Sunday, November 15, 2015

Graviti 17

JADE menongkat dagu sambil memandang R’an yang sedang membuat senarai uantuk majlis nikah mereka tidak lama lagi. “Yang” dia memanggil R’an.
            “Emmm” R’an menyahut sambil tangannya rancak menulis di atas helaian kertas A4 yang telah dilipat.
            “Betul tak nak buat majlis bertunang atau apa-apa?” Jade yang sedang menongkat dagu bertanya.
            “Tak payah majlis-masjlis tu, buang duit” R’an membalas tanpa mengangkat kepala.
            “Nanti ramai yang mula bercakap, lagi satu Yang tak nak ker memori-memori macam kawan-kawan yang lain?” Jade memandang wajah R’an.
            “Dari Yang bina memori dengan majlis-majlis macam tu, baik Yang suruh Jade simpan duit untuk pergi berjalan lepas nikah” R’an berkata sambil mengangkat muka melihat Jade yang sedang memandag menu.
            “Nak pergi mana?” Jade bertanya sambil tangannya melambai memanggil pelayan di Caffe Nero. Pelayan itu menunjukkan isyarat lima minit kerana dia terpaksa melayan ramai pengunjung. Jade menunjukkan isyarat ‘okey’ sebelum mengalihkan pandangan terhadap R’an.
            “Kita pusing Europe nak?” R’an bertanya sambil meletakkan pensel di atas kertas.
            “Good idea. Nanti kita pergi tengok aurora nak tak?” Jade menjungkit kening.
            “Mahal lah sayang” R’an menggeleng kepala. Jade yang sedang menogkat bahu terus menjatuhkan tangan ke atas meja.
            “Yang cakap apa? Ulang balik” Jade merapatkan badan ke meja.
            “Cakap apa? “ R’an memandang pelik muka Jade yang kelihatan bersinar-sinar.
            “Aha.. cakap apa tadi pasal nak tengok aurora” Jade mengigit bibir.
            “Yang cakap mahal lah.” R’an menggaru kepala.
            “Bukan-bukan perkataan last tu. Ulang balik ayat tadi” Jade menjungkit kening.
            “Mahal lah sayang” R’an mengigit bibir, mukanya bertukar menjadi merah gara-gara malu.
            “Yes.. that one. Sayang!! ” Jade memegang dada. “You make my day Yang” Jade mendepang tangan luas. R’an mencapai pensel yang terletak di atas meja dan terus dibaling pada Jade yang sedang ketawa.
            “Mengada” R’an mengigit bibir menahan malu.
            “Betul lah, Yang” Jade ketawa kecil. “Hey dude” Jade memanggil seorang lelaki yang memakai baju tee berwarna biru.
            “Hey” lelaki itu membalas lambaian Jade.
            “Do you know this lady call me sayang for the first time” Jade memberitahu lelaki itu dalam nada yang kuat.
            “Errkk..” R’an terasa sesuatu tercekik di tekaknya.
            “Say yang?” lelaki berbaju itu bertanya pelik.
            “It is not say yang, it is sa yangJade membetulkan sebutan lelaki itu.
            “What is that dude?” lelaki itu memandang wajah Jade.
            “It means love, she called me love for the first time” Jade ketawa.
            “Wow.. that is sweet. Lelaki itu tepuk tangan dan tanpa dijangka lelaki itu berdiri dari kerusinya dan dia meminta semua pengunjung memberi perhatian kepadanya.
            “Hey people, that lady loves that guy, fot the first time she called him sa yang which means love. Give them a big” lelaki berbaju biru itu bersorak kuat dan sesaat kemudian suasaan di Caffe Nero menjadi gamat dengan bunyi tepukkan orang ramai. Muka R’an berubah menjadi merah menyala , gadis itu terus menundukkan kepala. Jade yang sedang duduk di bertentangan dengannya ketawa tanpa henti.
            “I do love her too people, for your information I love her more then she loves me” Jade berdiri dan membuat pengakuan berani mati di Caffe Nero. Makin kuat soarakkan dan tepukkan  pengunjung kafe apabila mereka mendengar kata-kata Jade tadi.
***********************
CHIP menggeleng kepala mendengar cerita R’an mengenai apa yang berlaku di Caffe Nero, Ajin di sebelah ketawa siap bertepuk tangan dengan Jade.
            “Ketawa lah, ketawa” R’an menarik muka masam. Chip memeluk bahu R’an dengan manja.
            “Bila lagi Jade nak usik Yang, nanti dia dah lapor diri jadi HO tak ada lah yang nak usik Yang” Chip memujuk R’an.
