AZIZUL yang sedang duduk di bangku kayu yang menghadap ke
pintu A & E[1]
memandang langit yang mendung dan gelap. Jay yang sedang berdiri di bawah tiang
lampu menilik Azizul yang sedang duduk di bangku panjang itu dalam diam dari
jauh.
“Kacak”
dia memuji Azizul yang bermisai lentik dan berjambang style ‘fench beard’ sambil
melangkah menuju ke arah Azizul.
Gadis itu menarik segaris senyum sendiri. Makin lama dia
memandang Azizul, makin dia merasakan jejaka yang sedang duduk itu mempunyai
tarikan yang menarik.
“Hai”
dia menyapa Azizul yang sedang ralit memandang langit.
Azizul
terkejut melihat Jay yang sedang berdiri di hadapannya. Sejak beberapa hari
yang lalu dia asyik tringatkan Jay. Jauh di sudut hatinya, dia rindu melihat
gadis bermata heterochromia[2]
itu walaupun dia tidak begitu mengenali gadis itu.
“Hai!!”
Jay melambai di hadapan muka Azizul yang sedang terpaku melihatnya.
“Ehemm!!”
Azizul berdehem sambil mengangkat tangan.
“Hai!”
Azizul berkata sambil menggesotkan punggungnya ke sebelah, memberi Jay ruang
untuk duduk.
“Terima
kasih” Jay mengambil tempat duduk di sebelah.
Azizul menarik nafas, entah kenapa dia
merasakan perutnya di isi dengan sekumpulan rama-rama yang sedang terbang
bebas.
“Sihat?”
Jay bertanya sambil memandang wajah Azizul.
Azizul
ketawa perlahan. “Ha ha ha... patut aku yang bertanya soalan itu pada kau”
Azizul berkata sambil menggeleng kepala.
Jay
di sebelah turut ketawa, “haiiiilaaa... doktor,” Jay mengusik Azizul.
“Oh
ya...” Jay menyeluk poket kot bajunya, “ini kau punya...” Jay menghulurkan
segugus kunci.
“Ahhh..
patut pun aku cari tak jumpa, ada dengan kau rupanya,” Azizul berkata sambil
mengambil kunci yang dari tangan Jay.
“Aku
rasa dalam kekalutan malam hari tu, kau termasukkan kunci kau dalam sweater
yang aku pakai,” Jay menjawab.
“Kekalutan
yang kau cipta untuk diri kau sendiri.” Azizul berkata bersama satu jelingan.
Jay ketawa.
“Ala...
aku minta maaf. Mana aku tahu aku akan jadi macam tu?” Jay berkata sambil
ketawa. Azizul menarik nafas geram.
“Aku
minta maaf okey” Jay berkata sambil bersila di atas bangku kayu, dia
menghulurkan sekotak coklat Pepro kepada Azizul.
“Terima
kasih” Azizul berkata sambil menyambut kotak coklat itu.
“Kau
dah hisap rokok, dah cuba minum arak... lepas ini apa pula yang kau nak buat?
Ambil dadah?” Azizul bertanya sambil membuka kotak Pepero di tangan.
Jay
ketawa, “ aku tak perlu ambil dadah... setiap hari aku ambil dadah,” dia
menjawab sambil menarik senyuman hambar.
Azizul
menarik nafas, “maaf” dia berkata sepatah.
Jay
menggeleng kepala, “tak ada apa yang perlu kau minta maaf, itu hakikat.” Gadis
itu memandang wajah Azizul.
Azizul
berpusing dan terpana sebentar, iris mata Jay yang berwarna hijau keemasan itu
membuatkan lidahnya menjadi kelu.
“Mata
kau unik” Azizul memuji jujur.
Muka
Jay berubah menjadi merah mendengar pujian dari bibir Azizul. Memang bukan
pertama kali dia dipuji kerana keunikan matanya namun pujian dari Azizul
membuatkan dia tiba-tiba menjadi malu.
“Terima
kasih” dia mengungkap perlahan.
