Sunday, March 29, 2015

Graviti 2

JADE menarik senyuman apabila matanya menangkap R’an sedang membersihkan halaman rumahnya. Laju kakinya melangkah ke arah rumah dua tingkat itu, tangannya memegang pinggan berisi kuih gula melaka yang dibuat oleh uminya.
            “Jade sayang.. sini tolong umi kejap” suara Puan Nazirah yang berada di dapur kedengaran. Jade yang sedang menonton anime Shaman King terus bangun dan melangkah ke dapur.
            “Yes .. umi” Jade memeluk tubuh Puan Nazirah yang sedang menyalut kuih gula melaka dengan kelapa parut.
            “Boleh tolong umi hantarkan kuih gula melaka ini ke rumah Acik Ryn.” Puan Nazirah menjuih bibir ke pinggan yang telah di isi kuih gula melaka. Jade terus menarik senyuman musang siguntang.
            “My pleasure ..” terus tangannya mencapai pinggan bercorak bunga itu. Puan Nazirah menggeleng kepala.
            “Umi suruh hantar pada Acik Ryn tau bukan pada anak Acik Ryn.” Puan Nazirah mengusik dalam tawa.
            “Errrkk.. apa ini umi?” Jade menyoal dengan wajahnya yang bertukar rona warna.
            “Apa dia pula.. umi bagi pesanan saja” Puan Nazirah mengusik anaknya.
            “Jade hantarkan pada Acik Ryn lah.. tak kan pada Jijo” Jade menjawab sambil tangannya menggaru pelipisnya.
            “Ehh.. umi tak cakap pasal Jijo. Kalau tak salah umi, si R’an yang suka makan kuih gula melaka. Jijo suka makan kuih sagu.” Puan Nazirah membalas sambil menjungkit kening.
            “Errkkk... apa ini umiiiiiiiiii..” Jade mencebik bibir tanda geram di usik oleh uminya.
            “Ala.. ala... dah, pergi hantar kuih gula melaka ke rumah Acik Ryn.” Puan Nazirah mengarah Jade dalam tawa.
            Itu yang membuatkan Jade berdiri di luar pagar Puan Zaryn dengan sepinggan kuih gula melaka.
            “Assalamualaikum...” dia memberi salam.
            “Waalaikumsa..laaa..mm” dan tuan punya mata yang bundar itu kelihatan terkejut. Jade yang sedang berdiri di luar pagar mula mengukir senyuman.
            “Waalaikumsalam Jade..” satu suara gurau menjawab salam dari belakang. Jade terus berdeham dan berpaling. Kelihatan Azizul sedang menjungkit kening dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
            “Umi bagi kuih gula melaka” Jade menyuakan pinggan kepada Azizul. Azizul terus mengangkat kedua tangan yang menjinjing beg plastik. Jade mengangguk kepala.
            “Jom .. “Azizul mempelawa Jade masuk. Jade mengikut di belakang Azizul sambil sesekali matanya mencuri melihat sang bunga yang sedang sibuk menyiram.
            “Assalamualaikum... mak.. ooooo... mak..” Azizul memanggil Puan Zaryn.
            “Mak di dapur ini Along.” Kedengaran suara Puan Zaryn.
            “Jade, kejap... kau duduk dulu” Azizul meminta diri ke dapur baru beberapa langkah dia berpatah balik ke pintu rumah.
            “Yang..” dia memanggil adiknya yang sedang sibuk membersihkan halaman rumah.
            “Ya along.” R’an melangkah ke arah Azizul yang sedang berdiri di pintu.
            “Tolong bawakan pinggan yang ada dengan Jade ke dapur.” Azizul menjuihkan bibir ke pinggan di tangan Jade.
            “Hoo..” mulut R’an membuat bentuk “O”.
            “Kenapa?” Azizul menyoal dengan wajah yang pelik.
            “Tak ada apa..” R’an terus masuk ke dalam rumah dan berdiri di hadapan Jade yang sedang duduk di sofa dengan tangannya yang sedang memegang pinggan berisi kuih gula melaka.
            “Kuih gula melaka?” R’an bersuara teruja. Jade mengangguk kepala.
            “Umi suruh bagi..” Jade menyuakan pinggan.
            “Untuk aku?” R’an menyoal tidak percaya. Jade mengangguk kepala.
            “Ohhh.. thank you.” R’an terus mengambil pinggan di tangan Jade dan terus kakinya dituju ke dapur.
            “Emm.. R’an.” Jade memanggil, gadis itu berhenti dan berpaling.
