengan kamu. Ingat tau....jaga cucu
Tok elok-elok. Dia suka dengan kamu dari zaman dia kecil lagi. Asal Tok usik
nak kahwinkan dia dengan siapa-siapa, laju dia jawab nak kahwin dengan Jade”
Tok Timah membuka rahsia hati R’an pada Jade.
“Kira
cucu Tok suka dengan Jade dari kecil lah ini?” Jade mengenyit mata. Tok Timah
mengangguk kepala.
“Dari
zaman budak-budak lagi Jade ooii” wanita tua itu mengusap perlahan kepala Jade.
Seronok hati Tok Timah bila dia tengok cahaya dalam mata Jade dan R’an,
teringat dia pada arwah suaminya.
“Itu
lah Tok, dulu Jade pun suka dengan R’an dari kecil-kecil lagi.” Dia berhenti
dan memandang ke dapur takut R’an datang, laju tangannya menarik dompet dari
seluar bermudanya. “Tengok ini Tok” dia membuka dompetnya, gambar dia mencium
R’an suatu ketika dahulu.
“Cinta
Jade dengan R’an macam graviti Tok.” Jade berkata sambil tersenyum.
Tok
Timah memandang wajah Jade lama. “Graviti?” dia bertanya pelik.
Jade
mengangguk kepala. “Ibarat Epal yang tertarik dan jatuh ke bumi, Jade tertarik
dan jatuh ke dasar hati R’an” dia berjeda panjang.
Tok
Timah menepuk perlahan paha Jade. “Macam-macam lah kamu Jade ooii, macam
pujangga pula Tok dengar” dia berkata sambil ketawa.
:)
:)
Thursday, December 3, 2015
Graviti 20
ADID mengecilkan
matanya, berkali-kali dia menggeleng kepala. “Tak akan nak bawa semua sekali?”
dia bertanya sekali lagi. Jade dan R’an yang sedang duduk di sofa rangkai dua
di pandang lama.
Jade
dan R’an menganguk kepala, Ajin, Chip dan Burn menayang gigi. “Korang berdua
nak pergi berbulan madu, yang nak usung budak bertiga ini untuk apa?” Akid
mengeluh.
“Alang,
ini dengki apa?” Ajin menjeling.
“Tolong
lah Ajin, kami semua kerja okey. Tak ada maknanya nak dengki-dengki ini!!.”
Akid merenggus geram.
“Kami
tau Angah dan Alang dengki sebab tak boleh ikutkan.” Chip yang sedang duduk di
atas permaidani menjungkit kening.
“Ada
juga yang kena backhand sekejap lagi”
Adid berkata sambil menjeling geram. Burn yang sedang duduk di sebelah Ajin
menekup mulut.
“Apa
yang seronok diketawakan tu Burn? Puan Aneesa yang sedang melangkah ke arah
sofa bertanya Burn.
“Sini
mama” Burn memanggil Puan Aneesa sambil menepuk sofa kosong mengisyaratkan Puan
Aneesa untuk duduk berdekatan dengannya.
“Macam
ini mama…” Burn cerita perlahan apa yang sedang berlaku. Puan Aneesa tutur
ketawa mendengar cerita Burn.
“Angah
dengan Alang tau tak Along pun ikut sekali?” Puan Aneesa bertanya anak-anaknya.
Adid
meraung kecil, Akid mengeluh kuat. “Kenapa si Jijo nak kena ikut mereka juga”
Akid menunding jari pada Jade dan R’an.
“Along
pun ikut??” kedengaran suara Atiya yang sedang melangkah keluar dari dapur
bertanya.
“Along
ikut?” R’an bertanya teruja. Jade ketawa melihat wajah tidak puas hati Akid.
“Alang
pun nak pergi lah macam ini!!” Akid membuat keputusan. “ Jade suruh walid kau
bagi aku MC tiga hari” Akid berkata sambil matanya dialihkan pada Jade yang
sedang memeluk bahu R’an.