Azizul
mengalihkan matanya ke pokok yang gondol yang terletak tidak jauh dari bangunan
A & E. Lama mereka berdua mendiamkan diri, satu perasaan kekok mula hadir
di antara mereka berdua. Azizul berdehem memecah kesunyian yang melanda.
“Dah
selalu sangat ker kau buat kerja gila macam hari tu?” dia menyoal tanpa
berpusing.
Jay
menarik senyuman, dia menggeleng kepala. “Tak.” Dia membalas.
Azizul
menarik nafas lega, “Aku nak minta sesuatu dari kau. Boleh?” Azizul bertanya.
“Boleh”
Jay menjawab sambil matanya memandang wajah Azizul.
“Kalau
kau nak buat kerja gila macam hari itu lagi... tolong... tolong telefon aku”
dia berkata sambil memandang wajah Jay.
Jay terkejut,
lama dia memandang wajah Azizul. “Kenapa?” dia menyoal sepatah.
“Kenapa??
Emmm...Entah!! Aku rasa kau perlukan bodyguard” Azizul ketawa sambil menggeleng
kepala.
Jay
terdiam, dia memandang lama wajah Azizul yang sedang ketawa. Tiba-tiba telefon yang
berada dalam kocek seluar Azizul berbunyi, Azizul menarik keluar telefon
bimbitnya.
“Waktu
solat” dia berkata sambil mematikan jam di telefonnya.
“Kau
nak solat?” Jay bertanya. Azizul mengangguk kepala.
Jay
menarik nafas, “kau rasa tuhan wujud tak?” Jay menyoal perlahan.
Azizul
memusingkan kepalanya dengan laju, riak wajahnya kelihatan terkejut dengan
soalan Jay. Lama dia memandang Jay sebelum bertanya dalam nada suara
teragak-agak.
“Kau
percaya pada Allah?” dia menyoal sambil melihat Jay yang melarikan matanya
kepada kakinya.
Jay
menjungkit bahu lambat-lambat, “ aku tak tahu macam mana nak jelaskan, yang aku
tahu aku di lahirkan sebagai Islam, tapi cara aku membesar is complicated” dia menjawab tulus.
Azizul
mengerut dahi, “ apa yang complicated?”
dia bertanya sambil kembali menyandarkan badannya ke bangku kayu.
Jay
menarik senyuman, “panjang sangat” dia menjaab sambil menggeleng kepala.
“Tak
apa... aku ada masa” Azizul menjawab sambil memandang Jay.
“Mak
aku wanita Inggeris, lahir di England dan bapa aku dari lelaki Yamen beragama
Islam,” Jay berkata sambil tersenyum. Azizul mengangguk kepala.
“Aku
boleh cakap Melayu sebab pembantu rumah mak aku orang Malaysia, dia dari
Pulau... Pi.. Penang” Jay mengerut dahi.
“Pulau
Pinang” Azizul membetulkan.
“Haaa..
betul” Jay memetik jari.
Azizul
mengangguk kepala. “sambung” dia berkata pada Jay.
“Bapa
aku cakap dia Islam sebab aku pernah nampak display
Quran di rak rumah aku. Bila aku tanya buku apa yang di rak, dia cakap itu
Quran... buku suci agama dia.” Jay menerangkan.
Azizul
mendengar tanpa mencela.
“Mak
aku, di lahirkan sebagai Kristian tapi sebab dia sukakan bapa aku dia sanggup
beralih agama. Dia kata agama bukan isu untuk dia. Agama hanya untuk ditulis di
atas kertas lagipun dia tak percaya pada tuhan. She is an Atheist,” Jay menyambung sambil menarik senyuman hambar.
“Pembantu rumah aku, Kak Lina rajin solat dan
baca Quran tapi dalam bilik dia sahaja. Mak aku tak bagi aku pergi bilik Kak
Lina... emmm bukan bilik juga lah, tetapi lebih kepada kuaters,” Jay menceritakan
ringkas.
“Habis
kenapa kau tak belajar dari Kak Lina?” Azizul bertanya sambil memandang wajah
Jay.
