Sunday, January 5, 2014

Coretan Warna 3

“Mama..” Atiya Nawal memeluk leher Puan Aneesa yang sedang menyediakan air untuk Encik suami yang sedang membaca buku di taman kecil di halaman. Puan Aneesa menggeleng kepala melihat telatah anak sulungnya.
“Isshhkk .. Along ini..” perlahan tangan anaknya ditepuk lembut.
“Wooottt… coffee untuk papa, nak juga…” Atiya Nawal menopong dagu di bahu Puan Aneesa.
“Arrgghhh kenapa along…” terdengar satu suara menjerit dipintu dapur. Puan Aneesa menarik senyuman tanpa memaling muka. “1,2,3,4,5..6..7…” perlahan dia mengira dalam hati.
“Jangan nak mengada peluk mama sorang-sorang…” satu lagi suara nyaring kedengaran.
“Hoh… mentang-mentang dia keluar dulu, dia nak bolot semua…” Akid Nazmi bersuara sambil tangannya menarik pinggang Atiya Nawal dari belakang.
Genap kiraan 10 kedengaran satu suara gurau dibelakang. “Oh no, pity my bunga. Move fellas..” sepasang tangan menarik Akid dan Atiya dari berebut untuk memeluk Puan Aneesa.
“Alaaa papa….” Adidn Najlah menarik panjang sebelum duduk diatas paha Adid Naufal yang sedang menopong dagu di meja.
“Huh.. alaaaaaaaaa pula, she is mine, yesterday, today, tomorrow and forever Insya Allah.” perlahan Encik Naim mencium lembut pipi Puan Aneesa.
“B..” perlahan Puan Aneesa mencubit lembut perut Encik Naim.
“Alolo, sweetnya papa..” Atiya Nawal memeluk Encik Naim dari belakang.
“Alongggggggggg….” Adidn Najlah bersuara dan cuba mengangkat punggung dari riba Adid Naufal.
“Dah.. jangan berebut..” Adid Naufal menegah Adidn Najlah yang menarik wajah merajuk.
“Ha ha ha…” Atiya Nawal ketawa jahat.
“Atiya Nawal..” Puan Aneesa memanggil nama penuh anak sulungnya.
“Errk.. ok mama..” Atiya Nawal menarik kerusi lalu menarik senyuman.
“Jom minum..” Encik Naim menarik lembut tangan  Puan Aneesa. Atiya Nawal dan Adidn Najlah bangun untuk membantu menghidangkan minum petang yang telah disediakan oleh Puan Aneesa.
“Adik ada call along tak?” Adid Naufal membuka bicara.
“Emm.. ada tapi lewat malam..” Atiya Nawal menjawab.
“Akid Nazmi, pergi panggil semua untuk minum petang.” Puan Aneesa mengarah anak lelakinya yang sedang leka menekan telefon.
“Ai, ai, ai mem..” Akid Nazmi melangkah ke ruang tamu untuk memanggil keluarga besar yang berkumpul setiap hujung minggu.
“How is he?” Adidn Najlah melabuhkan punggung di kerusi.
“Macam biasa, he is trying to be strong and put on his big grin..” Atiya Nawal menarik senyuman hambar.
“Jangan risau he will be alright. After all I knew someone who have the same personality..” Puan Aneesa meramas perlahan tangan Encik Naim.
“Ya, he will be alright. After all he is born to Khairul Naim’s Aneesa. Sure he will endure the pain, after all he is Aneesa’s Azim Najmin.” Encik Naim memeluk bahu Puan Aneesa yang menarik senyuman manis.
“Aneesa’s Azim Najmin , bintang yang besar untuk penghibur duka dan lara.” satu suara lelaki menjawab. Aneesa memalingkan wajah ke belakang, kelihatan Azim Najmin menyandar sambil menyilang tangan di dada.
“Panjang umur dia…” Adidn Najlah menarik tangan adiknya. “Duduk !!” dia mengarahkan adiknya itu.
“Kenapa balik tak bagi tau mama?” Puan Aneesa menyoal sambil menggeleng kepala.
“Tadi ada date dengan client” Azim Najmin menghirup kopi susu air tangan mamanya.
“Ikkk, sempat lagi…” Akid Nazmi mengusik Azim Najmin.
“Kill time, kalau tak boleh meroyan.” Azim Najmin ketawa hambar.
“Leave clients and works out of dining table.” Puan Annesa bersuara tegas. Encik Naim mengganguk perlahan. “Better stop talking about works at dining table or your mama will change into hulk.” Encik Naim ketawa kecil.
“B..”
“Alright my Bunga..”
  ___________________________