“Aiikkk..
kau pun nak pergi?” Adid menyoal Akid.
Akid
mengangguk kepala, “aku boleh sakit jiwa bila terfikir si Jijo, budak bertiga
ini Jade dan R’an dok have fun” Akid
mengangkat bendera putih.
“Habis
aku?” Adid menunding jari pada dirinya.
“Lone ranger” Akid menayang gigi.
“Tak
ada maknanya. Kejap aku nak buat some
calls” Adid berdiri dan melangkah keluar ke halaman rumah.
“Walid,
aku cakap okey” Jade berkata pada Akid, telefon bimbit di tangan di hulurkan
pada R’an.
“Cantik!!
Okey semua pack baju, kita balik
kampung” Akid bersorak gembira.
“Ala..
kalau macam ini Ayong pun nak ikut sekali” Atiya yang sedang duduk di atas riba
Akid menyampuk.
“Ayong
kena tanya dengan Abang Is lah kalau macam tu” Ajin memberi cadangan.
“Okey..
kejap Ayong, tanyakan” Atiya berlari anak ke arah dapur untuk meminta izin
suaminya yang sedang menjamu di meja makan.
“Ayong
tanya dengan Achik sekali” Akid menyuruh Atiya menelefon Adin Najla kembar
bongsu mereka.
“Okey”
Atiya mengangkat tangan.
“Ya
Rabbi..Kamu berdua ini, orang pergi berbulan madu berdua kamu nak bawa satu batalion
macam rombongan Cik Kiah” Puan Aneesa menggeleng kepala.
“Kami
nak sesuatu yang beza mama. ” Jade membalas sambil ketawa.
“Aha..macam pergi tengok wayang dengan baju
pengantin kan!!” Puan Aneesa mencubit pipi Jade. Jade menyeringai kesakitan.
R’an di sebelah ketawa melihat Jade dicubit oleh Puan Aneesa.
************************
ATIYA NAWAL menggeleng kepala, “Apa ini?” dia mencekak pinggang melihat suami serta
adik-adiknya yang masih tengah rancak berbual. “Along!! Buat lah sesuatu” dia
menarik tangan Azizul.
“Aiikk..
Along pula yang kena. You are the big
sister Ayong” balas Azizul yang sedang berdiri di sisi Atiya.
“Macam
lah dia orang nak dengar apa yang Ayong cakap” Atiya menarik muka masam. Azizul
di sebelah ketawa kecil sebelum memeluk bahu Atiya.
“Achik
pun tak sampai lagi lah Along” Atiya mencemik geram.
“Dia
dalam perjalanan, Along dah call
tadi” Azizul menghulurkan telefon pada Atiya.
“Waaa…
seronok lah dia kena peluk dengan Along dia” Iskandar yang sedang melangkah
dengan kotak berisi air mineral menegur Atiya dan Azizul. Azizul ketawa kecil.
“Dengki
ea? Bukan selalu orang peluk sayang ker?” Atiya membalas. Iskandar ketawa kecil
sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Atiya. Kakinya dilangkahkan ke arah
kereta untuk meletakkan kotak yang berisi air mineral itu.
“Along”
Atiya memanggil Azizul yang sedang melihat gelagat adik-adiknya.
“Bila
Along nak kahwin?” Atiya bertanya.
Azizul
mengukir segaris senyuman hambar dibibirnya. “Nanti-nanti lah Ayong” Azizul
menjawab perlahan.
“Ta…”
kata-kata Atiya terhenti apabila Iskandar tiba-tiba menegurnya dari belakang.
“Haa..
sayang” Islandar berdiri di sebelah. Azizul melepaskan pelukkan di bahu Atiya.
“Itu
Achik” Iskandar menjuih bibir pada Adin yang sedang berdiri bersama Adid dan
Akid.
“Haa..
Achik dah sampai??” Atiya mengalihkan pandangnya pada Adin. “Haa. Orang nak
pergi sana kejap” Atiya meminta diri.
