Saturday, November 28, 2015

Graviti 18

R’AN duduk di hujung katil, lama dia memandang sekeliling bilik tidurnya. Perlahan dia menarik nafas sedalam yang boleh sebelum menghempaskan badan ke tilam yang bercadar ungu muda.
            “Arrghhh” dia menjerit kecil. Tangannya menarik patung stitch yang merupakan teman tidurnya ke muka.
            “Kenapa?” Chip yang sedang menyandar di pintu bertanya.
            “Chip” R’an mendepangkan tangan, Chip berjalan menghampiri R’an, gadis itu menarik Chip dan terus dia memeluk Chip.
            “Kenapa?” sekali lagi Chip bertanya. Lama R’an memeluk tubuhnya, dia biarkan sahaja gadis itu mententeramkan jiwa yang sedang serabut.
            “Terima kasih” R’an berkata perlahan sambil melepaskan pelukkan. “Sini” dia menepuk tilam, mengisyaratkan Chip untuk duduk di atas katil.
            “Okey cakap sekarang” Chip bersila di atas katil.
            “Yang rasa serba salah” R’an memandang wajah Chip.
            “Kenapa serba salah?” Chip menjungkit kening.
            “Sebab Yang akan tinggalkan rumah ini” R’an bersuara sebak.
            Chip menggeleng kepala, perlahan dia mengubah kedudukkannya ke sebelah R’an. Bahu gadis itu diraih sebelum kepala gadis itu dilentokkan ke bahu. “Rumah ini akan ada di sini, Ajin and I will be here too. Kalau rasa rindu datang sini lah” Chip mengusap rambut R’an.
            “Jade cakap lepas nikah dia pindah rumah. Bila Yang tanya dia nak pindah ke mana dia diam jer. Yang rasa mesti jauh, sebab itu dia tak nak cakap.” R’an meluahkan rasa gusar yang bertandang dalam hati.
            “Ala.. kan ada kereta, kami boleh jer ke rumah Yang bila-bila masa ataupun Yang boleh jer ke sini” Chip memujuk.
            “Tapi tak sama, siapa nak masak untuk korang? Kalau Burn balik weekend siapa nak masak? Siapa yang nak buatkan bekal untuk dia?” R’an mengelap air mata yang mula bertakung di tubir mata.
            “Alahai.. janganlah menangis Yang” Chip memeluk erat bahu R’an. Ikutkan hati hendak sahaja dia pecahkan rahsia lokasi bakal rumah baru R’an.
            “Dah-dah tak perlu cerita pasal hal sedih-sedih. Yang dah kemaskan baju untuk balik Malaysia?” Chip menepuk bahu R’an. Gadis itu menggeleng kepala.
            “Laaa.. ada lagi beberapa hari jer nak balik. Kenapa tak kemaskan?” Chip menyoal sambil menggeleng kepala.
            “Ada jer baju kat rumah sana. Nak kemas banyak-banyak buat apa?” R’an mengangkat muka memandang wajah Chip.
            “Haa .. betul juga tu. Barang-barang nak ke rumah baru dah kemas?” Chip bertanya sambil mengenyit mata.
            “Tak!!” R’an menjawab geram. “Macam tak sabar nak halau Yang jer” dia mencemik geram.
            “Iisshhhkkk, siapa yang berani halau Yang? Cuba cakap biar orang debik dia” Chip menyinsing baju tee ke bahunya.
            “Eeeyyy.. mengada” R’an mengetam paha Chip.
            “Aucchh!!” Chip mengadu sambil mengusap paha.”Sakitlah Yang” dia mengetap bibir.
            “Sorry” R’an mengusap paha Chip. Chip menggeleng kepala sambil mengukir senyuman di bibir.
            “Tak sakit pun, orang saja nak manja” dia menayang gigi. R’an ketawa kecil.
            “Nanti mesti Yang rindu nak buat semua ini” R’an berkata perlahan.
            “Kalau Yang rindu nanti kita buat semua ini kat rumah Yang.” Chip menbalas sambil memandang wajah R’an.
            “Habis Jade?” R’an bertanya sambil mengerutkan kening.
