Sunday, September 27, 2015

Graviti 10

BURN melangkah masuk ke rumahnya, tanpa membuang masa dia meletakkan basikal di dinding dan dengan pantas dia meletakkan beg dan tangan kanannya mencapai tuala mandi yang tersangkut kemas.
            Laju dia melangkah ke bilik air dan terus kedengaran bunyi pancuran air. Setelah keluar dan menunaikan solat dengan laju dia masukkan kain baju yang kotor ke dalam sebuah sebuah beg plastik yang kemudian di masukkan ke dalam beg galasnya.
            “Dia menutup suis lampu dan aircond, pintu rumah di kunci sebelum dia melangkah ke lift yang terletak tidak sampai lima meter jaraknya.
            Laju kaki Burn melangkah ke arah stesen kereta api bawah tanah Hillhead yang terletak lebih kurang tujuh minit jarak berjalan kaki dari rumahnya.  Nasibnya agak baik kerana baru beberapa minit dia sana kelihatan dari jauh kereta api berwarna jingga sedang menghampiri stesen Hillhead. Tanpa membuang masa dia terus melangkah masuk ke dalam kereta apai bawah tanah itu.
            Beberapa minit kemudian, selepas melepasi tiga buah stesen kereta apai bawah tanah dan akhirnya destinasinya sampai di stesen Buchanan St. Dari sana Burn burn berjalan lebih kurang dalam lima minit ke stesen Glasgow Queen Street di mana dia akan menaikki kereta api ScotRail yang akan mengambil masa selama lima puluh minit ke Edinburgh.
            Dari sana seperti biasa Ajin atau Chip akan datang mengambil dirinya, kadang-kadang R’an akan datang untuk mengambilnya sebelum ke Bismillah Food Store di Nicolson Square. Setiap hujung minggu R’an akan pastikan dia akan dibekalkan dengan macam-macam makanan untuk sepanjang minggu yang akan datang.
            Apabila dia merungut R’an akan keluarkan ayat kemenangan dia “Siapa tak sayang adik-beradik Burn ooi” dan dia akan terus berdiam diri.
            Setelah lima puluh minit perjalanan akhirnya dia melangkah keluar dari stesen kereta api Waverley. Laju matanya mencari ‘pemandu-pemandu’ yang akan membawanya balik ke Falcon Avenue. Tidak lama kemudian matanya menangkap kelibat Chip dan seseorang.
            “Chip !” Burn menepuk bahu Chip, Jade yang berdiri di sebelah Chip turut berpaling.
            “Itu yang aku pelik kenapa Ajin nampak lain.” Burn mengusik Jade.
            “Banyak lah kau. Sihat?” Jade menyuakan tangan untuk bersalam dengan Burn.
            “Alhamdulillah. Kau?” Burn menjungkit kening.
            “ Alhamdulillah, sihat.” Jade ketawa kecil sebelum melangkah masuk ke perut kereta.
            “Yang tau tak Jade ikut kita?” Burn menyoal Chip. Chip menggeleng kepala.
            “Habis kira surprise lah ini?” Burn bersuara teruja.
            “Kira macam tu lah, si Jade dia tak percaya si Yang nak masak.” Chip berkata sambil ketawa.
            “Hooo.. itu memperlekeh namanya, si Yang tu pandai masak okey. Setiap minggu aku bawa bekal untuk all weekdays.” Burn bersuara dari belakang.
            “Alaaa.. aku tak nampak, aku tak rasa.. so bagi aku tak pandai masak lah” Jade ketawa.
            “Aku tolak juga si Jade dari kereta bergerak ini. Dah dua tiga hari dia asyik dok tea time dengan si Yang, dia mati-mati boleh fikir Yang beli kek dan pudding yang dia jamu.” Chip bersuara geram.
            “Jangan wey.. merana adik korang” ketawa Jade makin kuat selepas dapat mengusik Chip dan Burn.
            Bukan dia tidak percaya tak Raihan Nasuha pandai masak, dia cuma perlukan alasan untuk ke rumah budak-budak ini agar dia dapat makan air tangan si bunga bakal miliknya.
*********************
AJIN menarik baju Chip, “apa?” Chip menyoal pelik. Ajin menunjukkan isyarat mata ke arah R’an dan Jade yang sedang bergaduh di dapur.
            “Kenapa dua-dua tu?” Chip bertanya dan sesaat kemudian dia meneruskan bacaan yang terganggu sebentar tadi. Ajin pula terus memerhati Jade yang sedang bercakap dengan R’an, wajah gadis itu bertukar menjadi kelat mendengar kata-kata Jade.
            “Wew !!” tiba-tiba Ajin menjerit, Chip mengangkat muka dari helaian kertas yang sedang di baca.
            “Astagfirullah Al-Azim!! Yang!” Chip terus meletakkan helaian kertas di tangan dan melangkah ke arah Jade yang sudah mandi tepung. R’an di sebelah menayangkan muka puas hati. Ajin di sofa sudah ketawa tanpa henti.