“Mak
dan bapa aku bercerai masa umur aku dua belas. Pembantu rumah aku berpindah...
dan aku tak tahu dia ke mana, aku pula tinggal dengan mak aku.” Jay menarik
nafas, tangannya memegang perut yang mula rasa tercucuk.
“Mak
aku tak percaya pada tuhan... sebab dia cakap kita tak nampak tuhan, jadi macam
mana tuhan nak nampak kita.” Jay berpura-pura ketawa untuk mengatasi
kesakitannya.
“Bapa aku pula, Islam... tetapi tak pernah didik
aku,” dia menjungkit bahu.
Azizul
mengangguk, dalam hati dia mula rasa kasihan pada gadis di sebelahnya.
“Sekarang
kau tinggal dengan mak kau lagi?” dia bertanya. Jay menggeleng kepala.
“Aku
tinggal sendiri, dengan pembantu rumah aku. Mak aku kaki judi, dia habiskan
semua harta yang ada dan dia bunuh diri.” Jay berkata sambil mengetap bibir.
Hatinya
menjadi sakit bila terfikirkan emaknya yang tinggalkan dirinya berkeseorangan
tanpa apa-apa.
“Errkkk!!”
badan Azizul terus menegak gara-gara terkejut.
Jay
menarik nafas, “dia tak tinggalkan aku dengan apa-apa kecuali rantai nenek
aku... dan kerana rantai nenek aku ini lah, aku berjaya.” Jay menarik nafas.
Azizul
mengangguk kepala, “kira kau Islam tapi kau tak percaya wujudnya tuhan... Macam
itu?” Azizul bertanya.
Jay
mengangguk kepala, “macam aku cakap pada kau tadi, aku membesar dengan mak
aku... bagi mak aku agama hanya di atas kertas, mak aku selalu cakap kenapa
kita nak sembah pada sesuatu yang tak nampak kita dan kenapa kita nak percaya pada
sesuatu yang kita tak tahu kewujudan dia kan?” Jay berkata sambil mengalihkan
tubuhnya menghadap Azizul.
Azizul
menarik nafas, dia menarik kakinya ke atas bangku kayu dan bersila. Jejaka itu
memusingkan tubuhnya untuk menghadap Jay yang juga sedang bersila di atas
bangku kayu. Azizul menyeluk kocek di baju birunya, dia menarik keluar sebatang
pen biru dari koceknya.
“Kau
ada otak tak?” dia bertanya pada Jay.
Gadis
mengecilkan matanya apabila mendengar soalan Azizul. “Kau nak cakap aku bodoh ker?” Jay bertanya
dengan wajah yang masam.
Azizul
menggeleng kepala, “aku tak cakap kau bodoh... aku cuma tanya kau ada otak atau
tak?” dia bertanya sambil memusingkan pen biru di jarinya.
Jay
mencemik, “adalah” dia membalas geram.
“Macam
mana kau tahu yang kau ada otak?” Azizul menjungkitkan kening.
Jay
mengerutkan dahi, “semua orang ada otak...semua orang tahu benda tu” Jay
membalas.
Azizul
menggeleng kepala, “teeettt.. salah.” Azizul menarik senyuman. Jay menayang
muka menyampah. “Kita tahu manusia lain ada otak, tapi adakah kita tahu kita
ada otak?” Azizul menyoal sambil tersenyum.
Jay
mengetap bibir, “kan dalam buku.. dalam surat khabar, dalam televisyen semua
ada menunjukkan semua manusia ada otak dan tanpa otak manusia akan mati” Jay
membidas.
Azizul
ketawa sinis, “kiranya, kau tahu kau ada otak sebab buku, surat khabar,
televisyen dan alternative lain lah ini?” dia bertanya. Jay mengangguk kepala.
“Habis
kenapa kau tak percaya bila ada buku tertulis mengenai Allah s.w.t? Ada sirah
yang menyokong kewujudnya Allah s.w.t?” Azizul menjungkit kening. Jay
mengembungkan pipinya.
“Kau
tak nampak otak dalam kepala kau tapi kau percaya adanya otak dalam kepala
kau... habis kenapa kau tak percaya adanya Allah bila kau tak nampak Dia?”
