Monday, November 30, 2015

Graviti 19

PUAN ZARYN duduk di atas katil bersama anak daranya, perlahan dia menyikat rambut ikal mayang milik anak gadisnya itu. “Yang” dia memanggil R’an.
            “Ya mak” R’an menyahut lembut.
            “Nanti dah nikah Yang kena dengar cakap Jade, sebab lepas ini Jade adalah tiket untuk Yang masuk syurga” Puan Zaryn bersuara dari belakang. R’an mengangguk kepala.
            “Kalau esok-esok bertengkar atau bergaduh jangan panjang-panjangkan, selesai dengan cara elok. Kalau boleh bila bergaduh, jangan sesekali cerai tempat tidur. Makan minum Jade, Yang kena sentiasa jaga, setiap kali nak keluar minta izin suami dan jangan lupa solat berjemaah. Salam suami bila suami nak keluar rumah atau bila Yang nak keluar rumah.” Puan Zaryn menyampaikan nasihat buat anak gadisnya.
            “Kalau rasa ada masalah, tak boleh selesai jangan pendam-pendam, jangan buat keputusan terburu-buru ingat kami semua ada. Mak nak pesan benda paling penting, hal rumah tangga sentiasa simpan sebagai rahsia, jangan sesekali buka aib suami atau burukkan suami” Puan Zaryn mengikat rambut R’an yang telah siap didandan.
            “Insya Allah mak, Yang akan sentiasa ingat nasihat mak.” R’an memeluk lama tubuh Puan Zaryn.
            “Mak sayang Yang” Puan Zaryn membalas pelukkan R’an.
            “Sayang mak juga. Terima kasih mak” R’an menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Puan Zaryn.
            “Dah ready untuk tinggalkan abah dan mak esok?” Puan Zaryn mengusik anak gadis yang berada dalam pelukkannya.
            “Eeeyy.. nak tinggal apa? Macam lah rumah umi dan rumah mak jauh sangat” R’an mengeratkan pelukkan di badan Puan Zaryn.
            “Mak maksudkan dah ready tak nak jadi anak Acik Irah mula dari esok?” Puan Zaryn bertanya perlahan.
            “Yang tetap anak mak, abah, mama, papa, ibu dan ayah. Cuma mulai esok akan ada penambahan umi dan walid dalam hidup Yang.” Puan Zaryn mengeratkan pelukan di tubuh anaknya.
            “Anak mak dah besar” Puan Zaryn bisik perlahan.
*******************
JADE tarik nafas, ntah kenapa pada saat ini ketika dia sedang duduk berhadapan dengan Azizul, Adid, Akid, Chip, Burn dan Ajin, dia terasa bagaikan ususnya memulas, dadanya berdebar-debar.
            “Kau okey?” Adid menyoal Jade.
            “Okey” dia menjawab sambil mengangguk kepala.
            “Bagus” Adid membalas.
            “Ehemm” Azizul berdehem. Jade tarik nafas sehingga dia terasa paru-parunya bagaikan hendak meletup.
            “Kami sebenarnya panggil kau ke sini sebab nak cakap sikit” Azizul memulakan mukadimah. Jade mengangguk kepala.
            “Esok kau akan nikah dengan adik kami” Azizul memandang lama wajah Jade. Jade hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Azizul.
            “Kami kenal kau lama, dari zaman kau minum botol susu lagi” Azizul ketawa kecil, Jade di depan tarik senyuman.
            “Esok bila kau dah nikah dengan adik kami, kami harap kau jaga adik kami elok-elok. Kalau ada salah silap dia tegur dia elok-elok, bimbing dia dengan cara yang betul. Kami percaya kau akan jaga adik kami lebih dari kami jaga dia” suara Azizul menjadi serak, dia berdehem perlahan.
            “Kalau satu hari kau rasa berat, kau rasa ksih sayang kau terhadap adik kami dah tak ada kami harap kau hantar balik.. bagi balik adik kami dengan cara elok. Jangan kau sakitkan dia sebab bila dia sakit aku akan sakit, budak bertiga tu lagi rasa sakit, Adid dan Akid pun akan rasa sakit juga” mata Azizul memandang wajah Jade yang sedang duduk bertentangan dengannya.
