Wednesday, April 23, 2014

Bila Singa Mengaum 3


            Hati Anita membengkak, perlahan dia mengetuk stareng kereta. “Eeeyy geram sungguh aku dengan Asad ini..” Anita menghentak stareng kereta dengan marah. Kakinya menekan minyak dan kereta itu dipandu keluar dari kawasan perumahan Asadu’llah.
            Asadu’llah jurutera yang berpangkalan di lapangan terbang, di sana pertama kali Anita terpandang wajah Asadu’llah yang sedang gigih membetulkan aircraft. Lelaki yang sentiasa mengerutkan dahi ketika memikirkan sesuatu. Asadu’llah merupakan antara lelaki yang berjaya mencuri hatinya.
            Sentiasa terserempak dengan Asadu’llah membuatkan hatinya terpaut dengan kemachoan jejaka itu. Badannya yang tegap dan kulitnya yang bagaikan di tanned itu membuatkan lututnya menggigil setiap kali matanya bertemu dengan mata Asadu’llah yang berwarna perang itu.
            Yang pelik jejaka ini tidak pernah melayan dirinya. Walaupun dia diketegorikan sebagai wanita cantik, ramping dan mempunyai tubuh bagaikan model namun Asadu’llah tidak pernah mempedulikan dirinya. Namun segalanya berubah hanya kerana satu drama yang dilakonkan.
            Dua tahun yang lepas ketika dia baru habis bertugas sebagai peramugari penerbangan MH17 yang baru kembali dari Amsterdam matanya menangkap kelibatan Asadu’llah yang sedang berjalan masuk untuk bertugas, tanpa berfikir panjang, kakinya terus melangkah ke arah Asadu’llah dan sengaja dia berpura-pura berlanggaran dengan jejaka itu. Seperti yang disangka dan di rancang, Asadu’llah yang sedang sibuk membalas sms terus menyalahkan diri sendiri atas kecuaian yang berlaku.
            Kesempatan ini digunak pakai sebaik mungkin dengan merapatkan dirinya dengan Asadu’llah. Setiap kali ada penerbangan matanya akan menilau untuk mencari jejaka yang berwajah macho seperti singa itu. Bagaikan berjanji ada sahaja jodoh mereka untuk bersua di lapangan terbang sama ada sebelum atau selepas penerbangan.
            Makin hari hatinya makin terpaut dengan Asadu’llah. Namun dia salah percaturan, dia menyangka Asadu’llah seperti semua lelaki yang mendampingi dirinya dan dia kenal tapi Asadu’llah tidak pernah melayan dirinya lebih dari senyuman dan anggukan kepala dan itu menyebabkan hatinya tekad untuk memiliki lelaki bernama Asadu’llah itu.
                                                _______________________________
            Asadu’llah yang sedang bersiap memandang susuk tubuh Humairah yang sedang menyidai kain di ampaian, kepala gadis itu terangguk-angguk dan badannya bergerak seperti mengikut bunyi muzik dari MP3 nya. Ntah mengapa perlahan bibir Asadu’llah menarik senyuman. Sikap gadis itu mengingatkan dirinya pada R’an yang tercampak di Switzerland. Mungkin kerana itu dia berasa selesa tinggal bersama Humairah.
            Sikap keras kepala gadis itu sebiji bagaikan carbon copy Raihan Nasuha. Kalau tidak ditegah makin menjadi namun mempunyai batasan, namun dirinya sentiasa dihantui persoalan “Siapa Humairah?” “Dari mana Humairah ini muncul?” “Kenapa Humairah tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai dirinya.?”. Kadang-kadang dia juga bagaikan tidak pedulu mengenai semua itu, mungkin kerana itu dia hanya pernah menyoal sekali sahaja semua soalan yang bermain dikepalanya dan soalan itu tidak pernah dijawab dan akhirnya soalan itu tidak pernah timbul selepas itu.
            “Jangan merayap !!” Asadu’llah bersuara ditepi telinga, Humairah yang sedang menyidai pakaian dan rancak mendengar lagu terlompat gara-gara terkejut.
            “Astagfirullah Al-azim !! selamat tak mati terkejut !!” Humairah mengusap dada. Asadu’llah menghamburkan tawanya, wajah dan action Humairah melompat itu sangat melucukan.
            “Lain kali bagi salam. Ini tak terus berbisik macam penyamun tarbus!!” Humairah bersuara geram. Asadu’llah menjungkit kening sebelum menarik senyuman sinis.
            “Humairah, dah banyak kali aku bagi salam. Kau yang tak dengar.” Asadu’llah bersuara sinis.
            “Eeeyy !! mana ada kau bagi salam? Aku tak dengar pun !!” Humairah membidas. Asadu’llah mengetuk kepalanya dengan jari telunjuknya sebelum dia bersuara.
