R’AN mencemik geram
apabila melihat Azizul, Adid, Akid, Chip, Burn, Ajin dan Jade ketawa.
“Serius
adik ingat budak berempat ini kena culik ker apa” R’an meluahkan rasa geram
yang bertandang di hati.
“Sebenarnya
kami pergi ambil Along, Angah dan Alang dari airport lah Yang.” Ajin membalas
sambil ketawa.
“Cuba
lah cakap kata nak keluar, susah-susah pun tinggal lah nota” R’an menarik muka.
“Ala..
mana boleh cakap nanti tak surprise lah” Burn memeluk bahu R’an.
“Emm..
banyak lah surprise korang, cepat makan” R’an menggeleng kepala, lagi dia cuba
marah lagi kuat hero-hero di hadapannya ketawa.
“Jijo,
Adid, Akid.. terima kasih sebab sanggup terbang jauh-jauh” Jade mengucapkan
terima kasih pada Azizul, Adid dan Akid yang sedang menyuap nasi lemak dengan
penuh selera.
“Douhhh..
terima kasih pula. Benda berkaitan dengan adik kami kot” Akid menumbuk bahu
Jade.
“Korang..
memang awesome. Terima kasih” Jade menunding jari pada Chip, Ajin dan Burn yang
sedang menyuap puding roti ke mulut.
“Kami
memang awesome” Ajin membalas sambil menjungkit kening. Chip dan Burn
mengangguk kepala mengiyakan statement
angkat bakul Ajin.
“Yujeen,
terima kasih” Jade menghadiahkan senyuman ikhlas kepada gadis yang sedang
membantu R’an di sinki.
“No
problem. Benda kecil” Yujeen menjawab sambil menarik senyuman yang menampakkan
gigi siungnya. Ajin yang sedang menyuap puding roti tersedak.
“Makan
perlahan-lahan Ajin” Adid berkata sambil menggeleng kepala. R’an menyuakan
gelas yang berisi air kepada Ajin.
“Orang
tersedak lah Angah” Ajin menepuk dada, selepas meneguk air dari gelas yang di
sua oleh R’an dia menyambung makan puding roti yang berbaki di pinggan.
“Yujeen
tinggal di mana?” Akid bertanya gadis yang sedang berdiri di tepi R’an.
“Saya
tinggal di Emmaus House” Yujeen menjawab sambil mengelap gelas di tangan.
“Emmaus
House yang dekat dengan Gilmore Place tu?” Adid bertanya sambil menarik cawan
berisi teh panas. Yujeen mengangguk kepala.
“Laaa...
Jijo kau ingat lagi tak West End Bowling Club” Adid mengalihkan pandangan pada
Azizul yang baru menghabiskan suapan terakhir ke mulutnya.
“Aha..
yang kita selalu hantar Mr.Zouk tu” Azizul mengangguk kepala.
“Budak
ini tinggal dekat-dekat kawasan sana lah” Adid berkata sambil menggeleng
kepala.
“Jauh
tu. Kalau ada kereta sendiri dekat lah” Azizul membalas.
“Kat
mana tu Along?” Burn menyampuk.
“Emmm..
tau mana King’s Theater?” Jade yang sedang menyambut mug yang berisi teh dari
R’an bertanya. Burn mengangguk kepala.
“Dekat-dekat
sana” dia menyambung.
“Ya,
dekat-dekat King’s Theater.” Azizul menyampuk.
“Habis
sekarang Yujeen balik dengan siapa?” Akid menyoal sambil menyandarkan badan ke
kerusi gara-gara kekenyangan
“Naik
bas ” gadis itu berkata dengan senyuman di bibir. “Lagi pun saya tengah cari
rumah atau bilik sewa eerr.. a..abang” dia menambah.
Akid
membuat muka pelik, kemudian dia ketawa perlahan. Rupanya Yujeen dari awal lagi
cuba mencari perkataan sesuai untuk memanggil mereka bertiga. “Bukan abang lah Yujeen.
Panggil jer Alang macam budak-budak ini panggil.” Akid membetulkan panggilan
Yujeen.
“Ini
panggil Along, yang itu Angah” dia menunding jari pada Azizul dan Adid.
“Oh!!
Okey.. Along, Angah, Alang” dia mengangguk kepala. Azizul menunjukkan thumbs up, manakala Adid mengangguk
kepala.
“Ada
dua lagi, itu kena panggil Ayong dengan Achik” Akid menambah, Yujeen membuat
muka blur.
“Ada
lagi?” dia terkejut.
“Aha..
ada dua orang lagi. Ayong, Angah, Alang dan Achik kembar empat” Ajin menjawab
dengan penuh bangga.
“Best
lah” Yujeen bersuara teruja. Adid dan Akid ketawa.
“Haa..
balik pada isu cari rumah atau bilik, nanti esok Angah tanyakan dengan Mrs.