            Burn yang berada dalam bilik melangkah keluar apabila telinganya menangkap bunyi bising dari ruang tamu. “Errkk.. Jade!” dia cuba menahan ketawa namun akhirnya meletus juga.
            “Kenapa ini Yang?” Chip yang sedang membantu Jade berpusing dan menyoal adiknya.
            “Jade ini haa.. dari tadi dia asyik cakap Yang tak tahu masak lah, itu lah, ini lah” R’an mengetap bibir. Chip di sebelah mengetap bibir menahan ketawa. Jade membuat muka masam.
            “Dah lah.. pergi bersihkan badan, mandi sekali.” R’an berkata sambil berpaling dari Jade. R’an menahan ketawa dari meletus di bibirnya kerana pada pandangan matanya Jade kelihatan sangat comel pada saat ini.
            “Emm..” Jade terus melangkah menuju ke arah pintu, tanpa berkata apa-apa dia terus melangkah keluar.
            “Yang, tu’ Chip menjuih bibir pada Jade yang sedang melangkah keluar. R’an mengangguk sebelum kakinya melangkah mengekori Jade.
            “Ja..” kata-kata R’an terus terhenti apabila Jade berpaling menghadap dirinya. Ketawa yang ditahan dari tadi akhirnya pecah, Jade mengetap bibir sesaat kemudian dia menarik senyuman nakal.
            “Yang…” Jade memanggil R’an yang sedang ketawa.
            “Ya” R’an menyahut sambil ketawa.
            “You are going to pay for this, sooner Yang” Jade mengetap bibir.
            “Really ?” R’an menjungkit kening.
            “Yes.. I will make you pay for this sweety” Jade menarik senyuman sebelum mengibas rambutnya ke arah R’an.
            “Eeyyy.. “ R’an mengetap bibir. Jade ketawa kecil.
            “I will be back” Jade berlari anak menuju ke apartmentnya yang terletak tidak jauh dari sana.
            R’an melangkah masuk ke rumah, Chip, Ajin dan Burn menjungkit kening sambil tersenyum nakal.
            “Perghh… ada yang main kibas-kibas tepung” Ajin mengusik. Chip dan Burn ketawa melihat muka kelat R’an.
            “Jangan mengada okey” R’an menjelir lidah sebelum melangkah ke tandas untuk membersihkan diri dari sisa-sia tepung. Selepas membersihkan diri, gadis itu melangkah ke dapur untuk menyiapkan Shepherd Pie.
            “Yang..” Burn memanggil R’an yang sedang melecek ubi didalam periuk.
            “Ya” gadis itu menjawab sambil teruskan kerjanya.
            “Are you happy?” dia menyoal sambil menghulurkan R’an mentega dan krim.
            “Ya, haapy. Kenapa?” R’an menjungkit kening.
            “Because I need to know” Burn menghulurkan R’an keju mozzarella yang telah diparut untuk dicampurkan dengan kentang yang telah dilecek.
            R’an menggeleng kepala sebelum masukkan lada hitam segar dan garam ke dalam ubi yang telah sebati dilecek sebelum meratakan di atas pyrex yang berisi inti ayam, cendawan dan mirepoix yang telah dimasak bersama sedikit rempah ratus, sedikit sentuhan Asia dalam masakan barat.
            Gadis itu masukkan pyrex yang telah siap ditabur keju ke dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah untuk selama dua puluh lima minit. Grlic bread yang telah disiapkan sebentar tadi dibiarkan dalam balutan kertas aluminum.
            “Yang” Burn memanggil R’an yang sedang membasuh perkakas yang digunakan sebentar tadi.
            “Emm..
            “Yang” dia memanggil lagi.
            “Ya” R’an pusing untuk menghadap dengan Asadu’llah yang sedang tersengih.
            “Nanti buatkan daging goreng pedas untuk bekal, boleh tak?” Burn menggaru kepala. R’an mengangguk kepala.
            “Sayang Yang.” Burn memeluk R’an. Ajin yang sedang baring di sofa menjerit geram.
            “Arrrghh!! Aku pun nak peluk” Ajin melompat turun dari sofa dan membuat group hug, Jade yang baru melangkah masuk menggeleng kepala.
            “Aku..”
            “Aku tumbuk kau nanti” Chip menjeling tajam. Jade ketawa kecil.
            “Lapar lah Yang.” Jade bersuara. R’an menyuakan pinggan yang baru dibilas.
            “Susun pinggan, kejap Yang hidangkan” R’an membalas sebelum mengambil Shepherd Pie.
            “Dah macam family lah” Burn berkata secara sepontan. Chip mengangguk kepala, Ajin menjungkit kening.
            “We are family, will always be” Jade menyambung sambil menyusun pinggan di meja makan.