            “Insya Allah, aku akan sayang dia selagi aku mampu, selagi jantung aku berdengup selagi itu cinta aku pada dia tak akan pudar. In Allah’s will, aku akan jaga dia mungkin tak seperti korang. Bab nak hantar balik nak bagi balik sorry Jijo, aku tak akan sesekali bagi Raihan Nasuha balik pada korang selagi aku masih hidup sebab selagi jantung aku berdengup selagi itu cinta aku pada dia tak akan mati” mata Jade memandang enam pasang mata yang duduk di hadapannya.
            Azizul mengangguk kepala. “Bagus lah kalau macam tu. Aku cuma nak pesan satu jangan sekali-kali ada niat nak sakitkan si Yang, kalau kau sakitkan adik kami, kam..”
            “Kami akan bunuh kau” Burn tiba-tiba menyampuk. Semua kepala di sana menghala ke arah Burn.
            “Aku boleh tolak ansur dalam semua hal dan benda , tapi kalau kau sakitkan Yang aku akan bunuh kau” Burn mengulang sekali lagi kali ini dalam nada yang tegas. Chip di sebelah mengangguk kepala manakala Ajin pula menepuk bahu Burn.
            “Then it is a deal” Jade membalas sambil senyum.
****************
R’AN memandang cermin, lama dia tenung wajahnya yang telah disolek nipis. Jubah panjang berwarna ivory terletak elok di tubuhnya sedondon dengan warna tudungnya, perlahan tangannya mengusap tudung yang telah di pin dengan kemas.
            “Cantiknya Yang” kedengaran suara Chip dari muka pintu.
            “Eeyyy.. pergi duduk bawah lah Chip” Yujeen yang sedang berdiri di sebelah R’an menghalau Chip turun.
            “Sibuk betul amoi ni, biar lah kami nak duduk dengan Yang” Ajin yang berdiri di belakang Chip menghadiahkan Yujeen sebuah jelingan tajam.
            “Dia orang selalu macam ini ker aunty?” Yujeen bertanya pada Puan Safina, ibu Chip yang sedang duduk bersila di atas permaidani.
            “ Ini baru sikit Yujeen, kalau dulu lagi teruk. Hilang sikit si Yang mula lah kecoh mereka bertiga ini” Puan Safina ketawa.
            “Apa ini ibu!!” Ajin duduk di sebelah Puan Safina.
            “Apa yang apa? Betul tak ibu cakap?” Puan Safina menjungkit kening.
            “Siapa tak sayang adik? Sebab sayang lah kami sentiasa kena bersama” Ajin menyandar di bahu Puan Safina.
            “Azim Najmi!! Turun bawah, apa yang kamu menempel di atas ini?” Puan Aneesa yang sedang melangkah masuk ke bilik R’an menegur anak terunanya.
            “Aiikk.. kenapa tak boleh ker?” Ajin mencemik bibir.
            “Aha.. kenapa kami tak boleh duduk sini?” Chip yang masih berdiri di pintu bertanya.
            “Ya Rabbi!! Ini seorang lagi, jangan sampai mama piat telinga kamu berdua!! Turun bawah sekarang!” Puan Aneesa membulatkan mata.
            “Errrk..”
            “Turun sekarang Syafie Zarif!! Azim Najmi!!” Puan Aneesa menarik telinga anak-anak terunanya. R’an yang sedang duduk di atas bangku meja solek terus berdiri dan menghalang Puan Aneesa dari terus menarik telinga Chip dan Ajin.
            “Mama.. sakit lah Ajin dengan Chip nanti” R’an berdiri di hadapan budak berdua yang sedang menayang sengih.
            “Ini seorang lagi” Puan Aneesa mencubit perlahan pipi R’an.
            “Errkk.. okey!! okey!! kami turun. Jangan cubit Yang” Chip mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Dengan pantas Chip dan Ajin terus melangkah turun tangga. Puan Aneesa menggeleng kepala, Puan Safina terus ketawa.
            “Mama ini tak baik tau” R’an turut ketawa.
            “Hari ini pun dia orang nak berkepit. Selamat si Burn keluar dengan Ayong dan Achik, kalau tak dengan dia sekali nak menempel di sini” Puan Aneesa menggeleng kepala.
            “Tak boleh nak berenggang langsung” Puan Safina menyambung.
            “Biar lah mama.” R’an back up Chip, Ajin dan Burn.