Wendy di blok sebelah.” Adid berkata sambil menarik tangan R’an. “Tambahkan air
Yang. Boleh? ” R’an mengangguk kepala sambil
melangkah mencapai teko di atas kabinet.
“Tak
susahkan Angah ker?” Yujeen menggaru kepala.
“Tak,
after all sekarang Yujeen pun part of the family.” Jade membalas.
Azizul, Adid dan Akid mengangguk kepala.
Yujeen
mengangguk kepala, matanya bersinar dan senyuman tersiung di bibirnya. Ajin di
meja makan memegang dada “Dem..jantung ini main lagu rock metal pula” dia
mengetap bibir.
***********************
R’AN yang sedang
berdiri di seberang jalan menutup mulut dengan telapak tangannya, nayawanya
bagaikan hendak terputus apabila matanya menangkap kelibatan Jade, Azizul, Adid
dan Akid yang sedang memanjat bangunan bagaikan spiderman.
Bila
Jade melompat dari dari satu ketinggian ke tinggian lain R’an terjerit kecil.
“Relak Yang, dia orang dah biasa tu” Chip menepuk badan R’an.
“Sejak
bila dia orang jadi belajar Pakour?” R’an bertanya tanpa mengalihkan pandangan
matanya.
“Lama
dah, kami bertiga pun boleh Pakour.” R’an trus mengalihkan pandangan pada wajah
Chip. Lama dia memandang sebelum mengalihkan pandangan pada kembali pada empat
susuk tubuh yang sedang memanjat bangunan di seberang jalan.
“Sejak
bila?” dia menyoal dingin.
“Lama
dah” Chip membalas.
“Siapa
yang ajar?”
“Along,
Angah dan Alang” Ajin menjawab.
“Emm..
tanpa aku?” dia menjeling tajam budak bertiga yang sedang berdiri di tepinya.
“Kau
perempuan. Kalau apa-apa jadi macam mana?” Burn menyampuk.
“Aha..
betul lah, kalau apa-apa jadi macam mana?” Chip mengangguk.
“Habis
kalau apa-apa jadi pada korang pula macam mana?” dia bertanya dalam nada geram.
“Errkk..”
Yujeen
tersenyum, dia berasa kagum melihat Jade, Azizul, Adid dan Akid yang sedang
melompat dari satu aras ke satu aras dalam masa yang sama dia tersenyum melihat
gelagat R’an, Chip, Ajin dan Burn yang sedang bergaduh manja.
“Cool” dia berkata perlahan.
“Ya,
sangat cool” Ajin mengiyakan.
“Ahhh…
Along sampai dulu lah” Chip bersorak apabila kelihatan Azizul yang sedang
berdiri sambil mengangkat tangan di atas aras bangunan St Peter’s Church iaitu
bangunan paling tinggi di Falcon Avenue. Selang beberapa minit kelihat beberapa
susuk tubuh muncul di atas bangunan. Dari jauh kelihatan Azizul dan Adid
memeluk mereka manakala Jade dan Akid berjebat tangan.
“Itu
siapa?” R’an bertanya sambil mengalihkan pandangan pada Chip.
“Rasanya
kawan Along dengan Angah kot” Chip menjawab.
“Yang”
suara Azizul memanggil R’an yang berdiri di sebelah jalan. Jejaka itu
melambaikan tangan memanggil adik-adiknya.
“Jom”
Chip menarik tangan R’an.
“Jom
ikut sekali Yujeen” R’an menarik Yujeen yang sedang berdiri di belakang.
“Hey dude, meet my sister and brothers”
Azizul memperkenalkan R’an pada seorang lelaki tinggi yang sedang berambut
merah.
“Beautiful” dia memuji R’an.
“She is taken” Adid berkata sambil
memeluk bahu R’an.
“Really?” jejaka rambut merah itu
bertanya dengan nada terkejut.
“Yes and she is mine” Jade menjawab.
“Gosh.. lucky dude” dia menumbuk bahu
Jade.
“Yang,
ini Steven” Azizul memperkenalkan jejaka berambut merah.
“Ini
Max, Alex, Drew” Azizul memperkenalkan mereka yang lain.
“This is R’an, Chip, Ajin, Burn and Yujeen”
Adid memperkenalkan seorang-seorang.
“Nice to meet you fellas” Steven berkata
sambil membuka topi di kepalanya.
“Dude, wanna stop by at Vennel Steps
tomorrow?” Drew bertanya. Azizul di sebelah mengangguk laju.
“Korang
bertiga tag along dengan kami, okey.”
Azizul bersuara sambil mengalihkan pandangan pada Chip, Ajin dan Burn.
“Yang
esok lepak dengan Yujeen tau” Adid berkata sambil memeluk bahu R’an.
