Monday, October 12, 2015

Graviti 13

“UMI” Jade memanggil Puan Nazirah yang berada di talian. Dia mengetap bibir, lama benar uminya berdiam.
            “Umiiiiiiiiiii” kali ini harakah Jade menjadi panjang.
            “Ya” Puan Nazirah menjawab.
            “Macam mana?” Jade menyoal.
            “Macam mana apa?” giliran Puan Nazirah bertanya, satu senyuman terbit di bibirnya.
            “Ala.. umi, Acik Ryn cakap apa?” Jade mengetuk meja dengan pensil di tangan.
            “Dia cakap.. emmm”
            “Cakap apa umiiiii?” Jade menggaru kepala gara-gara tekanan. “Dia reject Jade jadi menantu dia ker umi?” Jade bertanya perlahan.
            “Issshhh.. ada dia nak reject anak umi? Acik Ryn kamu tanya bila nak buat majlis nikah?” Puan Nazirah menyoal anak terunanya.
            “Bila-bila pun boleh umi” Jade bersuara gembira.
            “Jade..” Puan Nazirah memanggil anaknya.
            “Ya umi”
            “Jaga R’an elok-elok. Dia amanah Pak Cik Johan dengan Acik Ryn kepada kamu. Faham” Puan Nazirah menyampaikan amanat pada anaknya.
            “Faham umi. Insya Allah umi, Jade akan jaga dia. Jade akan pastikan jantung Jade sentiasa milik dia.” Jade membalas.
            “Bagus. Kirim salam sayang umi pada R’an dengan budak bertiga tu” Puan Nazirah memesan.
            “Insya Allah .. I love you umi.” Jade bersuara manja.
            “I love you too. Assalamualaikum” Puan Nazirah memberi salam sebelum meletakkan ganggang telefon.
            “Waalaikumsalam” jejaka bermata hazel itu menjawab salam.
            Lama Jade mengetuk meja, akhirnya dia membuat keputusan untuk menelefon Azizul. “Assalamualaikum” Jade memberi salam.
            “Waalaikumsalam” Azizul yang menjawab dalam nada mamai.
            “Tidur?” Jade bertanya.
            “Aha.. oncall sejak semalam itu yang tertidur” Azizul menjelaskan.
            “Ohhh.. nanti aku call lain. Tidur lah” Jade membalas sambil tangannya mencoteng nota di hadapannya.
            “Dah bagun dah, so apa yang kau nak cakap? Semua okey?” Azizul bertanya.
            “Emm… aku .. ntah macam mana aku nak cakap. Aku sebenarnya .. sebenarnya” Jade mencari ayat yang sesuai.
            “Sebenarnya apa?” Azizul sedang baring, terus bangun dan duduk.
            “Aku sebenarnya dah dapat green light dari mak abah kau” bibir Jade terukir senyuman.
            “Kau dapat green light? Kenapa mak aku nak bagi kau lampu?” Azizul menyoal blur.
            “Dey bhai , aku dapat kelulusan jadi adik ipar kau secara rasmi ini” kedengaran Jade ketawa.
            “Peerrgghh !! You are the man my brother in law”kedengaran Azizul ketawa di hujung talian.
            “Selamat menjadi adik iapar aku” kedengaran suara Azizul mengusik.
            “Kau suka?” Jade menggaru kepala.
            “Sangat okey. Adik aku in a good hand that will make her happy. Apa lagi yang aku perlu?” kedengaran Azizul membalas di hujung talian.
            “Terima kasih bhai” Jade sandar di kerusi.
            “Naaa.. terima kasih pada kau sebab kau bakal buatkan adik aku bahagia.” Azizul menggeleng kepala.
            “Jade..”
            “Ya” Jade menyahut.
            “Kalau kau sakitkan adik aku..”
            “Kau boleh ambil kepala aku” Jade menyampuk sambil bibirnya mengukir senyuman.
            “Good.”Azizul membalas perlahan.
***********************
R’AN keluar dari bilik tidurnya, lama dia berhenti di ruang tamu. “Aiikk senyap semacam” dia berkata sendiri sambil melangkah ke dapur.
            “Kosong” R’an bisik perlahan sebelum melangkah ke peti ais, dia menuang susu kotak yang dicapai dari peti ais ke dalam gelas. “Mana budak berdua ini?” dia menyoal pada diri sendiri.
            R’an melangkah ke bilik tidur Chip, ‘tok’ ‘tok” dia menggetuk pintu bilik Chip. Tiada jawapan. “Chip!! Ooo..Chip!!” dia melaung, masih tak ada sahutan. R’an memulas tombol pintu bilik Chip dan melangkah masuk.
            “Aiikk kosong juga” dia menggaru kepala, selalunya Chip, Ajin dan Burn selalu akan tinggalkan pesan andai hendak ke mana-mana. R’an melangkah ke bilik Ajin, tangannya mengetuk pintu bilik Ajin namun tak ada sahutan juga. Seperti tadi dia memulas tombol pintu bilik Ajin pula dan seperti tadi dia disaji dengan bilik kosong.
            “Emm.. mana budak berdua ini pergi?” R’an melangkah ke katil Ajin dan duduk di birai katil.
