Friday, April 25, 2014

Bila Singa Mengaum 4

            Humairah melangkah terjengket-jengket, jam di dinding menunjukkan sepuluh malam. “Adei !!!! dah lambat ini ...” dia mengomel perlahan sambil kakinya dilangkah ke arah pintu utama.
            Sambil-sambil melangkah, Humairah menjeling ke kanan dan ke kiri, gayanya sudah tidak berubah bagaikan pencuri. Perlahan pintu rumah dikuak dan dia memboloskan diri dengan pantas.
            Tangan Humairah membetulkan tudung bawal yang terletak dikepalanya sebelum dia menyarung kasut Adidas kampung yang berwarna hitam dikakinya.Tanpa membuang masa kakinya dihala ke pintu pagar sebelum dia berlari anak meninggalkan rumah dua tingkat itu.
            Asadu’llah yang baru selesai mandi, menyarungkan t-shirt yang berwarna biru langit ke tubuhnya sebelum kakinya melangkah masuk ke bilik air kembali untuk mengambil wuduk.
            “Adei !! kan dah burn Magrib kau Burn ooii!” dia memarahi dirinya. Salah sendiri kerana sebaik sahaja pulang dari kerja dia terus bercinta tahap tidak ingat dunia dengan bantal dan katilnya. Lantas tanpa membuang masa dia membentangkan sejadah dan berdating sebentar dengan Penciptanya.
            Telefon bimbit di tangan menggariskan senyuman di bibir Asadu’llah. Kakinya melangkah turun ke ruang tamu, baru berapa langkah ke pintu utama dia terhenti seketika. “Emmm nak ajak tak nak?” dia menyoal diri sendiri.
            “Emmm..dia dah tidur tak ??” dia teragak-agak dua tiga minit sebelum dia membuat keputusan untuk mengajak Humairah keluar bersama. Kakinya dilangkah ke arah bilik tidur Humairah, perlahan pintu bilik Humairah diketuk.
            ‘Knock!!’
            ‘Knock.. Knock..Knock!!” namun tiada jawapan.
            “Humairah ...” dia memanggil sebelum tangannya memulas tombol pintu. Dahi Asadu’llah berkerut dan kakinya melangkah masuk ke ruangan bilik yang tersusun kemas. Kakinya dilangkah ke dapur namun kelibatan Humairah masih tidak kelihatan.
            “Mana dia pergi?” Asadu’llah mengetuk meja makan.
            “Keluar malam lagi budak Humairah ini?” dia mengangguk kepala dan kakinya melangkah ke arah pintu utama sebelum memboloskan dirinya keluar dan pintu utama rumah dua tingkat itu dihempas kuat.
            Geram di hati Asadu’llah bagaikan komposisi Trinitrotoluena yang bakal meletup. “Demmit, asal aku leka ada dia nak hilang !!” Asadu’llah menghentak stareng kereta dengan hati yang panas. Kakinya menekan minyak kereta sebelum meluncur laju membelah lebuh raya.
                                                ____________________________
            “Yok !!” Azim Najmin mengangkat tangan. Asadu’llah yang sedang melangkah hanya menarik senyuman hambar sambil kepalanya diangguk.
            “Pehal muka monyok !!” Syafie Zarif menyaol.
            “Tired..” dia menjawab sebaris.
            “Kalau dah tired yang gigih nak keluar lepak juga pehal?” Azim Najmin menepuk bahu Asadu’llah.
            “Rindu...”
            “Rindu siapa pulaaaaaaaaaaaakkk dah Burn?” Syafie Zarif menjungkit kening manakala Azim Najmin menarik senyuman nakal.
            “R’an laaaa ~~” dia ketawa hambar.
            “Rindu aku??” suara dibelakangnya membuatkan dia lupa sebentar pada Humairah yang panjang kaki sebentar tadi.
            Asadu’llah berdiri sambil menjungkit kening melihat perut Raihan Nasuha yang bulat. “Perrghh Shaf !! terbaik !!” Asadu’llah memeluk Shafwan yang berdiri di sebelah Raihan Nasuha si isteri yang brutal.
            “Kau bila lagi?” soalan Shafwan membuatkan Asadu’llah terkaku dan Azim Najmin yang sedang menghirup air tersedak.  Syafie Zarif yang disebelah menarik senyuman manakala Raihan Nasuha memandang dengan satu pandangan yang tidak boleh ditafsirkan.
            “Kenapa ini?” Raihan Nasuha menyoal sebaris, matanya dikecilkan bagaikan menghantar isyarat “jangan cuba-cuba hide things from me!!”. Asadu’llah menelan air liur yang terasa bagaikan pasir.
            Sudahlah hatinya geram dengan Humairah yang menghilangkan diri, kini hatinya menjadi gundah kerana dia terfikir bagaimana hendak membuka cerita pada kawan-kawannya.
            Jam ditangan menunjukkan jarum panjang dan jarum pendek di angka dua belas. Masing-masing mula bergerak. Syafie Zarif menarik Raihan Nasuha dalam pelukkan sebelum melangkah ke kereta.
