Ajin menarik pen di poket baju
kemeja sambil tangannya laju menconteng
kertas chart di depan muka. Segaris senyuman dihadiahkan pada budak lelaki yang
sedang memandang wajahnya dengan pandangan yang tidak berkedip.
“Doktor, ..” Ajn menjungkit
kening apabila mulut comel itu bersuara.
“Emm.. kalau saya nak pergi beli
gula-gula boleh?” Amir menundukkan pandangan mata ke arah selimut.
“Amir, mana boleh makan
gula-gula..” Ajin melangkah ke arah kanan kanak-kanak itu. Perlahan kepala Amir
diusap. Mata hening itu memandang wajah Ajin sambil dia mengeluh perlahan.
“Ehhh.. mengeluh macam orang
tua. “ Ajin mengusik Amir sambil tangannya memeluk bahu Amir. “You are still on
NBM, mana boleh makan apa-apa hero” Ajin memujuk perlahan.
“Emm.. gula-gula itu bukan untuk
Amir lah doktor..” Amir bersuara perlahan.
Kening Ajin bertaut dan mengerut
“habis untuk siapa”? dia menyoal sambil menjungkit kening.
“Kakak colour-colour ..” Amir
menjawab sepontan.
“Colour-colour?”
“Ya, kakak colour-colur” dia
menjawab sambil menghulurkan sebuah kertas lukisan yang berwarna.
Mata Ajin menangkap sebuah
signature yang kecil berhuruf “ VL ” di hujung kertas lukisan itu. “VL” dia
mengerut dahi. Bibirnya menarik satu
senyuman bergaris. “Emm.. ini gula-gula untuk kakak colour-colour kamu”
beberapa biji gula-gula Fox dihulurkan pada Amir.
“Thank you, doctor.” Amir
tersenyum bercahaya.
________________________________
Tangan kirinya lincah membancuh warna pastel
dalam bekas warna manakala tangan kanan melukis garisan halus dengan
berhati-hati. Gadis berselendang itu menarik senyuman terukur sambil matanya
berkedip-kedip.
“Oh my god, what an art”
Professor Adam Benjimin menarik menepuk tangan.
“Erkkk.. thank you Prof.” Safiyah
menarik sensyuman sambil tangannya lincah menarik signature nya di hujung
lukisan itu.
“Ya Allah , dah pukul 3…” wajah
Safiyah berubah wajah tatkala matanya berhenti di jam dinding. Laju tangannya
mengemas barang-barang yang berselerak di atas lantai.
“Prooooooffffffff…” panjang
sungguh harakah yang ditarik oleh gadis bernama Safiyah. Prof Adam hanya mampu
menggeleng kepala sambil menarik senyuman seolah-olah memberi lampu hijau.
Safiyah menguntum senyuman sambil kakinya berlari anak menuju ke pintu utama
studio.
______________________________
“Sorry…” Safiyah memujuk lembut Amir yang
sedang merajuk.
“Sorry laa, this is for you..”
sehelai kertas diberikan pada budak kecil yang sedang merajuk di hadapannya.
“Untuk Mir?” mata Amir bercahaya
melihat coretan warna di lukisan itu. Safiyah angguk mengiakan.
“Ini untuk kakak..” Amir
menghulurkan gula-gula Fox yang diberi oleh Ajin kepada Safiyah.
Safiyah menarik senyuman sambil
mengusap kepala Amir. “Bila beli?” gadis itu menyoal.
“Abang handsome bagi..”
“Wooo… ada abang handsome yang
bagi untuk akak?” Safiyah mengusik.
“Emm.. handsome lagi Amir..”
Amir bersuara dalam merajuk.
“Hahaha.. Ya handsome lagi
boyfriend kecil akak ni ..” Safiyah memeluk lembut bahu Amir sambil menarik
kepala Amir ke bahunya. Dua orang itu berkongsi katil di hospital sambil badan
tersandar dan kaki melunjur ke depan. Cerita Tom and Jerry bermain di kaca
television itu ditonton dengan ketawa yang diselang-seli.
Kaki Ajin berhenti di apabila
mendengar bunyi tawa dari bilik kelas dua itu. Baru tangannya hendak memusing tombol
pintu bahunya ditepuk. “Yok.. buat apa?”
“Shaf?” dia memeluk Shaf yang
sedang menarik senyuman.
“Ya lah Shaf lah, tak kan hantu
kot..” Shaf menggeleng kepala.
“Buat apa kat sini?”
“R’an…” belum habis ayat yang
bertutur di mulut Shaf..
“Nape dengan R’an? Dia ok tak?
Ko buat apa dengan R’an?” Ajin menembak laju..
“Oit.. slow-slow..” Shaf
menggeleng kepala.
“Dia dengan Chip.” Shaf menarik
senyuman. Ajin melangkah laju menujuk ke bilik Chip. Untuk seketika bunyi tawa
dari bilik kelas dua itu dilupakan. Otaknya dipenuhi dengan wajah R’an yang
lama membawa diri.
“Watch out R’an. Here I come..”
dia berlari anak ke bilik Chip.
“Woi.. tunggu, jangan over
take..” Shaf menggejar dari belakang..
@>------ Khas untuk cik zarith... Kira hadiah tahun baru masihi ok.. :) dan kepada semua juga...
3 comments:
da besaq depa aih
intro yg awesome...
ajin mcm bakal nk jd pujaan hatiku jek!
makngah... sambung pehliss..
Amboi.. sila teruskan yea cik penulis..
Post a Comment