R’an
tarik nafas sedalam yang mampu, kepalanya di anggukkan. “Sangat tak adil” dia
bebel perlahan. Jade yang berdiri di sebelah Akid ketawa perlahan melihat muka
kurang puas hati R’an.
“Kenapa
comel sangat adik kau ini Akid?” dia bertanya Akid.
“Sebab
dia adik aku lah dia comel” Akid berkata sambil menjeling, Jade ketawa
perlahan.
*********************
“YAN…” Akid menekup
mulut Ajin. Ajin meronta sebelum Akid mengeraskan pelukkan di leher Ajin.
“Diam!” Akid menghadiahkan Ajin satu pandangan tajam. Ajin mengangguk kepala .
“Kenapa
Alang tekup mulut Ajin?” Ajin mengetap bibir.
“Sebab
Ajin cuba nak kacau daun Jade dan Yang” Akid membalas.
“Maksud
Alang?” Ajin bertanya sambil berjalan seiring dengan Akid.
“Alang
nak bagi si Jade dating dengan Yang”
Adid di hadapan menyampuk.
“Oooo..”
Ajin mengangguk kepala.
“Ini
kenapa nak panggil si Yang?” Akid bertanya sambil memeluk bahu Ajin.
“Tu..”
Ajin menjuih bibir pada Yujeen yang sedang berjalan berantaraan Chip dan Burn.
“Kenapa?”
Akid menyoal pelik.
“Alang
tengok lah dah pukul berapa ini? Dah nak masuk pukul satu pagi, macam mana dia
nak balik?” Ajin berkata sambil matanya menjeling memandang Yujeen.
“Ala..
ada cab kan, nanti call lah” Akid membalas.
Ajin
mengalihkan pandangan pada Akid di sebelah “iisshh tak akan nak suruh dia naik cab
tengah malam” Ajin menggeleng kepala.
“Kenapa?”
Akid menjungkit kening.
“Dia
perempuan kot macam Yang” Ajin di sebelah menjeling.
“Oooo..
kalau macam itu suruh dia tidur dengan Yang lah” Akid mencadangkan kepada
adiknya.
“Errk..”
Ajin tersentak.
“Ajin
tidur rumah Jade lah kalau macam tu” Ajin mengomel perlahan.
Akid
menyembunyikan senyuman yang mula terukir di wajahnya. “Aiikkk.. kenapa nak
tidur rumah Jade pula?” dia bertanya.
“Saja.
Nak main game” Ajin membalas perlahan.
“Oooo..
main game. Along ingat pasal Ajin nak mengelak dari Yujeen” Azizul yang
berjalan di sebelah Adid menyampuk.
“Apa
pula?” Ajin bertanya dengan nada kurang puas hati.
“Kalau
macam tu biar Along test si Yujeen lah. Boleh?” Azizul bertanya sambil
menjungkit kening.
“Mana
boleh!” Ajin membalas sepontan.
“Hahaha!!
Wey Akid kau ada bau benda terbakar tak?” Azizul bertanya Akid di belakang.
“Aha..
ada lah, bau terbakar dari sebelah aku laa” Akid menjawab sambil menghidu Ajin.
“Eeyy..ntah
apa-apa jer” Adid mencemik geram. Azizul, Adid dan Akid terus ketawa melihat
riak wajah Ajin.
“Perlahan-lahan kayuh Ajin” Akid menepuk bahu
Ajin.
“Jangan
mengarut laa Alang” Ajin membalas geram. Azizul dan Adid di hadapan makin galak
ketawa melihat wajah Ajin yang mula bertukar warna.
Jade
yang sedang berjalan dengan R’an mengerut dahi. “ Apa yang dia orang ketawa kat
sana?” dia bertanya R’an.
“Ehhh..kejap
Yang tanyakan” R’an membuka langkah ke arah Azizul.
“Errkk…
tak perlu” Jade menarik hood sweater R’an.
R’an
ketawa kecil sambil menggeleng kepala.”Ingatkan nak tau” dia mengusik Jade.
“Mentang-mentang
semua hero dia ada sini, dia dok mengada
ea?” Jade menutup kepala R’an dengan hood. R’an ketawa sambil menolak tangan
Jade.
“Sweet lah dia orang berdua” Yujeen yang
sedang berjalan di tengah-tengah Burn dan Chip bersuara. Burn mengangguk
kepala.
“Mesti
lah sweet. Kalau tak kami sour kan hidup dia” Chip membalas.
“Korang
ini garang lah” Yujeen menyampuk.
“Mesti
lah. Sebab bukan senang kami nak share
budak kecik tu dengan Jade” jawapan Burn itu membuatkan Yujeen ketawa.
***********************
3 comments:
amboi
siap buat gathering
sorry writer, all this while am only a silent reader. rarely leave a comment!!
but seriously, i love your story. the way you blend it all together. really sweet..
keep it up!
Thank you to all :)
May Allah Bless
Post a Comment