“Terima
kasih Is” Azizul yang sedang berdiri di sebelah Iskandar ucap perlahan.
“Tak
ada apa-apa lah. Ambil masa kau untuk pulih” Iskandar menepuk bahu Azizul.
Azizul menarik senyuman hambar.
“Okey..
semua dah ready?” Atiya tepuk tangan untuk menarik perhatian semua.
“Ayong,
Achik, Is, Chip dan Along naik kereta Is” Azizul membaca senarai nama.
“Ajin,
Burn, Adid dan Akid naik kereta Angah” Azizul berkata sambil matanya memandang
wajah Ajin, Burn, Akid dan Adid.
“Jade
dan R’an naik kereta Along” Azizul mengenyit mata. Jade mengangguk kepala.
“Jade,
masa drive fokus pada jalan tau,
jangan buat bukan-bukan” Akid mencelah.
“Apa
ini Angah??” R’an memukul lengan Akid. Semua yang berada di sana ketawa melihat
wajah R’an yang bertukar rona.
*****************
JADE menarik
tangan R’an ke genggamannya. “Rasa lain bila
drive dengan bini kat sebelah. Rasa nak pegang tangan memanjang” Jade
menyenggih. R’an mengetap bibir.
“Malu
ker Yang?” Jade mengusik si isteri yang sedang mengetap bibir.
“Nak
air?”
Jade
menggeleng kepala, “tak nak” dia menjawab sambil tangannya mengenggam kemas
tangan R’an.
“Haa..
makan kacang” R’an berkata sambil cuba tarik tangannya yang masih digenggam
Jade.
Jade
menggeleng kepala, “Jade tak nak apa-apa. Jade nak pegang tangan Yang jer. Boleh?”
Jade bertanya sambil matanya dikerling pada R’an sekali imbas.
R’an
menarik nafas, “Okey jom buat macam ini, pertukaraan barter” dia berkata sambil
memandang wajah Jade.
Jade
menjungkit kening. “Pertukaran barter?” Jade bertanya harian.
“Yang
akan sandar atas Jade sambil baca buku. You
can still feel me while driving or you can just hold my hand and drive sebelah tangan. Malang tak berbau
sayang” R’an berkata sambil menghadiahkan Jade sebuah senyuman sinis.
Jade
ketawa kecil, “Good idea lady” dia
mumuji isterinya. R’an mengiringkan tubuhnya dan badannya disandarkan pada
lengan Jade manakala kakinya bersila, tangannya mencapai novel.
“Wangi”
Jade mengomel sendiri.
“Orang
rumah Muhammad Zaid Ashraf memang sentiasa wangi” R’an membalas sambil matanya
fokus pada novel di tangan.
“Aiikkk!!
cepat jer telinga dia dengar bab-bab memuji ini” Jade ketawa. Kalau dulu memandu
adalah sesuatu yang membosankan namun sejak ada isteri memandu adalah sesuatu
yang sangat menyeronokkan.
Jade
menggeleng kepala apabila melihat R’an yang terlena di sisinya, dia
memperlahankan kereta lalu kereta yang dipandu di berhentikan di bahu jalan.
Dia membetulkan R’an yang sedang terlena. Kepala isterinya di tarik dan
diletakkan di atas paha, tali pinggang di tarik dan di kelipkan sebelum dia
tunduk dan cium dahi R’an.
“Okey
sayang jom kita pergi honeymoon” dia
bercakap pada R’an yang sedang lena, pedel minyak di tekan dan kereta dipandu.
**
“Yang”
Jade mengusap lembut pipi R’an. “Kita dah sampai” dia mengejutkan isterinya.
R’an
membuka mata, kelihatan kereta Iskandar dan kereta Adid terpakir di depan.
“Kita dah sampai?” dia menyoal Jade sambil tangannya terpisat-pisat menggosok
mata.