            Seketika kemudian dia melangkah ke bilik tidurnya, telefon bimbit di capai dan nombor telefon Chip di dail, lama dia menunggu namun tiada yang menjawab. Jarinya mendail nombor telefon Ajin pula dan seperti tadi tiada yang menjawab juga.
            “Iisshhh… mana budak berdua ini pergi?” dia membebel perlahan.
            R’an mendail nombor Burn di Glasgow, dua kali dia menelefon tak ada jawapan. R’an menggaru kepala lama dia duduk di sofa , macam-macam fikiran yang bermain di otaknya.
            “Astagfirullah Al- Azim..mana budak-budak ini?” dia meraup muka. R’an terus berdiri dan melangkah ke dapur, tangannya membuka peti sejuk. “Baik aku masak” dia cuba mententeramkan hatinya.
            R’an mengambil cili kering dan rendam dalam air panas. Dia mengambil blender dari kabinet kemudian di cuci blender itu sebelum masukkan bawang, bawang putih, cili kering yang telah di toskan dan beberapa batang cili padi ke dalam blender untuk di kisar halus.
            R’an menumis kesemua bahan-bahan tadi didalam periuk sehingga wangi, sambil-sambil itu mata R’an memandang telefon bimbit yang terletak di atas meja makan. Hatinya risau bila fikirkan ke mana Ajin, Burn dan Chip pergi tanpa berita.
            Sedang elok bahan dikisar tadi mula pecah minyak dia masukkan belacan, gula melaka, air asam jawa dan serbuk ikan bilis yang telah siap dikisar dan dibotolkan dalam peti sejuk.
            Perlahan gadis itu mengeluh sambil tangannya mencapai periuk nasi yang terletak dihujung. Sambil membasuh beras R’an berfikir “Jade, tahu tak mana budak-budak ini pergi?” Lantas tangannya mencapai telefon di atas meja dan dia mendail nombor Jade namun tiada jawapan.
            “Isssh… mana semua orang ini?” R’an mengomel geram sambil mengambil kotak santan yang di beli di Waitrose beberapa hari lalu. Daun pandan yang diletakkan di dalam zip bag di ambil dari refrigerator. Setelah masukkan beras yang telah dibasuh tadi bersama daun pandan, santan dan beberapa hiris halia, garam serta air secukupnya R’an menekan suis periuk nasi. Perlahan dia melangkah ke meja makan sudah beberapa kali dia mengeluh gara-gara risau dan geram.
            “Arrghhh !!” dia menjerit kecil sebelum melangkah ke bilik untuk bersihkan diri kerana hari ini dia ada kelas petang. "Ke laut lah kelas Prof Welsh petang ini” dia membebel sambil melangkah masuk ke bilik air.
**********************
R’AN melangkah keluar dari kelas Prof Welsh, seperti yang diduga dia tidak dapat menumpukan perhatian langsung pada sesi pengajaraan tadi. Otaknya asyik memikirkan ke mana Ajin, Chip, Burn dan Jade menghilang. Mood untuk menjamah nasi lemak yang dimasak tadi pun dah hilang bila kepalanya asyik memikirkan mana mereka pergi tanpa khabar.
            “Stress sungguh otak aku” R’an mengetap bibir. Baru dia hendak melangkah ke perpustakaan seseorang memanggil namanya.
            “Hey!! R’an” suara garau menjerit namanya. Dengan perasaan malas R’an pusing dan kelihatan seorang lelaki berambut blond melambai tangan padanya.
            “Hey, girl ” Kingston melangkah ke R’an. Jejaka berambut blond dan bermata biru ini merupakan merupakan class representative yang memikul tugas seumpama ketua kelas di zaman sekolah-sekolah dulu.
            “Hey” R’an membalas malas.
            “We actually have class discussion today. I am here to get you back to the class.” Kingston menjelaskan tujuan dia memanggil R’an.
            R’an mengerut dahi, “really?” dia bertanya. Kingston mengangguk kelapa. “I am sorry, maybe I have forgotten about it.” R’an berkata sambil melangkah ke kelas bersama Kingston.
            “Alright, everybody is here” Kingston berkata sebelum melangkah ke depan, R’an pula mengambil tempat duduk di sebelah Keisha, seorang gadis berkulit gelap dari Afrika.
            “Hey, are you okey?” Keisha menyapa R’an.
            “Ya, I am fine” R’am menghadiahkan Keisha sebaris senyuman.
            Sedang R’an rancak berbual dengan Keisha tiba-tiba telinga R’an menangkap suara orang yang sedang bercakap menggunakan mikrofon dihadapan.
            “Hai, hello” kedengaran suara orang memberi intro di hadapan.
            “To the lady who is wearing green blouse” suara itu memanggil seseorang. Keisha di sebelah menyiku R’an.
