Safiya berdiri lama di hadapan pintu bilik
Puan Aneesa dia berkira-kira bagaimana hendak diterang pada mama mertuanya yang
Ajin tidak membenarkan dia ke mana-mana. “Belum terang terus dia jawab
tiiiiidaaaaaakkkkk. Eyyyy buat orang macam nak gigit-gigit kepala dia” Safiya
mengomel perlahan.
“Gigit
kepala siapa Safiya?” suara Encik Naim menyoal dari belakang. Safiya mengigit
bibir, wajahnya bertukar menjadi merah menyala. “Errkk ... kantoi !!” dia
menyumpah perlahan.
Encik
Naim hanya menarik senyuman apabila Puan Aneesa tiba-tiba menarik Safiya ke
kamar tidurnya. “Sini, duduk sini.” Puan Aneesa menarik Safiya ke birai katil,
manakala Encik Naim melangkah ke sofa berangkai dua yang terletak di sebelah
rak buku yang besar.
“Waaaahh..
mama dengan papa... cantikk” Safiya bersuara teruja melihat gambar yang
berbingkai hitam yang tergantung di kepala katil yang bercorak Inggeris itu.
“Itu
zaman awal-awal papa jatuh cinta dengan mama kamu” Encik Naim bersuara tanpa
mengangkat mata dari buku yang sedang di baca.
“Zaman
awal-awal papa dan mama bercinta?” Safiya menyoal pelik. Puan Aneesa mengangguk
perlahan sambil bibirnya menarik senyuman manis.
“Papa
dan mama dulu bercinta selepas nikah.” Puan Aneesa mengusap lembut tangan
Safiya. Encik Naim menggeleng sebelum sambil tangannya menutup buku yang sedang
dibaca.
“Saya
jatuh cinta dengan awak bila saya nampak awak main layang-layang.” kata-kata
Encik Naim membuatkan Puan Aneesa ketawa kecil.
“I
had huge fight with my ex-girlfriend and i dump her that is when I saw my
Aneesa” Encik Naim menghulurkan tangan pada Puan Aneesa yang sedang merenung
suaminya dengan penuh kasih sayang.
“Tapi
awal-awal memang payah, mama dengan papa main tarik tali macam Safiya dengan
Ajin.” Puan Aneesa melangkah ke arah Encik Naim. Safiya terkedu sesaat.
“Mama
dan papa tahu, Safiya dan Ajin saling sayang antara satu sama lain, walaupun
berjauhan tapi kasih sayang itu tetap ada dan tak pernah mati. Betul tak?” Puan
Aneesa menyoal. Safiya mengangguk laju.
“Semua
orang pernah membuat kesilapan, tak ada yang sempurna Safiya, mama kamu dulu
sampai lari ke Pulau Pinang gara-gara papa, nyaris-nyaris papa jadi Devdas.”
Encik Naim ketawa perlahan.
“Tapi
papa usaha... papa usaha sehingga papa dapatkan kembali apa milik papa.” Dia menyambung
lagi.
“Mama
pun sama Safiya, mama pertahankan hak mama, I stand up for my right, I fight
for him and that is what makes us strong until this day.” Puan Aneesa
menyandarkan kepala ke bahu suaminya.
“Tapi
mama, Safiya tak tahu nak mula dari mana. Kadang-kadang semua nampak okey, tapi
tiba-tiba tanpa amaran Ajin akan jauhkan diri. Safiya buntu.” Safiya menbuka
pekung di dada. Perlahan air matanya menitis di pipi, perasaan malu mencengkam
jiwanya namun dia sedar kalau sekarang tidak dirisik pertolongan mungkin dia
akan kehilangan Ajin selamanya.
“Emmm,
Safiya sayangkan Ajin tak? Jujur dengan papa dan mama, jangan paksa diri Safiya
sebab ini bukan kebahagiaan Safiya sahaja tapi kebahagiaan semua orang.” Encik
Naim menyoal Safiya yang sedang menilik lantai.
“Safiya
tak perlu paksa diri Safiya, walau apa yang berlaku, Safiya tetap akan jadi ahli
keluarga mama dan papa.” Puan Aneesa memujuk perlahan.
Hati
Safia menjadi debar memikirkan soalan-soalan dari Puan Aneesa dan Encik Naim “Tak
akan mama dan papa suka dengan Adriane? Tak akan mama dan papa nak gantikan
tempat aku dengan Adriane?” persoaalan itu membuatkan Safiya terus mengangkat
wajah yang basah dengan air mata.
“Safiya
sayangkan Ajin.. dan.. dan Safiya tak akan biarkan semua hilang .. dan ...
dan Safiya tak paksa diri .. Safiya
betul-betul sayangkan Ajin , mama..” Safiya memandang wajah Puan Aneesa.
Puan
Aneesa menarik senyuman, perlahan tangannya mengusap lengan Encik Naim. “Kalau
Safiya betul-betul sayangkan Ajin, mama dan papa akan tolong.” Puan Aneesa
bersuara memujuk.
“Betul...
betul .. mama dan papa akan tolong Safiya untuk dapatkan kembali Ajin..” Safiya
menyoal dengan wajah yang basah.
Encik
Naim mengganguk kepala, Puan Aneesa melangkah ke arah Safiya dan perlahan tubuh
Safiya dipeluk erat. “Mama sayangkan Safiya dan mama akan tolong Safiya untuk
pikat Ajin macam mama pikat papa kamu”.
“Err,,
bunga I think I did the tackling part..” Encik Naim menyampuk.
“Excuse
me Mr.Khairul Naim, are you forgetting that you ran away and locked your self
here until I have to drive all over from papa and mama’s place to get you?”
Puan Aneesa menjeling suaminya yang sedang menggaru kepala.
“Maybe
this will remained you, Christina.. running
away and.. Areesa ”
“Yes...
yes... and I loved you, still loves you and will always love you..” Encik Naim
menyampuk sebelum Puan Aneesa mengungkit cerita lama yang akan membuatkan saham
dirinya jatuh.
“Mama
akan tolong Safiya?” Safiya menyoal perlahan. Puan Aneesa mengangguk laju.
“Mestilah,
mama dan papa akan tolong Safiya untuk dapatkan Ajin.” Puan Aneesa bersuara
tegas.
“Err..
bunga.. can I redraw from the game plan.. I th....?”
“NO
!!” Puan Aneesa terus bersuara sambil matanya menjeling pada suaminya yang
sedang ketawa kecil.
“Thank
you mama... thank you!!” Safiya memeluk erat tubuh Puan Aneesa.
“Yes,
I will get you ... Insya Allah you will be mine..” Safiya meniupkan semangat
baru pada hatinya.
No comments:
Post a Comment