Azizul memandang wajah Jay. Jay membisu sambil matanya memandang tepat pada
wajah Azizul.
“Assim
Jayyana, kau pernah dengar tak pasal
sifat-sifat Allah?” Azizul menyoal, Jay menggeleng kepala.
“Ada
20 sifat-sifat wajib Allah” Azizul berkata sambil mengangkat kening.
“Allah
s.w.t bersifat Wujud. Wujud bermaksud ada. Macam aku cakap tadi, tak semestinya
kau tak nampak benda itu tak wujud. Betul tak?” Azizul bertanya. Jay mengangguk
kepala.
“Allah
s.w.t itu ada dan kita boleh lihat kewujudan Allah dengan tanda-tanda
kekuasaanya. Contoh dia, perubahan waktu malam dan siang. Kalau tak ada sesiapa
yang kawal perubahan waktu siang dan malam mungkin akan berlaku pertindihan dan
haru biru. Betul tak?” Azizul menjungkit kening. Jay mengetap bibir dan
perlahan dia mengangguk kepala.
“Dan
kita pun tahu, tak ada mana-mana manusia dalam dunia ini yang boleh kawal
perubahan siang dan malam. Kita sebagai manusia, nafsu dan kehendak sendiri pun
kita tak boleh nak kawal. Habis macam mana kita nak kawal matahari, bulan, bintang,
ribut dan taufan, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Mesti ada sesuatu yang
mengawal semua benda yang berlaku di sekeliling kita. Ini sendiri membuktikan
bahawa wujudnya Tuhan, sebab tak ada siapa selain dari Allah s.w.t yang boleh
mengawal segalanya,” Azizul berkata sambil matanya memandang mata unik Jay.
“Qidam,
ialah salah satu sifat Allah s.w.t. Qidam, maksud dia, adalah yang paling awal
dalam hidup kita dan yang paling akhir. Allah s.w.t bersifat Qidam, Dia yang
paling awal dalam hidup kita dan Dia yang paling akhir dalam hidup kita.”
Azizul menarik buku nota yang sentiasa berada dalam koceknya dan menulis
perkataan Wujud dan Qidam.
“Dalam
Quran surah Al-Hadid ayat ketiga ada tertulis bawah, DIA (Allah s.w.t) lah Yang
Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.” Azizul berkata sambil menjungkit kening. Jay mendengar sambil
mengigit jarinya.
“Kita
manusia... perlu mengkaji, perlu mencari tetapi Allah s.w.t dah tahu mengenai
apa yang kita tidak ketahui. Contoh, kita baru hari ini tahu mengenai Teori Big
Bang yang dikaji oleh Albert Einstein, tapi Allah s.w.t dah terangkan mengenai
peristiwa Big Bang itu dalam Al-Quran, seribu tahun yang lalu kepada seorang
lelaki yang buta huruf” Azizul bercerita.
Jay
mengigit bibir menahan kesakitan namun penerangan Azizul yang menarik
perhatiannya membuatkan dia nekad untuk menahan kesakitannya.
“Lagi?”
Jay menongkat dagu dengan tangannya kirinya manakala tangan kanannya memegang
perutnya.
“Baqa’...
Allah itu Baqa`. Maksudnya sifat Allah s.w.t itu kekal. Allah tidak akan hilang
dan tidak akan musnah. Contoh lah., kalau Allah itu boleh dilihat, boleh
disentuh mesti apabila berlaku apa-apa kejadian yang tak diinginiseperti bencana
alam... mesti Allah s.w.t akan musnah, Dia akan rosak. Betul tak?” Azizul
berkata sambil memandang Jay.
“Betul
lah” Jay menjawab bersama satu anggukan kecil.
“Tapi
bila sifat Allah itu kekal dan bila Allah itu tidak dinampak dan tidak
menampakan kita tahu bahawa Allah itu kekal, Allah itu ada di sekeliling kita, datang
apa jua badai melanda Allah s.w.t tetap wujud, utuh dan terpelihara. Kalau Tuhan
kita pecah atau rosak adakah ia layak di panggil Tuhan? Mesti tak kan,” Azizul
menyambung.