“Dah,
Jade dah letakkan barang dan semua dah masuk. Baru Jade ingat nak dukung Yang
masuk dalam kalau tak bangun dari tadi” Jade mengusik R’an.
“Eeyyy
ngada” R’an menumbuk perlahan perut Jade.
“Biar
lah nak mengada dengan orang rumah sendiri” Jade ketawa sambil menarik R’an
keluar dari kereta.
“Tok!!”
R’an menjerit kecil apabila matanya menangkap kelibat Tok Timah. Terus dia
berlari ke arah Nenek Timah.
“Issshhhkkk!!
Apa ini lari-lari, kamu tu dah jadi isteri orang Yang ooi” Tok Timah membalas
pelukkan cucunya itu.
“Tak
apa Tok, Jade dia tak kisah pun” R’an menjawab sambil matanya dihala kepada
Jade yang sedang melangkah ke tangga.
“Jade
lagi suka dia berlari-lari Tok, senang nak main kejar-kejar” Adid yang sedang
berdiri di muka pintu bersuara.
“Angah
ini kan !! Eeeyy!!” R’an menjelir lidah. Jade yang berada di belakang R’an
hanya mampu ketawa.
“Jom
masuk dalam” Tok Timah menjemput Jade masuk ke rumah, R’an yang masih sedang
memeluk tubuh tua itu melangkah seiring, Jade di belakang mengenggam tangan
kanan R’an.
********************
“TOK” R’an
memanggil Tok Timah, badan Tok Timah di rangkul kemas. Tok Timah yang sedang
mengkukur kelapa menarik senyuman melihat cucunya.
“Tok,
nanti nak pinjam basikal Pak Su Amin boleh?” R’an meminta izin Tok Timah.
Tok
Timah mengerut dahi, wajah cucunya di pandang pelik. “Nak pinjam basikal?” Tok
Timah bertanya pelik.
R’an
mengangguk kepala. “Nak ke mana?” Tok Timah yang sedang mengkukur kelapa
bertanya cucunya.
“Nak
pusing kampung dengan Jade” R’an menjawab perlahan.
“Nak
pusing kampung dengan basikal Pak Su Amin?” Tok Timah bertanya dalam nada yang
kurang percaya. R’an mengangguk kepala.
“Ambil
lah” Tok Timah memberi kebenaran. R’an terus berlari memanjat tangga dapur ke
ruang tamu, perlahan dia menggeleng kepala apabila milihat Azizul, Adid, Akid, Chip,
Ajin, Burn, Abang Iskandar dan Jade yang sedang tidur lambak di hadapan tv.
Perlahan
R’an berjalan di atas lantai, apabila dia sampai ke pada Jade yang sedang
baring berantaraan Azizul dan Chip perlahan dia mengejutkan Jade.
“Ken..”
R’an terus menekup mulut Jade dengan telapak tangannya. Dia meletakkan jari
telunjuk ke bibirnya menghantar isyarat diam kepada suaminya.
“Jom”
dia memanggil Jade. Jade mengangguk
kepala, perlahan jejaka itu berdiri terjaga dari tidur.
“Nak
ke mana Yang?” Jade yang masih mamai melangkah di sisi R’an bertanya perlahan.
“Ikut
jer” R’an menarik Jade ke tangga.
Ajin
yang sedang tidur berantaraan Azizul dan Adid terjaga, dia yang baru hendak
bangun terpaksa membatalkan niatnya kerana tangan Adid menekan badannya
manakala kaki Azizul mengunci kakinya. “Syuuhhh tidur jangan kacau daun” Azizul
yang sedang baring disebelahnya berbisik. Ajin mengangguk kepala.
“Biar
Yang dengan Jade dating” Adid yang
sedang tidur di sebelah kanan pula berbisik. Ajin mengangguk kepala, niat untuk
ke tandas terpaksa di tahan.