            “Ala.. kalau Jade sibuk, Yang lepak sini lah. Lain lah kalau korang nak sewakan bilik tu” R’an menjuihkan bibir ke arah bilik tidurnya.
            “Dowh!! Siapa nak bagi sewa. Itu bilik Yang, nanti kalau Jade buli Yang atau Jade gaduh dengan Yang, terus datang sini. Faham!!” Ajin mencubit pipi R’an.
            Walaupun masing-masing cuba berlagak “semua okey” namun hanya Allah sahaja tau gelora dan rasa sedih yang bertandang dalam hati. Raihan Nasuha yang selama ini menjadi milik mereka kini bakal menjadi milik Jade.
            “Aku ikat dia dekat rumah aku nanti bila aku nak buli dia” Jade ketawa. Ajin di sebelah terus menendang kaki Jade dengan kuat.
            “Kau jangan nak mengada faham. Ada hati nak buli girlfriend aku. Eeeyyy.. siap kau nanti” Ajin mengetap bibir, sebelah tangannya melindungi R’an yang berada di sebelah kirinya. Jade di sebelah makin galak ketawa melihat reaksi Ajin.
            “Ajin” R’an memanggil Ajin.
            Ajin pusing memandang R’an, dengan pantas gadis itu memeluk Ajin dengan erat. “ I will be okey, kalau Jade buli Yang, Ajin orang pertama Yang datang cari. Okey?” dia bersuara. Ajin mengangguk kepala.
            “You better be careful” Ajin menjelir lidah pada Jade.
**
            R’an berjalan ke muka pintu bersama Jade, “sorry” R’an memohon maaf pada Jade.
            “Sorry!!  Kenapa?” Jade memandang wajah R’an.
            “Ajin memang macam tu dari kecil, dia tak boleh kalau ada orang nak buli Yang” R’an berkata sambil menyandarkan tubuh ke pintu.
            “Tak ada apa-apa yang perlu sorry, I am proud of him and grateful there are people who love you” Jade membalas.
            “Apa maksud Jade?” R’an menyoal Jade.
            “Ajin, Chip dan Burn dia orang sanggup masuk penjara kalau ada yang nak sakitkan Yang. Maka Jade kena berbanggalah dengan dia orang sebab kalau apa-apa jadi pada Jade they are there to protect you and love you.” Jade membalas sambil mengenyit mata.
            “Apa cakap merapu ini” R’an menarik muka geram.
            “Tak lah, Jade cakap benda yang betul. Kalau satu hari apa-apa terjadi dengan Jade ingat Yang ada mereka untuk bersandar.” Jade menarik hood sweater ke kepala.
            “Jade balik dulu, Yang jangan lupa esok tolong masakkan nasi daging untuk Jade tau” Jade bersuara sambil menghadiahkan senyuman pada R’an yang sedang memandang dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan.
            “Jade” R’an memanggil. Jade yang sedang melangkah berpaling.
            “ Balik elok-elok” dia memesan, Jade mengangguk kepala dan berjalan ke blok sebelah. R’an berdiri di pintu sehingga bayangan Jade hilang dari pandangan matanya.
**********************
AIRIS gadis yang berasal dari Perak berdiri di tepi R’an, matanya memerhatikan R’an yang sedang mencuci beras di sinki.
            “Kau nak aku tolong apa-apa tak?” Airis bertanya.
            R’an menggeleng kepala “tak apa, terima kasih. Kau duduk lah minum dulu” R’an berkata sambil meletakkan beras yang telah dicuci ke tepi.
            “Kau nak buat apa dengan minyak ini?” Airis bertanya sambil memerhatikan R’an yang masukkan minyak zaitun ke dalam periuk.
            “Nak tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,  halia, bawang putih, serai dan bawang besar” R’an berkata sambil masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk untuk ditumis.
            “Wahh!! Wanginya R’an” Airis bersuara teruja sambil mendekatkan diri dengan R’an.
            “Bahan tumis ini wangi sebab halia dan bawang putih ini aku dah kisar, kalau tumis macam itu dia kurang wangi” R’an berkata sambil menumis kesemua bahan sehingga menjadi perang kemasaan. Kemudian dia masukkan rempah daging dan rempah kurma yang telah dijadikan pes sebelum masukkan tomato puri dan dikacau sehingga masak dengan sebati. Daging yang direbus separuh masak pada awal tadi dimasukkan sekali sebelum digaul bersama beras yang telah dicuci.
            “Haa.. macam ini jer?” Airis bertanya dengan nada tidak percaya.
