JADE menarik senyuman apabila matanya
menangkap R’an sedang membersihkan halaman rumahnya. Laju kakinya melangkah ke
arah rumah dua tingkat itu, tangannya memegang pinggan berisi kuih gula melaka
yang dibuat oleh uminya.
“Jade sayang..
sini tolong umi kejap” suara Puan Nazirah yang berada di dapur kedengaran. Jade
yang sedang menonton anime Shaman King terus bangun dan melangkah ke dapur.
“Yes ..
umi” Jade memeluk tubuh Puan Nazirah yang sedang menyalut kuih gula melaka
dengan kelapa parut.
“Boleh
tolong umi hantarkan kuih gula melaka ini ke rumah Acik Ryn.” Puan Nazirah
menjuih bibir ke pinggan yang telah di isi kuih gula melaka. Jade terus menarik
senyuman musang siguntang.
“My
pleasure ..” terus tangannya mencapai pinggan bercorak bunga itu. Puan Nazirah
menggeleng kepala.
“Umi
suruh hantar pada Acik Ryn tau bukan pada anak Acik Ryn.” Puan Nazirah mengusik
dalam tawa.
“Errrkk..
apa ini umi?” Jade menyoal dengan wajahnya yang bertukar rona warna.
“Apa dia
pula.. umi bagi pesanan saja” Puan Nazirah mengusik anaknya.
“Jade
hantarkan pada Acik Ryn lah.. tak kan pada Jijo” Jade menjawab sambil tangannya
menggaru pelipisnya.
“Ehh..
umi tak cakap pasal Jijo. Kalau tak salah umi, si R’an yang suka makan kuih
gula melaka. Jijo suka makan kuih sagu.” Puan Nazirah membalas sambil
menjungkit kening.
“Errkkk...
apa ini umiiiiiiiiii..” Jade mencebik bibir tanda geram di usik oleh uminya.
“Ala..
ala... dah, pergi hantar kuih gula melaka ke rumah Acik Ryn.” Puan Nazirah
mengarah Jade dalam tawa.
Itu yang
membuatkan Jade berdiri di luar pagar Puan Zaryn dengan sepinggan kuih gula
melaka.
“Assalamualaikum...”
dia memberi salam.
“Waalaikumsa..laaa..mm”
dan tuan punya mata yang bundar itu kelihatan terkejut. Jade yang sedang
berdiri di luar pagar mula mengukir senyuman.
“Waalaikumsalam
Jade..” satu suara gurau menjawab salam dari belakang. Jade terus berdeham dan
berpaling. Kelihatan Azizul sedang menjungkit kening dengan senyuman yang
terukir di bibirnya.
“Umi
bagi kuih gula melaka” Jade menyuakan pinggan kepada Azizul. Azizul terus
mengangkat kedua tangan yang menjinjing beg plastik. Jade mengangguk kepala.
“Jom ..
“Azizul mempelawa Jade masuk. Jade mengikut di belakang Azizul sambil sesekali
matanya mencuri melihat sang bunga yang sedang sibuk menyiram.
“Assalamualaikum...
mak.. ooooo... mak..” Azizul memanggil Puan Zaryn.
“Mak di
dapur ini Along.” Kedengaran suara Puan Zaryn.
“Jade,
kejap... kau duduk dulu” Azizul meminta diri ke dapur baru beberapa langkah dia
berpatah balik ke pintu rumah.
“Yang..”
dia memanggil adiknya yang sedang sibuk membersihkan halaman rumah.
“Ya
along.” R’an melangkah ke arah Azizul yang sedang berdiri di pintu.
“Tolong
bawakan pinggan yang ada dengan Jade ke dapur.” Azizul menjuihkan bibir ke
pinggan di tangan Jade.
“Hoo..”
mulut R’an membuat bentuk “O”.
“Kenapa?”
Azizul menyoal dengan wajah yang pelik.
“Tak ada
apa..” R’an terus masuk ke dalam rumah dan berdiri di hadapan Jade yang sedang
duduk di sofa dengan tangannya yang sedang memegang pinggan berisi kuih gula
melaka.
“Kuih
gula melaka?” R’an bersuara teruja. Jade mengangguk kepala.
“Umi
suruh bagi..” Jade menyuakan pinggan.
“Untuk
aku?” R’an menyoal tidak percaya. Jade mengangguk kepala.