“Emm
... macam itu,” Jay mengangguk kepala bagaikan sedang mencerna kata-kata
Azizul.
“Lagi?”
Jay bertanya dengan dengan nada teruja.
“Allah
s.w.t ini tak serupa dengan apa-apa yang ada di alam ini. Sifat Allah yang ini
di panggil Mukhalafatu lil hawadits, maksudnya tidak menyerupai sesuatu.”
Azizul menyambung.
“Kalau Allah boleh dilihat, pastilah ramai
manusia yang membuat pelbagai avatar untuk memperlihatakan rupa Allah s.w.t. Contohnya,
seperti ada yang tambah rambut panjang, ada yang tambah tahi lalat dan
seumpamanya. Kau rasa kalau kau yang lukiskan tuhan, kau percaya tak yang
lukisan kau itu tuhan yang kau sembah?” Azizul bertanya pada Jay yang sedang
khusyuk mendengar.
“Tak!!’
Jay menjawab pantas.
“Sebab
itu Allah s.w.t tak menyerupai apa-apa dan Allah s.w.t tak dinampakkan” Azizul
berkata sambil tersenyum manis.
“Waaahhhh...
menariknya” Jay berkata teruja, walaupun tangannya memegang perut yang terasa
makin mencucuk namun dia gigihkan dirinya untuk mendengar penjelasan Azizul.
“Allah
s.w.t adalah Qiyamuhu Binafsihi. Allah s.w.t tidak bersandar pada apa-apa dan
tiada Tuhan selain dari Allah. Dia satu-satunya dan tiada dua atau tiga” Azizul
berkata sambil memandang wajah Jay.
“Kenapa
macam itu?” Jay mengerut dahi.
“Emmm..
macam ini, kita manusia dan kita sentiasa memerlukan tempat bersandar. Kalau
kita sedih kita perlukan sesuatu untuk get
over it. Betul tak?” Azizul bertanya. Jay mengangguk kepala.
“Allah
s.w.t adalah Qiyamuhu Binafsihi, Dia tidak perlu apa-apa untuk bersandar Dia
hendak hambanya meminta daripadanya. Mana boleh tuhan bersandar pada sesuatu
yang lain. Itu menunjukkan tuhan itu tak berkuasa dan tuhan itu perlukan
pertolongan dari yang lain. Kita sebagai manusia yang kena pertolongan dari
Tuhan bukan sebaliknya,” Azizul berjeda panjang lebar.
“Dan
Allah juga Wahdaniyyah, iaitu tunggal. Dia tiada dua atau pun tiga. Bila Dia
tiada dua atau tiga maka Allah itu sifatnya sangat jelas sebagai Qiyamuhu
Binafsihi” Azizul menerangkan.
Jay
yang sedang duduk di hadapannya menayang muka kagum namun Azizul yang sedang
memandangnya menggeleng kepala.
“Kenapa?”
Jay bertanya, tangan kanannya memegang erat perutnya yang mula mencucuk-cucuk.
Sedaya
upayah, Jay cuba belagak seolah-olah tenang. Dia tidak hendak Azizul berhenti
menceritakan tentang tuhan kerana cerita Azizul mengenai sifat-sifat tuhan itu
menarik perhatiannya dan membuatkan dadanya berdengup kencang.
“Kalau
kau sakit... kau cakap kau sakit. Lagi-lagi bila dengan aku. Jangan nak main hide and seek” Azizul berkata sambil
berdiri, dia menyuakan pen birunya pada Jay.
“Jom”
dia mengajak Jay yang memegang hujung pen birunya.
Jay melangkah
di belakang Azizul. Dalam diam dia menilik Azizul dari belakang. Entah kenapa,
Jay menarik segaris senyuman, senyuman yang membuatkan wajahnya yang sakit
kelihatan berseri. Lama sudah senyuman seumpama ini hilang dari wajahnya. Jay
menggengam erat hujung pen biru bagaikan memegang sesuatu yang berharga.
[1]A & E : Accident and Emergency
[2] Heterochromia : perbezaan warna iris, mempunyai dua warna atau lebih.