            R’an ketawa perlahan, “tak lah, lepas ini kena tambahkan sedikit air rebusan daging, air secukupnya, daun pandan dan garam secukup rasa. Lepas itu masak macam biasa” R’an menjelaskan pada Airis.
            “Terkejut aku bila kau tutupkan api lepas masuk dan gaulkan beras tadi. Aku ingat kau dah siap masak.” Airis ketawa kecil.
            “Mana ada, masih beras tu, kena tunggu dia masak dulu. Aku masak dalam periuk nasi tu” R’an menjuihkan bibir ke arah periuk nasi yang terletak di kabinet.
            “Airis, boleh tolong aku tutupkan api dan toskan bawang goreng dari kuali tu?” R’an meminta  pertolongan Airis.
            “Boleh sangat R’an. Segan aku dari tadi tak buat apa, asyik memerhatikan kau jer” Airis melangkah ke arah kuali.
            “Ala.. bukan benda susah, aku dah biasa masak seorang-seorang di dapur, nak mengharapkan Chip dan Ajin memang tak lah” R’an ketawa.
            “Bertuah si Jade tu, kalau Nazri memang kena cari kat kedai lah sebab aku mana tau masak macam kau” Airis ketawa sambil menceritakan pada R’an.
            “Ala belajar dari R’an lah Ris sebelum kita balik Malaysia” kedengaran suara Nazri menyampuk dari ambang pintu dapur.
            “Errkk.. apa ini masuk dapur lepas tu pasang telinga dengar cerita hal-hal perempuan” Airis mencebik geram.
            “Bukan I tak tau yang you tak tau masak Ris sayang” Nazri mengusik Airis si buah hatinya.
            “Tengok R’an, sempat lagi dia kutuk-kutuk aku” Airis menghadiahkan Nazri yang sedang ketawa dengan jelingan tajam. R’an menggeleng kepala sambil tersenyum.
            “Cha, apa yang kau buat sini?” Jade yang melangkah keluar dari bilik Chip menegur Nazri.
            “Aku datang tengok apa awek aku buat kat dapur, tapi serius Jade memang bakal orang rumah kau pandai masak” Nazri memuji R’an.
            “Well.. sila tengok adik siapa” kedengaran Chip menyampuk dari belakang.
            “Haa.. muncul pun Chip. Dari tadi aku dah sampai apa yang membuta sampai ke tengah hari?” Nazri menggeleng kepala melihat rambut Chip yang masih basah. “Ajin mana?” dia menyoal Chip sambil matanya mencari kelibatan Ajin.
            “Ajin ke Waverley kutip si Burn” Chip berkata sebelum melangkah ke dapur.
            “Yang kopi” Chip bertanya sambil berdiri memeluk bahu R’an yang sedang membuat air asam untuk dimakan bersama nasi daging.
            “Atas meja” gadis itu menjawab tanpa berpaling.
            “Terima kasih” Chip menghadiahkan sebuah ciuman di pipi R’an.
            “Bawa mug pergi duduk depan” R’an mengarahkan Chip yang baru hendak duduk di kerusi meja makan.
            “Ala.. Yan..”
            “Depan Syafie Zarif” R’an berkata sambil mengecilkan mata. Chip ketawa perlahan sebelum melangkah keluar ke ruang tamu.
            “Best lah kau R’an, walaupun kena campak jauh masih ada orang yang jaga” Airis berkata dengan nada sedikit cemburu. R’an hanya tersenyum mendengar kata-kata Airis.
            Bukan pertama kali R’an mendengar orang bercakap begini kepada dia, sudah acap kali. Pada R’an dia menganggap itu sebagai pujian walaupun kadang-kadang pujian itu kedengaraan seperti nada cemburu.
            “Mana yang lain?” R’an menukar topic.
            “Mungkin dalam perjalanan ke sini” Airis menjawab. “R’an bawang goreng ini nak buat apa?” Airis menyoal sambil membawa pinggan berisi bawang goreng ke meja.
            “Bawang goreng tu nanti kita taburkan atas nasi daging dengan daun ketumbar dan dawan bawang” R’an menajwab sambil meletakkan mangkuk berisi air asam di atas meja.
            “Waa.. tak sabarlah aku nak makan R’an” Airis bersuara teruja.
            “Nanti makan kenyang-kenyang Airis, lepas tu komen sedap atau tak, okey” R’an ketawa sambil menyusun pinggan kertas di atas meja.
            “Harus lah Cik R’an ooiii” Airis mengangguk kepala
            “Yang” Jade memanggil R’an.
            “Ya” R’an melangkah ke ruang tamu bersama Airis.
            “Ini budak-budak lain dah sampai” Jade bersuara sebaik R’an keluar ke ruang tamu. Kelihatan sepuluh orang rakan-rakan Jade yang sedang duduk, ada yang duduk di sofa, ada yang sedang bersila di karpet.
