Wednesday, June 8, 2016

Graviti

R’AN menepuk perlahan bahu Jade. “Bangun sayang,” kejut R’an. Jade menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibir. Pantas dia menarik R’an ke dalam pelukannya.
            “Yang dah masak bubur nasi dengan isi ayam. Ada ikan bilis goreng, tauhu goreng, and dills pickles. Kalau sayang lambat bangun nanti budak-budak tu makan sampai habis.” R’an berbisik perlahan. Jade terus membuka mata seluas-luasnya.
            “Argh! Tak aci, cara.” Dia mengigit telinga R’an. Dengan pantas dia mendaratkan bibirnya ke bibir R’an sebelum melangkah ke bilik air yang terletak di bilik tidurnya.
            “Cepat siap, Yang simpankan sebelum mereka habiskan.” R’an melaung sambil mengemaskan katil.
            “Cakap dengan dia orang jangan nak habiskan, sayang nak juga!” Jade menjerit kecil dari bilik air. R’an ketawa kecil sebelum melangkah ke dapur.
            “Yang, nak lagi.” Ajin menghulurkan mangkuk kosong kepada R’an.
            “Ishh! Jade tak makan lagi la,” omel Chip mengingatkan Ajin.
            “Ada banyak lagi, makan je.” R’an berkata sambil melangkah ke arah periuk yang berisi bubur nasi.
            “Cara.” Jade melangkah ke dapur, dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi R’an sebelum menarik kerusi. Rambutnya yang basah telah disisir rapi. Jade sudah lengkap berpakaian untuk ke tempat kerjanya. Seluar slack dan kemeja berwarna hijau epal yang tersarung di tubuh Jade memikat hati R’an. Tampak handsome saja si suami pada matanya..
            “Makan.” R’an meletakkan dua biji mangkuk di atas meja. Sebiji dihulurkan pada Ajin dan sebiji diletakkan di hadapan Jade.
            “Cara, tak makan?” Jade memandang R’an.
            “Nanti Yang makanlah.” R’an menjawab sambil mengunyah tauhu kering.
            “Marilah makan sekali.” Jade mengambil sebatang lagi sudu bersih. Lantas disuakan kepada R’an.
            “Ahaa... makan sekali Yang,” ajak Chip.
            R’an menarik kerusi di sebelah Jade sebelum berkongsi bubur dengan suaminya. Jade menarik senyuman. Dia tahu sangat perangai isterinya yang suka berkongsi makan dengannya.
            “Ada kelas tak hari ini?” Jade bertanya Chip dan Ajin.
            “Ada,” serentak Chip dan Ajin menjawab.
            “Pukul berapa kelas?” Jade bertanya sambil menyuap bubur nasi ke mulutnya.
            “Petang sikit.” Chip menjawab sambil berdiri melangkah ke arah periuk. Perlahan dia menyenduk bubur nasi ke mangkuknya.
            “Lepak sinilah.” Jade berkata sambil menghulurkan mangkuk yang telah kosong kepada Chip. “Sendukkan sekali,” pinta Jade seraya menyeringai sengih
            “Kami berdua nak bawa Yang keluar kejap. Nak pergi beli baju untuk makan malam.” Chip berkata sambil menghulurkan kembali mangkuk kepada Jade.
            “Okey. Nanti aku tak tahu aku oncall tak malam ni. Kalau aku oncall pandai-pandai kau orang adjust eh.” Jade berkata sambil menanti R’an meletakkan ikan bilis, tauhu kering dan minyak bawang puith ke dalam bubur ayam.
            “Tidur sana kut.” Ajin menjawab.
            Jade mengangguk kepala. “Nanti cara, mesej sayang okey?” Jade titipkan pesanan buat R’an. R’an mengangguk kepala.
            Selama Jade mula bertugas di hospital, R’an selalu tidur bertemankan Ajin dan Chip. Kadang-kadang mereka akan melepak di rumahnya atupun R’an akan tidur di bilik tidur lamanya. Bila dia balik dari kerja, jika R’an tidur di sana, maka dia pun akan turut tidur disana. Bagi Jade dia tak mungkin akan pisahkan R’an dari budak bertiga ini, kerana dia tahu sayang isterinya terhadap mereka melebihi segalanya.

