Tuesday, April 22, 2014

Bila Singa Mengaum 2

“Kopi ‘O’ pekat dengan dua sudu teh madu..” Asadu’llah memberi arahan kepada Humairah. Humairah di dapur menjelir lidah sebelum tangannya lincah membancuh kopi yang diminta oleh ‘Encik Singa” di meja makan.
“Ntah apa lah yang ada dengan kopi ‘o’ pekat ini? Dah lah pahit eeeyy” Humairah membuat muka kelat. Asadu’llah menggeleng kepala melihat mimik muka Humairah dari meja makan.
“Dah lah buat mimik muka yang kurang menyelerakan boleh tak? Cepat sikit bawa kopi aku..” Asadu’llah memeberi bersuara lantang. Humairah tersentak dan tangannya melajukan kelajuan membancuh kopi ‘Encik Singa’.
“Emmm... terima kasih..” Asadu’llah menarik cawan yang berisi kopi ‘o’ pekat dengan dua sudu teh madu, asap tipis yang keluar dari cawan itu membuatkan Asadu’llah memejam mata dan menghayati aroma kopi. Humairah memandang wajah Asadu’llah yang tenang itu dengan satu debaran di dada.
“Puas dah kau tilik wajah handsome aku?” Asadu’llah menyoal dengan mata yang masih terpejam. Humairah tersentak dan terkedu seketika sebelum mendengus kasar dan berjalan masuk ke dapur kembali dengan hati yang geram. Asadu’llah menarik senyuman di sebalik cawan kopi ‘o’ Humairah yang wajib dia minum setiap hari.
Humairah mencuci kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan dengan ditemani omelan yang tidak berhenti dari bibirnya yang mungil. Asadu’llah yang menyandarkan dirinya di tiang dinding yang memisahkan dapur dengan ruang makan itu menarik senyuman mendengar omelan dari Humairah.
“Dah macam mak nenek aku dengar kau mengomel tak berhenti-henti dari tadi..” Asadu’llah bersuara dari belakang Humairah. Tangan yang sedang mencuci pisau terhiris dan terjatuh ke dalam sinki. Humairah mengaduh kepedihan, dengan pantas Asadu’llah menarik jari Humairah yang sedang berdarah dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Mata Humairah tidak berkedip, dadanya berdengup kencang. Mata Asadu’llah menatap mata Humairah yang kelihatan terkejut. Dada Asadu’llah terasa ketat, keriasauan terpancar di wajahnya.
“Ehhemmm !!” satu suara berdehem membuatkan Humairah menarik jari dari mulut Asadu’llah. Tangannya terus mencapai kain lap yang digunakan untuk mengelap pinggan mangkuk yang basah manakala Asadu’llah pula memalingkan kepala untuk melihat anasir mana yang datang menganggu kehidupan amannya.
“Hmmm.. Apa kau nak?” Asadu’llah bersuara dingin. Gadis yang berbaju merah delima yang agak sendat di tubuhnya itu melangkah masuk ke dapur. Wajahnya dimaniskan ketika matanya menangkap mata Asadu’llah.
“Nita datang jumpa Asad lah..” Anita bersuara manja, satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Humairah yang terus berpura-pura mengelap pinggan mangkuk yang telah siap dicuci. Baru sahaja tangannya hendak menyentuh pili air, tangan kasar Asadu’llah menarik tangannya.
“Kan luka pergi sapu ubat, yang dalam sinki itu biarkan dulu nanti baru sambung cuci.” Asadu’llah memberi arahan. Humairah cuba menarik tangan yang berada dalam pegangan Asadu’llah kerana tiba-tiba dia menjadi tidak selesa dengan pandangan Anita yang bagaikai ingin membunuhnya.
“Tak apa nanti – nanti lah...” Humairah cuba berdalih. Asadu’llah yang berada di sisinya menarik Humairah ke hadapan, sengaja Asadu’llah menarik Humairah dan dilagakan dengan Anita yang sedang berdiri dihadapannya.
“Eeeeeyy!!!..” Anita menjerit kecil. Asadu’llah menarik senyuman puas sebelum terus melangkah ke ruang tamu dan mencari peti first aid. Anita mengekori langkah mereka dan dia mendengus kasar melihat Asadu’llah yang sedang menampal plaster ke jari Humairah.
‘Dah macam tak ada tangan nak ubatkan luka sendiri ker?” Anita menyindir. Asadu’llah yang sedang menampal plaster mengangkat wajahnya dan pandangannya melekat pada wajah Anita yang mencuka.
“Biarlah, dah aku nak tolong ..” Asadu’llah menahan mulut dari menyembur yang bukan-bukan.
Anita menjulingkan matanya ke atas sebelum menyambung dengan sinis, “you jangan bagi muka sangat dengan minah-minah macam ini nanti pijak kepala you”. Wajah Humairah terus berubah riak. Pegangan Asadu’llah menjadi kuat dan secara tidak langsung membuatkan Humairah mengaduh kesakitan.
“Sorry..” Asadu’llah berkata perlahan, selesai menampal plaster dia berdiri menghampiri Anita dan dipandang Anita atas dan bawah sebelum dia berpaling dan membuka mulut pada Humairah. “Lain kali jangan biarkan pintu terbuka nanti ada lagi anasir-anasir yang tidak diperlukan masuk ke dalam rumah lagi.”
“You ...” Anita merenggek gedik.
Asadu’llah yang sudah melangkah memberhentikan langkahnya sebelum berpaling dan melangkah kembali ke arah Anita dan membisik “Minah yang aku rela dia pijak kepala aku itu adalah isteri aku yang kau jodohkan” dan dia melangkah naik ke atas.

Anita di bawah menghentak kaki geram manakala Humairah berjalan masuk ke dapur dengan debaran yang masih terasa di dada. “Wahai Cik.Jantung, jangalah main drum dalam dada ini ... Pleaaaseee” dia berbisik perlahan sambil tangannya di bawa ke dada yang bermain irama rock.

3 comments:

Anonymous said...

Bila nak sambung coretan warna.

Kmas

Nur Syahidah Zulkifli said...

Waaa best nye... Panjang la entry lagi...

MaY_LiN said...

Yeah!!!!
Asad jatuh chenta humairah ye