“Mandi
cepat” R’an menolak Jade ke tandas, tuala di hulurkan. “Yang dah sediakan air
panas” dia berkata sambil kakinya melangkah ke atas untuk mengambil pakaian
salinan untuk Jade.
“Yang”
Jade yang kemas memakai kain pelikat melangkah ke arah R’an yang sedang duduk
bersama Tok Timah di meja makan. Tuala basah dihulurkan pada isterinya.
“Minum
dulu, kita keluar kejap” R’an meletakkan cawan yang berisi kopi panas-panas
suam di hadapan Jade.
“Dia
nak ke mana tu Tok?” Jade bertanya Tok Timah.
“Dia
nak dating dengan kamu” Tok Timah
menjawab selamba, Jade terus terbatuk selamat dia tak tersedak.
“Jom”
R’an menarik tangan Jade yang sedang memakai baju tee dan kain pelikat.
“Pergi
mana sayang?” Jade menyoal R’an yang kelihatan comel dalam persalinan baju
kurung kedah dan kain batik.
“Pusing
kampung sambil naik basikal” R’an menayangkan senyuman manis bersertakan lesung
pipit.
“Dengan
pakai macam ini?” Jade bertanya sambil ketawa kecil.
“Ya
kita pergi pakai macam ini, sebab hari kita nikah ada orang bawa kita pergi movie dengan baju pengantin so ini kira revenge untuk hari tu” dia membalas
sambil ketawa.
“Waaa
sweet sungguh revenge Puan Raihan
Nasuha ini” Jade menarik tangan R’an agar rapat dengannya.
“Duduk
depan boleh?” R’an membuat muka comel.
“Mesti
lah duduk depan sayang, baru ada gaya dating
cara old school” Jade mengenyit
mata pada R’an.
“Sebelum
tu kejap” R’an melangkah ke bawah rumah Tok Timah, sebuah baldi kecil di tarik
sebelum dia melangkah ke arah basikal.
“Baldi
untuk apa pula?” Jade memandang R’an.
“Yang,
nak bawa sayang pergi menjala ikan kat sungai” R’an menjawab sambil menarik
senyuman lebar di bibir.
“Waaahhh..
dating cara orang-orang lama ini. You are so fun my wife” Jade berkata
sambil mula mengayuh basikal.
R’an
ketawa gembira, “Yang, selalu bayangkan bila dah kahwin untuk have this kind of honeymoon” dia
bersuara ceria.
“Sayang
suka, cool habis honeymoon kita Yang” dia membalas. Deruan angin pagi menyapa wajah
mereka suami isteri.
Pak
Su Amin yang sedang menunggang motosikal membunyikan hon apabila matanya
menangkap kelibatan Jade dan R’an. “Nak pergi mana dengan pakai kain pelikat,
kain batik dan baldi ini Yang?” dia bertanya anak saudaranya.
“Nak
ke sungai Pak Su” R’an tersenggih comel.
“Anak
buah Pak Su nak berdating sambil
menjala ikan” Jade mengusik R’an.
“Hahaha”
Pak Su Amin ketawa sambil menggeleng kepala. “Dia nak rasa dating cara old school
Jade ooii” Pak Su mengusik.
“Apa
ni Pak Su?” R’an mencemik. Jade ketawa sambil mengusap kepala R’an.
“Elok-elok,
bawa balik ikan nanti” Pak Su ketawa sebelum bergerak balik ke rumah Tok Timah.
“Ngada
sungguh Pak Su.. Bleewwkkss!!” jerit R’an sambil menjelir lidah pada Pak Su
Amin yang bergerak dari sana.
“Yang,
comel betul bila buat macam ini” Jade ketawa sambil mengayuh basikal ke sungai
yang terletak di hujung kampung.
“Perlahan-lahan,
sini batu-batu dia tak sekata” R’an yang sedang jalan di hadapan Jade memberi
amaran.
“Yang,
biar lah Jade jalan depan. Bahaya tu” Jade yang sedang memegang tangan R’an
bersuara dalam nada cemas.