            “Kita campak dia bawah katil. Nanti Chip, Yang, Ajin dan Burn kita buat WWF dan royal rumble . Okey?” Chip ketawa kecil, R’an juga tutur ketawa sambil mengangguk kepala.
***********************
R’AN menggalas beg di bahu, tangannya memegang tiket dan pasport manakala matanya liar mencari Ajin, Chip dan Burn. “Mana budak-budak ini hilang?” dia mengomel sendiri.
            “Yok” Chip memeluk bahu R’an dari belakang. R’an menghadiahkan jelingan tajam pada budak bertiga yang sedang tersengih bagaikan kerang busuk.
            “Pergi mana?” dia menyoal sambil menghulurkan tangan meminta tiket dan pasport mereka.
            “Bagi amanat pada Yujeen, pesan dengan dia sila tengok-tengokkan rumah, jaga kereta elok-elok dan jangan nakal-nakal” Chip menjawab pertanyaan R’an.
            “Aiikk nakal-nakal pun masuk dalam list?” R’an menyoal sambil matanya menjeling Ajin yang sedang buat-buat membelek buku di tangan.
            “Aha.. karang ada yang menangis tak berlagu kalau Yujeen nakal-nakal kat sini” Burn menambah rencah. Ajin menayang muka bodoh.
            “Ajin tak pesan apa-apa dengan Yujeen?” R’an menjungkit kening.
            “Pesan apa? Pandai lah dia jaga diri” Ajin menjawab tanpa mengangkat muka.
            “Fuuyyyoooohhh!! Keyakinan der.. keyakinan dan kepercayaan” Chip mengusik Ajin.
            “Wey tengok barisan depan” Ajin menukar topik. R’an ketawa diikuti oleh Burn dan Chip.
            “Tukar topik nampak” Burn berkata sambil melangkah ke depan.
            “Korang ini mengarut lah” Ajin mencebik geram.
            “Ntah siapa yang kongsi susu dengan kita kan Yang, sampai kita tak boleh baca apa dalam hati dia” Chip berkata sambil memeluk bahu R’an.
            “Ntah siapa” gadis itu menyokong.
            “Cis… kek sungguh” Ajin tumbuk bahu Chip sambil ketawa
            “Dah sampai turn kita” Ajin menolak R’an ke kaunter.
            R’an menghulurkan pasport dan tiket yang berada dalam genggamannya. “Four of us” dia berkata sambil menjeling kepada tiga orang saudara sususan yang sedang berdiri di belakangnya bagaikan knight in shining armor yang sentiasa bersedia untuk melindunginya.
            “Thank you” Chip di belakang ucapkan kepada gadis yang memakai pakaian seragam warna biru tua itu.
            “Welcome handsome” gadis itu membalas. Ajin di belakang ketawa kuat apabila muka Chip berubah menjadi merah.
            “Peewwiittt.. lepas ini bila nak balik boleh dapat half price lah Chip” giliran Ajin membahan Chin.
            “Kau jangan macam-macam, aku tak nak minah rambut merah tu” Chip menampar bahu Ajin. Riuh rendah lapangan terbang Edinburgh dengan gelagat mereka berempat.
            “Kejap. Yang nak ke tandas” R’an tiba-tiba bersuara sambil menghulurkan beg galas, pasport dan tiket.
            “Okey” Burn menjawab, tangannya mengambil barangan yang dihulurkan oleh gadis itu, tanpa membuang masa terus gadis itu berlari anak ke arah tandas.
            “Wey!! korang nak beli apa-apa tak?” Burn pusing dan tanya kepada Chip dan Ajin yang sedang berebut earphone.
            “Nak beli biskut dan cokelat untuk kudapan dalam flight” Chip menjawab sambil menarik earphone dari beg.
            “Aku rasa baik korang pergi beli dulu, nak tunggu Yang takut nanti tak sempat” Burn memberi cadangan. Chip dan Ajin mengangguk kepala sebelum pergi meninggalkan Burn bersama barang-barang mereka.