JADE yang baru habis bertugas selama dua puluh empat jam, sedang melangkah menuju ke tempat letak kereta yang terletak tidak jauh dari pagar hospital. Dari jauh kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lebih kurang lima tahun sedang berlari ke arahnya dengan riak wajah yang cemas.
            “Are you a doctor?” Kanak-kanak itu bertanya sambil menangis. Jade mengangguk kepala. Dia menundukkan badannya, duduk sambil tangannya memegang bahu kanak-kanak itu.
            “Relax, take a breath. Tell me why are you calling for a doctor?” Jade memegang bahu kanak-kanak tersebut.
            “Are you a doctor?” Sekali lagi kanak-kanak itu menyoal sambil matanya memandang stetoskop yang tergantung di leher Jade.
            “Yes, I am a doctor” Jade menjawab sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak tersebut.
            “My… my mom… she falls down there.” Kanak-kanak itu mula menangis kuat sambil tangannya menuding ke arah pagar hospital.
            “I am Doktor Jade. What is your name?”Jade memperkenalkan dirinya kepada kanak-kanak itu sebelum bertanya nama kanak-kanak tersebut.
            “Jacklyn. I am Jacklyn.” Kanak-kanak itu menjawab dengan suara serak.
            “Good! Jacklyn can you run?” Jade menyoal kanak-kanak yang bernama Jacklyn itu. Jacklyn mengangguk kepala.
            “Alright! Lets run to you mom.” Jade mengusap kepala Jacklyn. Jacklyn mengangguk kepala sebelum berlari ke arah ibunya, Jade turut berlari di belakang kanak-kanak itu.
            “That is my mom.” Jacklyn menjerit ke arah seorang wanita yang rebah di jalan berhadapan pintu pagar hospital. Jade mengangguk sambil berlari menghampiri wanita itu. Dengan pantas dia duduk di sebelah wanita itu.
            “What is her name, Jacklyn?” Jade bertanya Jacklyn.
            “Jessy.” Jacklyn menjawab. Kanak-kanak itu mengetap bibir. Dia mengenggam erat baju gaun yang tersarung di tubuhnya.
            “Hello, Jessy… can you hear me?” Jade menepuk perlahan pipi Jessy. Namun tiada apa-apa reaksi dari wanita bernama Jessy itu. Jade menundukkan kepalanya dan meletakkan telinganya di hidung dan mulut Jessy. Perlahan dia membawa tangannya ke bahagian dada Jessy.
            “Hey you!” Jade melambai ke arah dua orang jururawat yang sedang berjalan masuk ke hospital. “Can either of you get me a stretcher?” Jade teriak meminta pertolongan. Salah seorang daripada jururawat itu berlari untuk mendapatkan pengusung. Manakala seorang lagi jururawat berlari membantu Jade yang sedang memeriksa Jessy yang rebah di atas lantai.
            “Can you hold her and make sure you hug her, so that she won’t look here.” Jade mengisyaratkan jururawat yang sedang berdiri di belakangnya. Jururawat yang memakai tag nama bertulis Mary itu mengangguk laju sebelum menarik Jacklyn kedalam pelukannya.
            Jade menarik pen di kocek kot putihnya. Muncung pen itu dibuka dan dakwat ditarik keluar. Dengan pantas dia mematahkan pen itu menjadi dua. Jade menarik nafas sebelum memanjat naik ke atas Jessy. Dia menarik baju Jessy sehingga menampakkan pangkal dadanya.
            “Bismillahirahmanirahim,” lafaz Jade perlahan sebelum mencucuk kedua bahagian pen yang dipatahkan tadi ke kanan dan kiri toraks paru-paru Jessy. Pelahan kedengaran bunyi angin yang keluar dari hujung pen yang terbenam di dada Jessy.
            “Doctor!! Here is the stretcher.” Seorang jururawat dan dua orang petugas hospital berlari ke arah Jade yang sedang memberi pertolongan cemas kepada Jessy.
            “Good, lets bring her in” Jade menarik nafas lega.
            “Will my mom be alright?” Kedengaran suara Jacklyn di belakangnya. Jade berpaling dan mengangguk kepala.
            “She will be fine. Don’t worry.” Jade memeluk Jacklyn yang sedang memeluk lehernya dengan erat.

            “Thank you Doctor Jade.” Jacklyn mengucapkan terima kasih sambil tersedu-sedu. Jade mengusap kepala Jacklyn perlahan sebelum dia berlari di belakang petugas dan jururawat yang sedang membawa Jessy ke dalam.