            “Ya”
            “Aku nak cakap sikit boleh?” Jade bertanya sambil wajahnya memandang R’an yang berdiri selang beberapa tapak. R’an mengangguk kepala.
            “Sebenarnya...” Jade memandang lantai, bibirnya digetap.
            “Apa?” gadis itu menyoal sambil matanya memandang wajah Jade yang sedang mengukur lantai.
            “Sebenarnya..” dia berhenti lagi.
            “Sebenarnya apa?” R’an menyoal kembali.
            “Sebenarnya aku nak tanya kenapa kau siram water fountain?” Jade menyoal tanpa riak.
            “Apa??” R’an terkedu dengan soalan luar alam yang diutarakan oleh Jade yang sedang memandang wajahnya.
            “Aku tanya kenapa kau siram water fountain masa aku berjalan ke rumah masuk dengan along kau tadi?”
            Wajah R’an berubah tona warna, dia menarik nafas sedalam yang boleh sebelum dia menarik senyuman sinis di bibirnya. “Saja aku siram water fountain sebab dia dah kekurangan air.” Dengan jawapan itu Raihan Nasuha melangkah masuk ke dapur dengan hati yang sebal sambil mulutnya menyumpah seranah Muhammad Naim Zade yang sedang duduk di sofa ruang tamu rumahnya.
            “Mak.. ini haa.. Acik Ira hantarkan kuih gula melaka” R’an meletakkan pinggan berisi kuih melaka di atas meja makan.
            “Yang tolong buatkan air untuk Jade.” Azizul yang baru selesai meletak barang di peti sejuk bersuara.
            “Along jer buatkan air untuk mamat tak cukup DHA.” R’an bersuara geram.
            “Siapa yang tak cukup DHA?” Puan Zaryn dan Azizul menyoal serentak.
            “Itu.. budak yang bernama Muhammad Naim Zade yang sedang duduk kat depan itu” R’an bersuara dengan perasaan geram.
            “Kenapa pula ini?” Azizul melangkah ke arah adiknya
“Ntah mamat itu.. tiba-tiba dia nak sibuk kenapa adik nak siram water fountain di halaman rumah.” R’an bersuara dengan nada tidak puas hati.
“Haa..” Puan Zaryn berpusing dan matanya melekat pada wajah anak daranya yang sedang geram.
“Ntah apa-apa.. biarlah kalau yang nak siram water fountain sekalipun. Ini rumah abah yang.” R’an menjeling ke arah ruang tamu.
“Yang..emmm along nak tanya sesuatu boleh?” Azizul menyampuk. R’an yang berdiri di hadapan alongnya mengangguk kepala.
“Along nak tau sejak bila rumah kita ada water fountain?” Azizul menyoal perlahan, bibir yang sedang mengukir senyuman.
“Haa..” R’an membuat rupa terkejut. Matanya mencari wajah Puan Zaryn yang sedang mengangguk bagai menyiakan soalan Azizul merangkap alongnya.
“Sejak bila kita ada water fountain di halaman rumah Yang?” Azizul menyoal sambil menahan ketawa yang akan tercetus bila-bila sahaja.
R’an terus melangkah ke pintu di ruang tamu, Jade yang sedang duduk di sofa menahan ketawa di sebalik surat khabar.
“Kau !!” R’an melangkah dan berdiri di hadapan Jade.
“Ya.. ” Jade meletakan surat khabar dan matanya memandang R’an.
“Kau ini kenapa?” R’an menyoal dengan wajah yang ketat.
“Ya aku ini kenapa?” Jade mengulang kembali soalan R’an.
“Bila masa aku siram water fountain?” R’an menyoal geram.
“Ikkk.. bukan kau siram water fountain sebab kurang air?.” Jade memandang wajah R’an yang makin merah.
“Bila masa rumah aku ada water fountain?” R’an memandang wajah Jade yang sedang menarik senyuman.
“Aiik bukan kau yang cakap kau siram water fountain sebab kurang air?” sekali lagi Jade menyoal dengan senyuman musang siguntang di bibirnya.
“Kau kan..” R’an mengetap bibir.
“Ya aku ..”  Jade memandang wajah R’an.
“Kau ini gila...” R’an bersuara geram sambil kakinya menendang kaki Jade dan terus dia melangkah ke bilik tidurnya di atas.
“Auchhh... ganas betul budak kecil ini.” Jade mengusap kaki yang ditendang oleh Raihan Nasuha.
“ Nah..” Azizul menyua gelas berisi air Oren kepada Jade yang sedang ketawa kecil.
“Terima kasih.” Tangannya mencapai gelas yang di sua oleh Azizul.