            “Mana boleh, nanti Yang dah kahwin dia orang kena belajar hidup tanpa Yang” Puan Aneesa bersuara.
            “Tak perlu sampai macam tu mama, dia orang sebahagian dari Yang” R’an memandang wajah Puan Aneesa.
            “Jade…”
            “Jade cakap dia bukan sahaja kahwin dengan Raihan Nasuha, tapi dia kahwin dengan keluarga dan kehidupan Raihan Nasuha juga. Kehidupan R’an kehidupan dia juga, sama juga untuk R’an, kehidupan Jade kehidupan R’an juga” Puan Nazirah menyampuk dari muka pintu. R’an mengangguk kepala.
            “Masuk lah kak” Puan Aneesa menjemput Puan Nazirah masuk ke bilik pengantin. Puan Safina dan Puan Aneesa bersalaman dengan Puan Nazirah. Puan Zaryn yang sedang menatang dulang berisi minuman melangkah masuk ke bilik.
            “Minum lah” Puan Zaryn mempelawa semua yang berada di dalam bilik.
**
            Jade menepuk dada, cuba meredakan debaran di dada. “Come on Muhammad Zaid Ashraf you can do it!” dia memberi kata semangat pada dirinya sendiri.
            “Masuk lah” Dr.Ziyad menolak lembut badan anaknya. Jade tarik nafas, tiba-tiba dia menjadi gemuruh.
            “Relax” Adid yang berdiri di muka pintu memberi kata semangat kepada bakal adik iparnya.
            “Cuak laa wey!!” Jade bisik perlahan. Adid ketawa kecil, “aku dah lepas” dia membalas perlahan.
            “Diam lah!!” Jade menyepak kaki Adid.
            “Duduk lah” Akid mempelawa Jade untuk duduk di tengah-tengah rumah berhadapan dengan tok kadi.
            “Wey, Jijo mana?” Jade menyoal Akid.
            “Ada sini” Azizul menepuk bahu Jade dari belakang.
            “Ingat kau hilang” jejaka yang memakai berbaju melayu warna Ivory dan bersampin hitam itu mengusik Azizul.
            “Assalamualaikum Jade” Encik Johan menepuk bahu Jade.
            “Waalaikumsalam” dia menjawab sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bakal bapa mertuanya.
            “Abah nak cakap sikit boleh sebelum kita mulakan majlis.” Encik Johan bertanya pada Jade.
            “Boleh abah” Jade mengangguk kepala.
            “Emm.. macam ini, abah sekejap lagi nak serahkan anak abah pada kamu, anak abah itu bakal menjadi amanah kamu. Abah minta sangat pada kamu jagalah anak abah elok-elok, didik dia, bimbing dia. Kalau dia buat salah tegur dia. Anak abah tu manja orang dia, kalau ada kekurangan dia abah mohon kamu bertolak ansur lah dengan dia” Encik Johan berkata perlahan sambil memaut bahu Jade.
            “Insya Allah abah, saya akan jaga amanah abah. Terima kasih sebab sudi bagi anak abah pada saya” Jade memeluk Encik Johan.
            “Abah” Azizul memanggil Encik Johan.
            “Ya”
            “Tok kadi tanya boleh mulakan majlis tak?” Azizul bertanya.
            “Boleh.. boleh” Encik Johan duduk diikuti dengan Jade.
**
            Encik Johan memandang Jade lama sebelum nafasnya di tarik sedalam mungkin, tok kadi mengangguk kepala. “Aku nikahkan anak kandungku, Raihan Nasuha binti Muhammad Johan dengan engkau Muhammad Zaid Ashraf bin Muhammad Ziyad dengan mas kahwinya sebanyak dua puluh empat ringgit tunai”. R’an yang sedang duduk bersimpuh tersentak, apabila telinganya mendengar suara serak Encik Johan. Dia mengangkat kepala dan lama matanya memandang Encik Johan yang sedang berjabat tangan dengan Jade.
            “"Aku terima nikah Raihan Nasuha binti Muhammad Johan dengan mas kahwinnya dua puluh empat ringgit tunai" Jade melafaz akad senafas.
            “Sah? Sah?” kedengaran suara Tok Kadi bertanya kepada saksi. Kedengaran orang menyahut dan membalas dengan perkataan “sah”.
            Tubir mata R’an menjadi panas, air matanya bertakung. Puan Zaryn mengusap perlahan tangan anaknya. Hatinya menjadi sayu apabila abahnya menikahkannya sebentar tadi.