            “Kau kalau slow volume sound yang bagaikan bunyi guruh dan konsentrasi kau pada sekeliling kau dan yang penting kau tak act as orang kurang suiman yang mengangguk-angguk dan menggeleng-geleng serta meloncat setempat macam orang utan sure kau dengar aku bagi salam tadi!!” setempek Asadu’llah menghadiahkan pada Humairah yang telah berubah rona wajahnya.
            “Orang utan ??? Siapa?? Aku??” Humairah menyoal terkejut. Kain yang dipegang dicampak kain ke dalam bakul yang berisi kain yang baru dibasuh.
            “Laa ada orang lain ea selain kau?” Asadu’llah menjenguk-jenguk bagaikan mencari orang lain yang berada di sana sebelum melangkah ke keretanya
            “Aarrghh!! Eeyyy !! Mamat singa kurang sivik !!” Humairah menjerit geram. Asadu’llah yang sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta menarik senyuman melihat Humairah yang sedang membuat wajah geram dengan tangannya digenggam bagai hendak menumbuk orang.
            “Alahai comel baby kangroo ini ..” Asadu’llah bercakap sendiri sebelum ketawa.
            Humairah yang melihat Asadu’llah yang sedang ketawa menjerit geram. “Mesti mamat singa itu dok kutuk aku !! Arrgghh .. gerammmmmnyaaa !!” dia menhentak kaki sebelum kain ditarik dengan kasar dari bakul untuk menyambung kerjanya yang tergendalah.
                                    ________________________________________
            Telefon bimbit mengalunkan lagu “Afterlife” dari Arcade Fire membuatkan bibir Asadu’llah menarik senyuman terukir.
            “Wey Burn !!” Azim Najmin di hujung talian menjerit.
            “Waalikumsalam !!” Asadu’llah menyindir.
            “Ye lah !! Ye lah !! Assalamualaikum !!” Azim Najmin memberi salam.
            “Apa cer der?” Asadu’llah menyoal dalam tawa.
            “Burn ... aku... Emmm..” Azim Najmin berhenti.
            “Ko apa ngek?” Asadu’llah menyoal.
            “Aku jumpa R’an..” Azim Najmin menjawab dalam sebaris.
            “Kau apa??” Asadu’llah menekan brek secara mendadak.
            “Yup !! Aku jumpa R’an and she is here with me ..” Azim Najmin ketawa di sebelah sana.
            “Arghh !! pehal kau dengan dia? How is she?” Asadu’llah menyoal.
            “Pregnet and well sebab I am in the same circle with Chip, maka she is here with me..” Azim Najmin ketawa jahat.
            “Mangkuk tingkat Ajin !!.. Alaaaaa.. aku on the way ke airport...” Asadu’llah bersuara.
            “Kau kerja meh?” Azim Najmin menyoal dengan suara innocent.
            “Tak lah aku saja jer ke airport untuk cuci mata ..” Asadu’llah membalas sinis.
            “Ha! Ha ! Ha !.. muncul si Anita baru kau tau ..” kedengaran suara Chip mengusik.
            “Simpang malaikat empat puluh empat !!” Asadu’llah ketawa kuat.
            “Emmm... Ajin..” Asadu’llah bersuara datar.
            “Yup .. ada kenapa?” Azim Najmin membalas
            “Kau tak cerita dengan R’an lagi pasal hal aku kan ??” Asadu’llah menyoal sebaris.
            “Tak,, kau yang patut story dengan dia..” Azim Najmin memberi cadangan.
            “Emm.. I will tapi sebelum itu kau biarkan aku selesaikan dulu masalah aku..” Asadu’llah bersuara lemah.
            “Emm.. masih tersangkut ker Burn?” Azim Najmin menyoal lurus.
            “Nampak gaya laa Ajin..”
            “Agak-agak kau yang jual mahal apa?’ Azim Najmin bersuara.
            “Mana ada??” Asadu’llah menafikan.
            “Emmm... kau nak ilmu dari aku? Azim Najmin bersuara tidak beriak,
            “Ilmu kau?? Aku rasa kau yang kena cari ilmu untuk get back with Safiya.” Asadu’llah smashkan Azim Najmin.
            “Errkkk..”
            “Ha ha ha !! Padan muka..” Asadu’llah ketawa mendengar Azim Najmin yang bersuara terkulat-kulat.
            “Sangat keji dan kejam Burn !!” Azim Najmin bersuara seakan-akan merajuk.

            “Elleeekkk !! Merajuk konon !! Buruk pak cik...” Asadu’llah mengusik sebelum kedua-dua pihak memberi salam.

3 comments:

MaY_LiN said...

Wit wit
Nk lg
Nk lg
Smbg2 cenggini bes
:)

Missy said...

cerita menarik. tapi boleh x tukar warna tulisan? sakit mata lah nak baca.. hehe

Anonymous said...

Wah best2. Kisah Burn pulak. Akak suka baca cita kat sini kerna berkaitan antara satu sama lain dan kisah ikatan persaudaraan dan persahabatan yg kukuh.

Kmas