“Seronok?” Azizul menyoal sepatah. Jade ketawa kecil sambil mengangguk kepala.
“Siapa tak seronok bila dapat kacau awek sendiri?” Jade menjawab sambil ketawa kecil.
            “So cuti sampai bila?” Azizul menyoal sambil tangannya mencapai remote televisyen.
            “Tiga bulan.” Jade menjawab sambil sesekali matanya di larikan pada gambar-gambar yang tergantung di dinding.
            “Lama juga.” Azizul menekan remote di tangan sambil mencari siaran yang sedap mata menonton.
            “Tak lama mana pun.” Jade membalas sambil mengalihkan pandanganya pada peti televisyen yang memainkan drama melayu.
            “Tiga bulan tak cukup lama ea?” Azizul ketawa mengusik
            “Kejap jer rasa tiga bulan. Ini pun aku balik dah nak habis seminggu.” Jade meneguk air Oren di tangan.
            “Jade, makan di sini lah hari ini.. Acik Ryn masakkan nasi briyani” kelihatan Puan Zaryn melangkah keluar dengan senduk di tangan.
            “Tak apa lah Acik Ryn, Jade makan di rumah kejap lagi.” Jade menolak dengan sopan.
            “Makan kat sini lah Jade, bleh kita bersembang lama sikit. Lagi pun dah lama aku tak jumpa kau.” Azizul menyampuk.
            “Emm.. boleh lah Acik tapi sebelum itu Jade kena bagitahu umi dulu takut umi masak special juga.” Jade menarik senyuman. Puan Zaryn mengangguk kepala dan berjalan ke arah telefon yang terletak di tepi televisyen.
            “Assalamualaikum...Irah..” Puan Zaryn memberi salam.
            “Ini haaa.. aku masak nasi briyani, kejap lagi aku hantarkan ke rumah kau.. aku nak minta izin menjamu anak teruna kau kat rumah aku.” Puan Zaryn bersembang di dengan Puan Nazirah di telefon.
            “Haa.. bagus lah macam itu. Kejap aku hantarkan anak dara aku dengan nasi briyani.” Puan Zaryn rancak berbual sambil membawa telefon ke dapur.
            Jade dan Azizul yang sedang duduk di sofa memandang antara satu sama lain sebelum kedua mereka melepaskan ketawa.
            “Dasyat sungguh mak aku dan umi kau bhai..” Azizul menggeleng kepala.
            “Aha.. terus roger-roger guna telefon.” Jade menggeleng kepala.
            Sedang rancak mereka berdua berbual tiba-tiba kelihatan R’an turun dari atas, mata R’an menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Jade yang sedang memandang dirinya.
            “Haa.. adik yang, buat apa di atas?” Azizul menegur R’an yang sedang melangkah turun.
            “Sejukkan organ dalaman” gadis itu menjawab dengan jelingan tajam.
            “Aiikk.. aku tak tau pula rumah kau ada cold storage di atas Jijo.” Jade bersuara dengan senyuman di hujung bibirnya.
            “Aku pun tak tahu...” Azizul juga mula mengusik adiknya yang sedang mengetap bibir.
            “Alonggggggggg... “ R’an mula bersuara geram.
            “Ya yang.” Azizul menjawab dengan bibir yang tersenyum.
            “Arrghh... !!” dengan itu R’an melangkah masuk ke dapur dengan hati yang sebal.
            “Ha ha ha !! comel adik kau bila dia marah macam itu” Jade menggeleng kepala.
            “Kau sorang saja yang cakap adik aku comel.” Azizul menjungkit kening.
            “Apa pula.. dah memang dia comel.. dari dulu lagi dia comel.” Jade menggaru kepala yang tidak gatal.
*********************


4 comments:

MaY_LiN said...

eh
ganasnye r'an
sungguhla kn buli ngan jade nnti

sis..ade typo
minyiram~menyiram
yang~Yang

R'anS said...

thank you MaY_LiN. Sy dah betulkan. Post ini main taip jer..
Tak buat correction lagi. Just curahkan apa yang ada dalam otak.

Bagi email May_Lin, nanti sy bg untuk buat proofreading. Nak tak?

Anonymous said...

Nk tnya novel coretan warna dh d terbitkan ke?? Bila kluar...xsabar nk bca: )

Unknown said...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk:

Aneesaku

yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.