            “Mak” dia memanggil Puan Zaryn yang sedang duduk di sebelah.
            “Mak tahu abah yang nak nikahkan Yang?” dia bertanya lembut. Puan Zaryn mengangguk kepala.
            “Yang adalah kebanggaan abah, Yang adalah segalanya untuk abah” Puan Zaryn memandang anak gadisnya yang kini telah menjadi milik orang lain.
********************
JADE berdiri di depan pintu bersama R’an, satu-persatu tetamu di sapa oleh mereka berdua. Tangan di hulur untuk bersalaman.Perlahan Jade menggengam tangan R’an, dia masih tidak percaya bahwa setengah jam tadi mereka berdua telah sah bergelar suami isteri. Sebaik sahaja habis solat sunat dua rakaat dan majlis membatalkan air sembahyang kini mereka berdua berdiri bersama-sama sambil melayan tetamu.
            “Yang” Jade memanggil isterinya.
            “Ya” R’an menyahut sambil mendongak kepala memandang suaminya.
            Lama Jade merenung mata R’an yang berbulu mata lentik itu. “Jom” dia menarik tangan R’an dan kakinya melangkah menuju ke arah sekumpulan Azizul.
            “Jijo” dia memanggil Azizul.
            Azizul menjungkit kening. “Ya adik iparku” Azizul menyahut sambil tersenyum.
            “Minta kunci kereta” Jade menadah tangan. Azizul mengerut dahi sambil tangannya di seluk ke dalam kocek baju melayu.
            “Nak pergi mana?” dia menyoal Jade yang kini sedang menggengam tangan adiknya dengan tangan kiri dan kunci keretanya dengan tangan kanan.
            “Dating” dia menjawab sepatah , sebelum menarik R’an ke pintu pagar. Azizul tersenyap sesaat melihat Jade dan R’an yang berbaju pengantin membolos diri ke dalam kereta yang terpakir elok di luar rumahnya.
            “Dia nak ke mana tu?” Akid yang sedang menatang dulang menyaol Azizul.
            “Dia kata dating” Azizul menjawab dalam nada blur.
            “Oooo.. dating” Akid senyap sesaat. “ Dating apanya? Kita nak jawab apa kalau mem-mem dan bos-bos tanya nanti?” Akid menyoal Azizul dengan nada cemas.
            “Aku tak tahu” Azizul membalas sambil menggeleng kepala. Akid menepuk dahi.
            “Masak laaa kita Jijo ooii” Akid melangkah sambil menggeleng kepala. Azizul memicit pelipis kepala.
**
            “Kita nak pergi mana?”  R’an yang sedang duduk di sebelah Jade bertanya.
            “Movie” Jade yang sedang memandu membalas.
            “Movie?? Dengan pakai macam ini?” R’an memandang muka Jade yang sedang memandu sambil tersenyum.
            “Apa salah dia kalau ke movie pakai macam ini?” Jade menyoal R’an yang sedang mengetap bibir.
            “Nampak tak ini” R’an menunding jari pada mutiara yang terlilit cantik di kepalanya.
            “Nampak. Kenapa?” Jade menjungkit kening.
            “Tak nak lah pergi dengan pakai macam ini?” R’an mengetap bibir.
            “Sayang, Jade pun pakai sampin. Selamat sayang tak pakai veil kalau tak dengan veil tu kita pergi movie” Jade mengenyit mata. Jari R”an pantas mengetam lengan Jade.
            “Aucchh!!” Jade mengaduh perlahan. R’an mengusap lengan Jade.
            Sampai di pusat membeli-belah, Jade terus meletakkan kereta. Tangan R’an di genggam dan dia melangkah menuju ke escalator. Perlahan dia ketawa apabila matanya menangkap pipi R’an yang bertukar rona warna.
            “Malu ea?” dia berbisik.
            “Malu lah, orang semua tengah perhatikan kita” R’an menjawab perlahan.
            “Ala.. apa yang nak dimalukan, kita bukan buat dosa pun” Jade meletakkan dagu di atas kepala R”an yang sedang beratur untuk membeli tiket.
            “Excorsit nak?” Jade memberi cadangan. R’an menggeleng kepala, “sendiri yang soal, sendiri yang jawab ea” R’an mengusik Jade.