            Elok R’an melangkah keluar dari tandas bahunya terlanggar dengan seorang gadis berambut perang, berkasut tumit tinggi berwarna merah sedondon dengan bajunya. “Sorry” R’an memohon maaf.
            “Where did you put your eyes? Huh” gadis itu menyembur kasar sebelum melangkah masuk ke tandas.
            “Aiikk.. aku minta maaf kot” R’an membebel perlahan sebelum melangkah keluar.
            “Kenapa tu?” Burn yang sedang duduk di kerusi bertanya R’an yang sekejap-sekejap sedang menjeling ke arah tandas.
            R’an menceritakan apa yang berlaku di pintu tandas sebentar tadi. “Teruknya perangai dia” Burn berkata sambil menggeleng kepala.
            “Haa.. itu” R’an menjuih bibir pada gadis yang berkasut tumit merah yang sedang melangkah keluar dari tandas.
            Burn menggeleng kepala, “perrgghh!! Merah menyala, kalau berdiri di atas flight runaway mahu pilot tarik break” dia peril perlahan.  R’an yang duduk di sebelah menekup mulut dengan telapak tangannya, menahan ketawa.
            Dari jauh kelihatan Chip dan Ajin sedang berjalan dengan beberapa bungkusan makanan ringan. Kelihatan juga seorang lelaki yang memakai sweater biru sedang berjalan bersama mereka.
            “Okey, selamat” kedengaran suara Ajin mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki berhood itu. Chip turut bersalam dengan lelaki itu sebelum jejaka itu menarik hood sweaternya untuk menutup kepalanya.
            “Siapa?” R’an bertanya.
            “Terserempak dengan dia tadi masa beli ini.” Chip berkata sambil menyua bungkusan makan ringan kepada R’an.
            “Ooo” R’an mengangguk.
            “Budak Malaysia, belajar kat Swiss” Ajin menyambung.
            “Belajar kat Swiss habis dia buat apa kat sini? Balik Malaysia juga?” Burn menyoal pelik.
            “Dia datang tengok pameran apa ntah” Chip menjawab sambil tangannya ligat menyumbat bungkusan makanan ringan ke dalam beg.
            “Emm..” Burn mengangguk.
            “Pameran apa kat airport?” R’an bertanya pelik.
            “Bukan pameran kat airport. Dia datang tengok pameran kat Edinburgh, kebetulan awek dia kena balik Malaysia, itu yang dia ada kat airport nak hantar awek dia” Chip menerangkan panjang lebar.
            “Haa.. Yang” Burn menepuk bahu R’an.
            “Apa?” R’an berpusing.
            “Itu” Burn menjuih bibir ke arah minah berbaju merah itu.
            “Laa rupanya minah itu awek mamat swearter biru itu laaa” R’an berkata perlahan. Burn dan R’an berpandangan antara satu sama lain sebelum satu tawa kecil terletus di bibir mereka.
            “Jom” Chip bersuara sambil menyandang beg. R’an, Ajin dan Burn mengangguk sambil masing-masing menggalas beg ke balai perlepasaan.
            “Bye Shaf” kedengaraan suara gadis berpakaian serba merah bersuara manja.
            “Bye Moon” jejaka yang memakai sweater biru itu membalas.
            “Jom Yang” Burn yang berjalan di sebelah R’an mencapai tangan R’an.
            “Burn” R’an memanggil Burn.
            “Ya” Burn menyahut.
            “Nama dia Moon” R’an bisik perlahan. Burn ketawa perlahan sambil menggeleng kepala.
            “Moon…. Tah?” Burn membalas dalam nada berbisik kepada R’an. R’an menekup mulut menahan ketawa.
***********************
HENTAKAN kecil kapal terbang di landasan menandakan sampai sudah destinasi mereka. Chip memandang lama R’an yang masih sedang tidur, lama dia merenung muka gadis itu sebelum perlahan tangannya menggerakkan bahu R’an. “Yang dah sampai” dia mengukir senyuman pada R’an yang sedang menggosok mata.