            “R’an, I think he is calling you” Keisha berbisik perlahan. R’an memandang warna baju yang tersarung di tubuhnya.
            “Green” dia berkata perlahan sambil mengalih pandangan ke depan. Rahang R’an terjatuh, matanya bagaikan terkeluar dari soket. Depan kelihatan Jade yang sedang berdiri bersama mikrofon di tangan.
            “Hey you” Jade melambai pada R’an.
            R’an tergamam, matanya terkebil-kebil memandang Jade yang sedang berdiri di hadapan kelas. “Ola, everybody” kedengaran suara Jade menyapa rakan-rakan sekelas yang lain.
            “Ola” mereka membalas serentak.
            “My name is Muhammad Zaid Ashraf. You all can call me Jade.” Jejaka bermata hazel itu memperkenalkan diri.
            “I am here because I would like to say something to the lady who is sitting at the sixth row, the one who is wearning the green blouse” kata-kata Jade membuatkan semua mata-mata mereka berpaling ke arah R’an.
            “Raihan Nasuha, I know you are strong, you are beautiful, the way you smile makes my knee weak. Since you are a kid I all I wanted was to be with you. Everytime you are there with me it makes my world wonderful, the way you care for me, the way you care for others, the way you show your love to Chip, Burn and Ajin it just makes me fall for you more and more.”
            Jade menarik nafas sedalam yang mungkin namun nafasnya bagai tersangkut di tekak, dia berdehem sebelum menyambung “Raihan Nasuha, would you please marry me? Be part of me, be my patner in crime, be my better half and most of all be my lover here and hereafter?”
            Tiba-tiba seluruh kelas menjadi gamat dengan lamaran Jade terhadap R’an. R’an memegang tangan Keisha erat, dadanya bagaikan hendak meletup.
            “Yang, tak nak jawab soalan Jade ker?” kedengaran suara Azizul, R’an berpaling ke kanan dan kelihatan Azizul di tepi.
            “Along!!” gadis itu memeluk Azizul. “Angah, Alang dan korang..” R’an terus mengeratkan pelukkan di badan Azizul sambil mengetap bibir, air matanya keluar.
            “So ini nak cakap apa kat Jade” Adid mengusap lembut kepala R’an.
            R’an mengangguk kepala. “Kira okey lah ini?” Azizul bertanya dan makin laju anggukkan kepala gadis itu.
            “Hey R’an, can you please give him an answer.” Kingston menjerit dari bawah.
            R’an mengelap air mata dan pusing menghadap Jade yang masih berdiri di bawah. Dia memandang Jade lama. “If they can be part of you..”
            “They are part of me” Jade menyampuk.
            “If that is the case then it means yes” jawapan R’an membuatkan seluruh kelas menjadi gamat. Chip, Ajin dan Burn terus memeluk R’an.
            “Congrats dude” Kingston dan beberapa rakan-rakan R’an memeluk dan menghulurkan tangan kepada Jade.
            Azizul dan Adid melangkah ke arah Jade. “Jaga adik aku elok-elok Jade” Adid memeluk Jade.
            “Insya Allah” Jade membalas sambil mengangguk kepala.
            Jade menarik telefon bimbit dari koceknya dia menghantar mesej pada Yujeen yang berada di hujung kelas.
“Terima kasih Yujeen untuk semua”
            Gadis itu mengangkat ibu jari dari jauh. Yujeen melangkah ke arah Kingston yang tengah bersembang dengan beberapa orang budak lelaki. “Hey Kingston” dia menyapa.
            “Hey Yujeen” Kingston memeluk gadis di hadapannya.
            “Thank you dude” Yujeen mengucapkan terima kasih kepada Kingston atas pertolongannya untuk menghimpun semua rakan sekelas R’an.
            “You are welcome.” Kingston membalas.
            “Before I forget there is a bit of refreshments down there” Yujeen menunding jari ke arah pintu di bawah. Kingston mengangguk kepala sebelum menyampaikan pesanan pada rakan-rakan yang lain.
            Jade menarik senyuman sebelum tangannya menghantar sebuah lagi pesanan ringkas, kali ini pada si bunga di atas.
“I am looking forward to spend my life with you Raihan Nasuha”
            R’an mencari wajah Jade sebelum menghadiahkan Jade sebuah senyuman yang menampakkan lesung pipit sambil jarinya membalas mesej jejaka bermata hazel yang sedang berdiri bersama Along dan Angah Adid.
“Well I am looking forward too Muhammad Zaid Ashraf 

******************************

1 comment:

MaY_LiN said...

amboi
propose kt public