“Ohhh..
thank you.” R’an terus mengambil pinggan di tangan Jade dan terus kakinya
dituju ke dapur.
“Emm..
R’an.” Jade memanggil, gadis itu berhenti dan berpaling.
“Ya”
“Aku nak
cakap sikit boleh?” Jade bertanya sambil wajahnya memandang R’an yang berdiri
selang beberapa tapak. R’an mengangguk kepala.
“Sebenarnya...”
Jade memandang lantai, bibirnya digetap.
“Apa?”
gadis itu menyoal sambil matanya memandang wajah Jade yang sedang mengukur
lantai.
“Sebenarnya..”
dia berhenti lagi.
“Sebenarnya
apa?” R’an menyoal kembali.
“Sebenarnya
aku nak tanya kenapa kau siram water
fountain?” Jade menyoal tanpa riak.
“Apa??”
R’an terkedu dengan soalan luar alam yang diutarakan oleh Jade yang sedang
memandang wajahnya.
“Aku
tanya kenapa kau siram water fountain
masa aku berjalan ke rumah masuk dengan along kau tadi?”
Wajah
R’an berubah tona warna, dia menarik nafas sedalam yang boleh sebelum dia
menarik senyuman sinis di bibirnya. “Saja aku siram water fountain sebab dia dah kekurangan air.” Dengan jawapan itu
Raihan Nasuha melangkah masuk ke dapur dengan hati yang sebal sambil mulutnya
menyumpah seranah Muhammad Naim Zade yang sedang duduk di sofa ruang tamu
rumahnya.
“Mak..
ini haa.. Acik Ira hantarkan kuih gula melaka” R’an meletakkan pinggan berisi
kuih melaka di atas meja makan.
“Yang
tolong buatkan air untuk Jade.” Azizul yang baru selesai meletak barang di peti
sejuk bersuara.
“Along
jer buatkan air untuk mamat tak cukup DHA.” R’an bersuara geram.
“Siapa
yang tak cukup DHA?” Puan Zaryn dan Azizul menyoal serentak.
“Itu..
budak yang bernama Muhammad Naim Zade yang sedang duduk kat depan itu” R’an
bersuara dengan perasaan geram.
“Kenapa
pula ini?” Azizul melangkah ke arah adiknya
“Ntah mamat itu.. tiba-tiba dia nak sibuk kenapa adik nak
siram water fountain di halaman
rumah.” R’an bersuara dengan nada tidak puas hati.
“Haa..” Puan Zaryn berpusing dan matanya melekat pada
wajah anak daranya yang sedang geram.
“Ntah apa-apa.. biarlah kalau yang nak siram water fountain sekalipun. Ini rumah abah
yang.” R’an menjeling ke arah ruang tamu.
“Yang..emmm along nak tanya sesuatu boleh?” Azizul
menyampuk. R’an yang berdiri di hadapan alongnya mengangguk kepala.
“Along nak tau sejak bila rumah kita ada water fountain?” Azizul menyoal
perlahan, bibir yang sedang mengukir senyuman.
“Haa..” R’an membuat rupa terkejut. Matanya mencari wajah
Puan Zaryn yang sedang mengangguk bagai menyiakan soalan Azizul merangkap
alongnya.
“Sejak bila kita ada water fountain di halaman rumah Yang?” Azizul menyoal sambil menahan ketawa yang akan tercetus bila-bila
sahaja.
R’an terus melangkah ke pintu di ruang tamu, Jade yang
sedang duduk di sofa menahan ketawa di sebalik surat khabar.
“Kau !!” R’an melangkah dan berdiri di hadapan Jade.
“Ya.. ” Jade meletakan surat khabar dan matanya memandang
R’an.
“Kau ini kenapa?” R’an menyoal dengan wajah yang ketat.
“Ya aku ini kenapa?” Jade mengulang kembali soalan R’an.
“Bila masa aku siram water
fountain?” R’an menyoal geram.
“Ikkk.. bukan kau siram water fountain sebab kurang air?.” Jade memandang wajah R’an yang
makin merah.
“Bila masa rumah aku ada water fountain?” R’an memandang wajah Jade yang sedang menarik
senyuman.
“Aiik bukan kau yang cakap kau siram water fountain sebab kurang air?” sekali lagi Jade menyoal dengan
senyuman musang siguntang di bibirnya.