            R’an memandang keluar dari tingkap kapal terbang, “kita dah sampai” dia berpaling memandang Chip yang sedang merenung dirinya.
            “Kenapa? Ada air liur basi ker?” R’an meraba wajahnya. Chip ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
            “Tak lah, Chip saja nak tengok Yang puas-puas” Chip memeluk bahu R’an.
            “Kenapa?” R’an mengerutkan muka.
            “Lepas ini mesti kita tak balik sama-sama dah, Yang pun lepas ini akan duduk sebelah Jade kalau naik kapal terbang” Chip bersuara sayu.
            R’an mengetap bibir lama, dia tarik nafas sebelum tolak tangan Chip, wajah Chip di tarik menghadap wajahnya. “Dengar sini, selagi korang belajar lagi, selagi itu Yang akan paksa Jade tinggal di Edinburgh, kalau dia nak balik Malaysia dia boleh balik seorang-seorang. Setiap kali cuti kalau semua nak balik sekali Yang pun akan join dan paling penting setiap kali naik flight Chip akan tetap duduk tepi Yang macam selalu. Okey?” R’an berkata dengan wajah serius.
            Chip mengangguk kepala. “Kau tak payah risau lah Chip, kalau si Jade berani nak ubah sitting order kita siap dia aku humban dia keluar dari kapal terbang” Burn mencelah dari tempat duduk belakang.
            “Betul !! kalau dia tak bagi si Yang balik dengan kita, apa susah kita culik jer si Yang terus.” Ajin memberikan idea. Chip hanya mampu ketawa sambil menggeleng kepala.
            “Yang, ingat kami sayang kau sangat-sangat. Apa-apa we are here for you” Chip memeluk R’an. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu apabila memikirkan gadis yang selama ini berkongsi kehidupan dengan dia, Burn dan Ajin bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
            “Jom” Ajin yang sedang berdiri menghulurkan tangan pada Chip.
            “Aha.. jom” Chip berdiri, beg yang terletak di tempat letak barang dikeluarkan, dia menghulurkan beg pada R’an.
            Keempat mereka melangkah keluar dari perut kapal terbang, selepas selesai semua urusan di lapangan terbang terus mereka melangkah ke tempat ketibaan. Dari jauh kelihatan Akid yang menanti sambil memegang kertas besar yang tertulis, “SELAMAT DATANG BAKAL PENGANTIN”
            “Kenapa dengan Alang tu?” R’an berkata geram, Ajin, Chip dan Burn terus ketawa tanpa henti.
            “Alang!! Apa ini???” R’an mencemik geram sambil menarik kertas di tangan Akid. Akid hanya ketawa sambil tangannya memeluk gadis itu.
            “Pesanan dari Along dan Angah” dia berkata setelah berhenti ketawa.
            “Eeyyy…. Mengada sungguh Along dengan Angah tu” R’an mengetap bibir geram.
            “Mana Along dan Angah?” Chip bertanya sambil melangkah menuju ke kereta.
            “Kerja.. Angah ada kes, Along on call” Akid menjawab sambil membuka bonet kereta.
            “Oooo.. lapar lah Alang” Chip menggosok perut.
            “Mama, masak biryani” Akid bersuara sambil menjungkit kening.
            “Ohhh yesss !!” Chip bersorak gembira.

                                                        ********************

4 comments:

eija said...

Alahai sweet btl dorg nie. Rapat dh mgalahkan adik beradik seronok jd ra'an.

Haslina@DC said...

Love them

Unknown said...

best...so sweet...

MaY_LiN said...

amboi
kemain lg sambutan nye