            “Nak tak?” Jade bertanya sambil tangannya mencubit pipi R’an. R’an mengangguk kepala. Sedang mereka mengusik satu sama lain tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang.
            “Excuse me, are you doing photoshoot here?” wanita India yang memakai baju Punjabi bertanya.
            “No” Jade menjawab, R’an menggeleng kepala.
            “But you are wearing baju pengantin” rakan lelaki wanita itu pula menegur.
            “Ohh.. kami baru habis majlis nikah” Jade menjawab sambil memeluk pinggang R’an.
            “Really? Congrats” mereka mengucapkan tahniah. Ntah dari mana muncul sekumpulan manusia yang ingin bergambar bersama Jade dan R’an. Jade dan R’an tidak menghampakan permintaan orang-orang disekeliling untuk bergambar. Mereka tidak berkira untuk berkongsi hari bahagia mereka dengan bergambar.
            “Very rare pengantin datang movie dengan baju pengantin” lelaki itu berkata dalam nada yang kagum.
            “Kami cabut dari majlis kami abang. Sebab itu boleh end up kat sini” Jade membalas sambil ketawa.
            Jade memandang R’an yang sedang tersenyum. “Terima kasih sayang” dia ucap perlahan selepas membeli tiket wayang.
            “Terima kasih?” R’an membuat muka pelik.
            “Sebab sanggup ikut idea gila tengok movie dengan pakai baju pengantin” Jade menggaru kepala.
            “Sebab sayang hamba turutkan” R’an memabalas sambil ketawa. Muhammad Zaid Ashraf memeluk erat pinggang Raihan Nasuha, sampai sekarang dia masih tidak percaya gadis bertoncang dua yang dicium dahulu adalah isterinya sekarang.
            “Yang, jom masuk” Jade menolak badan R’an yang cantik berbaju pengantin ke pawagam, ramai penonton yang memandang mereka dan kedengaran bunyi mereka berbisik.
            “Malu laa sayang” R’an bisik perlahan, Jade menggeleng kepala sambil mengeratkan pelukkan ke pinggang R’an.
            “Jom” dia tarik tangan R’an ke kerusi yang terletak di barisan hujung.
            “Errkk.. couple seat?” R’an memandang Jade.
            Jade mengangguk laju, “Ini sebab Jade heret Yang datang movie, sebab nak duduk couple seat” Jade menggaru kepala menahan rasa malu.
            R’an yang masih berdiri merenung lama wajah Jade. “Jade tak pernah rasa duduk couple seat dengan sesiapa sebab dari dulu Jade dah nekad untuk jadikan Yang isteri Jade sebab Yang  first love Jade” Jade menyambung sambil matanya memandang mata R’an.
            R’an yang sedang berdiri menghadap Jade menjungkit kaki dan dengan pantas dia mencium pipi Jade. Tiba-tiba kedengaran bunyi tepukkan gemuruh, R’an menyembunyikan mukanya di dada Jade.
            “She is my first love and we just get married” Jade berkata dengan nada yang kuat. Penonton-penontan yang sedang sedang duduk dan yang baru sedang mengambil tempat duduk masing-masing bersorak kuat mendengar pengakuan Jade.
            “Congrats bro!!” dari belakang kedengaran bunyi orang menjerit.
            “Selamat pengantin baru” ada suara sekumpulan lelaki menjerit.
            “Jom” Jade duduk dan kemudian menarik R’an duduk di sebelahnya. Sepanjang tayangan Excorsit wajahnya terukir dengan senyuman sebab R’an tidak putus-putus memeluknya.
            “Bagus lah isteri Jade ini takut tengok cerita seram.” Dia ketawa sambil memeluk erat R’an yang berada di sisinya.
            “I love you sayang” Jade bisik pada R’an.
            “I love you too sayang” R’an membalas sambil mengeratkan pelukkan di badan Jade.

*****************

4 comments:

eija said...

Mak i tak pena di buat org.. Aduii gila btl jade nie..

MaY_LiN said...

huhuhu
memang osem la

Unknown said...

Sweet sangat diorg

Unknown said...

Sweet sangat diorg