“Assalamualaikum , Mak Kiah..” Safiya memberi salam.
“Waalaikumsalam..” Mak Kiah menjawab salam.
“Safiya balik lewat sikit, teman Amir di hospital.”
“Jangan lewat sangat. Risau Mak Kiah” Mak Kiah meluahkan perasaannya.
“Ya tahu. I Love You, Assalamualaikum.” Safiya ketawa manja.
“Waalaikumsalam..” Mak Kiah mengeleng kepala. Seraya itu telefon dimatikan, sejenak kemudian dia mendail nombor yang sentiasa didalam mindanya.
“Assalamualaikum..” Mak Kiah memberi salam.
“Waalaikumsalam, emm.. Mak Kiahhhhhhhhh !!” Akid Nazmi menjerit kecil.
“Alang, pekak telinga Mak Kiah..” Mak Kiah ketawa kecil.
“Rindu laaaaaa Mak Kiah.. Balik lah cepat…” Akid Nazmi bersuara manja.
“Insya Allah. Cepat adik selesaikan masalah ini, cepatlah Mak Kiah balik.” Mak Kiah memujuk Akid Nazmi yang sememangnya manja dengannya.
“Ha ha ha.. Adik memang lembab..” Akid Nazmi mengusik adiknya yang sedang menjeling ke arahnya. 
“Pesan dengan adik, Safiya balik lewat. Dia ke hospital teman Amir.” Mak Kiah menyampaikan pesan.
“Alright. Assalamualaikum . Miss you Mak Kiah..” Akid Nazmi memberi salam.
“Waalaikumsalam..”
“Safiya balik lewat, dia teman Amir di hospital.” Akid menjungkit kening sambil menyampaikan pesanan pada Azim Najmin.
“Ahh.. tak reti rehat apa dia..” Azim Najmin menarik telefon dari sakunya. Nombor sesorang didail.
“Yok…”
“Waalaikumsalam…”
“Assalamualaikum..” dia memberi salam.
“Ha ha ha..” suara ketawa kedengaran di sana..
“Ikkk berkorum nampak…” dia menyoal.
“Dengki ker?”
“Sikit pun tak luak..” dia mencebik bibir.
“So apa cer?”
“Chip, Safiya lambat balik kot, she will be at hospital with Amir.”
“Normal laa macam benda baru..” Chip bersuara sambil matanya mengawasi R’an yang sedang ke kanan dan ke kiri dengan perut yang besar dari usia kandungannya.
“Tolong bagi Fox kat Amir, minta dia bagi Safiya.”
“Haillaa Ajin ooii… itu yang kau risau.” Chip ketawa kecil.
“Mesti lah wei.. Siapa tak sayang kekasih der.” Ajin ketawa kecil.
“Insya Allah slow-slow laa..” Chip menarik senyuman.
“Tengah mencuba sedaya upayah.” Ajin ketawa hambar. “Ok laaa jangan lupa. Assalamualaikum.” Ajin memberi salam.
“Waalaikumsalam..”
“Makan malam sini kan adik?” Puan Aneesa memandang wajah Azim Najmin atau lebih mesra di panggil Ajin oleh rakan-rakannya.
“Mesti lah………” Ajin memeluk lembut bahu Puan Aneesa.
Puan Aneesa memeluk lembut pinggang anak bongsunya. Dia mengucap syukur pada Illahi atas kurniaan harta yang tiada gantinya. Anak-anaknya walaupun masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri namun mereka tidak teragak-agak dalam menjadi sebahagian dari tulang belakang syarikat yang diwarisi oleh suaminya.
“Banyak sangat kerja ker sampai anak mama dah kurus?” Puan Aneesa mengusik Ajin.
“Surgery memanjang..” Ajin mengadu manja.
“Emm.. tanggungjawab kan..” Puan Aneesa mengusap lembut dada anaknya itu. Encik Khairul Naim hanya menarik senyuman melihat kasih sayang isterinya sambil diperhati oleh Atiya Nawal dan Adidn Najlah yang maing-masing memeluk kanan dan kiri lengannya. Adid Naufal dan Akid Nazmi sedang melayan PS4 dengan anak masing-masing dan anak-anak Atiya Nawal dan Adidn Najlah.

@>------ : masih ingat pada Aneesa dan Naim?
 

4 comments:

zarith said...

okey.. paham2..
neesa-naim = aneesaku
ajin-burn = graviti
ajin-saf = coretan warna

update lelaju lg makngah!

------<@@@ 4 u.. =)

R'anS said...

Cik Zarith apa yg anda paham? Hahaha... :P

MaY_LiN said...

aneesa+naim=love story and da twin

zarith said...

paham that this cherita ada related dgn ur previous cheritas... neesa-naim's azim najmin rupanya si ajin ni...*big smile sambil angguk faham*..