“Ala..
Yang dah biasa kat sini” R’an senyum comel. “Haa.. kita dah sampai” R’an
tiba-tiba berhenti di tengah-tengah sungai, Jade mengangguk kepala sambil
meletakkan baldi dan selipar yang dipegang sejak tadi di tebing sungai.
“Jom
menjala” R’an bersorak bahagia. Jade ketawa kecil melihat gelagat isterinya.
R’an menghulurkan jala kecil yang di ambil dari rumah Tok Timah kepada Jade.
“Sana..
sana..” R’an menunding jari ke arah sekawan ikan yang sedang berenang. Jade
terus menebar jala kecil yang dihulurkan oleh R’an sebentar tadi.
“Yang..
dapat ikan lah” Jade bersuara dalam nada yang kagum sambil menunjukkan ikan
yang terperangkap dalam jala. R’an ketawa melihat wajah Jade yang kelihatan
teruja, perlahan gadis itu mengambil baldi dari tebing sebelum menyimbah Jade
dengan air sungai yang sejuk.
Jade
terkaku apabila badannya tiba-tiba basah, R’an yang sedang berdiri tidak jauh
darinya ketawa sungguh-gungguh. “Yanggg!!” dia mengejar R’an, jala ikan yang berisi
ikan itu di letakkan di tebing.
“Siap..Yang”
dia berkata sebelum menarik tangan R’an ke belakang, kedua-dua mereka jatuh ke
dalam air sungai yang sejuk.
“Sejuk!!”
R”an menjerit kecil. Jade ketawa sambil menarik R’an ke sisinya. “Seronoklah
sayang” dia berkata sambil memandang wajah R’an.
“Ya
Rabbi !! R’an rupanya” kedengara satu suara gurau yang menergur dari belakang.
“Ehhh
Pak Hasan” R’an berpaling. Jade terus berdiri di hadapan isterinya. R’an
berdehem sebelum berdiri di belakang Jade yang sedang melindungi dirinya yang
sudah lencun dibasahi air sungai.
“Suami
R’an?” Pak Hasan bertanya sambil memandang Jade yang berkain pelikat dan
berbaju tee basah, atas ke bawah.
“Ya,
ni suami R’an, Pak Hasan. Jade ini Pak Hasan, kebun belakang sana kebun Pak
Hasan” R’an menunding jari pada kebun yang terletak di belakang Pak Hasan.
“Assalamualaikum
Pak Hasan, saya Muhammad Zaid Ashraf panggil jer Jade” Jade menghulurkan tangan
untuk bersalam. Pak Hasan mengangguk kepala sambil menyambut salam Jade.
“Pak
Hasan ingatkan siapa yang main sungai dekat sini. Pak Hasan tak tahu si R’an
balik kampung, selalu kalau budak-budak ini balik kampung riuh sungai belakang
kebun Pak Hasan ini” Pak Hasan berkata sambil tersenyum.
“Segak
suami R’an ini” Pak Hasan memuji Jade. Pipi Jade menjadi merah.
“Mesti
lah segak Pak Hasan, tengok lah isteri dia” R’an membalas sambil ketawa.
Pak
Hasan ketawa kecil sebelum melangkah kembali ke kebun, Jade menarik R’an ke
hadapan, matanya memandang R’an lama. “I
don’t know if I said this before, ti amo cara mis” dia berkata dalam nada
romantik.
“Italy?”
R’an bertanya sambil mengerdip mata. Jade mengangguk kepala mengiyakan
pertanyan R’an.
“I love you, my darling” Jade mengulangi
kembali ayat yang sama dalam bahasa Inggeris, sambil mengusap lembut pipi R’an
yang mula berubah menjadi merah gara-gara malu.
“Cara mia” Jade menarik nafas kasar sambil
mencubit pipi R’an. Geram sungguh dia melihat pipi isterinya yang kemerahan.
**************
Subscribe to:
Posts (Atom)