***********************
JADE duduk di kerusi kosong berhadapan R’an, dari tadi dia mencari peluang untuk berbual dengan gadis itu namun gadis itu kelihatan sibuk mengemas dapur. Chip, Ajin dan Burn yang melihat gelagat Jade hanya melekat di sofa.
            “Jangan bangun dan kacau Yang, let Jade date her” Chip bersuara perlahan kepada Ajin dan Burn. Budak berdua itu hanya mengangguk kepala sebagai tanda setuju.
            “Yang” Jade memanggil R’an. Gadis itu mengangkat kepala dan menjungkit kening menanti bicara jejaka itu.
            “Emmm..”
            “Kenapa? Nak kopi?” R’an bertanya, terus gadis itu menolak kerusi ke belakang.
            “Tak” Jade menegah gadis itu dari bangun. “Duduk” dia berkata perlahan.
            R’an mengerut kening “kenapa?” dia menyoal Jade.
            “I just want to date you” Jade sandar pada kerusi, wajah R’an bertukar rona warna.
            “Tapi macam dah lambat” R’an menjawab sambil memandang luar tingkap, langit yang berwarna jingga terserlah dari tingkap dapaur.
            “Sini, kita date di sini. Boleh?” Jade bertanya. R’an mengangguk kepala, pipinya makin menjadi merah.
            “Kopi?” R’an menolak kerusi dan melangkah ke kabinet.
            “Black…
            “No sugar, but two spoon of honey. Betul tak?” R’an bertanya sambil wajahnya menghadap ke tingkap.
            “Not bad.” Jade berkata perlahan, R’an yang sedang membancuh kopi tersenyum.
            “Kopi” R’an meletakkan dua mug berisi kopi panas di atas meja. Lama mata Jade memandang R’an.
            “Kenapa tengok I macam I tak ada hidung.” R’an menarik nafas menahan getaran di dada.
            “Firstly, no I, no you, no aku, no kau. Yang… macam biasa Yang” mata Jade masih memandang wajah R’an.
            “Emm.. kenapa Yang?” R’an sandar di kerusi.
            “Sebab Yang milik semua, kalau jadi hak Jade secara halal pun, Yang tetap milik semua. I am willing to share with all the heros.”
            R’an mengangguk kepala. “Yang suka novel”.
            Jade mengangguk kepala, “Jade suka komik”.
            “Yang tahu.” R’an berkata sambil ketawa kecil. Jade mengecilkan mata.
            “Mana tahu?” dia menyoal.
            “Sebab Yang, yang selalu tolong Acik Irah kemaskan rak komik Jade”. Jade mencemik geram.
            “Giliran Yang.” Jade menongkat dagu.
            “Yang suka anime” R’an ketwa kecil.
            “Sama. Jade pun suka anime.” Jade senyum.
            “Betul?” R’an menyoal teruja. Jade mengangguk kepala.
            “Dah habis tengok Ruroini Kenshin?”
            Jade mengangguk laju, “dah habis” dia berkata sambil menjungkit kening.
            “Ruroini Kenshin OVA?”
            “Semua, termasuk Trust and Betrayal dan Ishin Shishi no Requiem” Jade menjungkit kening.
            “Ala.. Yang tak tengok lagi Trust and Betrayal. Ada tak? Nak minta boleh?” R’an bersuara teruja. Jade mengangguk kepala.
            “Yang..”
            “Emm”
            “Sedap Yang masak. Lain kali boleh masak untuk Jade lagi boleh tak?”
            “Tadi kata Yang tak pandai masak lah, itu lah, ini lah. Sekarang nak suruh Yang masakkan lagi pula.” R’an mencemik.
            “Biar lah, Jade nak usik Yang” Jade ketawa kuat.
            “Yang cepat marah, lagi-lagi kalau hal berkaitan dengan..” mata R’an beralaih ke sofa, kelihatan Chip, Ajin dan Burn yang sedang menonton tv.
            “I can handle it “ Jade senyum.
            “Jade suka travel” Jade meneguk air kopi.
            R’an mengangguk kepala, “Heret Yang sekali, okey”.
            Jade mengangguk kepala “ I like it.”
            “Suka apa?” R’an yang sedang meneguk air bertanya pelik.
            “Jade suka Yang.” Muka R’an terus bertukar menjadi merah, Jade ketawa kuat sehingga Chip, Ajin dan Burn berpaling ke arah mereka.
            “Yang… okey tak ini? Kenapa merah muka?” Ajin bertanya dari sofa.
            “Dia allergic.” Jade ketawa.
            Chip, Ajin dan Burn membuat muka pelik. “Allergic apa?” kening Burn bertaut.
            “Allergic dengan ayat .. Jade suka Yang” terus budak bertiga itu ketawa bersama Jade, makin kuat ketawa mereka apabila muka R’an bertukar menjadi merah bagaikan tomato.

*****************

1 comment:

MaY_LiN said...

1 happy famili at home
sweet