            “Elok-elok balik Yang..” sempat dititipkan pesanan kepada Raihan Nasuha rakan kongsi dari bayi. Sang suami disebelahnya hanya menggeleng kepala melihat kerisauan yang terpancar diwajah Syafie Zarif.
            “Ye laa Chip.. You also drive safe. Sampai text me..” Raihan Nasuha pula menitipkan pesanan. Asadu’llah yang tidak bergerak hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku. Raihan Nasuha menolak lengan Shafwan yang sedang melihat tabletnya.
            Shafwan menggeleng kepala sebelum menarik senyuman. “Burn .. oo Burn ..” Shafwan memanggil Asadu’llah yang ralit dalam dunianya. Namun bagaikan tiada respon. Raihan Nasuha mengambil ketulan air yang masih berada dalam gelasnya lalu dibaling ke arah Asadu’llah.
 Asadu’llah tersentak dan secara sepontan bibirnya bergerak memanggil “Humaiii...” namun panggilan itu terhenti apabila wajah Raihan Nasuha dan Shafwan yang kelihatan.
“Humai apa Burn?” Raihan Nasuha menjungkit kening. Asadu’llah terkulat seketika sebelum menarik nafas untuk meredakan perasaannya.
“Anything you wanna share?” Raihan Nasuha menongkat dagu.
“I am married..” Asadu’llah menjawab. Shafwan mengangguk kepala manakala Raihan Nasuha tidak memberi apa-apa reaksi.
“and her name is Humairah..” Asadu’llah menyambung.
“Why you never tell me anything Burn?” Raihan Nasuha menyoal tanpa riak.
“Emm.. aku segan or maybe aku takut..” Asadu’llah menjawab dalam senyuman hambar.
“Kenapa??”  Shafwan pula menyoal.
“Sebab aku nikah bukan macam korang R’an..” dia menutur perlahan. Raihan Nasuha menjungkit kening.
“Aku tak tahu dia siapa? Dari mana dia datang? Apa-apa pasal dia satu pun aku tak tahu R’an..” Asadu’llah menyandar tubuhnya.
“Kau nikah pakai saksi robot ker? Bukan right? Kau nikah ikut hukum Islam kan. Ada saksi, wali hakim, tok kadi, Ajin, Chip and Safiya right?” Raihan Nasuha menembak bertubi.
Asadu’llah terdiam. “Chip dah cerita semua lah Burn. Aku just tunggu kau open dengan aku jer !!” Raihan Nasuha menendang kaki Asadu’llah dibawah meja.
“Auuchh sakit R’an !!” Asadu’llah mengaduh. Shafwan hanya ketawa melihat gelagat mafia isterinya.
“Emm.. kau tak marah?” Asadu’llah bertanya.
Raihan Nasuha menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab “Burn, aku tak tahu apa yang terjadi, tapi aku percaya setiap yang terjadi ada hikmah dia. Aku kenal kau bukan sehari dua. Dah lama sangat dan aku tahu dan kenal kau dan aku percaya semua yang terjadi mesti ada hikmah tersendiri.”
Asadu’llah mengangguk perlahan. “So when you want us to meet your Humairah?” Raihan Nasuha menyoal dalam senyuman.
“Ntah lah R’an .. I need some time to figure out what is inside here..” Asadu’llah menunding jari pada dadanya.
“Wooo.. Do i smell love in the air hero?” Raihan Nasuha mengusik. Asadu’llah ketawa kecil, Shafwan di sebelah memeluk bahu isterinya sambil ketawa bersama.
“Wey thanks tau..” Asadu’llah mengucapkan terima kasih pada pasangan suami isteri yang sama-sama melangkah ke kereta.
“Burn.. Ask HIM because He knows what is in every heart. Itu sebab aku berani jump into the mine and get my diamond.” Shafwan berkata sambil tangannya menepuk belakang badan Asadu’llah.
“Dan aku rasa Burn, kau lagi berani dari Shafwan sebab your name it self reflects bravery and courage Asadu’llah , The Lion of Allah” Raihan Nasuha meniupkan semangat kepada Asadu’llah.
                                    ___________________________
Perlahan Asadu’llah membuka pintu bilik Humairah, gadis itu sedang tidur bagaikan bayi. “Emmmm.. mana selalu kau menghilang Humairah??” dia berbisik perlahan sebelum menutup pintu dan melangkah ke biliknya.
Matanya tidak dapat dipejam walaupun tubuhnya letih, fikirannya melayang kepada Humairah yang sedang lena dibawa. Perlahan Asadu’llah membawa diri ke bilik Humairah, pintu dibuka tanpa bunyi dan kakinya melangkah ke katil Humairah.


Lama dia memandang wajah Humairah yang lena sebelum dia mengambil keputusan untuk merebahkan dirinya disebelah Humairah. Tidak sampai seminit tubuh yang letih itu terus dibuai lena di sisi isterinya.

2 comments:

Anonymous said...

Best!! tak sabar tahu pulak apa yg menyebabkan mereka kahwin dan siapa Humairah yg sebenar.

Kmas

MaY_LiN said...

Rahsia sungguh cite humairah