“Kau kan..” R’an mengetap bibir.
“Ya aku ..” Jade
memandang wajah R’an.
“Kau ini gila...” R’an bersuara geram sambil kakinya
menendang kaki Jade dan terus dia melangkah ke bilik tidurnya di atas.
“Auchhh... ganas betul budak kecil ini.” Jade mengusap
kaki yang ditendang oleh Raihan Nasuha.
“ Nah..” Azizul menyua gelas berisi air Oren kepada Jade
yang sedang ketawa kecil.
“Terima kasih.” Tangannya mencapai gelas yang di sua oleh
Azizul.
“Seronok?” Azizul menyoal sepatah. Jade ketawa kecil
sambil mengangguk kepala.
“Siapa tak seronok bila dapat kacau awek sendiri?” Jade
menjawab sambil ketawa kecil.
“So cuti
sampai bila?” Azizul menyoal sambil tangannya mencapai remote televisyen.
“Tiga
bulan.” Jade menjawab sambil sesekali matanya di larikan pada gambar-gambar
yang tergantung di dinding.
“Lama
juga.” Azizul menekan remote di tangan sambil mencari siaran yang sedap mata
menonton.
“Tak
lama mana pun.” Jade membalas sambil mengalihkan pandanganya pada peti
televisyen yang memainkan drama melayu.
“Tiga
bulan tak cukup lama ea?” Azizul ketawa mengusik
“Kejap
jer rasa tiga bulan. Ini pun aku balik dah nak habis seminggu.” Jade meneguk
air Oren di tangan.
“Jade,
makan di sini lah hari ini.. Acik Ryn masakkan nasi briyani” kelihatan Puan
Zaryn melangkah keluar dengan senduk di tangan.
“Tak apa
lah Acik Ryn, Jade makan di rumah kejap lagi.” Jade menolak dengan sopan.
“Makan
kat sini lah Jade, bleh kita bersembang lama sikit. Lagi pun dah lama aku tak
jumpa kau.” Azizul menyampuk.
“Emm..
boleh lah Acik tapi sebelum itu Jade kena bagitahu umi dulu takut umi masak
special juga.” Jade menarik senyuman. Puan Zaryn mengangguk kepala dan berjalan
ke arah telefon yang terletak di tepi televisyen.
“Assalamualaikum...Irah..”
Puan Zaryn memberi salam.
“Ini
haaa.. aku masak nasi briyani, kejap lagi aku hantarkan ke rumah kau.. aku nak
minta izin menjamu anak teruna kau kat rumah aku.” Puan Zaryn bersembang di
dengan Puan Nazirah di telefon.
“Haa..
bagus lah macam itu. Kejap aku hantarkan anak dara aku dengan nasi briyani.”
Puan Zaryn rancak berbual sambil membawa telefon ke dapur.
Jade dan
Azizul yang sedang duduk di sofa memandang antara satu sama lain sebelum kedua
mereka melepaskan ketawa.
“Dasyat
sungguh mak aku dan umi kau bhai..” Azizul menggeleng kepala.
“Aha..
terus roger-roger guna telefon.” Jade
menggeleng kepala.
Sedang
rancak mereka berdua berbual tiba-tiba kelihatan R’an turun dari atas, mata
R’an menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Jade yang sedang memandang
dirinya.
“Haa..
adik yang, buat apa di atas?” Azizul menegur R’an yang sedang melangkah turun.
“Sejukkan
organ dalaman” gadis itu menjawab dengan jelingan tajam.
“Aiikk..
aku tak tau pula rumah kau ada cold
storage di atas Jijo.” Jade bersuara dengan senyuman di hujung bibirnya.
“Aku pun
tak tahu...” Azizul juga mula mengusik adiknya yang sedang mengetap bibir.
“Alonggggggggg...
“ R’an mula bersuara geram.
“Ya
yang.” Azizul menjawab dengan bibir yang tersenyum.
“Arrghh...
!!” dengan itu R’an melangkah masuk ke dapur dengan hati yang sebal.
“Ha ha
ha !! comel adik kau bila dia marah macam itu” Jade menggeleng kepala.
“Kau
sorang saja yang cakap adik aku comel.” Azizul menjungkit kening.
“Apa
pula.. dah memang dia comel.. dari dulu lagi dia comel.” Jade menggaru kepala
yang tidak gatal.
*********************