            “Emm.. Jade” R’an memanggil Jade.
            “Ya” Jade menyahut sambil melangkah ke arah gadis yang sedang memakai seluar pajang dan baju blouse berlengan tiga suku.
            “Boleh tak minta Chip tolak sofa ke dinding, kita suruh semua duduk atas karpet boleh?” R’an bersuara perlahan.
            “Good idea” Jade memuji sambil mengangguk kepala.
            “Meja makan kita tarik ke dinding sini” R’an menujukkan jari ke dinding
            “Okey” Jade menjawab sebelum melangkah kepada Chip yang sedang rancak berbual dengan Nazri.
            “Yang, nak tolak sofa ke dinding?” Chip yang berada di tepi Jade menyoal R’an. Gadis itu mengangguk kepala.
            “Takut tak cukup tempat untuk semua duduk” R’an berkata sambil menolak juntaian rambut di dahi ke belakang.
            “Okey” Chip menjawab sambil mengangguk. “Oh ya.. Yang dah pesan dengan Ajin suruh beli ais?” Chip bertanya sebelum pergi menolong Jade.
            “Jade dah beli tadi” R’an membalas sebelum melangkah masuk ke dapur. “Haa..Chip” R’an memanggil Chip yang baru sahaja melangkah ke sofa.
            “Ya Yang” Chip menyahut.
            “Pesan dengan Ajin suruh beli soda, dan laici dalam tin” R’an menitipkan pesanan pada Chip.
            Chip mengerut dahi memandang R’an dengan pandangan yang pelik.
            “Nak buat soda herbs” R’an menjawab sambil mengenyit mata.
            Chip terus mengekor R’an ke dapur. “Yang nak buat soda herbs?” dia bertanya pada R’an yang sedang mengambil daun pudina dari peti sejuk.
            R’an mengangguk kepala. “Benda senang” R’an membalas pada Chip yang sedang menggeleng kepala.
            “Kejap Chip tolong ambilkan bekas air” Chip menarik kerusi ke kabinet. Dia berdiri di atas kerusi kayu itu sambil membuka pintu kabinet berwana hitam itu. Bekas air yang besar di bawa turun .
            “Nak orang tolong tiktikkan serai?” Chip bertanya, R’an menggeleng kepala.
            “Dah pergi depan tolong Jade, lepas itu layan tetamu” R’an menolak badan Chip. Chip mengangguk kepala sebelum melangkah keluar.
            “Kenapa dengan Yang?” Jade bertanya pada Chip yang menolong dia mengangkat sofa ke tepi.
            “Dia nak buat soda herbs untuk semua, dia pesan suruh aku bagitahu Ajin suruh beli soda dan laici dalam tin” Chip memberitahu Jade. “Itu yang aku tolong turunkan bekas air dari kabinet tadi” dia menyambung.  Jade mengangguk kepala.
            “Kau dah pesan dengan Ajin?” dia menyaol Chip.
            “Dah, aku dah text Burn. Burn cakap okey, lagipun dia orang dah dekat Waitrose” Chip menjawab sambil tangannya menolong Jade menolak sofa ke dinding.
**
            “R’an” Nazri menunjukkan ibu jari pada R’an yang sedang berdiri di sebelah Jade. R’an menggaru pipi kerana terasa malu dipuji oleh rakan-rakan Jade yang sedang menjamu nasi daging bersama air asam.
            “Jade nanti dah nikah bertambah besarlah kau” Adwa yang sedang meneguk air soda herba perisa laici itu mengusik Jade.
            “Ini pun dah bertambah berat aku, tapi aku kesiankan dengan  budak bertiga tu. Bertambah berat secara konsisten” giliran Jade pula mengusik Chip, Ajin dan Burn.
            “Ala.. cakap jer kau cemburu sebab kami selalu dapat makan sedap kan?” Burn membalas, Jade di sebelah ketawa.
            “Nanti lepas ini korang pas baton kat aku lah, okey?” Jade menjungkit kening. Burn menggeleng kepala.
            “Dalam mimpi kau. Walaupun esok kau dah nikah dengan adik Yang, dia tetap akan masak untuk kami” Ajin berkata sambil menyuap nasi daging ke mulutnya.
            “Kan Yang?” Chip mengalihkan pandangan pada R’an yang sedang berdiri di sebelah Jade.
            “Semestinya” gadis itu menjawab.
            “You love to cook is it?” Jade bertanya R’an di sebelah.
            R’an mengangguk kepala, “only for you, them and Yujeen” dia menjawab sambil menjuihkan bibir pada three musketeers yang sedang menjamu makan.

***************************

2 comments:

MaY_LiN said...

bes nye berkumpul reramai
cian r'an
sweet sgt

eija said...

Wahh trsa ra'an nie btl2 pdai msak..